Bismillah..
Zaman sekarang, cabaran membesarkan anak-anak lebih menguji berbanding zaman dulukala. Ibu teringat cerita embah, bagaimana dia membesarkan kami adik beradik dan terpaksa bekerja di sawah padi. Anak yang kecil dalam usia 2 tahun ke atas akan di ikat di kaki ke tiang rumah dengan perca kain yang dibuat tali panjang, dan anak yang masih bayi, di dodoikan hingga lena di dalam buaian kayu. Tidak ada masalah anak kelaparan kerana embah akan menghadkan kerja-kerja di sawah untuk beberapa jam saja. Menjelang tengahari, dia pulang untuk menyusukan anak dan menyediakan hidangan tengahari. Nampak sangat mudah kerana bekerja sendiri, waktunya fleksible dan tiada tekanan. Sambil-sambil basuh baju di tepi kolam/perigi pun masih boleh jaga anak daripada jatuh ke dalam kolam/perigi. Tak ada yang membimbangkan langsung. Kalau kita hari ini, nak lalu longkang pun susah hati kalau anak terjatuh ke dalamnya.
Zaman sekarang, terutama di kawasan bandar, situasinya langsung tak sama. Kebanyakan ibu bapa bekerja sepenuh hari. Kalau nak rumah yang agak besar dan selesa pada harga yang murah pula, haruslah lokasinya jauh dari pejabat. Masa banyak habis di atas jalanraya menempuhi jem setiap pagi dan petang. Kalau jenis yang tidak kisah rumah kecil seperti sarang burung, tak apalah tinggal di tengah bandar, dekat dengan pejabat. Tapi kos sara hidup pastinya tinggi. Semuanya perlu dikira dan dipertimbangkan demi kelangsungan hidup. Lainlah kalau si suami mampu menyediakan keperluan rumahtangga tanpa perlu isteri membantu, bolehlah isteri duduk di rumah, jaga anak dan menguruskan hal ehwal dalam rumah. Tapi tak ramai yang begini.
Apapun, tanggungjawab ibu bapa tidak menjadi kurang hanya kerana latarbelakang sosio ekonomi yang berbeza. Semua ibu bapa mesti menjaga anak masing-masing sehabis baik. Tak kisahlah kalau tak dapat menyediakan keperluan setara dengan orang lain, contohnya hanya mampu sediakan nasi dengan lauk ikan kering atau telur, dan hanya sesekali saja mampu menikmati ayam goreng, sedangkan jiran kita setiap hari makan ayam goreng sampai jemu. Yang penting, anak kita dapat makan, minum, pakai, tinggal, dan peluang belajar yang mencukupi. Tapi di atas semua ini, keselamatan lah yang paling penting sekali.
Kita tentu sekali tak mahu semua ini berlaku, tapi dek kelalaian sesetengah kita, ia sudah pun berlaku :'-(
Ibu memang tak faham kenapa bapanya boleh terlupa langsung. Memang jenis pelupa kot? Malangnya keterlupaan kali ini membawa bencana. Inna lillahi wainna ilaihi rojiun...
Ini pula kisah ibu tunggal penagih dadah yang percaya dengan persekitaran walaupun bahaya. Apa salahnya dibawa sekali anak tak sampai 2 tahun tu masuk ke dalam bilik air. Tapi dah takdir Ilahi. Mungkin ada rahmah yang tersembunyi. Kita cuma ralat dengan sikap sengaja ibunya yang cuai, walau apa pun alasannya.
Ini pula kisah ibu bapa yang sukakan buku hingga bila jumpa kedai buku je terus lupa anak. Mungkin dah biasa begitu? Tak tahu lah. Yang pasti, kelalaian kali ini menyebabkan anak mereka terkorban trajis sekali. La haula wala quwwata illa billah...
Bila kita baca berita di surat khabar atau mengikuti perkembangan semasa melalui sosial media, terlalu banyak kejadian malang menimpa anak-anak kecil kerana kelalaian ibu bapa. Kalau bukan kelalaian, nak dikatakan apa lagi? Tak sengaja? Sama lah tu. Atau mungkin begini cara Tuhan menyedarkan kita. Ada orang yang terpaksa belajar sesuatu melalui jalan yang sukar, sementara yang lain hanya melihat saja, dan terpaksa mengambil iktibar. Memang, anak tu pinjaman. Tiba masanya Allah akan ambil semula. Betul, anak yang meninggal, tiada dosa, bakal penghuni syurga menjadi perhiasan indah, menunggu ibu bapanya. Tapi, bolehkah ini dijadikan justifikasi berlaku cuai?
Bad parenting 1.
Contohnya, baru-baru ini, ketika di kelas taekwando, ayah dan ibu tinggalkan Ica di pusat taekwando dengan pesanan "ibu ada di bawah, nanti lepas kelas Ica turun ke bawah, ibu tak naik. Ok?" rupanya sesuatu berlaku. Sesuatu yang buat ibu dan ayah rasa sangat ralat. Kenapalah tidak kami naik sekali dan tunggu di atas. Sebaliknya, kami pergi melintas ke seberang jalan semata-mata menikmati durian yang baru tiba dari Perak. Kemaruk durian nampaknya. Patutlah hati ibu tidak senang. Lepas makan durian, kami ke kedai buku pula. Kononnya menunggu masa hingga kelas Ica tamat. Tiba-tiba, kerani kelas taekwando menalifon ayah. "Ica menangis tak mahu masuk kelas taekwando langsung!" apa lagi, kelam kabutlah ayah dan ibu menurut ke sana.
Ica, seperti biasa, kalau ibu yang tanya "Kenapa? Apa yang jadi? kena marah dengan master ke?" memang takkan dijawab sampai ke sudah. Kenalah juga ayah yang memujuk. Master suruh masuk kelas pun tak mahu. Bila ayah datang, dukung Ica dan bawa turun ke bawah, barulah Ica mahu bercerita.
Selepas sesi warming-up dalam kelas yang besar, semua pelajar dibahagikan mengikut warna tali pinggang masing-masing. Master mengarahkan Ica pindah ke kelas yang lebih kecil untuk bersama-sama dengan yang selevel dengannya. Tapi Ica tak faham. Mungkin sebab kebanyakan master ni cakap English, cakap laju-laju, Ica tak faham. Sangkanya, master suruh balik, tak payah datang kelas. Jadi, Ica pun panik ke apa, laju-laju ambil buku taekwando, terus turun ke bawah. Ica ingat ibu ada di bawah. Rupanya tak ada. Ica pun menangislah cari ibu. Patutlah bila ibu tanya tadi, Ica kata "Ibu tipu Ica.... " :-(
Tiba-tiba, ada seornag lelaki India pegang tangan Ica, ajak Ica naik semula. Ica pun naik semula ke kelas, dan menangis. Kerani melayu separuh abad yang tak senang tengok Ica menangis terus call ayah.
Ceritanya simple saja. Ibu dan ayah yang ingatkan Ica boleh berdikari, langsung lepas tangan. Padahal, ramai ibu bapa yang sanggup tunggu anak-anak diorang kat luar kelas. Memang agak terkepam dan tak selesa, tapi demi anak masing-masing, apa salahnya.
Yang membuatkan ibu rasa ralat tu ialah, ada orang kehilangan anak mereka sekelip mata sebab diculik. Sekelip mata je. Tapi nasib ibu baik sebab tak ada apa yang berlaku pada Ica. Naudzubillahi min zalik!! Kita mendengar kisah malang orang, meremang bulu roma. Bila kita nyaris melaluinya, kita jadi speechless!
Bad parenting 2.
Ada sekali tu, kita ke pasar malam Ahad di Gombak. Sementara ayah sibuk memilih makanan yang berkenan untuk dibeli, Ica juga sibuk melihat-lihat mainan murah-murah yang dipamerkan penjual. Ibu pun nak juga memilih-milih sayuran yang segar untuk dimasak esok hari. Langsung, melintasi Ica, ibu bagitahu ayah "Yang, Ica tengok mainan kat belakang tu", sambil melepasi ayah yang sedang menunggu nasinya dibungkus penjual. Bila ayah berpaling, ayah tanya "Mana???" Ibu jawab acuh tak acuh, "Ada tu kat mainan kucing-kucing tu" sambil langsung tak berpaling sama. Bila suara ayah menjadi keras "Mana!!?? Tak ada!!" lalu ibu berpaling, terasa jantung bagai berhenti berdegup bila sekejapan Ica dah hilang daripada tempat mainan. Subhanallah.
Yang ayah pun satu, dah tengok anaknya tak ada di situ, maka cepatlah diturutkan ke belakang atau ke depan, atau dipanggil namanya. Ini tidak. Masih tegak berdiri di depan gerai, tapi mukanya menyalahkan ibu kerana cuai! Sengal betul. Ibu lah yang kelam kabut sambil menuruti lorong sempit penuh dengan orang ramai sambil menjerit nama Ica. "Ica!!! Ica!!!" hingga tak perasan kalau ada yang memerhati bagaimana keadaan ibu ketika itu. Perasaan hanya menjadi lega bila terdengar Ica pun memanggil "Ibuuuuu!!! Ibuuuu!!!" dengan suara menggetar dek tangisan tak jauh dari tempat dia berdiri tadi. Aduhai anak...
"Ica tengah tengok mainan, lepas tu Ica tengok belakang, ibu dah tak ada. Pastu Ica carik ibu tapi tak jumpaaaa... huuuuuu....!!!" Tangisnya, sambil memeluk ibu erat-erat. Alhamdulillah takde apa. Ayah pula bila sampai pada kita, bukan menenteramkan. Lagi memarahi. "Ha, itulah lain kali tinggalkan aje anak tu!" Marah ayah pada ibu. "Yang Ica ni, ha puas hati? Lain kali buat lah hal sendiri-sendiri! Tak payah ikut ayah dengan ibu. Ikut suka dia aje!" Kata ayah pada Ica pula. Benda sudah jadi, nak marah sampai terjojol biji mata pun tak guna. Bukan boleh direverse semula. Tapi ralatnya ibu, kalaulah pada masa ibu tercuai tadi, Ica ditarik tangannya oleh orang jahat, berputih matalah ibu? Sebelum ini hanya mendengar kisah anak kecil hilang di pasar malam, diculik van penjahat sedang ibu bapanya tidak sedar. Semuanya berlaku hanya sekelip mata saja. Sekelip mata! Naudzubillahi minzalik!
Ibu dan ayah bukan jenis ibu bapa yang selalu ambil kesempatan dan bersangka baik dengan sekeliling. Walaupun ke bilik air, untuk buang air kecil mahupun besar, Ica tetap akan kami bawa masuk ke dalam bilik air. Tak kisahlah kalau Ica ni jenis kepoci, semua yang dilihat mahu disuarakan kuat-kuat. Tak kisahlah kalau keluar dari bilik air je orang di kiri kanan memerhati sambil senyum sinis, mana taknya ada budak buat announcement pasal bontot emaknya besar! atau peha emaknya macam balak! Tak apa, asalkan puas hati anak selamat di dalam peliharaan kita. Sebab kita mungkin tak tahu, kalau anak kita menunggu diluar, dalam sekelip mata saja penjenayah ada peluang menculiknya sebelum sempat kita buang air pun!
Dalam penjagaan keselamatan anak di tempat terbuka, ibu sentiasa bersyakwasangkan terhadap semua orang disekeliling. Tapi ada kalanya, syak wasangaka tu menipis di tempat-tempat yang seolah-olah boleh dipercayai. Ini silap! Sebab zaman sudah berubah. Penjenayah ada di dalam masjid, di perpustakaan, di dalam surau, di dalam restoran, di laluan yang sesak, di kebanyakan tempat yang selalunya hanya ada orang yang baik-baik saja! Penjenayah tidak sebodoh 10 tahun dulu. Kanak-kanak di mata penjenayah adalah wang yang sedang bergerak. Setiap inci tubuhnya boleh didagangkan! Naudzubillahi min zalik!
Memandangkan Ica sudah 6 tahun dan sudah memahami kebanyakan perkara, ibu rasa sudah sampai masanya Ica belajar sesuatu yang lebih serius, iaitu menjaga keselamatan dirinya bila ayah dan ibu tiada. Salah satu permulaan ialah melalui kelas taekwando.
Tapi Ica ni ada juga mengada dan ambil kesempatan. Masa kita pergi cabut gigi depan Ica yang dah goyang di klinik Dr Nooriah, Ulu Klang, hanya ada ibu saja menemani Ica, ayah sibuk cari barang meniaganya. Ketika masih menunggu giliran, ibu tiba-tiba sakit perut dan perlu ke toilet. Jadi, sebelum pergi, ibu meninggalkan banyak pesanan untuk Ica.
Ibu : Ok, bila Ica sorang-sorang nanti, kalau ada orang bagi Ica duit, Ica ambik tak?
Ica : Ambiklah!
Ibu : Kenapa?
Ica : Sebab Ica nak duit tu...
Ibu : Salah! Kalau orang tu bagi duit, nanti dia ambik dengan Ica sekali tau! Orang yang kita tak kenal takkan bagi kita duit! Nanti dia ambik Ica, nanti dia korek perut, ambik jantung, hati, usus, lepas tu jual. Eeee... takut tak?
Ica : Eeeee takutnya...... Ok ok ok.... bahaya. Tak nak duit tu.
Ibu : Cuba lagi... Kalau Ica sorang-sorang, lepas tu ada orang bagi gula-gula, Ica ambik tak?
Ica : Taklah!
Ibu : Ok, good. Kenapa?
Ica : sebab bahaya! nanti dia ambik Ica pulak.. eee takutnya!!!
Ibu : Ok betul. Sekali lagi.
Ibu : Kalau Ica sorang-sorang, lepas tu ada orang bagi Ica keropok. Ica ambik tak?
Ica : Tak!!
Ibu : Ok good. Kenapa?
Ica : Sebab keropok kan tak elok untuk kesihatan...!
Ibu : (-_-)
Ica : Hahahaha... taklah. Ica tahu... Bahaya! Dah dah dah. Kalau nak pergi toilet, ibu pergilah. Ica ok kat sini. Ada ramai orang...!
Sebelum cabut gigi depan.
Lepas cabut gigi depan. Tersenyum bangga sebab dah sama dengan Upin Ipin (-_-)
Bad parenting 3.
Satu lagi yang buat ibu ralat ialah kejadian sebentar tadi di kelas taekwando juga. Hari Isnin bukan hari latihan Ica. Tapi Ica nampak terlebih tenaga petang tadi. Mana tidaknya, belah paginya tak ke sekolah, sebab cabut gigi. Petangnya sempat tidur sekejap sebelum asar. Jadi Ica ada banyak tenaga melompat sana sini, lebih baik dihabiskan tenaga tu di kelas taekwando. Lagipun, buku taekwando Ica tertinggal lepas kelas Ahad pagi. Duhh... Ica pelupa, ayah pun lupa!
Lepas hantar Ica ke kelas, dengan pesanan berbakul-bakul supaya jangan turun ke bawah selagi kelas belum tamat, ayah dan ibu pun terus ke warung mi goreng yang tak jauh dari situ. Ayah kelaparan. Ibu layankan saja. Bukan main seronok makan nasi lemak dengan sambal kerang pedas gila dan mi goreng udang yang banyak gila udangnya, sambil bersembang pasal kucing putih jalanan yang comot tapi manja di kaki ibu. Lepas makan, sempat juga ayah dan ibu ke kedai harga murah Long Wan untuk beli sepasang baju baru untuk Ica dan topi ayah. Saja habiskan masa sebelum ambil Ica.
Bila sampai ke kelas, dah ramai budak-budak taekwando yang turun, ibu pun cuak jugalah kalau terlewat sampai dan Ica dah turun awal tadi. Jam belum pun pukul 9 malam. Ibu terus naik ke atas, dan lega lihat selipar Ica masih ada di tangga masuk ke kelas. Sebaik ibu masuk ke kelas, pemilik kelas taekwando bagi tahu ibu sesuatu yang sangat mengejutkan dan meralatkan!
Teacher : Ha, you mummy Arissa ya?
Ibu : Ya... why?
Teacher : Ini Arissa, she's done the exam you know, but you didn't submit the form, I wonder...
Ibu : No no no... I belum nak dia ambil exam lagi, I dont think she's ready...
Teacher : No. No! Dia sudah ambil exam pun. Dan dia sudah lulus pun!! Sudah dapat tali pinggang pun!!!
Ibu : What???? (dengan tak percayanya)
Masa ini ibu tengok Ica tersengih dengan gigi lopong sebatang, dan menunjukkan tali pinggang kuning di tangannya. I just can't believe this!!
Hahahaha... Nak ketawa pun ya. Nak menangis pun ada. Macam mana boleh ibu terlepas waktu-waktu penting begini, hanya kerana sepinggan mi goreng udang dan nasi lemak???
Yang ayah dan ibu ingat, hari ini hanya latihan biasa. Padahal, dalam jadual kelas taekwando tu, Isnin takde kelas tapi hanya dikhususkan untuk exam saja. Kita tak tahulah yang ini sebab buku tu kan tertinggal di kelas hari Ahad tu?
Yang teacher tu ingat, kenapa Ica ni ada dalam exam ni, tapi namanya tak ada dalam senarai. Mana borangnya, sudah tercicir atau ibunya tak hantar borang, tapi hantar anak??? Kah kah kah! Memang miscommunication!
Akhirnya, selesaikanlah di situ juga, ibu bayar harga exam tu RM55 untuk tali pinggang dan sijil. Nasib baik ada duit dalam purse. Borang pun tak di isi, hanya tulis nama Ica saja. Itupun teacher tu yang tulis. Lain-lain butir dia akan semak dalam rekod. Haih. What a lousy parents we were! Hantar anak untuk exam, lepas tu blah macam tu saja, dengan tak isi borang dan tak bother pun nak tengok performance anak tu dalam exam! Oh Allah! Please forgive us!
Ica, please forgive ayah and ibu. Walaupun ibu tahu, bila ayah dan ibu takde, Ica lebih confident dan less-stress, tapi Ica mesti lagi suka kalau ibu boleh curi-curi snap gambar Ica dari belakang masa perform. Lepas tu, Ica boleh tengok semula gambar-gambar Ica sambil ketawa suka.
Kesian Ica. Ibu bapa lain ada menemani anak masing-masing ketika exam. Ibu bapa Ica, hilang makan mi goreng udang dan shopping baju di kedai murah. Kah kah! Really bad parenting skill!
Tapi, masa ibu sekolah rendah dulu, hampir tiap hujung tahun dapat nombor 1 dalam kelas dan dapat hadiah masa jamuan tahunan sekolah, arwah bapak ibu tak pernah datang untuk meraikan, sebab katanya tak penting pun....... :-(
Lepas ni bila ke kelas taekwando, Ica pakai belt kuning pula lah. (-_-) ahh ralatnya tak dapat tengok Ica perform... (sobs...!)
Jadi apa moralnya? Kalau tak sengaja dalam pengabaian/kecuaian terhadap keselamatan/penjagaan anak-anak, ia mungkin boleh di maafkan dalam situasi 'belum terlajak' lagi. Tapi kalau dah terlajak?
Kalau jadi macam ini? Nak salahkan siapa kalau bukan empunya diri sendiri? Takkan nak salahkan jiran sebelah rumah juga kot?
Kalau jadi macam ini? Nak salahkan siapa kalau bukan empunya diri sendiri? Takkan nak salahkan jiran sebelah rumah juga kot?
Ini memang kes careless yang amat. Dah banyak cerita baik dalam media sosial mahupun perdana pasal kereta dilarikan dengan anak di dalamnya, tapi tetap ada yang 'take for granted' buat tak faham, atau sengaja cuai.
Kalau kena kutuk pun memang selayaknya, sebab salah sendiri yang tak berhati-hati. Itulah kadang-kadang yang namanya manusia ni, nak kena terhantuk, baru nak terngadah. Dah kena batang hidung sendiri, barulah nak ambil pengajaran. Selagi itu, cuai dan tetap cuai! Tapi elok pula ada yang membela tak kena tempat. Penyakit masyarakat zaman sekarang ni ialah bersangka baik tak kena tempat. Rasa macam nak bahasakan aje pengomen yang terlalu bersangka baik ni.
Bab bersangka baik ni tak habis takat sini saja. Sekarang semakin disalahguna untuk menjadi 'lesen' tak perlu ambil tahu keadaan sekeliling, walaupun musibah berlaku di depan mata. Tak tahulah apa nak jadi. Dengan masalah pemimpin yang korup, masyarakat yang terus-terusan menjadi enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing, kita pun tak tahu hala manakah kita akhirnya nanti. Kalau dah sampai emak kandung sendiri mengabaikan anak kandungnya yang bukan saja masih perlukan kasih sayang, malahan kurang upaya pula tu, apa lagi yang boleh kita harapkan daripada makhluk bernama manusia? Kan malu dengan haiwan yang terlebih lagi sayangkan anak?
Sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengadili setiap kejadian. Walau apa pun, tanggungjawab sebagai ibu bapa akan tetap dipersoalkan di akhirat nanti. Wallahua'lam.













No comments:
Post a Comment