Bismillah..
Kalau dah namanya hotel ada swimming pool, maka tak sahlah kalau tak mandi manda bagi Ica. Cara Ica tengok pool tu je dah 'drooling' macam orang kepingin sangat sampai mengidam nak terjun. Jadi lepas jalan-jalan sampai ke Kota Belanda, ibu temankan Ica mandi manda di pool sementara ayah yang demam tu berehat di bilik.
Macam-macam gaya terjunan ada kat sini, sambil menayangkan peha drumstick yummy macam kentaki terlebih bela :-) Ica memang hepi sangat dapat main pool lama-lama sampai tangan kaki perut semua kecut-kecut. Sejam lebih berendam sampai tertelan air pool yang nampak meloyakan tu. Apa taknya, budak punya lah ramai. Belum kira yang terkencing-kencing, yang meludah-ludah, yang naik-turun pool lepas berlari-lari atas jalan berkaki ayam. Ew..
Nak pujuk Ica naik tu bukan senang. Biru jugalah muka ibu menahan malu bila Ica menjerit-jerit tak nak naik macam kena rasukan syaitan di waktu senja. Subhanallah... Sampai je kat atas, apa lagi kena cubitlah Ica. Lepas tu kena bebel lagi dengan ayah. Aduhai...
Selesai solat jamak Maghrib-Isyak, kita pun turun nak makan malam. Hotel ada sediakan menu makan malam, tapi ayah kata nak cuba makan di gerai saja, tak jauh dari lobi hotel. Sebenarnya keliling hotel ni memang banyak gerai makan. Tinggal nak pilih saja lagi. Tak payah nak drive keluar. Jadi, kita pun memilih untuk makan di Ilham Tomyam ni. Jaraknya cuma 50 meter dari lobi hotel. Tengok macam ramai je yang makan kat sini, so, kita ikutlah sekali.
Mulanya memanglah gembira ria muka tu. Kononnya lapar sangat, nak cepat makan nasi, lepas tu terus naik bilik dan berehat. Tidur cukup-cukup sebelum buat aktiviti lasak esoknya. Sekali tu, menunggu sampai sejam setengah, makanan tak kunjung tiba. Tengok kiri kanan, meja-meja lain yang lebih awal tiba pun belum dapat makanan masing-masing. Bila jeling ke ruang dapur, ketang ketung, cuma seorang saja tukang masaknya. Allahuakbar! Yang ambik order tadi bukan main manis mulut semua yang diorder ada, tak la lama sangat kononnya. Ni dah sejam setengah tu...
Yang asalnya cergas pun dah terlena atas meja, siap kalih lengan lagi. Nasib baik sempat minum teh o ais yang kita order. Sekurang-kurangnya terisi lah juga perut kosong tu. Akhirnya, ayah kata, dahlah menunggu. Dua jam takde khabar berita pun makanan kita. Kalau kat Pizza Hut ni, dah berkeping-keping pizza percuma kita dapat! Jadi, kita pun naik ke bilik dengan perut berkeroncong. Ica terus tidur. Ayah keluar semula cari gerai lain di sekitar hotel. Walaupun takde orang yang makan kat gerai tu, ayah order juga nasi goreng kampung 2 bungkus. Takdelah nak tidur dengan perut kosong kan. Tapi, nasi gorengnya tak sedap. Harapkan lapar je lah yang tolong habiskannya..
Nasib baik ada makanan ringan hasil laut dari kilang yang ibu beli siang tadi. Dapatlah buat kunyah-kunyah sambil tengok tv sebelum tidur.
Esok paginya, kita sarapan buffet hotel. Tapi takde sekeping pun gambar sebab macam tercengang sikit dengan keadaan buffetnya. Mereka cuma hidangkan yang asas saja. Nasi lemak biasa lauk telur rebus potong 4, atau kuetiaw goreng dengan koktel sosej. Lain-lain bolehla cuba mi supnya, atau bubur nasinya, atau omelet, atau roti bakar saja. Kopi, teh, atau jus. Dah. Itu saja. Kuih-kuih, buah-buahan, roti-roti mat saleh, tak ada. Tapi orang tetap ramai mengerumun makanan. Takpelah. Nasib baik ada honey star dan coco crunch makan dengan fresh milk, untuk Ica.
Kenyang makan, kita ke tepi pantai Pasir Bogak yang jaraknya dalam 100 meter. Ayah siap-siap beli roti sebuku panjang, bersemangat nak bagi ikan makan. Hahaha. Ica pula beli mainan untuk buat sand castle kejap lagi. Memang bersemangat dua-dua orang ni.
