Aug 4, 2014

Pasca Raya

Bismillah..
Ini sambungan cuti raya kita. Walaupun tak ada plan nak ke mana-mana dan tak pula nak buat 'open house' macam orang-kaya-je bunyinya... Tapi, takkanlah nak melepak je kat rumah. Bosan juga. Jadi, inilah aktiviti cuti kita. Alhamdulillah...

Raya 3 - Rabu.
Kita ke Mahkamah Jln Duta, sebab ibu pulangkan 2 helai sejadah yang dah dicuci ke suraunya. Sejadah tu dulu ibu pinjam untuk guna dalam bilik pejabat. Masa packing nak cuti HLP tu, ibu terbawak balik sekali. Jadi, sekarang kenalah pulangkan semula.

Tengok siapa yang terlebih seronok kat Kompleks Mahkamah ni kalau bukan Ica. Mahkamah sudah buka seperti biasa dan ada staff & pegawai bertugas. Cuma agak lengang. Ica naik tangga sampai 2 kali tak penat langsung.
Insyaallah kalau ada rezeki dan jodoh ibu dengan bangunan cokelat ni, boleh lah kita ke sini lagi dan lagi dan lagi... Mudah-mudahan. Ameen...

Dari Jalan Duta, kita ke Wangsa Maju, beli barang dapur di AEON Big pula. Kalau ke sini tak makan pizza RM7 ni memang tak sah.
 Tengok tu tangan siapa yang suka sangat nak pegang piza yang masih panas?
 Memang tak sabar... Sepinggan ni, Ica boleh habiskan sendiri. Oklah kali ni Ica bagi satu slice kat ibu. Tapi takde langsung kat ayah (-_-) memang anak bertuah kan.
Awal tadi, sempat pergi bank dulu. Ibu simpan duit raya Ica dalam ASB. Oklah, setakat ni, tambah lagi 15 kali raya, cukuplah duit belanja untuk study kat UK nanti :-D

Raya 4 - Khamis.
Hari ini ikut ayah beraya di rumah kawannya di Kuang/ Hulu Selangor/Kuala Kubu Baru. Tak ingat apa nama tempat ni tapi lokasinya kat situlah lebih kurang.
 Gambar beraya takde kat dalam hp ibu. Jadi tak uplod sini. Masa nak ke rumah kawannya, ayah singgah beli lemang dan rendang jadi buah tangan. Kawan ayah tu sama-sama safety officer. Tapi dia dah tua dan matanya dah tak nampak sebab ada masalah saraf. Kebetulan masa kita tiba tu, diorang lepas makan nasi. Langkah kirilah. Nasib baik ada lemang & rendang bawa sendiri. Rezeki kita bawa ke rumah orang :-)

Balik ke KL dah lewat petang, lapar pula tu. Jadi singgah makan nasi arab dekat Taman Melati. Sebelah-sebelah je dengan Leha Kelfood.
 Restoran Hadramawt ni nasi mendi kambing dan ayamnya memang sedap sangat, kena dengan tekak ibu ni. Kuah salsanya, subhanallah memang best ye. Alhamdulillah... Ibu makan mendi kambing.
Ayah ambik mendi ayam. Tengok la ayam dia, seksi je bila beraksi camtu :-D
 Untuk Ica, 2 mangkuk kecil sup cendawan dan roti canai giant cecah dengan kuah masala kambing tu. Eh tapi ayah yang habiskan roti canai ni kat rumah.
 Sebab perut dah santak kenyangnya, jadi dessert arab yang best banget ni, tapau tuk makan kat rumah. Yummy! Lepas makan yang berempah, dapat pula yang manis-manis berkacang macam ni, memang seronok sangat! Alhamdulillah...
Kat depan kedai Hadramawt tu. Bukanlah peminat motosikal besar, tapi dah dia parking situ. Terus jadi eksesori :-)
Kat rumah, Noneng kesunyian. Bila ada hbeg ibu tersadai kat lantai macam ni, dia pun usyar-usyar nak masuk dalamnya.
 Memang terus masuk pun. Tapi tak muat. Ekor dan kaki terkeluar. Kihkih. Ada hati nak mengikut jugak.

Raya 5 - Jumaat.
Tak beraya hari ini sebab melepak, bangun lewat dan melayan letih badan. Kononla letih sangat padahal bukannya buat apa pun kan. Kihkih. Masuk ke belah petang, perut pun lapar, tapi lapar yang specific nak makan ayam penyet dengan sup ekor. Jadi, ke KLFC kita..
Kalau pakai baju raya, tentu sesuai dengan suasana KLFC nih. Dah macam rumah orang kampung je.

Raya 6 - Sabtu.
Ayah kata nak beli barang meniaga di Batu Caves. Ibu pun ajak beraya ke rumah Wak Laila, melawat dia yang tengah demam dan bawakan rendang ayam frozen haritu.
Rumah Wak Laila jadi lapang dengan susunan perabot yang minimal dan macam dah siap-siap nak buat open house pula. Langsir pun dah baru. Sesuai sangat dengan Ica :) inilah blouse Ica yang ibu jahit sendiri maniknya. Alhamdulillah.
 Tema pink-peach ibu hari ini. Baju ni selesa sebab macam tshirt je. Kat luar panas, dalam rumah pun ada kepam sikit, tapi tetap selesa.
 Ayah tak lepas daripada hp nya. Ica pula daripada sampai, hinggalah nak balik, asyik makan. Kuih raya, kerepek, buah-buahan, lemang, air teh, air kosong..

Datang sini pun ayah beli lemang dan rendang sebagai buah tangan. Alhamdulillah. Rezeki yang dikongsi dengan yang diziarahi.
 Dah lewat petang ni. Nak terus ke kedai di Batu Caves sebelum dia tutup. Tapi tak sempat, sebab jalan nak keluar ke Sentul tu jem sangat. Tiba depan kedai dah pukul 6.50petang, kedai pun dah tutup. Ayah marah dengan ibu sebab lambat sangat nak balik tadi. Yelah.. beraya katanya. Takkanlah kelam kabut nak balik :(

Raya 7 - Ahad.
Berdebar untuk report duty esok, Isnin, jadi hari ini ibu minta ayah tunjukkan jalan nak ke Putrajaya melalui MEX. Ala bukan ibu tak biasa ke sana. Kalau mesyuarat, kena juga ke sana kan. Tapi itu boleh tumpang kereta dengan kawan sepejabat. Kalau tumpang kereta orang ni, selalunya terlelap, atau terlebih sembang sampai tak tengok sangat jalan. Tau-tau je dah sampai. Kali ni, kena tengok betul-betul. Kalau tak nanti sesat entah ke mana.
 Tema hari ini ialah orange-peachy. Hehe. Kalau nak tahu, muka sembap ibu ni sebab malam tadi tak boleh tidur lena. Sebab ayah balik lewat, pukul 3.30 pagi. Ayah tu, balik je rumah, tukar baju, baring je terus hilang. Ibu yang menunggu ni, tetap tak boleh lena sebab dah terlajak timing tidur :( geram je. Jadi, kononnya berjanji nak keluar rumah pagi-pagi buta untuk dapatkan feel pergi kerja tu, tak dapat nak dilaksanakan. Pukul 12 baru keluat rumah. Itupun ibu masih pening-pening lalat lagi sebab lena pukul 5.30, bangun solat pukul 6.45, tidur semula, pukul 10 tulis sms kat Wak Husna, bagitahu sampai lewat petang, lepas tu tidur balik, pukul 11.30 baru bangun betul.
 Wak Husna dah pindah rumah. Dia tak duduk kat Kg. Padang Balang tepi MRR2 lagi :( rumah tu dulu best sangat, tempat kita beraya tahun lepas. Luas, selesa dan besar. Sewanya RM1000. Tapi tuan rumahnya urgent nak pakai rumah tu. Jadi Wak Husna pun terpaksa cari rumah lain. Nak dapatkan rumah yang besar dan selesa macam tu di KL mana ada lagi dengan kadar sewa yang berpatutan. Semuanya dah mahal sangat. Jadi, diorang pindah ke Dengkil ni. 45 minit perjalanan dari KL.

Dah alang-alang ibu nak riki jalan ke Putrajaya ni, ibu cadanglah nak beraya sekali. Tengok rumah diorang. Rumah ni tak jauh daripada rumah mak ayah Wak Jenal suami Wak Husna. Malah diorang tengah planning nak buat rumah dekat dengan rumah mak-ayahnya. Rumah yang ini cuma rumah sewa RM500 sebulan. Dengan kondisi rumah yang luas, selesa, terang, banyak angin, ibu rasa ok lah sangat. Cuma kena berkorban sikit sebab kena keluar rumah awal pagi dan tanggung belanja minyak dan tol untuk ke KL.
 Sempat singgah beli pisang goreng dan keledek goreng sikit sebagai buah tangan ke sini. Kebetulan ada gerai nasi ayam tak jauh dari sini. Orang ramai walaupun pisang gorengnya mahal.
Ruang tamunya simple, tapi penuh dengan kuih raya sebab Wak Husna memang jual kuih raya. Dia ambik tempahan. Tapi kita tak pula beli daripada dia.
Kebetulan Paman Azam pun tengah beraya, tu yang terberjumpa sekali. Terus la selfie. Raya 2 haritu tak dapat bergambar bersama, kali ni barulah ada peluang. Alhamdulillah. Kita dijamu dengan masak lemak siput yang sedap, ayam masak kicap untuk Ica, sayur kangkung dan ikan goreng. Alhamdulillah.
Dari Dengkil kita ke KLIA2 saja jalan-jalan sambil tengok kapal terbang. Bila tengok MAS je, ada rasa sebak sikit mengenangkan tragedi MH370 dan MH17. Hanya Allah yang Maha Tahu setiap yang berlaku. Wallahua'lam.

Malam ni takde buat apa, tetiba teringin nak makan brownies. Teringin sangat sampai macam terleleh air liur pulak. Hehe.

Haritu buat brownie gagal kan? Takkanlah tak boleh buat lagi sekali. Bukan susah pun. Senang sangat. Tak payah nak cek resipi 10 kali. Cuma kena betulkan sukatan untuk tepungnya. Haritu tersalah, patutnya 3/4 cawan, ibu pergi letak 3-4 cawan. Sudah, jadi biskut coklat yang lembik :-D

Kali ini, masa nak bakar tadi ibu sprinkle sikit gula yang warna warni tu, saja lah. Letak kat satu side jer sebab ayah dengan ibu tak suka gula ni. Tapi Ica mesti suka sangat tu.
 Ha, dah pun jadi. Tak susah mana pun. Ecewah mentang-mentang dah pernah gagal. Gagal sekali buat brownie tak bermakna gagal selamanya. Ewah. Tapi slacknya, gula pun tenggelam juga. Sebab bancuhan ni kan tak keras, jadi gula tu tenggelam. Tapi overall, tekstur kek brownies ni dah jadi, dan rasanya sedap, sebab ibu kurangkan gula dan telur.
Makan masa panas-panas memang sedap. Baunya wangi. Gula warna warni tu taklah mencacatkan rasa lemak manis kek ni.
 Bahagian dalam kek pun masak sempurna. Kat luarnya rapuh dan ringan. Dalamnya lembap.
Ini pakar dalam menentukan rasa sesuatu makanan. Kalau dia kata sedap, sambil tunjuk ibu jari tu, maknanya, sedaplah. Alhamdulillah.
Sambil buat latihan sambil makan brownies. Kelas lah!

No comments: