Ibu ni sebenarnya masih diperingkat menyesuaikan diri dengan kerja yang baru ni. Rasa macam pelik sikit, ralit sikit, kelam kabut banyak, tercengang banyak, termenung banyak, dan blur banyak. Kadang rasa macam kosongnya jiwa ni sebab tak faham dengan apa-apa je yang sedang dibuat. Kadang rasa macam nak menangis sebab lambat sangat nak tangkap sesuatu maksud. Tapi ada kalanya seronok juga bila jumpa perkara baru. Taklah bosan aje buat rutin yang sama bertahun-tahun. Kan.
Kerja sekarang memang tak ada kena mengena dengan subjek LLM yang hari tu tension-tension memerah kepala buat assignment dan ambil final exam yang susah sangat tu. Kerja ni juga takde kelangsungan dengan kerja-kerja yang pernah dibuat sebelum cuti belajar dulu. Kerja ni tak ada Fail Meja lagi, belum ada Standard of Procedure, ciri tanggungjawab pun belum dinyatakan satu persatu. Yang ada cuma Carta Organisasi. Pendek kata, apa yang datang, kena sambut dan buat. Tahu ke tidak, itu belakang cerita. Suka atau tidak, memang tiada ruang nak memilih-milih. Redha saja. Terima dan hadam.
Ada satu minggu yang ibu tak buat apa-apa di pejabat tu. Duduk melengung saja, sambil sikit-sikit jawab surat komplen sana sini. Masa tu ibu rasa ibu ni pegawai aduan kot. Haha. Tak pun pegawai surat. Sebab ibu kena jawab semua komplen tu dengan surat. Pulak tu kebanyakan komplen yang diterima, separuh darinya memang komplen mengarut. Orang jawa kata, not genuine at all. Komplen yang mengada je lebih. Hahah. Tapi kena jawab juga. Ini soal polisi. Tak boleh buat main.
Bos ibu pun macam tahu-tahu aje ibu ni takde kerja pada minggu tu, dia suruh ibu buat 'write-up' atau karangan esei tentang tanggungjawab Bahagian (pejabat) ibu ni sejak ia ditubuhkan setahun lalu. Kalau ikutkan dia, ibu nak kena pergi interview pegawai dan pengurusan sebelum-sebelum ini, tapi taklah ibu rajin sangat nak interview orang macam takde kerja lain je orang tu nak jawab soalan "apa tanggungjawab anda semasa menjawat jawatan dot dot di pejabat dot dot ini..." haih. Nak Google maklumat pun takde. Jadinya, tanya dengan pegawai-pegawai yang ada je lah. Masalah besar bila pegawai yang ada kat level pejabat ibu ni selalu kena mesyuarat luar. Jarang dapat jumpa. Kalau ada pun sebok sangat.
Pening-pening lalat, tapi siap juga karangan ibu. Jadi jugalah. Kalau nak publish dalam portal pun boleh lah. Hahah. Tapi bila tiba masa nak bagi pada Bos, dia pulak tengah pening-pening dengan benda lain, jadi katanya dia takde masa nak baca. Eh pulak. Tapi takpelah. Sekurang-kurangnya ibu pun belajarlah tentang jabatan yang ibu kerja ni. Kalau tak sampai bila pun tak tahu kan. Kalau dulu lagilah, tak sedar kewujudan jabatan ni kot sebab macam buat tak tahu saja.
Tiba-tiba masuk je bulan September, jadual ibu jadi padat. Subhanallah. Setiap hari kena pergi mesyuarat. Kalau Bos ibu pergi mesyuarat, ibu pun kena ada dalam tu. Tapi ada masanya yang ibu dan dia terpisah ke mesyuarat berasingan. Setiap hari mesyuarat ke luar pejabat. Maknanya kena ada persediaan. Paling tak suka bila kena buat minit mesyuarat. Bukan malas. Tapi, ibu ni belum hafal lagi nama-nama orang yang datang mesyuarat dan jawatan diorang. Kalau salah, duhh malu lah. Itu baru nama dan jawatan, belum isi mesyuarat lagi. Tawakkal sajalah.
