Jul 7, 2014

Ica lulus ujian ke sekolah integrasi.

Alhamdulillah.. syukur kepada Allah yang Maha Pemberi.

Usaha Ica belajar dan buat latihan, usaha ayah dan ibu beri dorongan dan semangat serta tak jemu-jemu beri latihan untuk Ica mantapkan kemampuan, Alhamdulillah mendatangkan hasil. Hari tu, yang Ica pergi Ujian Kelayakan Sekolah (UKS) untuk masuk ke Sekolah Integrasi JAIS di Sg Chinchin, Gombak dalam entry yang ini, keputusannya sudah pun keluar pada 4 Julai lepas. Ica menjadi antara 108 murid yang berjaya melepasi tapisannya!!! Syukur Alhamdulillah... Tapi ibu sedar yang rezeki ni takkan tercapai tanpa keizinan dari Tuhan Yang Maha Pemurah dan Penyayang. Walau usaha sekuat mana sekalipun, kalau Allah tak redha, takde lah dapat apa pun. Mungkin bukan rezekinya.

Tepat pukul 12 malam pada 4 Julai tu, ibu beriya nak semak nama Ica dalam website JAIS. Tapi tunggu punya tunggu, hanya loading, dan lepas tu takde connection ke website tu macam servernya ditutup saja. Ayah suruh tunggu belah pagi. Ibu tunggu lagi hinggalah pukul 9 pagi. Tak juga keluar apa pun. Haritu, Guru Besarnya dah bagi address website www.jais.gov.my/sraisc. Tapi macam tak wujud je address ni. Balik-balik yang keluar website MAIS. Takpun website pasal nikah kahwin. Allahuakbar!

Selepas habis exam paper pertama hari Sabtu, ibu dan ayah pun ambil kesempatan singgah di sekolah SRAI Sg Cinchin tu. Manalah tahu, keputusan ujian sudah ditampal di papan kenyataan sekolah. Nasib baik memang betul, ada.
Allahuakbar. Ingatkan senang kalau nama Ica mula dengan huruf A, tentu letaknya di atas dalam senarai nama murid macam ni. Sekali tengok, haaa ada ramai lagi budak namanya bermula A.. Ica yang no. 20.

Itu ha... Alhamdulillah dah pun jumpa nama yang dicari. Rupanya 3 terakhir yang bermula dengan abjad A. Lepas ni kalau Ica ada adik, nak kena letak A dan B lah. Baru letaknya di atas :-)

Apa pun, berita ni sangat menggembirakan ibu... Apatahlagi selepas balik daripada menduduki peperiksaan yang mengecewakan hati (sobs...!) Sekurang-kurangnya Allah memeri reda sedih hati ibu ni dengan kegembiraan ini. Alhamdulillah... Ingatkan balik tu nak belanja Ica buka puasa kat luar, makan ciken wing di Johnny's ke, makan pizza di PizzaHut ke, mana-manalah yang Ica suka. Tapi rupanya Ica tak puasa pun... siap makan nasi goreng lebihan ibu sahur (-_-) lapar katanya. Mentang-mentang ayah dan ibu takde kat rumah, asyik lapar je.

Selepas ini, kita ada masa lagi untuk fikirkan sam ada nak teruskan dengan pengesahan memasuki Tahun 1 kat Sekolah ni atau tak bermula 7 Julai hingga 18 Julai. Masa tempoh ini, kalau nak sahkan, boleh datang ke sekolah, macam mendaftar nama tu, bayar RM6 untuk name tag. Kalau tak nak sahkan, sekurang-kurangnya ada lah peluang murid yang tak lepas ujian tu untuk cuba merayu. Kan ada 108 orang lagi yang gagal.
Ini yang tertulis pada slip pendaftaran haritu. Ibu tengah lupa ni, mana ibu letak slip ni... Aduh..

Ibu risau kalau Ica tak boleh nak sesuaikan diri dengan sekolah tu. Pertama sebab sekolah ni biasa je, sekolah kampung, dah uzur. Tandasnya pun tak bersih sangat. Dah buruk. Ica bukan boleh tengok benda buruk. Mesti geli lah, tak nak gunalah. Komplen banyak-banyak. Lepas tu, sekolah ni tempat terbuka. Takde bumbung. Dalam bilik darjah cuma ada kipas. Takde aircond. Kalau duduk di tepi tingkap, memang kepanasan lah dia. Boleh ke nak request dudukkan Ica kat bawah kipas? Boleh ke? Boleh ke?

Ica ni jenis ada ekzema. Sebab tu jarang pakai tudung. Kalau berpeluh, mesti badannya gatal-gatal. Walaupun ibu dah pakaikan tudung daripada kain cotton yang sejuk dan serap peluh, bila kena panas, tetap naik gatal-gatal tu. Ibu risau juga kalau Ica tak tahan nanti. Asyik fikirkan kegatalan badan saja sampai lupa nak belajar. Hoih susah juga tu.

Apa pun ibu harap semuanya dipermudahkan oleh si Pemberi rezeki. Sebab kita mahukan yang macam ini pun niatnya sebab nak mudahkan diri kita mendekatiNya. Belajar ilmu dunia dan akhirat dengan lebih sempurna. Insyaallah.

No comments: