Bismillah..
Dalam perjalanan balik dari Pangkor ke KL, ibu plan supaya kita dapat singgah di Kellie's Castle dan ayah nak sangat singgah makan pau di Tg Malim. Katanya restoran pau terkenal sejak tahun 90an. Baiklah. Ibu juga nak tengok ladang herba negeri Perak dalam perjalanan yang sama. Tapi malangnya ladang herba hanya dibuka pada hari bekerja. Kecewa jugalah...
Kellie's Castle terletak di jalan Simpang Pulai ke Batu Gajah, Perak. Terpaksa mengakui keinginan nak ke sini sebab baca blog Mazidul pasal bangunan lama ini yang kurang aspek keselamatannya terutama yang ditingkat paling atas. Juga selepas menonton rancangan tv mencari paranormal di situ kerana dikatakan tempat ni adalah yang paling berhantu di Msia. Heee takut tak...? Lebih daripada tu sebenarnya sekadar nak jalan-jalan dan tengok-tengok saja..
Pintu belakang Kellie's castle. Dari jauh nampak macam bangunan dalam lukisan kartun kanak-kanak aje. Masuk dari bahagian depan yang ada ruang parking kereta.
Masa kita tiba, hujan terus turun membasahi sekitar kawasan sini. Pengunjung agak ramai. Tak apa, berteduh dulu.
Dari parking space ke kawasan castle ada sungai kecil, kena lalui jambatan.
Selfie dulu..
Eh pengantin pun datang sini???
Pemilik asal Castle ni. Beliau ni asalnya Scotland dan merupakan peladang getah terkenal British. Bila ke Tanah Melayu, beliau bercadang membuat rumah besar yang hebat di sini sebagai menyambut kelahiran anak lelakinya yang dinantikan. Beliau membawa pekerja binaan dari Madras, India dan bahan binaannya juga diimport dari sana. Malangnya, beliau tak sempat menyiapkan istana ini kerana meninggal dunia pada tahun 1926. Nak tahu lebih lagi boleh la baca di sini yer.
Di depan Kellie's Castle ni ada booth cenderamata dan restoran yang dibina oleh kerajaan negeri untuk kemudahan pelancongan. Kita berteduh kat sinilah sementara tunggu hujan reda.
Ada booth jual cenderamata. Ica duduk berehat di depan restoran.
Ada meja untuk membuat tempahan cenderamata segera.
Suasana vintage.
Di sini juga disediakan tandas dan surau.
Tiket masuk ke sini ialah RM5 dewasa dan RM3 kanak-kanak. Ok kita dah nak masuk ke dalam ni. Bismillah..
Ini bahagian belakang Istana.
Bahagian tepi kanan.
Masuk saja terus terjumpa dengan ruang tamu ni.
Senibinanya diimport dari India. Kemas dan ada sikit ciri-ciri Islam.
Koridor berhantu katanya. Eeee...
Kawasan ruang tengah.
Cantik kan. Ada iras-iras bangunan Sultan Abdul Samad di depan Dataran Merdeka, KL.
Senibinanya nampak kukuh. Ini sebenarnya tangkap gambar tupai. Tapi takde pulak dalam ni.
Koridor tingkat 2. Palang putih tu baru diletakkan untuk mengelakkan orang jatuh.
Koridor memanjang ke belakang.
Dari atas. Ruang ke dapur agaknya.
Salah satu bilik yang hampir siap. Berlumut.
Tempat kita berteduh masa hujan tadi.
Laman yang luas di depan, belakang, kiri dan kanan.
Ini macam bilik-bilik kecil untuk pekerja agaknya.
Ica nak panjat yang atas sekali. tapi ibu tak mahu.
Dari sini pun dah cukup tinggi untuk melihat ke bawah.
Tak perlu sampai naik ke atas sekali. Tak selamat sebab hanya dilindungi dengan tali besi yang kecik tu je. Macam kat bilik pameran biasa. Kalau angin tolak, tak dapat tampung berat badan pun. Kalau kena petir ke, kilat ke, yang paling atas yang bakal kena dulu. Tak berbaloi...
Tak sayang nyawa? Terpulang.
Jumpa pun squirrel tu...
Dah penat meronda, demam ayah datang balik, ibu lah yang kena drive.
Cenderamata dari Kellie's Castle. Checked!!
Singgah solat dan isi minyak di R&R Tapah.
Dan teruskan perjalanan ke Tg Malim sebab nak ke kedai pau terkenal ini.
Yik Mun Pau.
Orang ramai. Waktu ini dah dekat Maghrib dalam pukul 6.50 petang dan cuaca kelam saja lepas hujan lebat tadi.
Sekeluarga baru tiba untuk menjamu selera. Di belakang diorang tu ialah koleksi keratan akhbar tentang kedai ini. Semuanya good review.
Ayah kata, kawan-kawannya kalau riding mesti singgah sini. Paunya sedap sangat katanya.
Semua perisa kita ambil. Ayam, daging, kaya dan kacang.
Dagingnya pekat dan terasa segala rempah.
Cawannya unik, macam botol tapi ada handle. Secawan ni RM3.50, puas minum sampai tak terhabis. Punya la banyak.
Mi hailam seafood. Sedap...
Mi sup daging dengan meatballs. Sedap... Tapi banyak sangat MSG le..
Pau kosong goreng cecah sup cendawan ayam. Sedap.
Mi daging ni memang best kalau MSG kurang sikit. Dagingnya banyak...
Dalam sup cendawan ni banyak ketulan ayam dihiris kecil-kecil. Puas makan.
Mi hailam ni, memang sedappppp sangat! Orang demam takde selera makan pun boleh makan sampai licin!!!
Semua sekali bilnya RM47. Ok lah tu kot? Makan sedap. Kenyang gila sampai tiba kat rumah pun masih kenyang. Alhamdulillah.... Syukur nikmat.
Yik Mun? Checked!! :-)


















No comments:
Post a Comment