Bismillah..
Telekung pun nak masuk sini jadi entry. Nama pun album kenangan. Tentulah ada ceritanya tersendiri :-D
Sebenarnya Ica dah ada telekung sejak 2 tahun lepas lagi. Telekung yang ibu beli dari pasar malam Jumaat di Gombak ni cuma RM35 saja, ibu beli dengan niat mengumpan Ica supaya nak ikut ayah dan ibu solat. Selalunya, budak-budak kan suka pakai sesuatu yang baru. Bila tengok telekung berenda pink ni, Ica memang suka nak solat. Alhamdulillah.
Masa mula-mula ada telekung ini, muka telekung agak besar, jadi setiap kali pakai, ibu yang akan tolong pakaikan.
Ica cukup bangga kalau solat dengan ayah pakai telekung ini. Agaknya 'barulah masuk geng'...
Dengan ibu pun sama.
Kalau pakai sendiri, beginilah jadinya. Rambut terkeluar, muka nampak bulat aje.
Telekung ni mesti dipakai masa mengaji juga. Masa ni masih baca iqra'.
Kalau hari raya atau dengar ceramah di masjid/surau, Ica pakai telekung ini juga. Masa kat MasjidilHaram pun masih pakai juga.
Sekarang telekung ni dah nampak lusuh sikit. Lagipun kalau telekung ni sedang dicuci, Ica kenalah gunakan tudung labuh ibu. Dah tak nampak 'formal' lah.
Tudung ibu..
Tudung ibu lagi..
Jadi ibu rasa, dah sampai masanya untuk ibu belikan Ica telekung baru. Kali ini nak belikan yang jenis lycra sebab sejuklah sikit kainnya. Manalah tahu, bulan Ramadhan nanti ibu ada rezeki solat jemaah di masjid ikut ayah, Ica bolehlah ikut sekali. Takdelah panas menunggu habis solat.
Tapi, telekung yang ibu beli di instagram Zara Awliya tu terlalu panjang dan besar untuk Ica. Sesuai dengan embah pulak. Jadinya ibu bagi pada embah. Alhamdulillah.
Kali kedua, ibu beli dari Instagram juga. Itupun selepas lama belek-belek album online ni. Akhirnya ibu order yang macam ini.
Tengok pada descriptionnya, nampak macam elok aje kan.
Ibu pun bandingkanlah telekung Ica dengan gambar telekung dalam album online IG lailadehouse ni. Eh, macam boleh aje. Kira ok lah. Harga pun murah. Sebabnya, telekung macam ini, kalau di pasar malam uptown, harganya RM40 selepas diskaun. Tapi belakangnya panjang, depannya pendek. Itu yang tak pernah beli dari pasar lagi.
2 hari menunggu, akhirnya parcel pun tiba. Bila dapat je, ibu tengok potongannya sangat tak memuaskan hati. Elok saja Ica balik dari tadika, dengan busuk masam tu jugak ibu paksa Ica try telekung baru.
Belakangnya sangat panjang macam telekung orang dewasa.
Bukaan muka pun over-sized macam muka orang dewasa :-( Tapi bahagian depannya pendek, terlalu pendek hanya paras-paras hujung jari Ica saja. Bila Ica angkat takbir, dah nampak perutnya pulak :-(
Kainnya pula muat-muat saja. Nasib baik jenis kain lycra, jadi taklah ia sempit sebab kainnya meregang elok.
Tengok ni, saiz mukanya besar sangat dan tali telekung tu dijahit terlampau ke belakang :-(
Macam ni la telekung tu. Pendek di depan. Bila Ica luruskan tangannya, nanti jarinya terkeluar, jadi tangannya tergantung sikit kat dalam tu :-(
Telekung ni memang salah design! Siapa yang tak pandai menjahit tapi nak jugak menjual hasil jahitannya ni!!! Argh!
Telekung ni memang salah design! Siapa yang tak pandai menjahit tapi nak jugak menjual hasil jahitannya ni!!! Argh!
Sebab muka telekung longgar, jadi Ica nampak macam membongkok sikit, nak elakkan telekung tu terkebelakang sebab belakang kan labuh dan berat.
Ibu pun wassap penjual ni dan membebel panjang lebar, dengan perasaan marah yang tertahan-tahan. Mudah-mudahan ibu pun taklah nampak bodoh bila marah-marah kan.
Ini jawapan dia. Katanya, dia bukan tukang jahit, hanya dropship. Itu satu hal lah. Kalau dia dropship, jadi dia tak perlu tahu ke latar belakang barang tu dan siapa intended buyernya? Saiznya? Designnya? Potongannya? Kalau dia beli, dia bakal suka atau tidak dengan barang tu? Lepas tu harganya pula? Takkanlah main ambil, jual dan kira untung saja? Dahlah pakaian solat. Kalau setakat shawl saja, dah beberapa kali ibu beli shawl online yang hampeh, tapi shawl saja kan... Ini lain kes. Ini telekung kan.... Grrrr... Aduhai...
Masa marah sangat dekat penjual tu, kebetulan ibu tengah sapu ruang tamu dan nak lap meja, tapi kain basah ada di dapur. Jadi, dah alang-alang telekung ni ada di tangan, dan nak di cuci pun sebelum pakai, ibu lapkan terus ke meja tv yang berhabuk. Ibu pun satu. Ini pun nak diceritakan kat dia. Ohh bukan apa. Sebab dia macam offer nak tukar saiz. Ibu fikir, kalau nak tukar saiz macam mana pula, kan dah kotor kena habuk ni? Jadi, kenalah bagitahu hal sebenar kan?
Itu yang dia komen kat ibu macam ni, tak patut jadikannya lap meja sebab sepatutnya telekung untuk mengadap Ilahi. Hah tahu pun... Jadi ibu pun 'bahasakan' lah dia. Kalau tahu telekung tu untuk mengadap Tuhan, kenapa perlu tipu iklan. Ambil untung atas kerugian orang. Tak rasa berdosa ke? Design telekung gagal, harga tetap mahal. Lebih baik ibu beli yang di pasar malam uptown haritu. Taklah teruk sangat singkat bahagian depannya :-( sekurang-kurangnya muka telekungnya kemas dan muat-muat. Taklah selekeh macam ini :-(
Ibu kolaj kan gambar telekung ini untuk bagitau dia apa yang membuatkan ibu tak puas hati dengan telekung ni. Kalau tak nanti dia ingat ibu sengaja nak 'bahan' kan dia. Tapi sayangnya, dia dah pun block ibu daripada Whatsapp dia. Jadi dia takkan dapatlah gambar ni.
Hmmm ibu bukan apa. Yang dah berlaku tu dah pun berlaku. Nak marah, membebel, merungut, meraung, menjerit semua, telekung ni dah pun jadi milik ibu. Takde masa pula ibu nak pek semula telekung ni, cari masa pergi pejabat pos, keluar duit untuk pos laju untuk hantar semula pada penjual ni, sebab belum tentu dia nak bagi gantian. Kalau dah design pun gagal, design muka telekung budak pun macam muka dewasa, tapi katanya sesuai untuk saiz 3 tahun dan ke atas, apa kejadah??? Sah-sahlah semua design dia nanti design yang gagal!
Kalau saiz sesuai untuk muka 3 tahun, tentulah tak sebesar saiz orang dewasa?? Muka besar badan kecil, itu orang ke alien? Fuh... bengang je bila fikir lama-lama :-(
Hmmm ibu bukan apa. Yang dah berlaku tu dah pun berlaku. Nak marah, membebel, merungut, meraung, menjerit semua, telekung ni dah pun jadi milik ibu. Takde masa pula ibu nak pek semula telekung ni, cari masa pergi pejabat pos, keluar duit untuk pos laju untuk hantar semula pada penjual ni, sebab belum tentu dia nak bagi gantian. Kalau dah design pun gagal, design muka telekung budak pun macam muka dewasa, tapi katanya sesuai untuk saiz 3 tahun dan ke atas, apa kejadah??? Sah-sahlah semua design dia nanti design yang gagal!
Kalau saiz sesuai untuk muka 3 tahun, tentulah tak sebesar saiz orang dewasa?? Muka besar badan kecil, itu orang ke alien? Fuh... bengang je bila fikir lama-lama :-(
Tapi, nak buang pun sayang. Takkanlah RM39 nak dibazirkan macam tu saja? Memanglah boleh kalau ibu nak beli yang baru. Taklah mahal sangat kan? Tapi, takkan nak buang kain ni? Akhirnya, dalam tak pandai ibu menjahit dan memotong kain, terpaksa juga buat pengubahsuaian. Kesian bila Ica teringin sangat pakai telekung ni, dan terus juga pakai walaupun singkat di depan, bila angkat takbir je nampak perut :-( lepas tu terpaksa gantung tangan ke dalam telekung supaya tak nampak hujung jarinya :-(
So, ibu main potong saja bahagian 'ekor' telekung ni...
Dan letakkan ke belah depan jadi macam ini. Acah-acah bentuk dulu. Lepas tu barulah jahit.
Takde mesin jahit. Jadi, jahit sembat jarang-jarang saja. Nasib baik ada benang yang sama warna. Takdelah teruk sangat.
Bila dah siap jahit, begini jadinya. Dah macam wau bulan pun ada :-/
Tapi masalahnya bila tak diukur betul-betul jadi macam ini pulak... Depan terlampau panjang, belakang terlampau singkat sampai nampak bontot pulak... (-_-)
Jadi, terpaksa alter lagi. Ibu gunting sikit bahagian depan, dan sambungkan ke bahagian belakang yang singkat tadi. Lepas tu jahit semula macam tadi
Hasilnya, barulah sedang labuh depan belakangnya....
Bab mukanya yang terlebih besar tu, ibu cuba kecilkan dengan kelim tepi, tapi nampak selekeh aje. Bukak semula dan jahit ke dalam pula. Tengok camne.
Tada... jadilah kemas sikit. Walaupun jahitan ditengah tu senget-benget macam karipap salam kelim (-_-)
Alhamdulillah... siap sudah proses mengubah design yang gagal tadi menjadi design yang normal. Boleh dipakai. Cuma kalau nak lagi elok, kena hantar jahit tepi lah pulak. Kos lagi? Nantilah ibu usahakan. Tak tahu kat mana ada kedai jahit dekat-dekat sini. Yang penting, kain ni tidaklah membazir begitu saja. Alhamdulillah...
Album online instagram delailahouse tadi, ibu tengok dia dah padamkan iklan-iklan telekung kanak-kanak yang menipu tu. Mudah-mudahan teguran ibu masuk juga ke otaknya. Takdelah orang lain pun tertipu nanti. Mudah-mudahan.
Ibu pun taklah serik beli barang online. Dah beribu ringgit duit ibu pergi ke barangan online. Kebanyakannya okey. Bermula dengan cadar, comforter, selendang shawl, tudung, skirts, seluar, tshirt, blouse, kebaya plussize, kurung plussize, telekung renda, telekung lycra, telekung cotton, jubah...etc. Alhamdulillah tak lah teruk sangat kalau tetiba terserempak dengan yang tak saiz atau design tak cantik 'live' :-) adatlah, beli barang dalam katalog aje kan. Hihi...
Ibu pun taklah serik beli barang online. Dah beribu ringgit duit ibu pergi ke barangan online. Kebanyakannya okey. Bermula dengan cadar, comforter, selendang shawl, tudung, skirts, seluar, tshirt, blouse, kebaya plussize, kurung plussize, telekung renda, telekung lycra, telekung cotton, jubah...etc. Alhamdulillah tak lah teruk sangat kalau tetiba terserempak dengan yang tak saiz atau design tak cantik 'live' :-) adatlah, beli barang dalam katalog aje kan. Hihi...



















1 comment:
cantik telekung ni...
salam ramadhan...
Post a Comment