KL dengan jem memang tak boleh dipisahkan. Kalau hujan, lagi lah. Memang confirm jem. Tak kisahlah hujan lebat, renyai, mahupun selepas hujan. Memang confirm jem. Jadi kalau nak keluar pejabat tu, kalau orang KL kata, baru lepas hujan, kita pun akan jangkakan kelewatan, tak perlu nak tunggu papa-go atau waze yang bagitahu. Kita sendiri dah tahu.
Tapi, ada sejenis penyebab jem yang menyakitkan hati ni, bila kita tak tahu apakah puncanya. Bukan sebab lepas hujan. Bukan sebab sedang hujan. Bukan sebab ada kebakaran lepas kemalangan. Tapi memang jem. Jem panjang. Panjang gila yang menaikkan darah kat kepala nih.
Semalam, ibu rasa, ialah jem paling menyakitkan hati. Mana taknya, dalam waze kata, jalan Tun Razak clear, warna purple. Ibu pun dengan senang hati, keluar jam 5 petang. Tepat! Orang pertama yang punch-out! Jalan dalam Putrajaya pun masih lengang. Susur keluar dari putrajaya ke Mex pun lengang. Ibu dah berangan nak singgah makan nasi lemak kat Warung Soto Berlada atas bukit yang dekat dengan sekolah Ica tu. Lapar bukan main sebab tak lunch hari ni. Sejak cafe ditutup, ibu hanya akan ke kafe Perbadanan bila ada Fiza temankan. Hari ini Fiza puasa, takkanlah nak suruh juga dia temankan melintas jalan ke Perbadanan. Panas terik tu...
Nasi Lemak RM1.50 yang warung tu jual, memang sedap sangat. Sambalnya pedas+manis. Sesuai dengan tekak ibu. Ayah pun kata sedap. Kami pernah makan kat situ bersama. Ayah dah cuba nasi ayamnya dan ibu dah makan soto cili nya. Boleh lah. Tapi paling sedap, ialah nasi lemaknya. Cuma, kalau lewat sikit, nasi lemak tu cepat licin! Sebab orang yang singgah beli, paling sikit 5-6 bungkus. Ada yang bungkus sampai 20-30 bungkus!
Susur keluar dari Mex ke TUDM Sg Besi pun masih lengang sikit. Ibu dengan confidennya masuk terus ke Jalan Tun Razak. Tapi trafik berhenti sebelum bulatan Pandan. Di sinilah kesengsaraan ibu bermula. Bermula 5.30, kereta bergerak setapak demi setapak, lebih lama diam daripada gerak, lagi laju merangkak daripada tekan minyak, sampai kaki memang naik lenguh tekan break.
Perut dahlah tengah bergelojak kelaparan. Berhenti lama pula tu. Ibu ingat, berhenti sebab ada kemalangan kecil. Selalunya, kalau cuaca terang benderang malah panas terik begini, kalau ada kemalangan pun, cepat saja di alihkan dan jalan akan jadi seperti sediakala lancar. Ibu pun korek-korek dalam dashboard, kot-kot ada makanan baki-baki jajan Ica. Ada pun! Biskut butang ni. Adalah dalam 10 biji. Alhamdulillah gula tu dapatlah kurangkan tahap tekanan perasaan tu.
Tapi selepas setengah jam ibu masih di titik berhenti yang sama, ibu dah muga dapat agak yang jalan takkan smooth lagi. Ibu terus call ayah, suruh ambil Ica sebab masa ni dah pukul 6. Ibu memang takkan lepas Jalan Tun Razak ni dalam 30 minit. Bila ayah ada untuk ambil Ica, ibu dah lega sikit. Takdelah rasa macam nak bako jalan ni sebab nak cepat sampai ambil Ica. Ibu terkandas takpe. Asalkan anak ibu dapat balik macam orang lain...
Sempat juga tengok isi dalam FB, dan staf yang jual makanan untuk sarapan pagi tu dah naikkan status menu untuk esok. Weeeeee harus beli ni. Sebab taknak kelaparan lagi. Ibu pun print-screen gambar ni untuk share dengan boss ibu. Dia bukan main risau, kalau kena datang awal esok pagi, sebabkan kes Anwar Ibrahim tu, dia tak sempat nak singgah beli nasi lemak kat gerai yang selalu dia beli. So, ibu tunjuk gambar ni dan tanya mana yang dia berkenan nak order. Tapi dia tak mahu. Takpelah. Dia kata nak masak goreng2 dan nak ajak semua buat potluck. Ibu pun bagitahu lah yang ibu dah sejam tersangkut dalam jem ni...
Masa ni Menara JCorp tu masih sayup pandangan lagi. Memang masih jauh dan kereta memang sedang bergerak setapak demi setapak. Berhenti lama, baru gerak setapak lagi.
Ibu tanya Waze, apa dah jadi kat depan tu? Waze kata jalan ni tengah "Complete Standstill".
Dia kata, nak lalu 11km ni, akan makan masa 53 minit. Apa???? Sejam????
Later lepas tu, waze kata, nak lalu 17km ke rumah, akan ambil masa 1 jam lebih. Bengang tak????
Waze kata, ada kemalangan major kat pertembungan Smart dengan Jln Tun Razak kat depan tu. Vavi sangat tau!
Ya Allah... ibu memang tak tahan sangat terpaksa 'berkelah' atas jalan macam ni. Dengan keadaan lapar, letih, lenguh... Daripada cuaca terik, sampai suram, sampai malam... Tetap belum sampai tempatnya :'-(
Daripada tv atas jalan ni tak dipasang, sampailah dipasang, ibu dok tengok je sampai dah ingat urutan videonya, lepas gambar beruang, gambar angsa, lepas tu itik terbang :'-(Dah 7.54pm pun wazer cakap 11km ni akan dilepasi dalam 50 minit... YA ALLAH....!
Pukul 8 baru ibu berjaya masuk ke susur AKLEH. Kereta banyak sangat sebab dah maghrib. Nak masuk ke susur Jelatek pun susah sebab takde dah polis yang jaga trafik tu. Terus naik ke Setiawangsa, sampai hujung, susur ke Ayer Panas pun kereta dah banyaaaaaaakkkk.
Berhenti depan rumah tepat 8.25malam :-( menghabiskan 3jam setengah dalam kereta :-(((
Ibu sedih sangat. Habis menangis dah. Memang menangis jelah yang boleh dibuat, sebab ibu nak marah kat sapa? Takkan nak marahkan jalan? kereta-kereta lain? cuaca? ayah? Nasib baik ada Jijah, temankan ibu wassap, walaupun ckp entahapa-hapa. At least terisi lah juga 3jam tu kan????? YA Allah... Apalah agaknya dosa ibu yang menyebabkan Allah tarik 3jam tu. Terus lebur semua perancangan nak makan nasi lemak kat warung. Malah jumpa Ica pun sempat 10 minit saja.
Selesai je ibu solat Maghrib, terus azan Isyak. Teruslah ibu solat Isyak dengan Ica. Sebak betul bila bersalaman dengan Ica sebab tak sempat nak buat apa pun untuk Ica. Nasib lah ayah dah masak sup ayam. Ica dah makan nasi & dah siapkan homework & dah susun buku dalam beg. Ibu cuma sempat cek je betul ke buku yang Ica bawak.
Lepas tu ibu tengok jari telunjuk Ica yang luka tu.
Jari ni asalnya Ica kerap gigit-gigit kukunya. Lepas tu tergigit jarinya sekali. Bila dah asyik digigit, jari jadi lembap dan berkerut. Lama-lama pecah. Ica kopek pulak kulit yang nipis tu. Dahlah jadi macam ini. Ibu tak tahulah Ica boleh menulis ke tidak. Ibu dah pesan dengan Ustaz Azlan, masa makan nasi lemak tu, minta Ica pakai sudu. Lepas guna, basuh semula sudu tu. Dengan Cg Halimah pun ibu dah pesan supaya makan kat pinggan asing supaya kawan-kawan tak geli tengok jari Ica...
Pukul 10 malam, ibu baru selesai mandi dan makan. Ica dah pun lena... Ibu sempat cium Ica masa Ica dah tidur. Pagi-pagi, pukul 6.30am ibu dah nak gerak semula. Ibu dapat cium Ica masa Ica masih tidur :'-(
No comments:
Post a Comment