Sep 11, 2014

Amalan pagi yang bermanfaat.

Bismillah.

Kadangkala ada bagusnya menjadi seorang yang penakut ni. Tengok situasilah. Macam ibu ni penakut memandu. Ibu memang tak suka driving. Tolonglah! Kalau ayah tu boleh hantar-ambil ibu setiap hari, kan seronok!

Ibu tak pandai bawa kereta laju-laju. Paling laju 100kmsj. Ini dah tahap melampau laju dan memang sangat jarang diamalkan. Selalunya 80kmsj. Tu pun dah ok-ok. Bila lalu jalan agak membelok, mesti seriaaaaaaau aje. Takut tergolek! Haha. Kebiasaannya 60kmsj je. Baru rasa selamat. Duduk pun lane tengah atau kiri sekali. Sedar diri bukan perempit!

Kelebihannya jadi penakut ni, bila nak mula memandu, ibu mesti baca macam-macam doa, dan memang selalu beringat yang kemalangan tu tidak terduga dan boleh jadi pada sesiapa dan dalam keadaan apa sekalipun. Kadang kita yang cuai, kadang orang lain yang cuai. Tak pasti.

Masuk je dalam kereta, terus ibu baca doa keluar rumah.

 Sesuai dengan maksud doa ni, oleh kerana kita tak tahu apa yang bakal dihadapi selepas kita gerak keluar rumah, jadi kita bergantung harap pada Allah, mudah-mudahan kita diberi kemudahan melaluinya.

Bila start je enjin, ibu baca doa naik kenderaan.

Ini dengan harapan supaya kereta kita takkan ada masalah, lancar saja dan kita pun akan selamat tiba ke destinasi. Mudah-mudahan. Insyaallah....

Bila kereta sudah bergerak, ibu baca doa ni pula. Petikan ayat dari surah Al-Alaq.

 Tak tahulah kenapa jadi biru pula ni, tapi ibu letak lagi satu yang jelas.

 Ibu baca ini dengan harapan hari ibu bertuah. Semua kesusahan diringankan. Semua masalah bakal selesai dengan mudah. Insyaallah. Kalau ada keuntungan, bonus lah tu!


Dan kebelakangan ini ibu sering amalkan baca potongan doa ini untuk mengelakkan bala. Kita ni setiap masa buat dosa. Kalau tak dosa direct pun dosa shubahah. Mengongsi dosa orang lain tanpa sedar. Jadi, bila berdoa macam ini, mudah-mudahan Alalh tidaklah jadikan dosa-dosa kita tu sebagai asbab diturunkan bala pada kita. Kalau Allah beri ujian pun, bukanlah bala. Mudah-mudahan macam itulah.

Bila naik kereta dengan Ica dan ibu baca semua doa-doa ni, kadangkala berulangkali, Ica selalu komen "Eh banyaknya doa ibu nih!" Lepas tu ibu mesti jawab, "Takpelah banyak doa... Kita minta pada Allah... Kalau Allah nak beri Dia beri. Kalau Allah tak nak beri sekarang, tak apalah, ada masanya nanti. Yang penting kita bergantung harap pada Allah...". Alhamdulillah, Ica pun senang nak hafal doa-doa ni. Tapi kalau naik dengan ayah tu, tak tahulah. Mungkin Bismillah saja. Tapi itupun dah memadai.

Semalam, hari Rabu, ibu terbangun lewat. Ingatkan dah kunci jam pukul 5.40pagi. Bila terjaga 5.13pagi, sempat tarik selimut sementara tunggu alarm. Sekali tu bermimpi jumpa hantu, takut, sejuk, dan sebagainya, terjaga dah pukul 6.40 pagi. Alamakkkk!!!! Kalau masa kerja di KL dulu, bangun waktu begini gerenti sampai lewat ke pejabat, dengan jem dan sebagainya. Inikan pula kerja di Putrajaya yang jauh ni. Pukul 6.40 pagi sepatutnya ibu dah gerak atas Jalan Genting-Klang. Bukan baru bangun!!!

Ibu pun kelam kabut. Terus melompat pergi mandi dan bersiap. Nasib baik tengah tak solat. Pukul 7 pagi terus drive keluar. Nasib baik ayah tolong masukkan beg laptop dalam kereta. Dengan beg-beg lain dan blazer sekali. Ayah panaskan enjin juga. Bila ibu masuk je kereta, terus berdesup keluar. Sempatlah baca doa sambil berfikir sempat ke nak sampai pejabat sebelum pukul 8 pagi. Elok pukul 7.05, ada kawan sms "Lin...hari ni ada perhimpunan pagi, kena ada kat sana 7.45.." Huk ala... baru teringat ada perhimpunan bulanan. Sudah. Baru nak tempuh jalan, dah rasa kelam kabut macam tersepit kat tepi katil. Lepas tu perut pun memulas-mulas. Kecut perut bercampur dengan nak buang air besar, sebab tadi tak sempat.

Jadi, bayangkanlah, dengan keadaan itu, dan perasaan bercampur baur tu, dan rasa tak upayanya ibu nak drive laju-laju, tapi tanpa sedar ibu drive laju. Alhamdulillah, tiba-tiba jalan yang selalunya jem tu jadi tak berapa jem. Selalunya 20 minit nak lepas Jalan Genting-Klang, kali ni hanya 5 minit. Dah tiba ke Bulatan Pahang. Selalunya Jalan Tun Razak dah sesak waktu-waktu yang matahari dah cerahkan jalan ni, tapi kebetulan jalan tu taklah sesak sampai kena berhenti-jalan macam selalu tu.

Ibu pun tak perasan kalau drive rapat sangat dengan kereta depan, tapi ibu perasan takde kereta yang menyelit memotong depan ibu. Kereta semua beri laluan walaupun taklah ibu ni laju sangat menyucuk dibelakang. Akhirnya ibu masuk ke MEX Highway dalam 10 minit saja dari rumah. Dalam MEX, ibu tekan minyak sampai 120kmsj dan steering myvi dah bergegar sepanjang jalan. Maklumlah, Myvi ni ringan saja sebab comel kan. Bila selekoh tu, memang tawakkaltu alallah sajalah... memang ibu slow down tapi tetap dalam 100kmsj.

It's amazing. Campur pelik. Pukul 7.35pagi ibu dah sampai ke basement parking. Alhamdulillah... Sempat pakai kasut, pergi punchcard pukul 7.43, sempat ke toilet pun! Masuk ke dewan perhimpunan pun bukan dalam kategori orang yang lewat sampai. Sempat isi borang kehadiran. Sempat cari barisan pejabat. Semuanya sempatlah! Alhamdulillah. Ibu betul-betul rasa dipermudahkan sangat. Subhanallah...

Kemudian ibu terfikir, mungkin inilah asbab kebaikan/manfaat berdoa awal pagi. Alhamdulillah. Kalau benar syukurnya. Kalau bukan sekalipun, ibu tetap rasa Subhanallah, tak terkata. Sebab Allah tu penuh dengan misteri tentang rezekiNya pada kita. Ibu rasa kerdil dan tak berupaya bila Allah beri kemudahan begini tanpa ibu rancang.

Jadi, ibu nak Ica ambil iktibar cerita ibu ni dan selalu amalkan doa-doa ni. Mudah-mudahan ia memberi jalan kemudahan pada kita. Selamanya. Insyaallah.

No comments: