May 4, 2014

Menara Condong Teluk Intan, Perak.

Bismillah..

Kali ini kita ke Perak sekali lagi, tapi bukan untuk mencari taman tema bermandi-manda di tempat sofistikated dan seumpamanya. Subhanallah.... kita akan ke Pangkor! Yay... 

Alhamdulillah dikurniakanNya kesempatan datang ke Perak lagi selepas Lost World of Tambun dan Bukit Merah Lake Town Resort 2 tahun lepas. Untuk perjalanan kali ini, kita sudah plan beberapa tempat untuk dijenguk dalam perjalanan pergi dan balik.

Memandangkan perjalanan pergi ke Pangkor ini kita akan mengikuti jalan Kuala Selangor terus ke Lumut, jadi kita singgah di Teluk Intan dulu. Tak lama mana, kira-kira 2 jam lebih sikit perjalannya, dah tiba ke pekan Teluk Intan.

Pengalaman paling teruk singgah di stesen minyaknya sebab nak buang air sangat-sangat, sekali tu toiletnya kotor gila, najis bersepah-sepah atas lantai dan ada yang sumbatkan toilet tu lagi, bercampur-campur dengan tisu...ew. Tahulah masa kita pergi tu 1 Mei, hari cuti pekerja, tapi stesen minyak kan ada pekerjanya, takkanlah takde masa nak tolong cucikan? 
Grrrr... Terus tak jadi buang air ;-( marah bengang kecewa dan geli geleman!

Nak cari tempat makan yang best, tak google siap-siap. Jadi, belasah sajalah makan pagi di foodcourt berdepan dataran menara condong tu.
 Lauk makan tengahari dah tersaji digerai ini dan pelanggannya pun dah ramai walaupun baru pukul 11 pagi. Sedap atau tidak, tu tekak masing-masing. Tapi jadilah, dapat mengalas perut yang lapar sangat ni. Alhamdulillah. Harganya? Untuk sepinggan nasi dengan kuah lemak dan lauk ayam goreng, juga semangkuk mi sup dan 2 gelas teh o ais dan segelas air buah, RM12.50. Murah ke mahal? Sendiri boleh tentukan ;-)
 Selesai makan, apa lagi, moh teruskan perjalanan. Dari sini, menara condong ni, kelihatan sedikit condong. 
 Sebab di atas menara tu ada jam dinding yang berbunyi setiap setengah jam dan setiap jam, jadi kita tahulah masa ini dalam pukul 11.10 pagi. Cuaca sudah cukup terik panasnya. Namun, tak menghalang pengunjung yang entah dari mana, rasa macam China je, datang berduyun-duyun memenuhi ruang dataran untuk naik ke tingkat atas menara ini.
 Di pintu masuknya pun ada jam dinding juga.
Tak sah kalau tak selfie. Itupun kena la tunggu turn ya sebab ramai orang nak ambil gambar di sini. 
Ambik je gambar depan papan bertulis sejarah tapi tak sudi pun nak baca sekejap, kan. Haish haish..

Menara ni sebenarnya dahulu kala dibina untuk simpanan air penduduk sekitarnya dan ia menjadi petunjuk kepada kapal dagang yang bakal singgah untuk berniaga di sini. As simple as that, and now a history everyone would want to take a peek ;-)
 Selfie lagi. Seperti biasa, pelancong-pelancong Cina yang sibuk-sibuk nak snap gambar memasing, mesti berbisik-bisik tengok kita berselfie dengan monopod ni. Ada yang menegur : "what's that?" dan tergelak pelik. Sambil ayah pun menjawab dengan kereknya, "technology maaa.. " ;-)
Masuk ke bangunan ni, kita diminta mengisi dulu buku pelawat. Sebenarnya tak payah isi pun takpe, tapi ibu kan pantang tengok pen dan buku, kena juga isi kejap. Isi nama bertiga sekaligus ;-)
Dalam tingkat yang bawah sekali ini, ada tangga kecil menuju ke tingkat atas. Konon-konon saja la nak panjat tangga sempit ni. Kalau nak naik, boleh naik sampai tingkat 4 saja. Tingkat 5 hingga 7 takde lantainya. Nama pun macam penanda pulau, macam rumah api gitu kan. Buat apa nak buat lantai banyak-banyak, camtu agaknya.
 Rekabentuk dan kemasan kayu semuanya macam zaman dulu. Terus ibu teringat tangga kayu kat kampung. Kalau di jaga dan dikilatkan dengan varnis, macam inilah nampaknya. Kukuh dan berseni. Gambar-gambar yang digantung tu gambar-gambar menara ni juga.
 Telaga di dalam kawasan berpagar kayu, ditutup dengan besi pengadang untuk keselamatan. Di dalamnya masih ada air yang cetek dan banyak syiling yang orang campak ke dalamnya, konon buat hajat kot? Kalau ada melayu Islam yang buat camtu, memang patut dibenamkan terus dalam telaga ni. Merepek tak sudah ;-)
 Ica yang penakut, sebab di dalam ni gelap dan sejuk.
 Inilah Pegawai British yang melukis pelan pembangunan Teluk Intan pada zaman penjajah dulu. Namanya Archibal Harbord Anson. Asalnya nama pekan ni Teluk Mak Intan sempena nama peniaga Mandailing yang singgah ke sini tapi penjajah memetakan semula kedudukan dan keluasan pekan ini, sekaligus menggantikannya kepada Teluk Anson. Kalau nak tahu lagi, bolehlah google saja (technology maaa...) atak klik saja kat sini. Lepas merdeka, pemerintah menukarkan semula namanya kepada Teluk Intan. Barulah ada sikit kemelayuannya kat situ ;-)
 Mengabadikan kenangan di menara condong. Ala sikitlah fefeeling kat Paris gitu. Hik hik ;-)
Dari kejauhan, menara jam ni tak nampak condong sangat kan. Maybe ada sisi-sisi tertentu saja yang menyebabkannya kelihatan condong. Disekitar dataran menara ni, ada banyak kedai-kedai pakaian, peralatan kegunaan harian dan kedai makan. Jadi kita singgah di kompleks Menara Condong untuk beli sikit cenderamata. Ica juga tak lepaskan peluang beli beg baru di kedai Ekonomi Yang-Yang.
Beg gambar kitty yang bermata bulat. Nasib baik murah je RM25. Hehe..
...dan fridge magnet untuk kenangan kita.

Menara condong Teluk Intan, checked!!

No comments: