Bismillah..
Alhamdulillah, dah 2 minggu kita menunaikan ibadah puasa. Kalau dibandingkan dengan Ramadhan tahun lepas, ibu banyak berkongsi gambar-gambar makanan yang ibu masak, sebab masa tu cuti sem dan ibu tengah rajin ke dapur, sampai kuih raya pun buat sendiri (fuh, terasa hebat..) Ramadhan kali ini nampak sangat berbeza. Tapi, Alhamdulillah masih boleh berpuasa dan menikmati ibadah-ibadah lain tu. Tapi nak kata memasak setiap hari, memang tidaklah. Elok pula 2 minggu pertama puasa ni ibu menjalani peperiksaan akhir. Ohh... sungguh disaster sekali..!
Gambar ni di ambil selepas exam siang tadi, dan malamnya masih mengedit assignment yang belum dihantar lagi. Duhh.. bukan buat kerja saat akhir, tapi memang subjek ni kebetulan susah sikit, dan study sendiri, cari bahan untuk bacaan pun sendiri, datang kelas pun sama macam tak datang, sebab tak faham, tu lah dia.
Sebelum itu, ibu nak update, Ica puasa sekerat hari setiap hari, dan akhirnya puasa penuh pada hari Khamis lepas, 10-7-2014 (weeeee...) Alhamdulillah. Bukan saja Ica puasa betul-betul, Ica juga bangun sahur, ibu suapkan makan nasi dengan kicap, adalah beberapa suapan. Lepas sahur Ica tak boleh tidur semula, jadi Ica main sampailah siang, dan bersiap-siap ke tadika. Sehari sebelum itu Ica puasa juga, tapi bila kawan-kawan di tadika tu makan nasi goreng, Ica pun join makan sekali. Katanya "teacher suruh makan..." (-_-) tapi lepas tu Ica sambung puasa sampai maghrib. Eh, tak jadilah macam tu kan. Hari Khamis tu, Ica puasa penuh seharian, tak join makan dengan kawan-kawan yang tak puasa, tak minta nak minum, tak tinggal solat, mengaji, dan buat latihan macam biasa. Cuma ibu lah yang kesian sangat tengok anak ibu melembik badan. Bila tidur lepas asar tu, Ica tidur macam tidur malam. Nyenyak dan nampak lapar. Kesian anak ibu...
Hari Khamis ibu tak masak, tapi ibu beli je dekat bazar ramadhan kat Gombak. Nasi dagangnya (RM13.50 3 bungkus) memang sedap, lauk kari ikan tongkol. Ayam goreng tepung (RM10 4 ketul), pengat pisang (RM3.50 sebungkus) dan kuih-kuih (RM4). Semua ini harganya RM32!!! Nak meroyan juga ibu dengan harga makanan sekarang ni. Pengat pisang yang nampak penuh semangkuk tu pisangnya hanya 2-3 hiris saja. Memang tak puas makan, tapi embah lah yang teringin sangat, ibu memang beli untuk dia. Elok pula lewat petang tu nenek hantar pengat pisang yang nenek buat sendiri, lagi banyak isinya! Alhamdulillah rezeki yang tak di sangka.
Bazar ramadhan dan makanannya ni ada juga cerita, tapi tak penting lah. Ibu cuma harap kalau makanan tu mahal sekalipun, rasanya mesti jangan tak sedap sampai kita nak menyumpah seranah kan. Alhamdulillah kali ini semua yang dibeli ni habis dimakan. Takde yang masuk ke tong sampah. Alhamdulillah mungkin ini yang namanya rezeki yang barakah. Tapi Ica macam biasa, hanya makan seketul ayam goreng yang ibu gunting kecil-kecil, senang nak kunyah, dan nasi lauk kicap beberapa suap. Cuma air minuman, teh o suam tu sampai 2 gelas Ica minum. Ok lah tu.
Tapi, rupanya, hari Khamis ni saja yang Ica nak puasa penuh. Hari Jumaat tak puasa langsung sebab nak kumpul balik tenaga katanya (-_-) Sabtu dan Ahad pun tidak, sebab nak latihan taekwando. Haih la Ica... Puasa pun ada cuti.
