Bismillah..
Rupanya bulan Mei ialah bulan yang agak hectic bagi ibu. Bukan saja bulan ulangtahun kelahiran ibu, tapi bulan yang ibu banyak kerja luar, ayah pun kursus jauh dari rumah, Ica nak exam dan sebagainya. Penatnya..
Mungkin sebab stress, ibu jadi period selang 2 minggu lepas period yang sebelum ini. Stress atau penat? Mungkin penat ialah yang paling tepat, sebab ibu belum ada cuti hujung minggu lagi. Kerja kerja dan kerja.
Kisahnya, lepas kita balik dari PD pada 2 Mei, minggu selepas itu ibu kena ke Johor pula. Untuk apa lagi kalau bukan naziran. Jumaat malam tu berusaha ibu basuh semua pakaian kotor sebab baju sekolah Ica nak kena kering untuk digosok pada pagi Sabtu. Nak harapkan ayah yang mendobi? Pegang seterika pun takut mamat tu.
Sabtu pagi-pagi ibu bangun awal, terus gosok baju ayah, dan baju sekolah Ica. Kemas beg ibu dan asingkan pakaian dalam bakul supaya mamat tak reti menggosok baju tu boleh settle kan melipat. Lepas siap semua kerja, ibu lelap kejap. Ironinya, berpeluh-peluh camtu boleh terus lelap atas sofa depan tv. Itu namanya kes penat giler.
Ibu tak sempat nak masak la kan. Ayah beli nasi lemak untuk brunch terus. Pukul 1.30 ibu bersiap dan terus memandu keluar ke Putrajaya. Jem gila di Jln Tun Razak. Biasa lah tu kalau hari cuti memang semua orang KL nak jalan-jalan waktu tengahari hingga petang. Di POJ sendiri,wpun tak jem langsung, tapi depan-belakang bangunan ada events. Nak masuk parking pun susah! Hailah Putrajaya. Kaya dengan events!
Perjalanan ke JB bermula pukul 4 lepas ambil bos ibu di rumahnya di Bangi. Berhenti di Ayer Keroh sebab bos ibu nak solat. Lepas tu terus saja hingga sampai di Hotel GrandBlueWave, JB. Hotel yang ibu pernah pergi meeting sorang-sorang dulu tu. Tiba ke hotel dah Maghrib. Letih toksah katalah. Lenguh satu badan. Pukul 8.30 keluar makan dengan bos dan kawan-kawannya yang baik tu.
Bilik hotel ibu dapat upgrade ke Exe Suite yang lebih besar. Yelah yelah whaever, ibu layankan je. Sebabnya, bilik sebesar manapun, bukan nak duduk lama. Guna untuk mandi dan tidur malam jer.
Tidur malam sorang-sorang, memang tak lena lah ibu. Huuuuu.....
Kawan boss ajak jalan-jalan tengok suasana malam di JB. Malam minggu. Masih meriah walaupun esok harinya hari bekerja. Sebab katanya, memang hari bekerja tapi swasta masih cuti. Ikut HQ.
Lampu-lampu dan binaan-binaan yang melengkapi lanskap yang dijaga rapi, memang sesuai jadi tempat melepak muda-mudi JB.
Naziran hari pertama kita ke Bangunan MSC Cyberport, JB sebab nak melawat ke Bahagian Sivil saja. Mesyuarat. Lamaaaaaa... ibu mengantuk..... dan letih.....
Belah petangnya meeting di Kompleks Mahkamah Jln Dato Onn pula. Ada meja setiausaha Hakim yang peminat Hello Kitty.
Terpegun dengan kegigihan buat koleksi Hello Kitty, kenalah selfie kat situ... Tengok la muka letih ibu tu. Wuwuwuw....
Lepas sesi mesyuarat yang tegang dan kendur dan panas dan sejuk, ambil gambar lah...
Lepas tu kita ke Kota Tinggi yang ambil masa sejam dari JB. Ibu dah tersengguk namplohkali sambil berdengkur ala-ala baby, baru lah tiba.
Meeting lagi....
Boss ibu memang selalu penuh semangat kalau benda-benda cenggini...
Gambar kenangan. Tada....
Hai Kota Tinggi....
Bye Kota Tinggi... (-_-)'
Malam kedua bersama-sama orang-orang yang baik-baik ni.
Belanja kita makan sate kambing yang shedapppp banget! Malam tu tak lena tidur sebab asyik bangun gi toilet... Tangki penuh sangat.
Ni kedai makan tu. Popular sebab sponsir kenduri kawin Mawi masa tu. Yeke? Tapi makanannya sedap lah.
Sementara tu Ica dan ayah bergumbira dengan sekeluarga dia makan-makan kat Shangrila sempena Hari Ibu. Yelah... (-_-)'
Hari kedua naziran, kita ke Pontian... Meeting....
Snap gambar kenangan....
Ok Bye Pontian.....
Batu Pahat. Meeting.....
Snap gambar....
Dan balik. Yahoooo!
Singgah Ayer Hitam kot beli buah mangga. Nyumm!!!
Eh, tak pernah-pernah suka sangat dengan mangga masak ceni. dah kenapa?
Selasa. Hari pertama gi kerja sambil hantar Ica ke sekolah. Pagi buta. Gelap lagi.
Hari pertama, tertinggal laptop. Ah sudah! Terpaksa pinjam laptop boss.
Hari kedua. Tertinggal jam tangan.
Ica sampai kata, "ibu ni asyik tertinggal aje. Semalam laptop. Harini jam tangan. Esok apa pulak???"
Betul gak tu. Eh. Dah tua sangat ibu nih.
No comments:
Post a Comment