Minggu lepas adalah paling sibuk menjadi 'hamba' kepada kerja yang tak pernah habis. Kerana sibuk sangat dengan entahapa, sampai tak ter-recall pulak, apa yang dah berlaku. Kecuali, hari Jumaat ialah Forum sempena OLY 2015 dan Sabtunya pula OLY 2015.
Ini kali pertama penyertaan ibu dalam OLY. Singkatan bagi Opening of the Legal Year yang diadakan setiap tahun, dipelopori oleh Tun Zaki, mantan KHN. Kali ini OLY bagi kali ke 4 anjuran POJ. Sebelum-sebelum ini ibu memang tak pernah mendapat jemputan untuk mengikutinya, baik jadi AJK mahupun jemputan untuk berarak. Jadi tak pernah ambil tahu pun. Tahun 2015 ini, dah kebetulan ibu ada di POJ ni, terpaksa juga ambil tahu. Habis tu, jadi AJK pula kan.
Overall, ibu jadi kena jadi AJK Jemputan untuk Forum. Sehari sebelum OLY ni ada Forum, malamnya ada dinner yang dianjurkan pihak Bar Malaysia, siangnya OLY, malamnya jamuan makan malam anjuran KHN pula. Nama pun pembukaan tahun, jadi tujuannya ialah untuk lihat kembali apa yang dilalui pengamal undang-undang di Malaysia daripada 3 penjuru, i.e, peguam, Jab Peguam Negara dan Kehakiman, dari sudut pencapaian dan cabaran yang telah dilalui. Ini juga jadi platform untuk ketiga-tiga pihak ni bersatu dalam majlis secara sempoi (koktel) tanpa ada jurang pangkat dan kedudukan. Hakim dan Peguam dan Pendakwaan boleh berbual-bual dan makan-makan tanpa curiga daripada sesiapa pun.
Seminggu ni ibu jadi penyambut telefon, mengemaskini kehadiran untuk Forum dan menetapkan mesyuarat demi mesyuarat sebab bos ibu jadi penyelaras Forum. Walaupun bos ibu ada AJK di bawahnya, dan ibu bukanlah antara AJK2 tu, tapi bos senang nak suruh ibu yang buat itu ini. Sampaikan carta alir program pun, ibu yang buat. Mulanya memang serabutlah. Sebab pada masa yang sama, Pej. KHN asyik panggil mesyuarat mopping-up exercises tu. Tabahlah. Kalau tak buat, nanti ibu takde pengalaman. Inilah masanya. Kan.
Pagi Jumaat ialah raptai penuh melibatkan semua pegawai dan kakitangan POJ dan para jemputan luar stesen yang boleh hadir. Hujan gerimis. Pukul 8 ibu dan boss dengan yang lain-lain dah naik bas untuk berkumpul di tempat yang dijanjikan untuk berarak ke Dewan MOF.
Mulanya, ada khabar kata, kalau hujan, tak perlu berarak, terus masuk ke dalam dewan. Tapi kalau esok hari tu tak hujan, tak buat raptai, nanti tak tahu pula macam mana laluan sebenar untuk esok kan? Jadi, hujan gerimis pun, gagahkan juga. SYMP kan.
Nasib baik raptai penuh ni tak perlu pakai pakaian istiadat penuh yang berat tu. Kalau tak, mahu pengsan dibuatnya. Panas berpeluh dan kena hujan pula lagi.
Alhamdulillah dah tiba ke Dewan MOF. Di sana sudah ada ramai petugas yang menunggu untuk menentukan kedudukan kita masing-masing supaya tak berterabur.
Sementara dibuatkan susunan, masing-masing kenalah tunggu dengan sabar... Sambil tu bolehlah bersembang dengan kawan-kawan yang baru jumpa.
Sementara tu, di dalam dewan pula, para petugas sedang bertungkus lumus menyusun kerusi-kerusi jemputan dan membuat susunan sewajarnya.
Gamelan yang akan mengiringi perarakan masuk ke dalam dewan esok. Tak sempat ibu nak bergambar dekat sini.
Ini PKP ibu, ikut sama berarak raptai tadi. Sengih happy semacam :)
Oleh kerana ini kali pertama ibu, jadi ibu pun baru tahulah proceeding nya sama macam proceedings di Mahkamah terbuka. Hakim MP dan KHN ada di atas tu, para pendaftar duduk di tempat jurubahasa, dan kita yang menyertai ni seperti orang-orang dalam public galery.
Jumlah jemputan semuanya 260 lebih. Ada pertambahan bilangan yang confirm saat akhir dan ada yang cancel confirmation sebab ada hal lain yang lebih utama. Susunan kerusi memuatkan dewan ini dalam 300 kerusi.
Alatan teknikal semuanya sudah cek sehari sebelum.
Bos-bos pun turun sekali lihat persediaan dan bagi approval. Yang paling kritikal ialah susunan kedudukan mengikut protokol. Ikut seniority, etc.
Berpuas hati dengan dewan persidangan, kami beralih ke dewan bangkuet yang akan jadi tempat jamuan koktel. Cantik dan tersusun rapi macam kat hotel. Kan. Kudos tu katering Eden. Makanan pun boleh tahan. Cuma, kerusi putih yang bersusun tu, Bos suruh keluarkan sebab kalau koktel, tak boleh langsung ada kerusi. Semua orang berdiri sama tinggi. Tak boleh duduk langsung. Ohh begitu konsepnya ya. Menu jamuan, ada sate, roti jalan, mihun goreng, etc.
Sepanjang Forum berjalan, ibu tak sempat langsung nak ambil gambar sebab ke hulu ke hilir sebagai AJK Sambutan pulak. Mempersilakan tetamu masuk ke dalam dewan, mengagihkan buku aturcara dan calling-calling pada yang sepatutnya dah turun bertugas! Lenguh kaki dan bahu dibuatnya. Ibu terjumpa dengan para senior masa di Drafting dulu, termasuk Aima, aw rindu dengan dia tapi tak sempat nak catching-up sebab sibuk sangat, lepas tu jumpa dengan Prof Saudah yang makin cun melecun, bekas dekan fakulti Undang-Undang UiTM dan lawyers yang ibu pun dah ingat-ingat lupa tapi saling menegur. Acara selesai pukul 6, tapi pukul 5 ibu dah chow dulu. Jadi ibu tak dapat lah merasa jamuan koktel tu. Takpelah. Balik rumah lebih penting :-)
Naik ke aras lobi, meja dan kerusi untuk jamuan sarapan pagi para Hakim dan siap tersusun. Cuma makanan belum terhidang sebab masih awal lagi. Baru pukul 6 pagi.
Ruang untuk hakim-hakim...
Ruang untuk pegawai dan kakitangan bertugas sarapan pagi sebelum buat kerja.
Ibu gi solat Subuh dulu di surau tak jauh daripada lobi. Nak naik ke bilik, eh takutlah :) Lepas solat, sempat selfie kat surau. Eh baru pukul 6.25 pagi.
Dari surau ibu terus nak ke atas, ambil pakaian uniform dan tukar tudung putih. Tapi baru naik tingkat 2, terdengar ada orang jerawa berdekah-dekah dari aras lobi. Alamak, dah ada Hakim yang datang... Awal bebeno diorang ni. Ibu call bos-bos yang sepatutnya ada pagi ni, tak berangkat. Last sekali baru bos angkat. Dia suruh ibu take charge dulu sebab dia pun baru on the way. Ibu sebenarnya tak tahu nak buat apa, sebab makanan belum sedia.
Tapi ibu turun lepas tu, tak lama, ada meja-meja yang dah ada makanan. Jadi ibu minta sorang kawan ni yang datang awal juga (baru terserempak) Iskandar, supaya inform datuk datuk tu untuk duduk di meja yang dah ada makanan. Lepas tu ibu suruh tukang serve tanya dengan diorang nak minum apa.
Lepas tu baru ibu teringat nak cek toilet. Masyaallah toiket sungguh mengecewakan. Mujurlah ada cleaner lalu lalang, terus ibu suruh diorang bersihkan dulu toilet. Kalau tak nanti ada pulak komplen pasal kebersihan. Pasal diorang ni kalau dah siap makan, sure nak ke toilet pulak kan.
Tak lama lepas tu, bos ibu pun sampai dan petugas-petugas lain pun ada sama. Aish diorang ni. Datang melenggang kangkung. Ibu take turn ambik sarapan dulu. Lepas tu baru naik ke bilik, ambil pakaian dan bersiap sedia.
Dah terang kat luar ni, barulah terjumpa dengan Fiza dan Izra yang sama-sama bertugas kat sini. Lepas ni kitorang nak kena ikuti perarakan pula. Tapi sebelum tu, kitorang kena tunggu semua Hakim ni ambil gambar tahunan dulu, lepas tu naik bas untuk ke tempat perarakan bermula.
