Jul 21, 2014

Resipi kuih lapis yang mudah

Bismillah..
Ini kali pertama ibu buat sendiri kuih lapis ni. Dulu-dulu masa kat kampung, embah yang bagi instruction nak letak apa, letak berapa sukatannya etc. Kali ini selepas berpuluh tahun, barulah teringat nak buat sendiri sebab mengenangkan embah dan Ica suka sangat makan kuih lapis. Kalau beli di bazar ramadhan tu, dahlah mahal, sehiris 40sen, lepas tu tak sedap, keras pula tu. Rasa nak maki pun ada. Kan. Oleh itu buatlah sendiri. Kalau  tak habis hari ini, boleh ulang esok pula.

Kalau dah namanya mudah tu memang la tak dinafikan paling mudah. Ukurannya pakai cawan saja. Tak kisahlah cawan jenis apa pun.

Panaskan periuk pengukus sementara membuat bancuhan.
Kalau rajin, bungkus penutup periuk dengan kain/tuala good morning supaya wap air tak terus masuk dalam kuih masa dikukus nanti.
Macam ini. Tapi kalau malas, tak dapat tolong dah. Hihi..

1 cawan tepung gandum 
1/2 cawan tepung beras (atau tepung ubi pun boleh..)
1/2 cawan gula (kalau nak lebih manis boleh letak 1 cawan)
2 kotak santan
2 cawan air kosong
Kalau gunakan santan perah, guna 4 cawan.
Sesudu kecil garam
Sesudu kecil minyak masak

Bancuh semua bahan.
Tapiskan.
Bahagi kepada 2 bekas. Satu bekas diwarnakan mengikut warna kesukaan.
Oleskan loyang pengukus dengan minyak masak/marjerin. Kalau rajin, boleh juga lapiskan plastik atas loyang tu supaya senang nak keluarkan kuih lapis bila dah masak nanti. Tapi ibu ni skeptikal sikit dengan plastik, rasa macam makan kuih dengan cairan plastik pulak, kalau letak plastik kat dalam. Hihi..

Ini yang 2 bahagian tadi, satu bahagian ibu warnakan dengan pink.
 Bila bancuhan dah siap, periuk pengukus pun mesti dah panas/mendidih airnya. Jadi dah boleh letak loyang di dalamnya, dan masukkan satu layer warna putih. Buatlah dalam 3-4 senduk untuk satu lapis.
 Biarkan dalam 5 minit untuk lapisan tu menjadi keras sikit, lepas tu baru masukkan lapisan kedua, dalam jumlah yang agak-agak sama.
 Selepas 5 minit, lapisan kedua tadi dah keras, bolehlah masukkan lapisan ketiga pula..
 Ulang untuk lapisan seterusnya sampai la habis semua bancuhan tadi. Kalau ikutkan sukatan ini, adalah dapat dalam 6 lapis. Insyaallah..
Selepas layer yang terakhir dimasukkan, biarkan dikukus selamas 25-30 minit atau sampai masak. Kita tahu ia masak bila permukaannya nampak berkilat macam ini, atau cucuk dengan garpu kat tepi tu dah takde yang masih cair. Biarkan kukusan menjadi sejuk, atau kalau boleh angkat, angkat letak kat atas meja/tempat yang ia boleh jadi sejuk.
 Kalau belum sejuk sibuk nak potong jugak, ha jadilah ia macam ni. Comot. Sebab kuih masih lembik dan panas.

Bila dah sejuk baru potong, jadi elok sikitlah (walaupun tak perfect). Ada yang terlebih rajin, potong dengan benang/pisau potong kek bagai. Ibu potong dengan pisau bawang tu jer (-_-) Itu yang tak nampak menyelerakan sangat kot. Haha... Tapi rasanya, Alhamdulillah sedap... 

Kuih agak lembik sikit sebab memang purposely bancuhan tu dicairkan supaya kalau kuih tak habis, esoknya masih lembut. Kalau nak keras sikit, boleh adjust kat sukatan tepung gandum tu, tambah sikit beberapa sudu atau kurangkan air/santan. Tapi kuih lapis kalau keras sangat pun tak best kan.

Oklah. Itu je. Selamat mencuba. :-)

No comments: