Bismillah..
Ica sedang baca buku tentang lebah yang terbang ke sarangnya.
Ica : Di manakah lebah? Lebah pulang ke dalam sarangnya. Sarang lebah-lebah.
Ibu : Eh? Sarang lebah-lebah? Itukan lebah.
Ica : Memanglah. Lebah lah ni.
Ibu : Ok, apa beza antara lebah dengan labah-labah?
Ica : Ooo... (dengan muka sangat yakin) kalau LEBAH ada satu BAH. Kalau LABAH-LABAH ada dua BAH lah.
Ibu : Ha???
Sebenarnya, Ica tak faham beza antara Lebah dengan Labah-labah sebab di tadika, Ica belajar nama-nama haiwan dengan bahasa Inggeris. Yang Ica tahu, Bee and Spider. Tapi selepas ini, Ica tahulah Bee tu lebah, Spider tu labah-labah.
Ica suka menyanyi. Lagu terbaru yang sedang dihafalnya dari tadika ialah "Rasa Sayang Hei".
Ica : Rasa sayang hey rasa sayang sayang hey, hey lihat NORA jauh rasa sayang sayang hey.
Ibu : Nora? Nora mana?
Ica : Nora lah. Nora jauh....
Ibu : Ohh... Tapi ibu dulu nyanyi Nona.
Ica : Hah Nona? Nona mana?
Ibu : Nona la... Hey lihat Nona jauh rasa sayang sayang hey...
Ica : Buah cempedak di luar pagar, ambil GALAK tolong jolokkan, saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan. Rasa sayang hey rasa sayang sayang hey, hey lihat Nora jauh rasa sayang sayang hey..
Ibu : Bukan galak. GALAH.
Ica : Kenapa pulak?
Ibu : Galak tu lain.
Ica : Oh yeke.
Hiks.
Masa ini sibuk bersembang dengan ayah pasal kelas taekwondo tadi, sampai tegak-tegak ponytail Ica. Hihi.




No comments:
Post a Comment