Bismillah..
Bertukar gigi ni merupakan antara tanda anak kita sedang membesar dengan elok. Menambah satu lagi nikmat menjadi ibu bapa. Alhamdulillah...
Pengalaman ibu mula cabut gigi susu dan tumbuh gigi kekal sejak umur 5 tahun. Tapi tak ke klinik gigi pun. Asal goyang sikit, cabut saja di rumah. Ada yang cabut sendiri, ada yang embah tolong cabutkan. Tapi taklah teruk sangat sampai kena tarik dengan benang kat pintu macam yang ada dalam tv tu. Kalau goyang sikit-sikit, terus main-main sampai goyang betul, tak lama lepas tu dah boleh cabut. Sakit sikit saja.
Tapi pengalaman ibu dicabut gigi di klinik masa berumur 6 tahun. Ya, ibu masih ingat. Doktor pakai mask mulut, cucukkan sesuatu di tengah-tengah gigi kacip di depan. Kemudian terasa kebas. Lepas beberapa saat, siap. Bila engok di cermin, ha dah rongak gigi depan ibu. Yang membuatkan lagi ingat tu, sebab kejadian ini berlaku di rumah Wak Haji di Ipoh. Masa itu dia menjadi warden di Politeknik Ungku Omar. Siang cabut gigi, malamnya diorang masak burger! Dahlah itu kali pertama ibu tahu burger boleh dimasak di rumah (-_-) naif betul ibu ni. Seronok betul tengok burger yang dah jadi, terasa nak terus menggigitnya macam orang lain tu, sekali gigit-gigit tak boleh! Haruslah jadi bahan ketawa yang lain. Masa itu ada embah, Wak Husna, Wak Haji, Wak Hajah dan paman Azam. Sedih bukan main, sebab terlepas keseronokan menggigit burger buatan rumah. Macam lah bila dah tak boleh gigit dengan gigi depan, terus tak boleh makan burger. Haha. Lalu Wak Husna potongkan burger kepada 4 bahagian dan bolehlah ibu makan sikit-sikit. Tak perlu gigit dengan gigi depan pun. Masuk terus ke gigi geraham. Kunyah dan telan. Konsep yang mudah, tak perlu sedih-sedih lagi.
Masa ibu, gigi kekal belum tumbuh, tapi gigi susu dah mula goyang dan perlu dicabut. Mungkin sebab ibu jarang makan buah? Ibu memang tak gemar buah. Sayuran pun hanya jenis tertentu saja. Lagipun kalau kat kampung tu, balik-balik buah cermai, mangga dan jambu. Bosan betul. Masa Ica pula, boleh dikatakan Ica kerap makan epal dan buah pear. Tapi Ica sangat 'hantu' dengan mangga. Sama macam ayah. Ica mula memberus gigi setiap hari sejak berumur 3 tahun. Mungkin sebab itu gigi susu Ica jadi kuat dan susah nak goyang? Ibu rasa, ibu mula gosok gigi masa umur 6 tahun atau masa darjah satu. Entahlah. Macam tak penting saja.
Tapi ibu perasan gigi Ica belah bawah yang di tengah tu mula menjadi jarang macam ditolak ke depan. Tapi sebab rumah kita tu gelap selalunya, dan kalau tengok bawah lampu pun tak nampak apa, jadi ibu ingat takde apalah. Mungkin lidah Ica asyik tolak gigi tu ke depan, jadi dia agak terjongang keluar. Lepas tu, Ica pula, bila rasa tak selesa, akan bagitahu ibu ada sesuatu yang terselit kat giginya. Jadi ibu suruh Ica gosok gigi lama sikit, bagi yang terselit tu tercabut keluar. Senang tak?
Hinggalah pada hari Ahad lepas, lepas taekwondo, kita melepak kat tepi car wash sambil tunggu kereta dicuci, Ica pula lepas makan roti terus bagitahu yang ada sesuatu terselit kat giginya. Ibu pun tengokkan.
Subhanallah, ada gigi nak tumbuh kat dalam tu???
Macam tak percaya, ibu tarik Ica ke tempat yang agak panas sikit nak bagi terang. Memang betul, ada gigi yang dah tumbuh kat belakang gigi susu yang terjarak tu. Nampaknya macam kat sebelahnya pun ada yang nak tumbuh tu cuma belum jelas terkeluar.
Sekarang ibu boleh faham kenapa Ica kata gigi rasa tak selesa dan kerapkali Ica buat muka tahan sakit, sebab gigi kekal yang nak tumbuh tu, membuatkan gusi membengkak.
Tapi sempat tersengih sambil ibu nak snap gambar ni. Kenangan giginya yang cantik. Bersih tersusun. Tapi semua ni sementara aje kan Ica...
So kita pun dah tahu, sebab musabab gigi depan ni menjadi jarak. Lepas siap cuci kereta, ayah pun drive ke Ulu Klang, ke Klinik Pergigian Nooriah di depan Giant Permata. Tapi klinik asalnya ditutup sebab ada renovation besar-besaran. Nak buat dua tingkat. Dah lama renovation ni tapi belum siap-siap lagi. Klinik sementara tu pulak di tingkat 2, atas 7-eleven. Rupanya Ahad ini klinik tutup, ada notis digantung dipintunya. Selalunya kalau Ahad pun klinik buka. Takpelah. Datang hari Isnin.
Kalau di klinik pergigian kerajaan, untuk rawatan kanak-kanak ditetapkan pada Jumaat. Takkan nak tunggu sampai Jumaat baru boleh cabut gigi ni sedangkan gusi dah bengkak tak selesa.
Pagi Isnin, dalam pukul 10 kita sampai ke Klinik Pergigian Nooriah yang sementara ni. Orang tak ramai, tapi kena menunggu sikitlah. Ica sebenarnya agak nervous juga tu. Maklumlah pertama kali. Tapi ibu dah janji, lepas cabut gigi kita pergi shopping di Jusco Wangsa Maju. Jadi, Ica tak sabar nak cabut gigi sebab lepas tu boleh shopping!
Terapi menghilangkan risau ialah dengan menari. Kejap kejap mengusik dan diusik ayah. Gelak-gelak. Lompat-lompat. Duduk atas kerusi. Lepas tu menari semula.
"Bila nak cabut gigi ni ayah?" tanya Ica tak sabar..
"Ini gigi saya yang nak cabut tu." Kata Ica sambil menunjukkan giginya.
Dalam setengah jam menunggu, akhirnya Ica dipanggil.
Dr. Nooriah sendiri yang memerisa gigi Ica. Alhamdulillah...
Doktor sedang buat penerangan pada ayah dan ibu, apa yang bakal terjadi pada gigi kekal Ica nanti. Disebabkan gigi susu Ica cantik tersusun kecil-kecil dan rapat-rapat, jadi ada kemungkinan besar yang gigi kekal Ica nanti bakal "Crowding" menggantikan gigi susu. Tapi dagu Ica akan membesar selari mukanya, jadi gusi pun akan membesar juga dan beri ruang pada gigi kekal yang tumbuh tu. Gigi kekal biasanya lebih besar daripada gigi susu, sesuai dengan perkembangan dagu dan muka Ica. Jadi, buat masa ini jang risau sangat dengan tahap keserabutan gigi kekal yang tak tersusun tu. Cuma, dokter pesan, kalau ada lagi gigi yang nak tumbuh, cepat cabut gigi susunya untuk beri ruang.
Lepas tu dokter letakkan ubat kebas perisa strawberry supaya Ica tak rasa sakit atau takut.
Lepas tu tunggu sekejap untuk ubat tu bagi kesan.
Nurse tutup mata Ica dengan tisu supaya tak nampak jarum suntikan ubat bius tu.
Tengah suntuk ubat bius. Ica merengek-rengek manja. Ibu pun macam cuak jugak kot dokter tersuntik kat lain. Tapi ibu percaya dengan kepakaran dokter ni sebab ibu buat crowning dengan dia. Memang bagus kerja dia ni tak perlu dipertikaikan lagi. Ibu pun keluar sebab tak nak tengok Ica merengek-rengek macam tu.
Ayah kata, lepas suntikan 2 kali, doktor ambil ragum kecil untuk tarik gigi tu keluar. Tak sampai berapa saat, dah pun selesai. Ibu baru buka surat khabar, muka depan, Ica dah keluar dari bilik rawatan. Wah, sekejapnya.
Dokter letak kain kasa untuk elakkan darah menjejes keluar dari lubang bekas gigi.
Tada... kecik aje gigi Ica ni.
Ada saluran lubang darah kat gigi tu. Kalau pakai kamera canggih sikit, bolehlah zoom-in. Haha tetiba nak beli lense yang boleh zoom-in tu untuk next cabut gigi. Kikikikik
Hasilnya... Alhamdulillah. Yang ayah tu dah kenapa nak tayang gigi jugak?? Kah kah
Bibir yang kena suntikan tadi masih membengkak dan kebas. Jadi susah nak tegakkannya...
Susah payah buat senyuman nak kasi nampak effect lepas cabut gigi.
Kita ke Jusco Wangsa Maju, makan dulu. Dalam pada gigi masih sengal dengan bius pun, Ica boleh makan skewers secucuk, nasi ayah 3/4. Masa tengah makan skewers yang tu, tiba-tiba ada darah keluar dari bekas gigi yang dicabut. Ha, barulah Ica berhenti makan, dan minum air sejuk nak bagi darah berhenti.
Dah kenyang, kenalah pergi shopping. Ica menuntut janjinya. Nak ke kedai buku, kita pergi. Tapi tak beli apa pun sebab Ica nak beli stiker, ayah tak bagi. Apa lagi, menangis la Ica sepanjang jalan ke ruang shopping mall pakaian lelaki. Tapi bila sampai je ruang pakaian kanak-kanak, terus ceria balik secara otomatik!
Ica pilih gaun. Ibu ambikkan beberapa helai untuk try pakai dulu.
Ini yang paling labuh dan cantik corak bunganya kecil-kecil, tapi takde lengan dan nampak lengan Ica besar sangat.
Tapi... Ica dah suka. Siap pusing-pusing macam princess...
Yang ini agak sendat di bahagian punggungnya, dan nampak pendek sikit. Tak nak.
Nampak pun dah tahu. Tak selesa sangat walaupun jenis kainnya sejuk.
Yang ini sangat manis padanan warna pink purple dengan skirt bunga kecil.
Tapi, ketat kat blah dada tu. Takde saiz besar lagi.
Yang ini langsung tak nak ditunjukkan kat ayah sebab nampak seksi pulak. Hahaha...
Akhirnya, ambillah yang mula-mula. Nampak gaun ni macam biasa je. In fact semua gaun-gaun yang ibu ambik tadi nampak biasa je. Takde apa yang bestnya pun. Cuma kainnya jenis cotton spandex yang sejuk dan serap peluh. Kalau pakai muat-muat pun tetap sedap di badan. Maka sebab tu harganya mahal. Setiap satu harganya lebih RM50, termasuk yang ini :'-( takpelah, demi anak tercinta. Elok pulak bahagian pakaian yang ada diskaun 70% tu takde saiz sesuai Ica. Kalau tak, boleh juga gantikan gaun ini. Hehe..
Ingatkan dah selesai sakit pedih cabut gigi, maka selesailah satu kesakitan Ica perlu tempuh. Rupanya ada lagi. Hari Selasa, balik dari tadika, Ica macam biasa akan buat aktiviti macam dalam jadualnya.
Untuk lunch, ibu masak nasi lauk kurma ayam dan udang goreng, berselera Ica makan sambil tengok tv, kartun Oggy kegemaran. Lepas makan, mandi, solat zohor, dan sambung tengok tv. Bila dah jemu, ibu suruh tidur, bukan main liat tak nak tidur. Tapi ibu suruh tutup tv tu, jadinya Ica pun terus buka buku dan buat latihan membaca sendiri. Baca buku English. Amboi... Baca sendiri pulak tu. Berterabur ibu dengar. Geli hati pun ya.
Lepas setengah jam, Ica pun dah tak membaca, mesti berangan sorang-sorang, ibu paksa tidur juga. Kalau tak, nanti Ica tak boleh nak mengulangkaji pelajaran dan mengaji lepas maghrib. Tengok-tengok, masuk je bilik tidur, terus berdengkur. Tak sampai berapa minit pun tergoleknya.. (-_-) konon je tak boleh tido lah, tak mengantuk la, belum letih lah...
Petang, hujan lebat gila tapi ibu tetap pergi pasar malam hari Selasa sebab nak beli barangan dapur yang dah habis macam sayur dan buah-buahan. Kebelakangan ini Ica suka sangat makan epal dan pear waktu petang, jadi stok cepat habis. Kena lah top-up. Sayur pun dah habis terus sampai halia pun asyik lupa nak beli. Balik je dari pasar, Ica tunjuk kat ibu dan ayah, dalam mulutnya ada putih-putih.
MasyaAllah... besar betul ulcer mulut ni. Ini tak lain tak bukan, tentu kesan digigit tepi gigi lepas cabut gigi semalam. Sebabnya, Ica tak dapat rasa bahagian bibir yang kebas, jadi tentu lah tergigit. Ica kata pedih. Jadi, ibu suruh Ica berkumur dengan air suam bergaram sebelum makan dan sebelum tidur.
Walaupun mulut sakit, mengaji tetap diteruskan.
Dan Ica happy sebab surah At-Tiin, baru 3 kali ulang dah lancar. Alhamdulillah... Lepas mengaji, Ica makan bubur nasi dan kuih pelangi kegemarannya. Hairan juga, dalam pada sakit mulut, tapi tak henti mengunyah. Alhamdulillah lah Ica tak demam. Masa Ica kecil dulu, ibu masih ingat, Ica terkena jangkitan penyakit tangan kaki dan mulut. Sampai mulut Ica penuh ulcer. Tak boleh makan dan minum walaupun Ica lapar. Demam lama dan naik bintik-bintik macam chicken pox di tapak tangan dan kaki. Ibu cukup risau tengok Ica kesakitan, sambil air liurnya asyik meleleh sebab tak boleh nak telan. Kesian sangat. Nasib baik Ica dah melepasi peringkat tu. Alhamdulillah kali ini Ica lebih kuat. Terima Kasih Allah, sebab bagi Ica kuat untuk tahan sakitnya.

No comments:
Post a Comment