Tips untuk Island Hopping atau Boat Rides ni mengikut pengalaman ibu, senang saja. Pakai pakaian yang mudah kering, longgar, dan selesa. Sebab cuaca panas terik, mesti nak mandi manda punya walaupun sekejap. Kalau tak pun duduk dalam bot dah kena percikan air. Pakai sunblock kalau ada. Make sure bawa air mineral dan tisu basah. Minyak angin untuk yang tak tahan pening naik bot. Sunglasses dan topi, memang perlu. Sebenarnya roti tak perlu pun. Kalau nak makan-makan, baik jangan bawa. Sebab apa? Nanti kita tengok.
Pakailah safety jacket walaupun susah nak jumpa saiz. Huuuu... :'-(
Kat tepi pantai ni akan ada ramai ejen bot yang menunggu untuk disewa. Harga diorang ni lebih kurang je. Antara RM150 hingga RM250 satu bot, minima 2 orang yang naik. Boleh penuhkan sampai 10 orang untuk bot kecil atau lebih lagi kalau bot tu besar sikit. Kalau nak ambik pakej dalam hotel pun ada, harga dalam RM250 satu bot, minima 2 orang naik dan maksima 10 orang. Pekerja hotel ada cadangkan kat ayah untuk ikut satu family yang dah tempah bot tu dah diorang cuma 5 kepala. Kita 3 kepala, bolehlah jimat sikit. Tapi ayah kata nanti takde privasi. Oklah. Kita pun ambil pakej yang RM150 tu. Kita dibawa pusing pulau, melawat pulau-pulau berhampiran, lepas tu tinggalkan kita untuk main air kat pulau yang kita suka. Sewa gogle RM10 satu.
Boleh tahan ramai juga yang ambik daripada ejen ni.
Dah siap dengan life jacket dan mainannya.
Ok bot dah sampai. Kalau nak buka kasut pun boleh. Tapi ibu ingat nak snorkeling, so tak nak tanggal kasut lah.
Jom naik bot.
Dari tepi pantai Pasir Bogak ni kita dah boleh nampak macam ada pulau kecil yang ada rumah kecik-kecik kat dalamnya. Itu Pangkor Laut namanya.
Masa boat rides ni, kita dibawa menjenguk ke sekitar Pangkor Laut.
Penginapan di Pangkor Laut ni mahal sebab mengikut standard antarabangsa. Paling murah satu apartment ni RM1000++ tapi hanya boleh memuatkan 2 penghuni saja. Kalau family nak tinggal sini, dalam RM3000++ baru selesa.
Tapi sayangnya, mahal untuk penginapan, tak cantik untuk pemandangannya. Sampah banyak gila kat atas air di bahagian bawah apartment ni. Tak cun lah macam tu.
Pening lalat juga lah sambil bot bergerak laju sambil snap gambar. Ayah tu kononnya masih demam, tapi tengok muka hepi je?
Monkey Bay, atau pulau monyet. Dah ramai yang tengah mandi manda kat sini.
Ada batu bentuk epal lah..
Bentuk penyulah.. tu semua tak menarik sangat. Bosan.
Jalan-jalan lagi.
Sampai ke Pulau Giam atau Coral Bay. Apa yang ramai sangat tu?
Ooh kat sinilah yang orang snorkeling tu... Eh ramai gila ni. Silap-silap bukan snorkeling kat coral, tapi kat bontot orang. Haish...
Masing-masing sibuk bergambar kat papan tanda Pulau Giam yang warna biru tu. Driver bot tanya nak turun kat sini ke? Tapi kat sini tak boleh mandi, dan kalau nak snorkeling kena tahu berenang, kalau tak terpijak kat coral/karang laut nanti boleh luka kaki. Alamak. Ibu pulak tak tahu berenang. Ayah tengah pening-pening demam tu, mana larat nak berenang semata-mata nak tengok batu karang laut? Tak jadi.
Driver bot tu turunkan kita kat Monkey Bay. Sampai je ayah terus baring. Pening rasa macam nak pengsan la tu. Kan demam. Kena panas terik pula tu.
Tapi sempat melayan Ica buat sand castle.
Sana tu sekumpulan orang muda dengan aktiviti banana rides nya, dan mandi manda lelaki perempuan. Terjerit pekik suka hati sangat nampaknya.
Airnya memang jernih nampak ke dasar pantai, dan ada ikan-ikan kecil berenang kat tepian.
Ica sibuk mengumpul sea shells. Roti yang kita bagi makan kat ikan tu terlalu besar, jadi ikan tak nak makan pun.
Tapi Ica yang sayang sangat dengan monyet, pergi campak pulak roti kat monyet-monyet kelaparan ni. Alamak... Dah la banyak yang datang menghurung minta makanan lagi. Seram jugaklah sebab monyet ni monyet liar. Sukakan perempuan, dan gigitannya berkuman. Lama jugaklah nak bagi monyet-monyet ni berlalu. Kebetulan ada kumpulan pelancong lain yang campak makanan, monyet ni pergi ke arah diorang. Barulah rasa selamat sikit nak beraktiviti.
Ica teruskan dengan aktivitinya membuat sand castle dan menghancurkan sand castle yang orang lain dah buat. Ayah dan ibu sesekali mandi kat pantai.
Tu ibu tengah berendam. Lepas tu ayah tarik Ica ke dalam air. Ica ni kalau kolam renang bukan main suka nak main, tapi kat pantai pulak takut. Takde la gambar kita bertiga dalam air sebab takde siapa nak snapkan.
Lepas 2 jam lebih, driver bot datang semula dan bawa kita balik. Singgah dulu ke Pulau Giam tadi, ingat nak snorkeling juga. Tapi orang masih ramai walaupun tengahari rembang macam tu. Airnya dah keruh dengan roti yang ikan tak makan melambak-lambak jadi sampah. Rasa geli pulak nak jejak ke situ.
Sepatutnya dalam air ni boleh nampak ikan banyak berenang-renang, tapi dah agak keruh, sampai tak nampak kelibatnya.
So dah tak jadi nak turun snorkeling, balik lah kita. Sedih juga sebab dah sewa gogle tapi tak guna. Melayang RM20 dan dah beli roti tapi tak bagi ikan makan. Roti percuma yang pakej bagi pun hanya sebiji bun saja yang campak kat monyet tadi. So moralnya, takyah beli roti. Takyah sewa gogle kalau datang ke pantai dah agak siang sebab confirm ramai orang. Lainlah kalau hari bekerja, mungkin orang takde kot? Tapi kalau orang takde lagilah seram nak lalu kat pulau monyet tadi tu. Hehe.
Balik ke hotel, apa lagi, sambung mandi pool lah pulak. Sambil makan aiskrim dan burger. Amboi.
Barulah perasan tangan Ica dah berbelang macam ni. Alamak...
Lepas dah kecut segalanya, kita pun naik ke bilik, mandi dan berehat. Lepas solat Maghrib-Isyak baru turun semula ke Ilham Tomyam, sebab sebelum balik, nak juga rasa makanan kat sini, sedap sangat ke yang orang berderet nak makan kat sini.
Kali ni kita datang sharp pukul 8 malam. Orang pun takde lagi. Baru 2 meja yang ada pelanggan. So cerah harapan nak dapat makanan awal. haha...
Pukul 8.50 baru dapat makanan. Kah kah. Oklah tu, walaupun nak dekat sejam. Masa kita dapat makanan ni, meja kiri kanan dah penuh. Orang datang berduyun-duyun dengan keluarga masing-masing. Punya happy bersembang sambil gelak sakan tak tengok orang lain ya. Lepas setengah jam makanan tak datang, ha baru masing-masing terkunci mulut. Kah kah..
Moralnya, kalau kedai makan tu penuh, semua meja ada orang, tak semestinya sebab makanannya sedap. Boleh jadi sebab ada sorang je tukang masak, dah 3 orang tukang ambik order! Tak ke haru??
Ayah order kerabu sotong yang confused sebab sotong cuma seekor tapi bawang sampai 2 biji kot..
Tomyam seafood agak sedap jugalah..
Nasi goreng kampung, Nasi goreng seafood dan mihun goreng ayam, masing-masing sedap boleh tahan. Alhamdulillah... Minumannya teh o ais 2 gelas dan air epal segelas. Semuanya RM27.
Esok paginya, lepas berakfast, Ica mandi pool lagi. Beriya-iya kata ayah. Siap berkenalan dengan 2 orang kawan baru. Amboi.
Pukul 12 kita check-out.
Last naik cab warna pink ni.
Singgah shopping cendera mata di sekitar area jeti.
Fridge magnet semuanya cantik-cantik sampai tak tahu nak yang mana satu. Ica beli bracelet daripada sea shells ni. Suka sangat.
Babai Pulau Che Pang Khor... Percutian singkat yang best! Alhamdulillah...
Tiba di jeti lumut, kita berhenti makan dulu sebab lapar pulak lepas naik feri. Nasi campur kat sini boleh tahanlah, lauk kampung. Sepanjang koridor ni ada kedai makan. Semuanya menjual makanan kampong yang lebih kurang sama. Pelik juga.
























No comments:
Post a Comment