Bismillah...
Hari Guru telah dikhaskan pada tanggal 16 Mei. Setiap tahun, guru-guru akan diraikan pada tarikh ini bagi menghargai jasa mereka yang tidak ternilai mendidik anak bangsa. Suka atau tidak, minat atau tidak, ikhlas atau tidak, kalau dah namanya guru, mereka terpaksa juga menunaikan tanggungjawab mendidik murid-murid mempelajari ilmu untuk kehidupan. Sama ada murid tu akan jadi manusia berguna atau tidak, terletak di tangan murid tu sendiri, dan tentunya dorongan dan nasihat ibu bapa.
Ada kalanya kita melihat guru yang tak berminat dalam kerjayanya, atau guru yang tak pandai mengajar, atau guru yang hanya mengajar kerana gaji yang perlu dimiliki setiap hujung bulan. Ada kemungkinan guru-guru ini tidak ada pilihan kerjaya lain selain bergelar guru. Ada juga yang menjadikan kerjaya guru ni sekadar satu tugas biasa untuk dilakukan. Tak kisah. Walau apa pun, hakikat mereka sanggup menghadapi anak murid yang ramai, sanggup belajar silibus sebelum mengajar, dan sanggup mengorbankan sebahagian besar masa sendiri untuk menanda buku dan membuat tugas sampingan seorang guru, adalah petunjuk bahawa mereka sebenarnya adalah insan terpilih untuk menjalankan tugas yang mencabar tetapi mulia ini. Oleh itu, mereka sepatutnya dihargai walau hanya dengan ucapan terima kasih cikgu.
Dah berterima kasih ke dengan guru-guru kita?
Tadika Smart Reader Setapak Indah pun tak lupa mengadakan majlis sambutan ini. Macam kelakar juga bila guru-guru tadika ni mengadakan majlis meraikan diri mereka sendiri. Kahkah! Macam syok sendiri. Tapi kalau tak mereka yang buat, siapa lagi? Takkanlah ibu bapa nak datang berduyun-duyun ke tadika dan membuatnya? Tentulah tak. Masa inilah peranan cikgu tadika memupuk semangat cintakan guru dengan mengadakan majlis menghargai jasa guru, yelah, walaupun hanya cikgu tadika.
Tahun lepas, ibu tak sempat nak memikirkan kena bagi hadiah apa untuk cikgu Ica. Ibu pun tak ingat kenapa sibuk sangat. Bila ibu scroll gambar-gambar lama pada Mei 2013, hanya ada gambar satu kek saja untuk hari guru.
Tahun lepas Ica sekolah tadika sebelah petang. Jadi, masa nak hantarkan Ica ke tadika dalam pukul 12 tengahari tu, ibu sempat singgah ke kedai kek Pistachio tak jauh dari tadika tu, dan belikan kek ini untuk jamuan sempena Hari Guru. Kek ini, Ica yang pilih sendiri.
Tahun ini, sejak beberapa hari lepas Ica bagitahu ibu betapa Ica teringin nak bagi teachers hadiah Hari Guru. Ingatkan main-main saja. Ibu pun tak prepare sangat, sama ada beli di Jusco atau di KLFC. Tiba-tiba balik dari tadika siang tadi, Ica mengingatkan ibu semula, siap sibuk-sibuk buka almari kabinet semua sebab nak cari hadiah untuk teachers. Eh. Serius nih.
Ibu pun buka-buka juga kabinet dan tengok-tengok apa yang sesuai untuk dijadikan hadiah. Teachers di Smart Reader pun bukannya ramai. Kalau ikutkan yang Ica selalu sebut, hanya 5 orang termasuk guru besarnya. Nak ke kedai pun tak sempat sebab dah petang, hujan pula tu. Akhirnya, kemas punya kemas, ibu rasa nak hadiahkan tupperware saja. Lagipun ibu ada banyak koleksi tupperware yang masih baru dalam kabinet tu. Daripada tak digunakan, lebih baik dihadiahkan. Tentu lebih bermanfaat nanti.
Maka terkumpullah 4 big bowl kuning ni dan 4 fridge water bottle, 1 eco bottle dan 1 timing-tupperware untuk makanan dalam fridge. Ok lah tu daripada tak ada, kan. Jenuh juga cari warna-warna yang lebih menarik macam pink dan purple, tapi tak cukup 5 set. Nanti berebut pula sesama teachers :-) Kalau yang ini cukup 4 set untuk teachers dan satu set untuk guru besar.
Balik daripada menonton X-Men Past Future di KLFC, kita singgah beli wrapper di kedai KK 24jam. Nasib baik ada. Dah lewat malam, pukul 11.30 baru sampai rumah sebab sempat minum teh ais dulu :-) Sesampai je di rumah, ayah pun tolong bungkuskan hadiah Ica untuk teachers ni. Konsepnya, ala-ala hamper tu.
Tadaaaa... siap dah. Nasib baik ada ribbon pink dalam drawer. Tak payah susah-susah fikir nak ikat dengan apa. Memang semuanya mudah lah. :-)
Giliran buat kad pula. Takkan nak main conteng-conteng aje. Yang ini pun agak mencabar juga sebab ibu tak pernah buat kad sendiri dan tak pernah jadi ahli jawatankuasa majlis kalau kat pejabat tu. Haha. Tapi Ica punya pasal, ibu pun tengok la tutorial dalam youtube kejap. Lepas tu pilih gambar yang ibu nak, dan buat kad ni.
Kemudian ucapannya... Tak padan dengan murid tadika, ayat bukan main bagus aje eh? Sebenarnya, ibu pun nak berterima kasih pada teachers semua yang telah tolong ibu mendidik Ica sampai boleh membaca dan faham bahasa Inggeris. Kiranya ucapan 2 dalam 1.
Sekarang Ica kalau tengok kartun Gumbals kat tv tu bukan main happy gelak-gelak sebab dah faham. Dulu tengok Hi-5 dengan Mickey Mouse saja. Sekarang kartun yang Ica tonton dah berkembang. Yang banyak dialog pun Ica suka. Tapi kartun Oggy & the Cochroaches tetap menjadi pilihan no. 1.
Sekarang Ica kalau tengok kartun Gumbals kat tv tu bukan main happy gelak-gelak sebab dah faham. Dulu tengok Hi-5 dengan Mickey Mouse saja. Sekarang kartun yang Ica tonton dah berkembang. Yang banyak dialog pun Ica suka. Tapi kartun Oggy & the Cochroaches tetap menjadi pilihan no. 1.
Dah siap print. Nak print pun berpeluh jugalah sebab nak adjust kertas. Asyik salah. Akhirnya... tadaaaa! Siap sudah. Hamper dan kadnya. Tak payah sampul bagai. Lekat begini saja dah ok sebab tak nak kad tercerai daripada hamper. Faham-fahamlah chaosnya kalau budak tadika ni.
Ahh... leganya.... Lepas ini barulah ibu boleh tidur lena. Alhamdulillah...
Bagi ibu sendiri, sekarang ni masih bergelar pelajar hingga bulan Julai nanti. Jadi bila tiba Hari Guru, hati ni rasa tak senang kalau tak ucapkan apa-apa pada lecturers yang mengajar. Yelah, walaupun mereka mengajar kita bukanlah macam guru sekolah. Tapi, sikit sebanyak, ilmu yang disampaikan tu, ada gunanya pada ibu.
Ibu hantar ucapan dalam what'sapp saja. Yang ini pada Prof Madya Dr Irwin yang mengajar Carriage of Goods by the Sea dan Marine Insurance 2.
Yang ini pula ucapan untuk Prof Madya Dr Rohani Abu Shah melalui sms. Dia mengajar ibu subjek Law of the Sea dan Admiralty paper 1 and 2 tahun lepas. Walaupun dah tak mengajar lagi sem ni, tapi ibu ingat pada usahanya mengajar kami. Bersungguh-sungguh dan kadangkala nampak macam mak-mak pulak. Ada seorang lagi prof yang ibu terlupa betul nak wish. Prof Dr Zaitun yang mengajar LRM Research&Methodology. Kenapa boleh terlupa, padahal nombornya ada je dalam fon ni. Entahlah. Ibu pun tak tahu. Kalau nak wish sekarang ni, risau nanti kena perli pula dengan dia. Hihi.. Next year lah Insyaallah.
Kalau diikutkan ucapan ibu untuk kesemua wishes ni lebih kurang sama aje. Hehe. Takde idea. Apa pun semoga semua guru di dunia ni terus diberikan ketabahan dalam kerjaya. Semoga semua pengorbanan mereka tidak menjadi sia-sia. Ameen...







No comments:
Post a Comment