Diorang tengah susun-susun kedudukan sementara tunggu KHN datang. Sempatlah selfie dengan muka sembab ni. Eh apasal sembab?
Izra pun ambik kesempatan menyelfie di depan diorang, dengan harapan suatu hari nanti giliran dia pulak lah kan. Ahak!Eh eh, lepas tu ibu lah pula kan. Takkan Izra je yang nak berangan sejauh tu. Ibu pun nak juga. Hehe
Ok jadi pun... Ini baru siap kedudukan. Belum ambil gambar yang sebenar lagi.
Sementara tu 5 buah bas dah menunggu. Kenapa naik bas, sebab senang nak uruskan para vip ni.
Maka ibu pun jadi konduktor bagi salah satu bas yang dinaiki Hakim Mahk Tinggi. Duduk depan sekali, kira boleh lah tu. Hahah
Ok dah tiba ke destinasinya. Para vip semua dah pun masuk barisan.
Sambil menunggu, kenalah selfie melfie. Apa yang ditunggu? Tunggu KHN lah. Beliau terus turun di depan sekali mendahului perbarisan. Kita mengikut di belakang.
Ok masa ni dah gerak. Takde sapa inisiatif nak selfie, ibu pun tangkap gambar sesiapa di belakang ibu. Hehe
Dah tiba ke dewa, menunggu lagi hingga diumumkan perarakan masuk oleh MC. Tak boleh main terjah aje. Masa ni, perpeluhan sangat hebat. Panas yang amat. Rasa macam pakai langsir kat badan.
Dah masuk ke dalam dewan. Mengunggu perarakan masuk para vip pulak.
Yang diiringi oleh pembawa cokmar ni.
Ni Pengurusan Tertinggi POJ.
Ni Hakim-Hakim MT
Hakim-Hakim MR.
Hakim-Hakim MP.
KHN mengakhiri barisan, sebab beliau akan terus naik ke tempat duduk kat atas.
Dah settle down. Nyanyi lagu paling emosi, Negaraku...
Ok dah start. Dimulakan dengan ucapan Presiden Peguam Malaysia.
Ini buku aturcaranya.
Lama sangat ucapan Mr Christopher ni, ibu sampai tak tahan dah nak terkucil.
Sempat bergambar kat sini, minta Eric yang tangkapkan.
Lepas tu ucapan TS AG pula.
Sempat selfie dengan Rafiah, pegawai baru pindah ke POJ daripada S Alam.
Ucapan Tun KHN pula.
Dah selesai, semua orang bersiap- siap untuk meninggalkan dewan.
Kali ini Tun dan Top 4 yang mendahului perbarisan. Kita menurut selepas itu dan terus ke dewan makan. Tamat acara pukul 11.30. Patutlah lapa bebeno ni.
Konsep makan koktel ni memang tak berkenan lah. Sempit, takde meja. Berebut meja-meja kecil. Tapi lapa punya pasal, ibu dan Kak Halilah, rilek je makan semeja dengan Ketua Bhgn AGC. Adeh. Dahlah tak kenal. Mula-mula makan, tak tahu, jadi cuma senyum-senyum saja. Lepas dah sekali round makan, baru tahu diorang tu HOD belaka. Adeh. Terasa nak tercucuk pulak lidi sate kat tekak. Hehe.
Tak sempat ambil gambar makanan, sebab sibuk nak mengisi perut yang kelaparan. Sempat snap-snap rambang saja. Hakim bercampur dengan peguam dan orang-orang kuat AGC dalam suasana santai.Lepas dah kenyang, ajak Kak Halilah pergi snap gambar dekat dengan dewan tadi, sebab belum sempat lagi. Dalam dewan dah dikemaskan sebab ada event lain pula. Jadi, dapat yang ini pun ok lah.
Pinjam setting pun cukuplah. Apakandaya. Diriku hanya marhaen. Ditugaskan untuk jaga orang-orang, bukan jaga dewan. Hahaha...
Overall, untuk OLY pertama dalam hidupku, Alhamdulillah, banyak yang telah dipelajari.
Malam-malam nak tidur, dapat kiriman gambar ini, print screen ibu dalam gambar tv3 Buletin Utama sebab OLY dapat liputan berita tv. Hehehe...
Malam-malam nak tidur, dapat kiriman gambar ini, print screen ibu dalam gambar tv3 Buletin Utama sebab OLY dapat liputan berita tv. Hehehe...
No comments:
Post a Comment