Bismillah..
Ini kali pertama kita ke Pangkor, jadi ibu tak tahu tips untuk ke sini, melainkan apa yang bloggers senaraikan secara simple je. Selepas dah pergi ni, barulah ibu pun boleh buat tips nak feri sendiri untuk yang berminat nak ke sana.
Bagi yang ada anak kecil, kena make sure anak tu dikawal elok. Bawa air mineral botol kecil yang mudah dibawa, sapu tangan dan tisu lembap sebab cuaca agak terik, kan budak-budak cepat haus. Pakai sunblock kalau tak nak berbelang. Kalau ada topi dan sun glasses, elok pakai. Nak bawa payung selalu tu agak jadi beban juga sebab kita ni nak naik turun bot/feri. Kalau jenis cepat pening/mabuk laut, elok sediakan panadol actifast, minyak angin, dan pil chi kit teck aun. Mana tahu loya dan perut mual dok tengok laut tu. Elok pakai kasut bertutup untuk senang jalan dan tak takut tercabut masa turun naik feri. Kalau jenis tak tahan mabuk laut, baik jangan makan banyak sangat sebelum naik feri. Sebaliknya bawalah jajan-jajan untuk masam/masinkan mulut masa kat atas feri nanti. Bunyi enjin feri yang kuat dan hembusan angin laut bersama kehangatan cuaca mungkin buat kita tak selesa. Sekian tips ibu untuk penumpang feri ;-)
Perkara yang wajib dilakukan bila sampai ke Terminal Jeti Lumut ni ialah pertama buang air, kedua selfie, ketiga cari parking kereta ;-)
Kat terminal jeti ada toilet yang selesa, dengan bayaran 50 sen sekali masuk. Lepas buang air, selfie sikit-sikitlah sekitar dataran jeti yang cantik tu. Kalau dah masuk waktu solat, boleh la solat dulu jamak taqdim zuhur-asar. Tapi masa ni, belum waktu lagi.
Bila dah puas tengok kapal dan selfie, barulah ayah gerak untuk cari tempat letak kereta. Kalau tak sayang sangat dengan kereta sendiri, boleh saja parking di tepi-tepi jalan. Kalau hari cuti, penguatkuasa pun tak datang cek dan bagi saman/clamp tayar. Cuma, bila malam tu, sendiri kena ingatlah. Penjenayah sekarang ni ramai yang terpelajar dan kretif. Kang ada pulak kereta yang hilang secara percuma (sia-sia) sebab tak cukup ikhtiar jaga kereta sendiri. Kot kena pecah ke. Kita tak tahu kan..
Petak parking kereta pula ada jenis terbuka dan ada jenis dalam bangunan macam yang ayah pilih ni. Terus je masuk ke kawasan parking kereta berbumbung dengan bayaran 60 sen sejam. Untuk 3 hari parking, kita bayar RM29.40. Kita tak kata lah kalau parking sini keselamatan terjamin. Tapi at least tempat ni ada guard, dan kita pun dah berusaha simpan kereta kita elok-elok. Kalau nak jadi juga pecah kereta, tu dah takdir namanya ;-)
Parking space kereta pada hari cuti agak penuh. Tengah cari-cari tu, tiba-tiba ada perempuan sekitar umur hujung 50an tegur ayah suruh parking di tingkat atas sikit sebab belah bawah dah penuh. Elok dah parking, dia offer bilik hotel kat ayah. Rupanya dia ni macam ejen hotel la agaknya, siap bawak album hotel pilihan. Kalau berkenan dengan hotel-hotel yang dia cadangkan tu, boleh la bayar deposit dulu, lepas tu bakinya bayar di kaunter reception hotel. Mulanya ibu macam cuak jugalah. Ayah ni cepat pula percaya minah ni. Kalau kena tipu kan naya. Mentanglah kita takde buat apa-apa booking bilik hotel.
Makcik tu kata, hari cuti selalunya hotel penuh. Sebab tu dia selalu cari customer masa parking. So that dia boleh copkan bilik hotel. Ibu kata nak duduk kat Coral Bay Resort. Terus dia call hotel tu dan tanyakan bilik. Kebetulan memang ada kosong untuk deluxe room yang kita nak. Harganya RM275 semalam. 1 katil single, 1 queen. Bilik mengadap pool. Ayah pun ok kan aje walaupun ibu macam tak confident sangat. Takpelah. Ayah bayar RM30 dan kita pun teruskan perjalanan.
Bangunan parking tadi agak jauh dari jeti, tapi laluannya berbumbung. Kalau lapar dan nak cuba makanan di gerai-gerai sepanjang koridor menuju ke jeti pun boleh.
Tapi kita tak singgah kali ni sebab tak lapar.
Cuma kita singgah di gerai makanan ringan ni sebab ayah nak beli jajan-jajan buat pemasin mulut masa atas feri. Mana tahu kejap lagi mabuk laut pula kan. Ayah ni tengah tak sedap badan. Jadi, ada risau sikit kat situ.
Ada banyak gerai kat tepi jeti ni yang jual makanan ringan dengan banner promosi masing-masing. Tapi hasil laut yang diorang jual semuanya sama je. Harga pun sama. Tak tahu apa bezanya.
Ikan bilis agak mahal. Yang siap berkopek, sekilo paling murah RM50. Terus tercengang kita dibuatnya...
Yang tak berkopek pun banyak pilihan. Tapi nak kena rajin kopek la bila nak masak nanti.
Ha, ni lah dia nya. Paling murah RM50 kalau dah siap kopek. Ada yang sedap katanya, tapi RM90 sekilo. Gila lah!
Selain kat sini, kalau tak nak beli hasil laut kat tepi jeti ni, keluar sikit dari koridor berbumbung, akan jumpa banyak kedai-kedai luar yang menjual hasil laut. Suka hati lah nak singgah di kedai yang mana tapi harganya lebih kurang juga..
Kita bergambar dekat-dekat dengan deretan kedai yang menjual pelbagai jenis cenderamata, pakaian, pelampung, gogle kalau nak snorkle, peralatan nak ke laut, semuanya ada. Tapi kita tak beli lah sebab tak nak bawak banyak sangat benda naik feri. Leceh.
Welcome to Terminal Jetty. Heheh..
Dalam perjalanan nak naik feri.
Tambang feri RM10 dewasa dan RM5 kanak-kanak. Tiket ni untuk pergi dan balik. Jadi jangan la hilangkan pula bila dah sampai hotel nanti.
Masa sampai di pintu masuk jeti tu agak terpinga-pinga jugaklah nak beli tiket di mana sebab takde pun kaunter tiket macam bas tu. Rupanya, diorang tak pakai kaunter. Pakai meja je. Lepas tu ada la sorang makcik tu tanya pada ayah, nak ke mana. Ayah kata nak ke Pulau Pangkor, beli tiket kat mana? Terus je dia bagi tiket, dan ayah bayar duitnya. Laju sangat tak sempat snap gambar dengan dia ;-)
Kaunter tiket dalam bentuk meja je :-)
Lepas tu ayah didekati juga pakcik-pakcik yang tanyakan sama ada nak gunakan kereta sewa masa di Pangkor. Sewanya RM80 saja sehari. Tapi ayah kata takpe, nanti cari di pulau.
Lepas tu ayah didekati juga pakcik-pakcik yang tanyakan sama ada nak gunakan kereta sewa masa di Pangkor. Sewanya RM80 saja sehari. Tapi ayah kata takpe, nanti cari di pulau.
Motosikal pun naik bot jugak.
Nampak tak guard baju putih depan sana tu? Dia dah lambai-lambai kita suruh cepat sikit. Tapi sempat ibu snap gambar Ica lagi. Haha..
Bila tengok feri yang dah penuh dengan orang ramai, ibu jadi teringat nahas feri tenggelam di Korea Selatan minggu lepas. Adoila.. Mudah-mudahan kita selamat naik feri ni pergi dan balik. Kita pun tak pasti nasib kita. Kalau nak jadi, ia tetap akan terjadi kan. Malang tak berbau. Naudzubillahi min dzalik!
Bila masuk ke perut feri, tingkat bawah selalunya dah penuh dengan orang ramai yang masuk dulu, dan barang-barang masing-masing. Kita naik tangga ke tingkat atas. Ada ruang dalam yang berhawa dingin, tapi Ica memilih untuk keluar ke ruang dek yang tak berbumbung. Konon macam naik kapal layar la kan... Nasib baik cuaca mendung sikit. Jadi tak terik lah matahari kena kat kulit.
Feri dah bergerak pada kelajuan biasa. Maknanya tak lah laju sangat macam bot. Perjalanan akan memakan masa selama 20 minit. Alhamdulillah.
Ica buat gaya macam naik kapal. Eh, dia ni pernah tengok wayang Titanic ke?
Muka syahdu terkena angin laut.
Tido ke Ica...?
Muka syahdu terkena angin laut.
Tido ke Ica...?
Lama sangat berdiri, ketar juga lutut ni. Duduk lah sekejap.
Pemandangan sepanjang jalan.
Feri ni berhenti sekejap dekat kampung nelayan dan ada penumpang yang turun. Tapi kita teruskan sikit lagi perjalanan hinggalah sampai ke Pangkor.
Alhamdulillah dah sampai. Telinga macam pekak sikit dengan bunyi enjin. Nasib baik ada makanan ringan sate ikan yang beli kat jeti tadi. Kalau tak, rasa mual nak muntah pun ada. Kita sempat duduk di ruang yang berhawa dingin tu sekejap. Mulanya ayah nak turun masa feri berhenti di kampung nelayan tu. Nasib baik ada petugas feri yang tak benarkan. Maybe muka kita ni muka pelancong kot. Nampak blur-blur je. Orang turun, kita pun turun. Padahal salah terminal! So, naik semula ke atas, dapatlah duduk kat tempat yang sejuk untuk 10 minit tu.
Sesampainya di jeti Pangkor, maka ramailah pengusaha kereta sewa ni tanyakan kita nak ke mana, nak kereta sewa ke tak. Harganya agak mahal, sekitar RM100 hingga RM130 sehari. Amboi! Macam menyesal tak ambil yang RM80 tadi di jeti Lumut. Kan? Takpe takpe... Bawa bertenang. Kita ke hotel dulu.
Van/teksi pink jadi identiti Pangkor.
Just bagitahu nak ke Coral Bay Resort, ada lah teksi yang akan bawa kita.
Hepi je muka abang teksi tu bawa kita. Tambangnya RM10 saja. Alhamdulillah dah sampai ke hotel pun.
Coral Bay Resort antara hotel yang tak jauh dari pantai dan ada swimming pool. Kena cari hotel yang macam ni untuk memenuhi keinginan anak kita yang cerewet nakkan percutian pool ;-)
Lobi hotel. Sementara ayah bayar penginapan, Ica chek-it-out keadaan sekeliling, ibu jaga beg kita.
Nasib baiklah makcik yang ayar bayar deposit tadi tu tak tipu punya. Sampai sini, tunjukkan receipt, lepas tu request bilik mengadap pool, bayar sewa dan dah pun selesai. Alhamdulillah..
Bilik pun tak menghampakan. Luas. Ada carpet. Katil besar, empuk dan selesa, bilik sejuk, mengadap pool, tv flatscreen, ada settee, almari sliding yang besar, cermin besar. Apa lagi? Bilik air pun luas, ada bath-tub, dan paling penting, bersih dan tak berbau kepam.
Walaupun hotel ni bukanlah hotel baru, pintu dia pun berat gila, pakai kunci manual lagi, minibar pun dah buruk, tapi semuanya functioned well, dan memuaskan hati. Bagus Coral Bay Resort!
Swimming pool untuk kanak-kanak siap ada slide kecil comel lagi. Ica dah tergedik tak sabar nak main air le tu.
Lepas letak beg, solat jamak, tukar baju, maka ayah pun terus turun semula ke kedai untuk beli air dan tiba-tiba panggil kita turun ke lobi sebab nak tunjuk ni. Tadaaa..
Ayah dapat sewa kereta merah proton saga iswara manual ni dengan harga sewa RM50 sehari. Ha, ok sangat tu. Tengok muka excited Ica, macam la ayah beli kereta baru. Kah kah... Dah macam teksi pun ada gak.
Isi minyak dulu di BuraqOil Station. Takyah isi banyak, sebab nak pusing pulau je kan. Isi RM20 je. Jap lagi kita terbang pulak dengan buraq eh? Kah kah..
Makan dulu..
Ok nak kata rasa makanan tak sedap, tak elok lah. Selera masing-masing kan. Tapi harganya boleh tahan mahal la. Maybe dia caj air minuman segelas RM2 walaupun gelas kecil je. Tapi milo aisnya sangat manis berkrim. Hihi...
Ok dah kenyang? Kita nak teruskan perjalanan pusing pulau ni.



















No comments:
Post a Comment