Jul 26, 2014

Random Ramadhan : Berbuka & Shopping

Bismillah...

Ini nak cerita tentang Ramadhan yang berbaki lagi 3 hari. Insyaallah. Puasa kali ni Alhamdulillah, ibu berjaya juga masak untuk berbuka walaupun tidak setiap hari dan menyediakan juadah sahur setiap pagi.

Kebiasaannya memasak di rumah lebih memenuhi citarasa sebab ibu masak sekali banyak untuk lauk makan 2 kali. Tapi kalau tak masak untuk berbuka, ibu akan bangun lebih awal untuk buat lauk 'goreng-goreng' yang ringkas buat lauk sahur, sebab embah selalunya suka kalau makan nasi dengan lauk baru.

Buka di rumah.
Ibu ni bukanlah jenis pandai sangat masak. Biasa je. Setakat lauk-lauk kampung. Itupun banyak yang di-adjust sebab nak ikut selera sendiri, terutamanya nak sesuaikan dengan tekak 'pemakan' lauk kat rumah ni yang majoritinya tak makan pedas. Embah tak tahan sakit perut. Ica tak tahan pijar kat mulut. Ayah pulak, ikut suka dia je nak makan ke tidak. Selalunya ibulah yang mengalah, tak payah pedas. Tapi lauk yang wajib ada bulan ini ialah petai. Memang tak pernah tak ada. Selain membangkit selera, petai pun boleh tolong lawaskan kencing, yelah minum air tak banyak. Kadang kalau nak buang air tu, ada susah sikit. Tapi bila makan petai, settle masalah. Kalau bab pencuci mulut pulak, setiap hari akan ada 'jiran meniaga' ayah yang sedekahkan durian dengan apam balik. Memang agak jemu jugalah. Tapi dah orang bagi. Alhamdulillah.
 Ada kala durian dalam polisterin. Ada kala dalam bekas macam ni. Ayah beli dalam RM10-20 macam tu, lepas tu mesti member tu sedekahkan sikit jadi banyak macam ini. Puas embah dan Noneng makan durian musim puasa ni :-)

Sekali tu ayah 'masuk dapur' sebab teringin nak makan rendang daging. Punyelah lama menunggu sebab ayah masak daging tak pakai periuk pressure. Pukul 2 petang start masak, pukul 10 malam baru sedia untuk di makan. Jadinya, masa buka tu, makan lauk bazar jugalah. haha. Rendang yang banyak tu, buat frozen macam ini. Bila teringin nak makan, just panaskan saja dalam microwave tu.
 Rendang daging yang bukan batang pinang. Makan berjam-jam untuk masak!
Erm... sedap...

Ada sekali tu abang Suhaib minta ibu belanja dia berbuka dengan pizza. Jadi, ibu dah masak sambal udang dan sayur, ada ayam goreng juga dan dimsum hotdog segera ni. Order lah piza untuk abg Suhaib.
 Sambal udang ni, seminggu baru habis. hahaha... Tak tahulah nak kata teruk sangat rasanya ke apa. Tapi memang ibu sorang je yang makan. Agak pedas. Ibu suka. Tapi Ica dengan embah tak boleh makan. Ayah pulak, tengah mengada tak nak makan pedas..
 Sup bebola ikan, sayur kentang carrot dan kacang buncis goreng, dan ayam goreng. Kalau lauk macam ini, Ica memang suka. Embah, asalkan ada ayam goreng, dah ok.
 Ikan kembong masak lemask cili api ni memang pedas. So hanya ibu dan ayah saja yang makan. Termasin pula tu. Sampai lidah naik pijar dek garam. Tertumpah ke apa? Tak ingat pulak.
 Ramadhan Big Box Pizza Hut, semua ada. Ica perabis 2 bekas sup cendawan tu. Ayam yang pedas tu embah boleh pulak makan... Ini harganya kalau online RM41.90, tapi ini ibu order dengan call, so RM49.90. Tak termasuk cukai dan kos penghantaran.
 Ini lauk yang paling ibu dan ayah suka. Lemak kobis dan sambal telur. Ayam goreng tu standardlah.
Masa ini paman Azam datang berbuka sekali. Jadi ibu masak telur masak lemak cili api, sebab Azam dengan bik Yani memang suka masak lemak pedas. Ikan goreng, ikan masin dengan bawang dan cili goreng, sayur kobis. Kuih lapis tu ibu yang buat. Selainnya, paman yang beli. Taufufa, popia, roti daging dan pulut panggang. Alhamdulillah...