Periksa masa puasa memang tak pernah terfikirkan pun sejak dulu. Masa Wak Husna periksa SPM berpuluh tahun dulu, ada satu kali tu bulan puasa. Dia bangun awal pagi untuk baca buku sebelum ke tempat periksa. Kiranya, masa embah bangun siapkan sahur tu, dia pun bangun sekali. Masa tu pakai pelita ayan je baca buku. Balik exam, mukanya nampak letih dan kering. Yelah, sebab kena kayuh basikal jauh, lepas tu tunggu bas tepi jalan. Balik pula tengahari masa tengah terik. Mestilah nampak penat sangat. Ibu rasa kalau ibu kena macam tu mesti tak dapat nak skor bagus punya. Hahaha..
Elok pula sepanjang ibu belajar yang 7 tahun tu, tak pernah periksa masa puasa. Cuma kali ni keadaan agak tak menyebelahi ibu. Ada kawan yang tamat periksa sehari sebelum puasa. Ibu pula, kertas pertama, seminggu selepas puasa bermula. Masa jawab kertas soalan memanglah lapar. Sahur pukul 4.30, periksa pukul 9 pagi. Dah hadam makanan sahur tu! Tapi Alhamdulillah tak la sampai kena buka puasa sebab mudharat ke apa. Hahaha...
Study masa puasa, Subhanallah memang agak mencabar jugalah. Elok pula kali ini ayah selalu takde kat rumah. Belah pagi ayah sibuk tidur, lepas tu buat kerja rumah sikit, macam lipat kain, sapu hall, bersihkan pasir Boboi. Tapi itupun nak kena ibu bebelkan dulu. Kalau tak ayah asyik tidur saja. Bila lepas zohor tu ayah dah mula sebok dengan persiapan nak berniaga. Pukul 4 sampai lepas buka puasa ayah memang takde kat rumah. Jadi?
Jadi kalau Ica nak apa-apa, mesti minta dengan ibu. Nak makan, nak minum, nak itu, nak ini, kadang tu snegaja nakkan perhatian, dan ibu cukup tak suka sebab kena cakap "Ica, please lah jangan kacau ibu nak study nih..." "Ica!!! ibu ada kerja ni??? Pergi sana!!!" atau "Ica, jangan bising, ibu tak boleh nak baca buku nih..." menyebabkan Ica macam lonely je kena main sorang-sorang :-(
Ibu study dalam bilik tidur. Ica sampai buat remark "Kenapa dalam bilik tidur ni ada meja study, kan bilik tidur untuk tidur aje?" (-_-) bila sesekali ibu keluar dari bilik, kat depan tv tu mesti bersepah dengan buku-buku dan mainan Ica, tapi Ica tengok tv kuat-kuat sambil makan coco crunch atau biskut. Ya, memang ibu akan membebel. Sempat!
Bila perut lapar, nak beri 100% tumpuan untuk pemahaman apa yang dibaca pun memang ambil masa. Sangat slow... Kadang tu muka surat yang sama diulang sampai 5-6 kali tetap tak faham. Dah kenapa...? Kalau ada online discussion dengan kawan-kawan pun memang akan cepat naik marah bila ada argument yang tak selari. Memang tak patut. Bila dah cool, lepas makan buka puasa, tengok balik, ha barulah boleh cuba rationalize. Tak tahu orang lain macam mana, tapi puasa sambil melalui periksa memang suatu yang mencabar pada ibu.
Selalunya dulu-dulu masa belajar undergrad, malam nak examlah malam paling lama dan lena untuk ibu tidur. Tidur awal, pukul 10 mesti dah lelap. Bangun pun taklah cepat, dalam pukul 6.30 macam tu. Bertenang. Tak perlu nak selak buku lagi. Semuanya dalam kawalan, insyaallah. Tapi kali ini, lain sesangat. Ibu tak boleh tidur langsung terutamanya malam nak exam tu. 2-3 hari sebelum exam pun pattern tidur ibu dah lain macam sebab tidur tak nyenyak dan kerap terkejut. Kalau lena pun hanya 2-3 jam saja. Lepas tu duduk balik study.
Jadi, bila exam hari Sabtu, siang Jumaat tu ibu masih study, lepas berbuka ibu terus tidur. Sebab masa tu memang masa paling mengantuk bila perut yang kosong tu dapat makanan. So tidur dalam 3-4 jam. Start pukul 8.30 lepas Maghrib sampai pukul 11.30 macam tu, bangun dan solat, mandi, dan mula membaca lagi. Pukul 4.30 berhenti untuk siapkan sahur. Eh, kenalah bangun siapkan lauk sahur jugak walaupun sibuk exam. Tanggungjawab yang ni istimewa sebab pahalanya besar... apatah lagi untuk suami dan emak kita...
Selalunya panaskan nasi saja, kalau ada lauk lebih, panaskan lauk. Tapi kalau takde lauk lebih, ibu masak yang simple saja macam tumis sardin, ayam masam kicap (ayam goreng baki berbuka yang dah kering tu), atau ikan bilis. Menu wajib ada untuk embah dan ibu ialah petai! Telur mata, memang belum lagi setakat ni. Ica pun tak pernah minta.
Ha, hidangan sahur dah siap! Kali ini minuman panasnya teh o, tapi selalunya milo suam lah sebab embah tak boleh sangat teh-teh ni, cepat kembung perut lepas tu tak boleh yak. Ini kebetulan Mak Ngah Intan hantar makanan malam tadi, baki-baki jamuan buka puasa kat rumahnya. Ada daging dendeng (yang hitam tu), ayam kicap kat kanan tu embah punya sebab dia tak makan pedas, ayam masak lemak dengan kangkung tumis hati ayam, dan ayam goreng tu ibu yang masak, tapi sate beberapa cucuk tu lauk Mak Ngah Intan punya. Petai bulat-bulat, itulah sebenarnya yang menaikkan selera.
Asalnya buka puasa lauk ini je. Yang oren bulat-bulat tu prawn balls. Malas nak buat sup, ibu rebuskan saja. Ingatkan Ica suka, sebab kalau beli skewers kat pasar malam tu, Ica makan laju je. Maybe nak kena goreng baru sedap. Tapi dah habis pun, ibu masukkan dalam ayam masak kicap semalam. So, ini yang ibu masak hari Jumaat tu, ayam masak lemak cili api pedas boleh tahan, dengan kangkung tumis dan ayam goreng. Ica makan apa? Jawabnya, Ica tak makan nasi pun masa ni. Ica makan roti canai (-_-) sampai 2 keping sebab lapar..
So, lepas siapkan sahur, makan sahur, pukul 5.30 ibu terus duduk atas meja study balik, baca lagi apa yang belum cover. Pukul 6.30 solat subuh, lepas tu sambung lagi. Pukul 7.30 baru bersiap mandi dan pakai baju, pukul 8 pagi bertolak ke Shah Alam, ayah yang hantarkan. Macam tu lah rutin menghadapi periksa masa puasa. Dengarnya macam penat saja kan. Memang penat sebab mata tak boleh lena. Dalam kereta baru boleh lena tapi lama mana, dalam 15 ke 20 minit saja. Lepas habis periksa, barulah ibu mula rasa sengal badan, letih, sakit kepala, sakit belakang etc...
Muka sembab tak tidur semalaman sebab study... Ini masa dalam perjalanan pergi. Selfie sambil dalam hati berdoa "Goodluck diri sendiri...semoga usaha membuahkah hasil dengan keizinanNya...amin..."
Tapi apa pun, ibu bertuah ada ayah yang tolong ibu buat kerja rumah bila disuruh dan tak kisah hantarkan ibu pergi exam dan sanggup tunggu sampai ibu selesai. Ala bukan tak boleh drive sendiri ke Shah Alam tu. Cuma ibu risau terlelap dalam perjalanan. Heheh.
Apa pun, exam dah habis. Tinggal nak siapkan assignment dan lepas tu dah boleh report duty masuk kerja balik... Alhamdulillah.
Final paper... mencabar... tapi agak puas hati sebab berjaya mengisi 3 jam masa yang diberi tu sebaiknya. Tak kisahlah kalau banyak merapu dan ayat English tonggang terbalik macam budak sekolah tadika. At least kalau banyak menulis ni, banyak la point nya kot? Taklah asyik melangut sambil menangis membayangkan fail macam paper yang pertama tu. huh.
Sempat snap gambar buku jawapan sebelum invigilator ambik!



No comments:
Post a Comment