Ada satu hari tu ibu kena hadir 3 mesyuarat pula. Pukul 9 dengan pengurusan, pukul 11 dengan Bahagian Polisi, pukul 3 petang dengan rumah sukan. Pada masa yang sama surat-surat aduan tetap datang juga. Hari esoknya pagi-pagi mesyuarat di MPC sampai tengahari, petang masuk pejabat baru nak tengok-tengok surat aduan, dah kena brifing untuk mesyuarat hari berikutnya di Penjara Kajang. Hari yang mesyuarat di penjara tu, balik ke pejabat dah pukul 4 petang, tak sempat nak buat apa sangat sebab ibu kejar waktu balik pukul 5 tepat.
Nasib baik hari Jumaat selalunya agak lapang. Bukan lapang apa lah, lapang tak payah mesyuarat keluar pejabat. Kalau setakat dalam bangunan, taklah letih sangat. Padahal ibu ni kalau pergi mesyuarat tu semua bukan ada bagi imput pun. Kebanyakan masa ibu diam dan cuba nak memahami apa yang orang-orang ni cakap. Ibu tak berapa faham konsep sebab latarbelakang perkhidmatan sebelum ni terlalu terhad. Banyak aspek yang ibu tak terlibat. Contohnya, sekarang ibu kerja bahagian pentadbiran, tapi sepanjang ibu kerja, yang 10 tahun tu, 90% adalah perundangan. Itupun 75% di Mahkamah Tinggi, cuma 7 bulan pengalaman di Mahkamah Rendah, sedangkan mesyuarat yang ibu hadiri tu banyak menyentuh Mahkamah Rendah. Ibu selalu fikir, kalau ibu ni ditempatkan di pentadbiran Mahkamah Tinggi, mungkin ada bahagian yang ibu senang nak faham. Tapi eh, tak juga. Semua ni memerlukan pengalaman memimpin, yang mana ibu rasa macam takde langsung dalam diri ni. Sedih juga tu.
| Depan bangunan pejabat ibu yang tersergam besar dan megah ni. Masa ini baru balik lunch di Perbadanan Putrajaya. |
| Masa ini ada jamuan hari raya dan sempena meraikan pegawai-pegawai yang nak bertukar. Yang duduk-duduk tu Timbalan Ketua Bahagian dan Bos ibu yang tudung merah kecik kat kiri tu. |
![]() |
| Mesyuarat di MPC yang ibu secara tiba-tiba dijemput, padahal tak tahu apa-apa. Terus kena jadi ahli jawatankuasa. Tapi serius, ibu memang blur dan tak tahu apa. |
| Keadaan meja kerja ibu bila tak sempat nak duduk susun barang-barang. Masa ini baru dapat laptop pejabat. Tengah nak setting. |
![]() |
| Meeting di penjara. |
![]() |
| Itu bos besar. Dia yang mempengerusikan mesyuarat ni. |
| Ini mesyuarat pertama yang ambil hari Ahad ibu dan terpaksa bermalam di hotel, tak balik rumah sebab aktiviti padat sampai malam. |
![]() |
| Dah lewat malam, masih buat kerja. |
![]() |
| Ini kumpulan perbincangan ibu. Semuanya senior yang berpengalaman dan banyak idea. Ibu je yang hampes sikit. Tokok tambah sikit-sikit aje. Haha. |
Dulu, bila sibuk, ibu boleh nampak hasil kesibukan tu. Contohnya lepas habis sibuk, tengok profail semua dah siap tersusun. Atau semua kes dah buat alasan penghakiman, atau bila statistik dah siap dan rasa lega! Kali ini, selepas sibuk dengan satu hal, ada lagi hal-hal lain yang menunggu lepas satu, satu... tapi akhirnya tak nampak hasilnya! Eh?
Bila fikir-fikir balik, eh kerja ni sama macam kerja ibu mula-mula masuk gomen tahun 2004 dulu. Eh iyer lah. Sama....! Haha.
Bila ibu kena bermalam di hotel untuk event yang gambar akhir tu, Ica bukan main sedih lagi. Masa hantar ibu ke lobi hotel, Ica sempatlah jalan-jalan sekeliling. Ambik gambar. Sengih sana sini. Suka hati lah kan.
Tapi bila masa nak balik, masuk dalam kereta, air mata berlinangan sedih sangat sebab ibu tinggal kat hotel. Ica kena tidur rumah. Lepas tu, ayah kata, Ica kat rumah terus kemas beg, suruh ayah hantar ke rumah nenek (-_-) bijaknya anak ayah nih.









No comments:
Post a Comment