Berbuka di luar.
Setakat ini, baru 4 kali. Pertama, sebab memenuhi jemputan Mak Ngah Intan dan kawan-kawannya untuk meraikan anak-anak penghuni sekolah Tahfiz di Semarak. Tapi yang ni takde gambar makanan, sebab kita cuma berbuka dengan kuih muih, bubur kacang, roti dan air teh tarik. Lepas solat maghrib berjemaah, sepatutnya makan-makan, lepas tu barulah solat sunat terawih dan ada moreh disediakan. Tapi sebab kita nak hantar Ica latihan taekwando, jadi kita hanya makan berbuka saja. Nasi ayam dan hidangan moreh lepas tu tak merasa. Tapi takpelah..
 Ini gambar dalam perjalanan kita ke Semarak. Tak jauh mana. Dalam 15 minit dari rumah kita.
 Ica makan buah rambutan sampai 4-5 biji. Ibu risau je kot batuk ke. Tapi Alhamdulillah tak apa-apa.
 Ayah pun makan simple aje. Nasib baiklah ayah ok.

Lepas ambil Ica taekwando, kita pergi makan di OltdTown tak jauh daripada kelas taekwando tu. Chicken Chop untuk ibu. Tapi terlalu masin. Subhanallah..
Nasi beriyani fusion untuk ayah. Ada ayam merah, sotong sambal, keropok lekor dan ulam. Memang fusion sangat ni.

Kali kedua berbuka diluar, ibu sebenarnya teringin makan di Ayam Penyet (AP) di KLFC tu tapi masa kita tiba pukul 6pm, seats dah penuh. Fully booked. Sedih gila! Terpaksa makan di Periuk Belanga.
Set nasi putih 3, sup 3, ayam penyet 1, ikan siakap pedas 1 dan sayur goreng 1, harganya RM40!!! Tambah air bandung laici 2 gelas, teh o ais segelas dan 3 air kosong, semua sekali RM50++ memang tak berbaloi! Mahal sangat, dan sayur tu tengoklah, dah kuning! Memang menyesal makan kat sini. Lebih baik makan kat rumah. Ibu memang masak sebelum keluar sebab nak tinggalkan lauk untuk embah berbuka.

Kali ketiga barulah best, sebab ayah dah booking siap-siap makan di AP. Itupun tak dapat makan di dalam restoran yang ada aircond. Kena booking yang kat luar. Fuh, memang demanded la AP nih!
Nasi ayam penyet 3 set, nasi tambah 1, air bandung cincau 3 gelas, sup ekor 1, semua ni RM63. Ok kot sebab dah biasa makan kat sini memang macam ni. Yang penting sedap dan presentable.
 Ayam penyetnya memang sentiasa menjadi keinginan ibu...huuuuuuuu
Ayah suap Ica dulu, dengan sup dan ayam goreng. Habis sepinggan!

Oleh sebab suka sangat dengan ayam penyet ni, kali ke 4 pun ibu ajak ayah makan kat sini. Bezanya, kita pergi lepas maghrib. Alhamdulillah... memang sedaplah sup ekor makan dengan AP ni!

Bangun malam.
Kali ini aktiviti malam agak lumayan, Alhamdulillah. Sama ada tak boleh tidur terus sebab asyik layan tv atau jahitan manik, ibu terus solat sunat sebelum menyediakan sahur. Kalau tidur pun, tak berat sangat nak bangun kemudian. Alhamdulillah. Cita-cita ibu nak habiskan khatam quran sebelum raya. Tapi malangnya, lagi 3 hari nak raya, ibu dah period pulak. Isk isk isk...

Menjahit manik.
Hobi setahun sekali. Itupun sebab terpaksa janit manik pada baju raya ibu yang nampak buruk sangat kalau takde manik (-_-) Lepas tu hobi diteruskan pada baju raya Ica pula. Maklumlah, baju Ica bukan designer's design. Sepasang, beli di AEON saja, lagi sepasang, pakai yang bukan baju raya, tapi diberi nafas baru.
 Baju purple Ica. Jahit manik kat tangan, bawah baju dan sikit bintang kat atas baju.
Ini blouse lama Ica warna maroon. Sebab ibu ni tak kreatif pun nak buat bentuk bunga ke apa, jadi setakat lukiskan pokok bulat macam ni jelah. Nasib baik Ica kata cantik! Kih kih!

Baju raya. 
Raya kali ini Insyaallah tema purple dan maroon. Ni pun sebab ikut baju melayu ayah. Ayah tu tak beli baju melayu baru sebab baju melayu yang beberapa pasang tu pun dia hanya pakai setahun sekali je, pada hari raya. Jadi tak ekonomi dan agak membazir kalau asyik beli baju baru. Terpaksalah kita ikut warna baju ayah kalau nak sedondon. Setakat ini, baju ayah yang ada match dengan kita, ialah purple dan maroon. Alhamdulillah.
Baju jubah purple ni ingatkan ibu nak jadikan baju raya, tapi ibu dah ada baju lain yang purple juga. Bila embah test baju ni, dia suka. So, ibu bagi je kat embah, siap potong sikit kat kaki kain tu supaya tak labuh sangat. Embah bukan main suka sangat sebab dia teringin baju warna macam ni dah lama. Alhamdulillah. Lepas tu, ibu order lagi corak dan warna yang sama. Sebab ibu memang suka warna ni. Beli di Cucucamber.blogspot. Material selesa dan harganya pun ok.

Jalan di Jln TAR, KL.
Ini bukanlah termasuk dalam planning nak shopping raya ke apa. Tiba-tiba ayah ajak ibu ke Jln TAR, KL. Malam-malam pula tu. Naik motor berdua. Ica dan embah dah tidur. Masa tu dalam pukul 1 pgi. Ibu ok kan aje.
 Eh konon-konon je nak beli beg sandang sebab bila bawak wallet jinjing macam tu terasa tak selamat pula. Konon nak beli satu beng sandang supaya boleh simpan wallet tu. Tapi takde yang berkenan di hati. Abaikan saja..
 Suasana malam di Jln TAR, boleh tahan sesak juga. Masih ramai yang membeli belah walaupun kebanyak gerai dah mula kemas-kemas nak tutup. Sepatutnya tempoh operasi hanya pukul 10 pagi sampai 12 malam. Tapi bila dah hujung-hujung ramadhan ni, semakin bawa ke pagi pula. Ada juga yang 24 jam tak tutup. Nak kata bagus tu, tak tahulah. Tapi sampah memang banyak gila dan agak tak sihat tengok remaja lelaki yang merempit sana sini dengan rokok dan mercun. Mak diorang tak marah ke?
 Selain itu, memang banyak pilihan dan rambang mata lah kalau betul-betul nak shopping.

 Ibu memang nak belikan Ica baju Elsa ni. Tapi takde yang saiz, dan harganya boleh tahan mahal walaupun dah masa-masa akhir ni. Ibu dah terbeli yang kat gerai mula-mula jumpa. Tetiba bila jalan lagi ke depan, ada lagi yang lebih cantik. Aduyai! Nak menyesal ke? Tapi yang ibu beli tu paling murah dan ada saiz yang agak sesuai untuk Ica. Kira ok lah tu kan..
 Mulanya nak juga sambar 1 beg galas ni buat beraya nanti. Ibu memang suka beg besar-besar macam ni dan tak kisah pakai yang tiruan. Ala beg je pun. Nak beli beribu-ribu nanti membazir sebab bukannya ibu ni jenis yang kena pergi grand events ke apa. Setakat bawa pergi kerja, yang biasa-biasa pun okey. Yang penting isi dalamnya terpelihara.

Beg yang ibu pegang tu bukan ori. Tapi RM250. Mak aih! Serupa beli dalam Sogo aje nih?
Penat berjalan, kami singgah makan dan minum di gerai yang sebelah Mydin tu. Ada life band tengah busking sambil kutip bayaran. Kita duduk senyap-senyap kat hujung payung ni, dan ayah makan sahur. Ibu cuma makan ayam goreng uncle Bob dan minum 2 gelas air. Fuh! Memang haus betul meronda Jalan TAR ni. Habis jalan dalam pukul 4 pagi. Sedang elok bersahur.

Balik je rumah, apa lagi, mengira kerosakan wallet lah :-) Tapi takde satu pun yang ibu beli untuk ibu. Semuanya untuk Ica.
 baju Elsa yang hanya RM45 ni..
 Kuih-kuih raya... semangat tak, terus masukkan dalam balang kuih raya hikhikhik!
 MIni popia yang sedap sangat ni, setepek RM10, inti serunding daging sedap sangat... sekarang dah pun habis (-_-) rugi tak beli banyak..
 Serunding daging untuk lauk sahur. Agak pedas dek rempah dan lada hitam. Tapi sedapnya tidak mengecewakan. 100 gram RM7.
2 helai seluar baggy polos untuk Ica, material cotton spandex yang selesa dipakai kalau lama berpeluh sekalipun, harga nak tutup kedai katanya RM35.
 Reaksi Ica dengan baju Elsa yang diidamkannya...? ~ priceless!
 Baju ni agak singkat sikit sebab memang bukan saiz budak demok macam Ica :-) tapi oklah setakat nak pakai geli-geli perasan cun kat rumah, Alhamdulillah. Taklah Ica tu nanti nampak jakun je tengok ada budak pakai baju Elsa..hihi

Aktiviti Ica dan Noneng.
Bulan puasa pun sama je macam bulan-bulan lain. Apa yang mesti dibuat, tetap dibuat walaupun berpuasa.
 Latihan matematik..
Latihan lain-lain... tetap diteruskan, especially kalau hari Ica ponteng sekolah sebab ayah dan ibu terbabas tidur sampai pukul 10, tak ingat nak hantar anak ke tadika (-_-) kenalah buat latihan di rumah, macam Ica di sekolah juga..
 Mengaji setiap hari, wajib. Kalau tak nanti Ica lupa..
 Latihan taekwando setiap Jumaat malam dan pagi Ahad. Menjelang raya, ibu hantarkan pada hari Selasa dan Rabu.
 Sepanjang ramadhan ni, latihan taekwando nampak lengang sikit, sebab pelatih melayu semua tak datang, mungkin ibu bapa nak solat terawih dan waktu berbuka yang agak lambat, jadi agak terkocoh-kocoh kalau nak hantar anak ke sini. Sebabnya buka puasa pukul 7.30, latihan mula pukul 8 sharp! Ini pun tiap kali hantar Ica, walaupun ibu dah laju-laju dan tergesa-gesa, tetap Ica sampai lebih daripada pukul 8. Pasrah saja. Yang datang semuanya pelatih Cina dan India. Ica sorang je Melayu. Itu yang kadangkala nampak Ica macam lonely. Tapi overall, Ica ok jer..

 Merasmikan makanan buka puasa terlebih dahulu sebab puasa setengah hari, jadi petang boleh la makan apa saja yang terhidang. Lepas makan, bagi komen pulak. Kelas si Bedah kecik ni!
 Kalau kebetulan jalan-jalan di luar, boleh la minta nak makan makanan ringan yang ada dijual kat situ. Lagi suka!
 Kalau ibu shopping, Ica pun ikut sekali. Kononnya nak cari baju kurung baru. Murah memang berbaloi kalau ada saiz. Sepasang cotton polka dots ni cuma RM45. Kalau beli kain asing, 2-3 meter dah RM30 lebih, belum upahnya lagi RM30. Beli siap lebih jimat. Cuma masalahnya, bila baju muat macam ini, kainnya pulak sempit tang perut tuh, memang tak boleh nak dipaksa-paksa (-_-)

 Noneng pulak? Macam biasalah dia. Main... makan.... menyombong...

 Manja-manja sebab nak suruh orang gosok perut..
Masuk dalam kota secoet ni, kononnya nak minta simpati ke apa. Sendiri main, sendiri lemas dalam kotak tu..
 Tido bawah meja study Ica sambil ternganga dan peluk kaki meja..
 atau dengan aksi yang macam-comel-je nih..
Kalau dilayan memang jadi macam inilah. Hadoih kalah anak orang!

Kuih raya.
Selain beberapa jenis kuih raya yang dibeli di Jalan TAR tu, nenek dengan murah hatinya bagi kita beberapa jenis kerepek lagi untuk kunyah-kunyah depan tv. Alhamdulillah..
 Semangat betul ibu menyusun kuih dalam balang baru. Eheh. Ada kuih moden macam tat nenas, semperit, batang buruk, mini popia dan biskut gajus..
 Nenek pula bagi tempeyek kacang tanah..
...tumpi dan kuih bunga ni. Rangup, segar dan memang sedaplah (sebab tinggal makan je kan) tahun ni takde pulak kuih kapit, maybe nenek tak rajin nak bakar kuih kapit banyak sangat :-)

Tahun ini, yang lainnya, ialah ayah berniaga yong tau fu tepi jalan tak jauh dari rumah. Yang ini kena buat entry khas untuk ayah. Selain berniaga direct, ayah terima juga tempahan untuk majlis dan untuk frozen. Sambutan, Alhamdulillah. Jadi, setiap petang, ibu akan hantarkan ayah air minuman untuk buka puasa ayah di gerainya. Ayah balik dalam pukul 8 malam, bersiap untuk terawih, dan lepas terawih baru ayah makan. Sebab tu ayah dah kurus sangat. Perut pun dah leper. Ibu jelessss...!

Pengalaman tak lupa, ialah menghantar air setiap petang dengan motosikal ayah. Lepas dah berani, pergi ke bazar ramadhan pun naik motosikal juga. Memang mudah sebab parking depan kedai. Hikhik. Tapi ada sekali tu, kali pertama rasanya bawa motosikal ke pasar, lepas shopping makanan, nak balik, baru tersedar, ibu lupa yang mana satu motosikal ayah sebab tak hafal no pletnya. Kahkah! Memang terasa klakar jugalah.

Subhanallah. Begitu pantas masa berlalu. Tak sangka kan. Alhamdulillah diberi keizinanNya untuk menikmati ramadhan kali ini. Mudah-mudahan ada rezeki lagi untuk menikmati ramadhan bagi tahun depan, dengan Ica, ayah, embah dan semua ahli keluarga yang lain. Ameen...

Sedihnya Ramadhan bakal pergi...
Seiring hadirnya cahaya Aidilfitri. Moga Allah kurniakan kebahagian berpanjangan. Ameen...

No comments: