Aug 13, 2014

Musim baru.

Bismillah..
Dah masuk minggu kedua barulah boleh update page ni. tihtihtih... (-_-)

Alhamdulillah.. Rezeki tu dari Allah. Kadang kita tak suka dan tak redha, tapi perancangan Allah lebih hebat berbanding kita. Tak semua yang kita suka tu, baik untuk kita. Sebaliknya, sesuatu perkara yang kita tak suka tu, mungkin ada rahmat dan kebaikannya. Kita mana tahu kan.

Report duty pada 4 Ogos 2014, betul-betul lepas cuti raya. Alhamdulillah dapat habiskan ramadhan dengan Ica, ayah dan embah. Beraya dengan seronok, Subhanallah. Semuanya berbaloi dengan apa yang dikorbankan atau dibelanjakan. 

Alhamdulillah.
Ini gambar printscreen hari pertama drive-out dari depan pagar rumah. Betul-betul 6.30 pagi dan terus meluncur keluar ke jalan besar. Melalui jalan Genting-Klang yang masih lengang (sebab cuti raya), langsung ke bulatan Pahang dan ke kiri terus melangkaui Jalan Tun Razak yang juga masih sepi. Nasib baik ada MEX. Perjalanan ke Putrajaya makin pendek, walaupun taklah pendek sangat kan. Tapi lebih pendek berbanding kalau ikut jalan biasa di Sg. Besi tu. Pukul 7.10 sudah sampai di depan bangunan coklat yang tersergam mewah. Lepas dah tiba, tak tahu nak ke mana. Pulak..
Lepas report duty, rupanya staff HR cuti kecemasan. Jadi pemandangan untuk hari pertama ialah ini. Perpustakaan.
 Huarghhhh...! Memang mengantuk sangat ni.
But I made myself at home. Siap buka kasut dan setokin. Ya Allah. Memang azab juga pakai kasut penuh selepas 2 tahun kaki mengembang hanya berlapikkan selipar jepun (adidas dari jepun ke?) elok pula tu kena meronda mencari bilik-bilik pegawai yang nampak macam serupa je... Sesat lagi menyesatkan la dalam perjalanan ni. Padahal bangunan ni sebenarnya mungkin simple saja (mungkin) cuma pintu dia agak mengelirukan dan ada banyak ruang besar lebar tersendiri yang tidak digunakan. Eh nama pun istana kan. Bila dapat duduk berehat macam ini, Subhanallah nikmatnya berlunjur kaki.
Buku kat situ takde yang menarik hati, buku yang ini memang bawa setiap hari (kononnya).
Eh eh.. ada plug in untuk internet cable la... (suka) tapi cable nya tak ada. Takpe, balik tu terus ayah belikan satu.  Sementara nak tunggu cable, ada juga wifi percuma disediakan bangunan sebelah menyebelah. Kelas sangat! Hanya perlu mendaftar sebagai tetamu. Wifi dalam perpustakaan ni tak boleh guna, dan wifi orang awam tak tembus dinding perpustakaan. Pulak... 

Jemu dengan internet, pergi melawat bilik kawan pula, tapi tak boleh lama. Dia pun sibuk. Kenalah faham. Ini bukan istana yang ada dayang. Dan diorang pun bukan dayang :-) 

Itu jelah aktiviti hari pertama. Nak balik tak boleh. Nak keluar takut sesat. Jadi, duduk diam-diam :-)

Benda kuning ni membuatkan ibu tak boleh ke mana-mana sebab akhirnya nak kena 'punch' dia. Eh, tapi kenapa orang kat sini belum gunakan finger/thumbprint?
Inilah dianya... Gigih kan sampai boleh snap gambar kat sini tengah panas macam ni? Kihkih. 
Ibu tak tahu nak parking kat mana. Tanya kawan ibu tu, dia pun tak tahu macam mana nak masuk ke parking kalau takde pas pekerja. Dulu pelawat boleh masuk ke basement parking. Sekarang, staff je boleh. Itu yang ibu parking kat padang tepi bangunan ni, dan menapak ke sini. Tapi tepi tu ada laluan yang bertutup, taklah panas.
Ruang tangga dan koridor ke Mahkamah Persekutuan. Lama juga ibu berdiri kat sini pagi tadi. Rasa macam pertama kali je buat macam ini. Sebelum-sebelum ini, kalau datang mesyuarat ke, jamuan ke, jumpa orang ke, takde masa nak tengok kiri kanan. Mungkin inilah masanya Allah beri peluang untuk tengok-tengok keadaan. Kalau tidak, bila lagi?

Jalan Genting-Klang kalau lambat sikit, pukul 6.40pagi dah jem. Bila jem memang sakit hati sangat sebab "Eh perjalanan ku masih jauh, okey!"
MEX yang hubungkan KL dengan Putrajaya melalui Bandar Tasik Selatan pula, walaupun jalannya panjang dan berbukit tapi tak jem. Tapi masalah betul jadi ibu ni, tak pandai bawak kereta laju-laju. Dah lapang macam ni, ibu boleh tekan paling laju pun hanya 90-100kmph je. Rugi ke?

Perjalanan 44km lebih kurang. Tol RM1.50 di Tasik Selatan dan RM2.50 di Putrajaya Link. Tapi bila balik ke KL ibu tak ikut tol RM1.50 ni. Total tol sehari RM4 pergi dan balik. Sebulan mungkin dalam  RM100. Untuk minyak pula, bergantung pada tahap jem jalan masuk ke KL. Setakat ini seminggu isi RM120 (2 kali isi) lebih kurang. Jadi sebulan mungkin dalam RM480 ke RM500. Jumlah belanja untuk pergi-balik kerja ialah lebih kurang RM580 hingga RM600 tak termasuk makan-minum dan berjimba-jimba pada hari Jumaat dengan kawan-kawan (kalau ada la...kikikikiki)
Selain Jumaat, kalau balik awal sikit, pukul 5 petang, akan tiba di rumah pukul 6.30 petang. Itu pun Ica dah menyungut sebab lama sangat kena tunggu kat Pasti Saidatina Khadijah tu. Kalau ibu sampai lagi lewat, ayah akan ambil Ica dulu, lepak dalam van, bila ibu sampai baru ikut ibu balik. Itupun Ica tak puas hati juga. Pendek kata, Ica memang tak suka menunggu. Alahai anak ibu. Sabar lah ye. Kita bukan ada 'pintu suka hati doremon' yang nak laju-laju sangat ni...

Tapi jem yang dalam gambar ini ialah pada hari Jumaat. Sampai boleh uplod dalam IG gambar ni sambil-sambil release break. Siap jawab private message dalam FB. Siap tengok trending FB dan masukkan komen. What??? Nak menunjukkan betapa jem tak bergeraknya jalan Tun Razak pada hari Jumaat walaupun tak hujan. Sejam nak lepas jem ni. Nangis dalam hati. Istigfar sajalah banyak-banyak. Boleh stress jadinya.
Oh ini jalan sambungan dari atas tu lah. Teruk kan. Hampir semua jalan jem. Yang nak keluar dari Tun Razak pun jem, yang nak ke Ampang pun jem. Yang nak ke PWTC pun jem.

Ada satu lagi jalan untuk ke Setapak, iaitu ikut jalan depan Istana. Tapi selalunya jem sebelum muzium, dan jem sebelum simpang ke Duta. Lepas Duta, lengang sikit, sebelum jem depan PWTC, sebab orang memotong. Tapi ada Sentul Link yang ibu belum pernah cuba sebab tak ingat hujung tu nak masuk mana (-_-) ayah dah hint-hint ikut situ untuk elakkan PWTC dan Bulatan Pahang. Insyaallah cuba petang ini.
 Ini posting order ibu dan jawatan sekarang. Nasib baik bukan pegawai khas. Fuh...! Legalah sikit. Kebetulan bos ibu ni (PMRen) pun baru report duty awal 3 hari je daripada ibu. Jadi kami sama-sama blur, so dia pun mesti faham perasaan ibu ni.
Buat masa ni, ibu ditempatkan kat sini. Bilik kongsi berdua dengan pegawai 41 bawah unit latihan. Masa ambik gambar ni, ibu tengah tunggu line internet. Kat bilik ibu ni, cukup susah nak dapat line. Geram tunggu signal, ibu snap gambar dulu. Cermin ni dah ada kat sini (nasib baik) so tak payah bawa lagi. Loker kecil dan penyangkut blazer tu pun sama. Inilah ruang kecil ibu. Alhamdulillah..
Ini workstationnya. Simple tapi cosy. Ibu suka. Kali ini tak ada fail tebal-tebal banyak-banyak berserakan kat lantai dan memenuhi meja macam masa di KL :'-( walaupun rindu sikit situasi tu. Heh.

Komputer dan printer, takde. Ibu gunakan macbook sendiri dan beli printer sendiri. Laptop lama dari Jln Duta ibu hantar ke unit IT untuk dibaiki mana boleh. Itupun dah lama tak pakai.
Ini workstation room-mate ibu tu. Dia pun ambil ruang kecil je. Tak perlu ruang besar-besar kat sini sebab kita bukannya kena jumpa lawyer macam dulu. Rasanya kalau lawyer/orang awam nak datang pun susah nak naik sini, boleh sesat. 
 Minggu kedua dapat stiker kereta dan pas pekerja. Barulah ada sikit rasa 'sense of belonging'...
Minggu kedua ibu dah tak sesat-sesat lagi. Ok sikitlah. Sebab cari parking yang dekat dengan lif ke pejabat, tapi tak jumpa. Tersesat ke lif yang paling jauh pulak (-_-) nasiblah.

Ini kipas depan laptop. Bila pagi-pagi datang, aircond belum sejuk. Jadi buka kipas ni kena kat muka. Rasa nyaman aje. Anginnya pun tak kuat, memang sedang elok kena kat muka je :-)
Ini printer beli sendiri. Tak smapai RM300 boleh print sampai 1500 helai. Refill pun murah, dalam RM30 ringgit je. Sebenarnya ibu tak sabar nak tunggu dapat printer. Nak buat networking printer, macbook ni tak respon pulak dengan networking line. Cet. Letih nak masuk-keluar ke bilik PA bos hanya untuk print 1-2 surat, lepas tu pinda, print lagi. 
Meja ibu takde fail yang tebal-tebal macam dulu. Ini saja buat masa ini. Kerja utama ialah menjawab aduan, semak statistik, hadir mesyuarat mewakili jabatan, menjadi ahli jawatankuasa apa-apa unit kecil dengan lantikan sama ada daripada bos ataupun ketua bahagian/jabatan dan menerima arahan daripada bos PMRen/DCR/CR.

Ibu belum habis kenal pusing lagi level tempat kerja ibu ni. Mungkin ada ketua-ketua unit yang ibu belum berkenalan lagi. Memang ibu nak kena kenal semua orang dalam satu aras ni. Kalau tak, susah lah nak buat kerja nanti. Kerja kat sini tak boleh sorang-sorang, tak boleh buat hal sendiri macam dulu - duduk buat profile/opinion/research. Lagi-lagi sebab ibu ni masih baru. Semua nak kena tanya pada yang lebih senior. Ibu doa semoga semuanya dipermudahkan untuk ibu. Amiin...

Setakat ini kalau ada yang agak stressful tu tak lain ialah jarak perjalanan yang jauh untuk ke sini. Tapi yang paling sedih ialah perjalanan nak balik tu. Ibu nak cepat balik, nak jumpa Ica. Selalu kalau ibu call Ica masa dalam perjalanan, suara Ica tu sedih je tunggu ibu :'-(

Sejak ibu kerja ni, Ica jadi manja pulak dengan ibu. Lebih dari tu, Ica patuh arahan ibu on the spot. Ibu suruh mandi, tukar baju, solat lepas tu mengaji. Ibu suruh sekali je, Ica buat terus. Ibu suka la... Lepas tu, Ica mesti cakap "Ibu ceritalah apa-apa hari ini..." bila ibu duduk-duduk depan tv. Ibu pun ceritalah pasal jalan yang jem, pasal kerja ibu, pasal bangunan ofis ibu. Ica dengar aje sambil tercengang. Ica tak sabar nak tengok tempat kerja ibu. Tapi jauh. Insyaallah suatu hari nanti.

Nak pindah ke kawasan sini, ibu rasa kesian pula dengan ayah. Nanti ayah nak kena set-up tempat berniaga baru. Ica pula dah susah payah ikut exam untuk sekolah kat KL, tiba-tiba nak kena cari sekolah baru pula. Susah juga nak buat arrangement baru.

Ibu tengok banyak inspirasi kat sini. Ada la 4-5 orang pegawai yang ibu tahu terpaksa berulang-alik jauh-jauh setiap hari. Ada yang duduk di Gombak, Bukit Antarabangsa, Shah Alam, Sg Buloh. Semua ni melalui perjalanan yang panjang dan jem macam ibu juga. Ada yang dah pun bertahan sampai 3-4 tahun. Ok je? Ada juga yang terpaksa tinggalkan keluarga dan menyewa sendiri dekat-dekat sini, sebab nak mudahkan perjalanan. Boleh je?

Kalau diorang ni boleh bersabar dan tabah, takkanlah ibu tak boleh. Kan? Kenalah bersabar sikit. Kena berkorban sikit. Ica pun kena memahami sikit. Ibu bersyukur pada Allah sebab ada ayah. Sekarang ni, semuanya ibu bergantung harap pada ayah. Bila ibu kena keluar rumah seawal 6.30 pagi dan balik ke rumah paling cepat pun 6.40petang, jadi semua hal Ica dan rumahtangga, dah jadi tanggungjawab ayah. Ibu doa supaya ayah pun tabah juga. Hujung minggu baru ibu boleh buat kerja rumah macam biasa. Itupun kalau laratlah. Selalunya hujung minggu ni memang masa yang terhad untuk rehat dan luangkan dengan Ica.

Taekwando Ica pun dah terabur tak dapat pergi. Sebab ayah kerja sampai malam. Paling awal ayah balik pukul 9.30malam. Taekwando mula pukul 8malam. Kalau ibu sampai rumah pukul 7.30 macam hari Jumaat tu, memang tak sempatlah. Mengharapkan kelas hari Ahad pagi. Kalau Ica tak sihat macam haritu, ponteng lagi (-_-) Mungkin ayah dan ibu kena fikirkan jadual baru untuk taekwando Ica ni. Insyaallah.

Oklah, buat masa ini, inilah cerita ibu tentang kita. Insyaallah bila ada peluang lain, ibu update lagi,, especially pasal raya. Tak habis-habis. Hihi.

No comments: