Apr 24, 2014

Pasca keterujaan ke KLCC.

Bismillah..
Tajuk panjangnya macam nak buat spekulasi saja. Hehe.

Semalam Ica ada lawatan ke KLCC dengan teachers dan semua kawan-kawan Smartreader Kids. Melawat ke PetroSains. Ini bukanlah kali pertama Ica ke KLCC. Selalunya kita ke KLCC untuk makan di Chilli's atau menonton wayang di TGV, atau ke kedai buku Kinokuniya. Tapi KLCC bukanlah tempat yang ibu suka sangat sebab pertama butiknya mahal-mahal belaka, ibu kan orang kampong aje, tak mampu lah. Keduanya toilet KLCC Suria ni tak ada salur getah, susah nak basuh. Kalau ke sana, nak buang air, ibu kena siap-siap ada botol mineral 600ml tu, atau tisu basah. Kalau nak selesa, kena masuk toilet RM2.

Ica punya seronok nak ke Petrosains KLCC tu, sejak hari Jumaat, bila dapat slip kebenaran untuk ibu isi, bukan main rajin mengira hari.
Ica : Ibu, hari ini hari apa?
Ibu : Sabtu.
Ica : Ohh Sabtu. Maknanya ada 1,2,3,4 hari lagi nak sampai hari Rabu. yey!

Ica : Ibu, teacher suruh bayar duit KLCC hari Monday.
Ibu : Ok. Berapa? (sambil tengok kat slip kebenaran, RM35) 
Ica : Ada teacher tulis dalam surat.
Ibu : Ohh...tiga puluh lima ringgit...
Ica : Eh bukanlah... hmm teacher kata thirty five ringgit!
Ibu : (-_-)

Ica : Ibu, nanti jangan lupa isi surat tu. Teacher kata, gunting, lepas tu masuk dalam sampul surat, letak thirty five ringgit. Nanti baru teacher ambik.
Ibu : Okey.. Kalau ibu bagi fifty ringgit boleh? Nanti Ica mintak balance?
Ica : Tak boleh. Ibu kena bagi thirty five ringgit.
Ibu : Baiklah (-_-)

Ica : Ibu dah gunting surat tu tak?
Ibu : Belum. Nantilah.
Ica : Okey... (restless)
Tiba-tiba, Ica dah gunting surat tu. Terkejut ibu, sebab ibu tak suka Ica main gunting orang dewasa.
Ica : Ibu tengok tak surat KLCC tu?
Ibu : Tak. Kenapa?
Ica : Dah gunting.
Ibu : Ha? Siapa yang guntingkan?
Ica : Ica lah! (tersengih bangga)
Ibu : Ya Allah....

Hari Selasa.
Ica : Ibu, esok hari apa?
Ibu : Rabu.
Ica : Ha. Esok Ica pergi KLCC. Hari Rabu.
Ibu : yer..

Ica tidur awal, sebab tak nak bangun lewat. Lepas solat Isyak, Ica masuk biilik sendiri. Golek-golek sendiri sampai tertidur. Bagus. Paginya, ibu kejut sikit je, Ica dah bangun tersengih. Lepas tu terus bersiap-siap.
Ica : Ibu. Teacher kata, rambut kena ikat dua, sebab tak nak kasi berpeluh kat leher, nanti gatal sebab panas lari-lari.
Ibu : Ok.
Ica : Lepas tu kena pakai kasut sport Ica yang pink tu.
Ibu : Ok. Nanti ayah keluarkan kasut.

Lepas siap-siap, Ica sarapan cucur bawang yang ibu siapkan, dan minum secawan milo.
Ica : Teacher kata, kena makan sikit. Takut nanti lapar masa kat KLCC.
Ibu : Yela. 
Ica : Eh ibu. Hari ini hari apa?
Ibu : Rabu la.
Ica : Ha... hari ini lah yang Ica nak ke KLCC tu!!! Yay!!!
Ibu : (-_-) *tak faham*

Bila dah selesai semua, siap pakai setokin, jam baru 7.20 pagi. Masih awal sangat. Tapi Ica punya excited tu, sampai dah tak boleh tunggu lagi. Padahal kena berkumpul di sekolah pukul 8.30 pagi. Akhirnya, ayah hantarkan Ica pukul 7.45 ke tadika. Panjang lebar pesanan ibu pada Ica. Dengar kata teacher, jangan jalan sorang-sorang, ikut je teacher walau ke mana sekalipun, jangan suka nak tengok sana sini, kalau nak ke toilet jangan ditahan-tahan, etc etc... Tak tahulah Ica dengar kata ke tidak. Tapi rasanya, Ica lebih taat pada teacher berbanding ibu (-_-) takpelah.

Rombongan balik semula ke tadika pukul 3 petang. Sampai je rumah, bukan main Ica seronok bercerita pasal lawatannya ke Petrosains. Macam mana ibu boleh lupa, Ica kan suka Sains... Semua buku latihan Sains dah penuh, ibu tak beli yang baru lagi. Setiap kali peperiksaan kat tadika, untuk subjek Sains, Ica mesti dapat A. Sayang sekali Ica tak pandai Matematik. Kalau tidak, cerah harapan jadi doktor (-_-)

Sehari lepas ke KLCC, tiba-tiba pagi ini Ica kata nak pakai tudung ke tadika. Lepas bersiap-siap dan solat Subuh (gajah) tadi, Ica minta ibu pakaikan tudung.
Alahai comelnya anak ibu pakai tudung ke tadika. Ibu harap ini adalah permulaan Ica nak pakai tudung ke sekolah. Ibu tak nak paksa-paksa sangat nanti Ica tak happy. Ini pun sebenarnya inner tudung ibu, letak kerongsang, jadilah muat-muat kat Ica. Ica pesan suruh beli tudung yang sama warna dengan seluar. Amboi nak matching! Alhamdulillah... (*_*) tak tahulah apa yang Ica mimpikan semalam, atau apa yang dah berlaku dalam diri Ica hingga nak berubah pagi ini, sebab sebelum-sebelum ini Ica memang tak mahu langsung bertudung ke tadika. Padahal bukan panas pun sebab tadika ada aircond. Wallahua'lam.
     

No comments: