Aug 3, 2014

Kenangan Raya 1&2, 2014

Bismillah..
Raya dah habis? Eh belum lagi, Insyaallah masih berbaki syawal kalau ada niat nak puasa sunat 6 lebih baik diteruskan. Insyaallah.

Raya tahun ini Alhamdulillah macam tahun-tahun sudah, kita take-it-easy, tak payah sibuk-sibuk sangat, malah tak ada tempah baju raya ataupun kuih raya, rumah pun macam itu juga, tak ada yang baru. Hehe sempoi.

Pada ibu, Aidilfitri ialah hari gembira untuk diraikan dengan yang tersayang, walau di mana berada. Oleh kerana yang tersayang ada di depan mata, ini sudah lebih daripada mencukupi, Alhamdulillah. Apa pun, tradisi beraya dengan keluarga ibu dan ayah tetap diteruskan.

Sehari sebelum raya.
Takde buat apa sangat. Kemas rumah je. Ayah vakum dan mop lantai. Ibu lipat kain dan memasak. Takde lah masak apa pun. Ayah juga yang masak rendang ayam kampung. Ibu tolong-tolong aje.
 Tolong ayah buat biskut florentin ni, atau nama glamer nya crunchy almond. Cara membuatnya memang mudah sangat, bersepah video dalam youtube tu :-)
 Ibu tolong potong dan sejukkan sebelum masukkan dalam balang. Untuk sebungkus tepung florentin dan pek-pek kecil almond, kekacang, etc tu dapatlah dalam 3 balang kot? Lupa snap gambarnya. Satu balang dah habis. Tinggal lagi 2 balang. Bukan habis kat tetamu. Habis kat kita-kita depan tv jer :-D

Ya Allah... ini sesuatu yang memalukan, tapi nak juga letak sini. Ibu punye teringin nak buat brownies. Jenuh tengok video youtube, cara buat brownies paling sempoi, sebab kebetulan semua bahannya ada, ehem yang tahun lepas punya, tapi masih belum expired (agaknyalah! kah kah) Semua ukuran macam dah betul. Tapi bila masukkan tepungnya, masyaallah jadi keras macam biskut coklat pulak. Apa halnya nih?
 Tetap masukkan dalam oven dan bakar. Jadilah begini. Macam jabal nur pun ada jugak rupanya :-D La haula wala quwwata illa billah...

Selidik punya selidik, fikir punya fikir, sambil tengok tv malam raya, akhirnya, barulah sedar ukuran tepung tu terlampau banyak. Sepatutnya 3/4 cawan saja, yang ibu ni tersalah faham, ingatkan 3 atau 4 cawan. Masya Allah.... rasa nak menangis pun ada dengan kebengongan diri sendiri :-D
Begitupun, ada peminat tersendiri. Maklumlah, time panas-panas memang sedap. Baunya harum, rasanya enak. Cuma tekstur saja yang failed! Habislah juga 2-3 potongan. Tapi bila dah sejuk, takde siapa yang nak repeat. Kahkah! Ke tong sampaj jua akhirnya....

Yang ironinya, esok hari tu, ada pulak budak kecik yang tanya, mana perginya kek keras semalam? Adeh!

Selain itu, malam raya yang takde buat apa selain ayah sibuk buat rendang ayam pencen di dapur, ibu jahit maniklah, sambil temankan Ica kat depan tv tu. Cerita tv semuanya boring. Ibu dok mengemas tudung-tudung yang tak pakai, nak sedekah kat sedara mara yang pakai tudung labuh, langsung terjumpa beberapa tudung yang ingatkan dah hilang, rupanya ade jer terperosok dalam almari (-_-) langsung terjumpa tudung pink Ica ni, tahun lepas punya, dah buruk, tapi bila ibu jahitkan manik mcam ini, jadi sweet pulak. Padan dengan baju raya blouse Ica tu.
Siap testing dulu, kena ke tidak kalau buat manik begini? Rupanya, eh sesuai lah! ALhamdulillah...

Raya pertama.
Ayah bangun pagi-pagi, tapi taklah pagi sangat, dalam pukul 6.45 macam tu, terus dia solat subuh dan bersiap ke masjid. Masjid yang dekat dengan rumah kita ni, start solat sunat Hari Raya agak cepat. Pukul 8 dah takbir. Ica dan ibu masih membungkus lagi masa ni. Maklumlah ibu tak boleh solat dan Ica selalunya solat subuh gajah. Pukul 8 baru kita terhegeh-hegeh bangun, bersiap dan pakai baju raya. Sempat lah selfie-selfie 2 orang sementara tunggu ayah balik dari Masjid.

Ayah pula dah siap buat air kopi sebelum ke masjid, jadi ibu takyah buat apa lagi. Selalunya ayah makan di Masjid lepas solat sunat raya. Kali ini, ayah kata, bajet makanan di Masjid tu tak banyak sebab masjid sebenarnya masih dalam proses pembesaran dan kekurangan agak banyak juga dana pembinaan. Jadi, diorang potong sikit tang makan. Hanya nasi lemak sambal sotong dan air teh o saja hidangan di pagi raya. Kalau tidak, mesti ada ketupat rendang lemang gulai semua. Tapi apa pun syukur Alhamdulillah, ada rezekinya. Saudara seislam kita di tempat lain, entah ada makanan hari raya ke tidak :'-(
 Inilah gambar raya pertama kita, temanya ungu muda. Alhamdulillah...
 Eh tak sah lah, kalau takde ahli keluarga berbulu yang seekor lagi ni. Alamak dia camera-shy pulak...hihi
 Tak cukup dengan camera, kita selfie dengan monopod dan iphone pulak (-_-) ini untuk terus jadikan profile pic dalam what'sapp...hehe
 Beraya tak sah kalau takde adegan mohon maaf macam ini. Excuse me, badan gemuk gedempol macam katak pisang terlebih makan... er...
 ...dan ini. Ica salah ayah jer. Lupa salam ibu (-_-) anak ayah le katakan. Sabo je lah...
 Eh eh... Ini gambar selfie kita 2 orang tadi. Blouse Ica dipadankan dengan kain duyung purple gelap. Semua manik kat baju dan tudung tu, ibu jahit sendiri. Alhamdulillah...
 Ahai... memang anak ibu sebab hidung sama...hihi..

Pukul 9.30 kita dah pun tercegat kat rumah Mak Ngah Intan sebab semua orang berkumpul beraya kat sini.
 Keluarga belah ayah sepatutnya ramai, tapi ini keluarga induknya saja. Ada nenek (biru), Mak Ngah Intan(hijau), Paklong kat belakang yang tinggi sekali (hijau), dan ayah. 3 beradik di KL. Lagi seorang di Mersing. Jauh sangat nak jejak. Hanya jumpa bila ada kenduri kendara jer, Insyaallah...

Selain tu, anak Mak Ngah Intan, Kakak Nadya yang peach kanan, husbandnya dan 2 anak perempuannya. Yang hijau muda tu suami Mak Ngah Intan. Yang oren dan kelabu tu anak-anak PakLong termasuk yang warna gold kat belakang tu, 3 beranak. Anaknya pun sama macam Ica, Arissa Sofea.
 Ini kita dengan anak-anak Kakak Nadya, Numa Alveena dan Nufa Alayna. Kalau ayah dan ibu asyik beranak je lepas kahwin, mungkin macam inilah susunan anak-anak kami. Mungkin tambah lagi sorang jadi 4 anak. Tapi rezeki anak ni rahsia Tuhan. Tak boleh nak pertikaikan. Alhamdulillah ada Ica. Bukti kasih ayah dan ibu...
Amboi-amboi 2 beranak ni, memang happy je kalau jumpa sofa..
Kat sini kerjanya, makan-tengok tv-rehat, lepas tu tengok tetamu datang. Kebanyakannya kawan-kawan Mak Ngah Intan atau saudara nenek. Ni nasi gaul resepi nenek. Kalau orang luar namakannya nasi daging. Bila dah makan nasi ni, dah taknak yang lain lagi. Ketupat lemang lontong nasi himpit semua dah tak layan. Tapi lepas makan nasi gaul ni, gerenti jadi mengantuk yang amat...
 ...ha kan dah kata... memang mengantuk sangat... boleh terlena sambil tengok tv..
Oklah dah petang. Perut pun dah tak boleh nak stretch lagi ni, dah over limit. Tinggal nak keluarkan balik je dalam bentuk yang lebih halus, kihkih... Duit raya pun dah collect. Jom balik. Plan nak beraya ke rumah Nenek Wak di Kajang dan rumah Wak Salmah di Bentong pun cancelled sebab yang di Kajang tu balik ke Simpang Renggam, yang di Bentong tu dah datang beraya ke sini pula. Jadi, raya pertama kita dah pun selesai. Alhamdulillah.

Kat rumah, belah malamnya kita tak sambung beraya ke mana-mana pun. Duduk saja di rumah sambil layan tv dan mengemas dapur yang ayah bersilat memasak rendang semalam.
 Rendang ayam kampung ni terlebih masak sampai ada yang hancur. Nak bawa ke rumah Mak Ngah tadi, takut tak termakan sebab makanan kat sana pun melambak. Jadi, kita buatlah rendang frozen. Tahan beberapa hari. Kalau nak makan, hanya panaskan dalam microwave oven je.
Rendang ayam kampung ayah. Sedap... Bagi 2 bekas kat Wak Laila, sebab diorang pemakan rendang tegar. Haritu bagi rendang daging frozen pun dah habis. Alhamdulillah.

Sambil itu, dapat juga berkongsi dalam whats'app gambar-gambar raya adik beradik ibu.
 Family Wak Husna, warna temanya hijau kuning. Amboi Aiman.... nampak dah besar sangat bila macam tu.
 Family Wak Laila, tema biru kelabu. Selfie dalam kereta jer?
 Embah di rumah Wak Nordin, diorang takde gambar family sebab takde warna tema. Pulak... Jadi gambar sorang-sorang aje. Ni Embah dengan baju barunya, dengan Wak Timah.
 Embah dengan Wak Nordin...
 Dengan kakak Seha.
 Abg Syafiq, ha lagi la sempoi sangat sampai tak nampak cam raya jer ni?
Ha, ni barulah satu family Wak Nordin. Hihi... Kakak Seha tolong buatkan camni, nampaklah satu keluarga :-)

Yang takde gambar, Paman Azam dengan Wak Hajar.

Raya kedua.
Masih kena bangun awal di hari raya, walaupun hanya tidur beberapa jam saja, penangan kopi ais ayah malam tadinya. Aduhai...

Pagi ni nenek nak ikut sekali ke Kuala Selangor sebab nak beraya ke rumah Wak Zaharah, isteri kepada Wak Rahmat, abang nenek, yang dah meninggal 2 tahun lepas. Kebetulan rumahnya satu jalan nak ke Sabak Bernam. Sekali harung. Sementara kami bersiap, ayah ambil nenek dari rumah Mak NGah dulu.
Ica dah bersiap dengan bedak dan sikat rambut, ni tertidur semula dengan lenanya. Maklumlah, tak cukup rehat lepas main yang lasak semalam.

Tema baju hari ini pink+putih, sebab ayah nak pakai kurta mekahnya. Tak kisahlah apa pun, asalkan menutup aurat.

Tiba di Kuala Selangor pukul 10.30 pagi. Ica bad mood sebab tak cukup tidur.
 Rambut pun serabut jer tu. Semua tak nak. Makan tak nak. Minum tak nak. Nak mandi kolam pulak. Rumah Wak Zaharah ni ada chalet. Depan chalet ada kolam mandi kanak-kanak yang cetek aje. Airnya pun sikit je. Itu yang Ica nak. Isk isk.. Wak Zaharah yang kanan sekali. Dah tua, uzur pula tu. Tema kami pink, sama je kan? Kebetulan. Kita dijamu nasi dagang dan mi goreng udang. Sedaplah. Sebab ibu memang belum sarapan. Ica makan nasi dengan kari ikan tongkol tu agak banyak jugalah. Alhamdulillah.

Jalan jem, memang dalam expectation. Musim raya memang begini. Pukul 11 dari Kuala Selangor, pukul 1 lebih baru tiba ke Politeknik Sabak Bernam. Geram je dengan jem ni sebab perancangan langsung lari.
 Gambar yangh tak cukup korum, dan embah seperti biasa suka tengok kiri kanan kalau time kita nak snap gambar. Duhh...
Ini gambar daripada tablet Wak Laila. Oklah sikit walaupun muka tak berapa senyum. Hehe. Tak cukup korumlah. Paman Azam dan Wak Husna's family takde sini.
 Dengan monopod iphone. Wak Nordin, Abg Haziq dan Wak Laila.
 Embah sibuk nak makan nasi masa ni. Tengah tunggu nasi masak. Embah tak makan dengan lauk rendang hijau atau rendang biasa sebab takut sakit perut, tak tahan makanan yang diperangat banyak kali.
 Selepas 3-4 tahun, baru ini jumpa dengan Wak Hajar dan anak-anak. Kak Ayna pun dah besar. Last ibu jumpa dia masih sekolah rendah. Sekarang dia dah tingkatan 3! Sebenarnya dia yang tak sengaja datang rumah Wak Nordin masa kita ada situ. So, tak dapat nak escape ke mana-mana lagi.
 Walaupun dalam talian, Wak Hajar ni sombong MasyaAllah, tak nak langsung bermesej atau ber FB atau berWassap dengan ibu dan beradik lain, tapi bila jumpa camni, ok je pulak dia. Tapi tak lama. Dalam 10 minit camtu je. Jadilah buat pelepas rindu. Air dicincang takkan putus kan? Fayyadh pun dah besar. Dah darjah 3. How time really flies!
 Embah melayan family Wak Hajar yang terburu-buru nak balik cepat, nak beraya ke rumah lain pulak. Yang lelaki baju oren tu Wak Hamid. Dia tak suka ambik gambar family. Tak tahu kenapa. Macam pelik. Tapi biarlah dia.
 Ica dengan abg Fayyadh. Macam kenal tak kenal je diorang ni. Masa Ica kecil dulu, abg fayyadh rajin datang rumah kita dengan maknya. Main dengan Ica. Abg fayyadh nak adik, jadi dia suka melayan Ica. Tapi lepas tu dah lama diorang tak datang rumah kita. Mungkin ayahnya tak benarkan. Biarlah.

 Oklah, nak teruskan raya kat tempat lain pula. Salam peluk cium dekat embah. Mintak ampun dan maaf sebab ibu selalu ter-laser mulut-tak sengaja marah kat embah. Embah pun sama... Sama-sama memaafkan.
 Salam peluk cium Ica pulak.
 Kita bertiga di rumah Wak Nordin. Ok selamat beraya semula!
Pukul 5 petang dah sampai ke Sungai Batang, Bagan Datoh, Perak. Jalan tak jem, tapi laluan agak tak elok. Banyak lubang sini sana dan jalannya tak smooth macam dulu. Apa pun alhamdulillah sampai untuk menjenguk anak saudara embah  kat sini. Gambar ni selfie monopod. Tak tahu apa yang suka sangat ni. Abg Suhaib dengan Kakak Seha bukan main seronok tengok muka sendiri kat iphone.
 Kat sini suasana kampung masih menghijau. Cantik untuk fotografi.
 Dari kiri, Wak Nordin dan keluarganya, Wak Timah, Abg Syafiq dan Kakak Seha. Lepas tu Abg suhaib. Belakang sebelah ayah tu namanya Abg Rafi, anak Wak Kamsiah yang tudung labuh biru sebelah ibu tu. Sebelahnya Wak Laila dan Wak Sah. Tak cukup korum, tapi masih happy sebab ada kesempatan melawat ke sini. Alhamdulillah..
Wak Nordin dan Wak Kamsiah bersalaman sebelum beredar. Kali ini tak jumpa dengan anak Wak Kam yang namanya Noor tu. Anaknya 6 orang. Ramai. Semuanya kecil-kecil lagi. Takde rezeki nak jumpa.
 Dalam perjalanan ke Sungai Besar, lalu di tepi kampung ni, ada meriam buluh bersusun begini. Amboih!

Maghrib singgah di Masjid Sungai Besar. Perjalanan memang terasa panjang sebab jem. Tapi Alhamdulillah sampai juga walaupun tersengguk-sengguk nak melepasi lampu trafik di Sabak Bernam dari Sg Bernam tu. Huh.
 Beraya di rumah Wak Umi. Dia ni anak sedara embah. Sepupu ibu. Wak Umi yang tudung pink hitam. Sebelah ibu yang baju biru ni Lina, anak Wak Umi yang no. 3. Anaknya 6 orang termasuk yang meninggal seorang. Yang duduk tinggi tu Mona, yang sulung. Anaknya 4, semua dah besar-besar. Kat sini kita dijamu dengan mihun sup baki juadah yang dihidangkan untuk baraan lelaki hari ini. Alhamdulillah.
 Ica tak makan apa pun. Main aje sepanjang kat sini. Suhaib dan Wak Sah, bukan main menambah mihun. Lapar la tu.

Pukul 9 malam, kami mula gerak ke KL semula. Singgah di Kuala Selangor ambil nenek di rumah Wak Zaharah tadi, dan sempat Ica buang air dulu.
 Menuju ke UK Perdana, sempat singgah di gerai yang menjual lemang 24 jam. Laris betul walaupun hari raya. Nampak sangat orang KL ni takde nak masak-masak beriya pagi raya. Semua boleh dibeli.
Lepas hantar nenek, sempat lagi singgah ke kedai mamak di Wangsa Maju sebab ibu lapar roti sardin. Boleh? Masa ni dah pukul 12 malam lebih. Tapi perut masih nak makan lagi. Ayah dan Ica makan nasi lemak ayam goreng. Sedap... Alhamdulillah.

Pukul 1.30 pagi sampai di depan pintu pagar rumah dengan rasa letih, kenyang, berlengas, mengantuk, etc tapi penuh syukur sebab diberi peluang beraya macam ni. Alhamdulillah...

Bertuahnya kita dapat menikmati hari raya dengan sederhana tapi seronok macam ni, berbanding saudara seislam kita di tempat lain yang tidak aman dan masih dalam peperangan macam di Ghaza. Ya Allah, berilah mereka kekuatan. Kita hanya mampu mendoakan dan membantu dengan kempen boikot. Semoga bantuan Allah akan tiba akhirnya. Ameen...





No comments: