May 5, 2015

Diari seminggu ibu..

Bismillah..
Kali ini nak cerita bila ayah dan ibu kena outstation serentak, dan macam mana ibu cari babysitter untuk Ica bila nenek tak pandai nak drive ke Sekolah Al-Amin..

Ibu memang dah tahu ayah akan kursus di PD pada 28 April hingga 1 Mei. Ibu ok aje sebab ibu langsung tak terdetik akan terlibat sama dalam tugasan sempena Persidangan Hakim-Hakim Malaysia pada minggu yang sama. Aduih. Ibu dapat surat pelantikan pun pada hari Khamis 23hb tu. Semalaman ibu dok memikir dan buat arrangement nak letak Ica di mana sepanjang minggu tu. Mulanya ibu ingat nak minta tolong kawan ibu yang namanya Eric tu gantikan ibu untuk slot belah malam. Sebab ibu kena jadi pengiring penceramah untuk 2 malam berturut-turut. Habis program pukul 10.30 malam pula tu.

Mulanya ibu ingat nak minta tolong Abg Suhaib ambil Ica belah petang, dan temankan Ica kat rumah sampai ibu balik. Tapi kalau lewat sangat, ibu pun dah penat. Kerja luar ni bukan macam kerja pejabat. Habis je masa boleh blah. Bila ibu tengok susunan aturcara, ibu rasa mustahil dapat balik rumah, walaupun ibu hanya bertugas di hotel Shangrila KL je, tak sampai 10km dari rumah. Lagipun, bos ibu ada dalam acara tu. Kalau ibu minta excuse, habislah reputasi ibu ni. Pekerja yang selalu tuang!

Sampai sakit kepala ibu memikirkannya. Hari Jumaat 24hb tu ibu terus EL. Mana taknya, semalaman fikir pasal Ica.
 Bila ibu ada kat rumah masa hari bekerja, Noneng la yang paling manja sekali. Tidur pun nak kepit kat bontot!
 Menu orang lapar, nasi lauk telur mata je. Letak bawang dan cili goreng untuk elakkan mual. Masa ni pening kepala yang amat. Nasib baik ada baki laici tin tu, time panas-panas pekena laici sejuk memang best. Tapi lepas makan pun kepala masih berdenyut-denyut. Apa lagi, ibu sambung tidur sampai petang. Barulah lega sikit.

 Bila ayah dan ibu takde serentak nanti, kesian juga pada 2 ekor ni. Diorang bukan reti nak masuk dalam sangkar sendiri. Makanan dan air nak kena top-up setiap hari.

 Sabtu petang, kita jalan-jalan sebab ayah nak tunjukkan jalan nak ke Hotel Shangrila tu. Maklumlah, ibu ni kan buta jalan sikit. Lepas tu kita lajak ke Selayang sebab ayah nak tunjukkan tempat makan mihun sup sedap sangat tu. Rupanya mihun sup daging campur perut. Hmmm oklah sedap. Tapi banyak MSG nih.

 Ayah la yang kata sedap sangat, kena try. Dah berkali-kali ayah ajak. Ibu buat dono aje. Kali ni baru sampai. Warung orang jawa rupanya. Siap cakap Jawa prong prang preng macam kat kampung sendiri :-) 

Ayah kata supnya lebih sedap kalau ditambah dengan sambal merah ni. Dia macam sambal kicap kita lah. Ada rasa pedas, manis, masin, bawang putih.

 Awal tengahari tu kita ke KLFC sebab ibu nak belikan simkad untuk iphone lama yang ibu bagi kat Ica. Senang nak call bila ayah dan ibu takde nanti. Beli simkad yang sama je dengan ayah dan ibu. Dapatlah jimat sikit.
 Lepas settle beli simkad, kita nonton Avenger : The Age of Ultron. Kebetulan movie ni tengah naik. Nak kata best sangat tu tidaklah.. Letih ibu tengok asyik berlawan aje.

 Malam sikit ayah keluar jumpa kawannya. Kita kat rumah dah kelaparan pula sebab tidur lewat. Ibu pun buatlah kuah sup sikit dan masukkan mihun. Jadilah mihun sup... Ada pula lebihan sosej cheese sarapan pagi tu, ibu potong-potong jadikan lauknya. Kira ok lah ni.

 Dah sudah makan, Ica pun rehat tengok tv sambil tunggu ibu mula lipat kain dan mengemas beg untuk Ica dan ibu. Ibu kena selesaikan gosok baju dan lipat segala yang perlu sebelum pergi nanti sebab taknak la bila balik nanti tengok keadaan terlampau bersepah.



 Dah mula kemas sikit-sikit beg Ica. Kena ada air mineral untuk bekal sekolah, duit belanja & duit beli makan malam. Iphone siap dengan charger dan begnya.

 Siang Ahad tu ibu bangun tidur je terus ke dapur, masak nasi. Kebetulan nenek pun sampai bawa kuih lopes. Ibu masak sup ayam, ikan dan ayam goreng, dan sambal kicap. Berselera semua orang makan. Alhamdulillah. Ibu terus sambung kemaskan beg dan siap gosok baju sekolah Ica.

 Selesai beg Ica dan baju sekolah untuk 4 hari. Baju ayah belum masuk dalam beg lagi.

 Selesai beg ibu pula, untuk kerja di hotel selama 4 hari, Isnin sampai Khamis. Siang sampai malam. Yang dalam tupperware pink tu ubat lelah Ica, singulair dengan inhaler. Ini persiapan yang nampak je. Mesej & whats'app kat Abg Suhaib dan Wak laila dah berjuta-juta. Pesanan yang sama berulang-ulang supaya diorang tak lupa. Sebabnya Ica ni ada rutin yang leceh. Pagi kena minum madu dan makan kismis. Lepas tu ambik gas. Malam kena makan nasi dan ambik ubat dan gas. Kalau tak diulang-ulang bagitahu, boleh terlepas pandang dibuatnya...

Sementara bersiap-siap tu, ada makhluk yang kesedihan sebab bakal ditinggalkan sekor-sekor... Nasiblah ya. Jaga rumah tau.
 Ni baring style sedih ni, takde orang nak usap perut dia..

Malam Ahad tu kita ke rumah Wak Laila untuk hantarkan beg Ica ke sana. Siap dengan oren sebungkus dan vitagen 4 set sebagai upahnya. Haha... Taklah. Ibu dah janji nak bagi Abg Suhaib upahnya lepas ambik Ica nanti.
 Lepas hantar beg Ica, kita gi makan kat warung tepi jalan ni yang ada jual sate. Kenyangnyaaa Alhamdulillah...
Muka pun dah sembab ni, letih mengantuk dan sebagainya sebab hari ini adalah hari yang panjang untuk ibu...

Pagi Isnin, selesai Ica bersiap, makan kismis dan minum madu, ayah hantarkan Ica ke transit dan ayah terus ke PD.
Sementara ibu di rumah cek internet dan email, semak apa yang patut sambil bersiap-siap untuk ke hotel. Si Noneng ni buat gaya manja tak bagi ibu pergi lah tu. Pagi ini ibu kena ada di Hotel pukul 11 pagi.
 Sesampainya di Hotel, maka bermulalah kerja-kerja gotong royong untuk persiapan acara yang bermula sebelah petangnya... Memang havoc. Nasib baik orangnya ramai, jadi semua kerja jadi cepat siap. Alhamdulillah.

Selesai buat beg, ibu ikut jawatankuasa yang buat tagging pula.

 Selesai buat tagging dah masuk waktu zohor, semua orang bergilir-gilir solat.
 Ibu tak solat, so selfie jelah dalam toilet yang airnya cukup kedekut ni. Betulkan tudung jadi elok sikit, lepas tu terus ke level atas untuk persediaan pendaftaran.
Kat meja pendaftaran ni lah yang ibu berpeluh-peluh macam berlari ratusan meter rasanya... Yang kotak-kotak atas meja tu ada scarft dan neck-tie sebagai cenderamata untuk para Hakim yang datang.
 Semasa pendaftaran, memang havoc gila... Kelam kabut sangat... Letih....
 Selepas selesai pendaftaran, kira-kira pukul 7 malam, tapi masih ada yang belum sampai. Suasana dan lengang sikit sebab semua Hakim dah masuk bilik atau ada di coffee house.
 Hotel ni banyak chndelier yang cantik-cantik dan gah. Yang ini, contohnya, memang nampak mewah dan mendamaikan. Entahlah.
 Dapat selfie sikit je dengan chandelier ni pun jadilah.... hehe
 Sementara itu, ini ialah persiapan dalam dewan. Waa... bunga-bunga segar tu nampak cantik sangat.
 Masa ini penceramah dah sampai. Tugas ibu cuma bawa dia dari pintu masuk tadi ke sini supaya dia tak sesat entah ke mana. Lepas tu tolong dia kalau nak gunakan IT tech. Tapi ada petugas untuk itu juga.
 Persidangan dimulakan malam ini dengan ceramah oleh penceramah yang ibu iringi tadi tu.
 Sambil acara sedang berlangsung, ibu ambik beg kat parking, dan bawa naik bilik. Dah malam barulah dapat tengok bilik. Sempatlah mandi-manda, tukar pakaian dan baring meluruskan kaki sekejap. Lepas tu turun semula ke dewan untuk sesi post morterm.
 Alhamdulillah bilik ibu ni selesa, luas ada bath tub (wpun tak sempat nak guna) dan bilik air yang best. Sebab ada kawan ibu yang dapat double sharing dengan king bed dan bilik agak sempit. Lagi best sebab roommate ibu ni baik orangnya walaupun tak kenal sangat sebab dia pegawai di MR. 

Tapi apa pun, bukan bilik yang ibu herankan. Sebab bukan datang sini untuk bercuti. Habis je ceramah pada malam ni, semua pegawai dipanggil mesyuarat untuk post morterm hari pertama. Selesai mesyuarat pukul 12 malam. Berborak sana sini, akhirnya naik ke bilik dah pukul 12.30malam. Pukul 1 malam pun ibu belum lena lagi. Call ayah, ayah pun dah nak tidur.

Hari kedua, ibu siap-siap pukul 7 terus call Abg Suhaib. Ica dah bangun dan bersiap. Rupanya Ica susah nak lena malam pertama semalam. Pukul 11 lebih masih tak tidur. Lepas tu bangun pagi pukul 5.30. Tapi Ica ke transit dengan Abg Suhaib jugalah sebab dah janji.

Hari ini ibu jaga check-point dan mengiringi penceramah. Tugas biasalah tu. Yang paling akhir ialah untuk sesi pukul 8.30 malam yang penceramahnya ialah doktor jemputak KHN. Ibu tunggu lah kat pintu tu dengan 2 lagi pegawai. Selepas hand-over penceramah, ibu pergi dinner dan jalan-jalan sekitar hotel dengan kawan ibu. Yelah, nak join sekali dalam dewan, tempat duduk terhad pula. Ibu ni pegawai rendah ja. Bukan bos. Jadi duduk-duduk kat luar je lah sementara tunggu ceramah selesai.

Agak-agak selesai ceramah, kami turun semula ke dewan untuk sesi post morterm hari kedua.
 Selepas sesi post-morterm, barulah tugas hari ini dianggap selesai dan kita boleh naik bilik untuk berehat. Malam ini ibu tidur sendirian sebab roommate ibu balik rumahnya, nak susukan baby. Haih bila tidur seorang ni mulalah fikir yang bukan-bukan.
Hari ketiga ialah hari perbincangan bagi Hakim-Hakim ini. Rutin ibu macam biasa, jaga checkpoint. Lepas tu ibu duduk saja dalam bilik sekretariat persidangan tu untuk tolong apa yang patut. Masa ini KHN pun datang melawat dan melepak terus kat sini. Baca suratkhabar dan melayari internet dengan pegawai khasnya.
 Ibu tolong apa yang patutlah untuk persediaan majlis makan malam malam ini. Yang ni Iskandar, junior officer. Ibu tolong dia siapkan tagging untuk gambar.
 Yang ini Afida, pun junior officer Bhgn Penyelidikan. Dia AJK penting dalam persidangan ni.
 Hari kedua ica di Transit.

 Hari ketiga Ica di Transit. Rupanya Abg Suhaib bangun lewat!!! Ibu call dah pukul 7.30. Rupanya Abg Suhaib pun baru bangun bila ibu call. Haih. Ica pun lewatlah bersiap. Sampai lupa ambil gas. Nasib baik sampai ke Transit sebelum 8.30 pagi. Siap lupa gosok gigi... Nasib baik Wak Laila suruh Ica gosok gigi sebelum tidur. Adeh.

 Ini persiapan sebelum jamuan makan malam yang akan diiringi muzik kombo PDRM dan nyanyian semua hakim yang voluntere nak join.
 Staf hotel sedang buat susunan meja dan hiasannya.
 Ini lantai untuk joget lambak.

Untuk dinner ni, pegawai dibenarkan join sekali dalam dewan. Alhamdulillah. Dapatlah menikmati juadah yang dihidangkan untuk para hakim tu..
 Tapi sebelum dinner kenalah bertugas dulu jaga checkpoint. Inilah geng-geng jaga checkpoint di level lobi atas. Kami panggilnya Lobi Marhaen. Sebab kereta-kereta biasa dan teksi je yang berhenti kat sini. Yang VIP-VVIP semua di lobi bawah.
 Dalam pada menunggu tu, tetiba nampak kelibat Yuna. Kebetulah si Rafiah ni rajin menegur. Ibu pun join sekali. Snap gambar dengan dia. Wpun ibu cuma tahu 1-2 je lagu beliau. Hehe. Kurus dan tingginya Yuna ni. Ibu rasa macam ibu ni mak-mak dia je :'-)
 Dah jemu bergambar dengan orang, dengan piano lah pulak. Ni sebab ikutkan si Rafiah lah. Hehe
 Ni geng jaga checkpoint selepas Iskandar pergi dulu uruskan hal tangkap gambar VVIP. Afida, Rafiah, ibu dan Jamilah. Diorang ni semua junior daripada ibu. Semuanya baik-baik. Rajin-rajin. Sayang kat diorang ni.
 Ok dinner dah mula. Mulanya ibu kena duduk dengan pegawai yang duduk di meja yang ada anak cucu KHN. Segan gila ok. Baiklah ibu duduk dengan pegawai je. Ibu bukan sesiapa pun kan...
 
 Appetizernya ialah cendawan goreng yang dibentukkan macam ini. Aduhai... Harap pinggan je besar. Isinya secipot. Dahlah lapar ni...
 Ini main-course nya, salmon yang dililit dengan apa tu? Tak tahulah. Lepas tu ada isi limau bali dan kentang lecek. Rasanya tak sedap sangat. Ibu bukan penggemas salmon. Tapi lapar nye pasal, ngappp jelah...
Ini dessert. Tak tahulah apa pasal buat bentuk piramid ni. Dalamnya kek coklat, luarnya macam aiskrim ke apa? Memang tak menarik. Rasanya, manis je. Selepas dinner, ada banyak persembahan nyanyian daripada para hakim. Semuanya berbakat. Ibu je yang tak larat nak tunggu sampai ke acara joget lambak. Pukul 10.30 habis je hidangan, ibu dengan Jay dah naik. Kenyang perut sukahati. Ahamdulillah. Tidur lena sangat. Walaupun di dewan, selepas selesai majlis, mereka yang lainnya sibuk menyusun meja dan tagging untuk majlis penutup esok paginya. Ada yang tidur jam 3 pagi dan datang semula ke dewan jam 8 pagi, macam pegawai ibu ni.
 Hari ke 4. Alhamdulillah... Hari ini ibu taklah menjaga checkpoint sangat. Baju pun ulang pakai semula baju malam tadinya, sebab dah takde baju lain lagi. Ni Safuan, pegawai yang sama-sama bertugas di bawah bos ibu. Actually dia di Unit lain tapi sebab dia tanggung kerja pegawai yang cuti bersalin tu, boss pun dah suka dengan dia sebab rajin yang amat, terus boss lamar dia jadi pegawai tetap unit kami. Safuan ni lah geng setugas dengan ibu sepanjang kat sini. Sekurang-kurangnya untuk 2-3 hari ini dialah yang ibu asyik call 5-6 kali, roger-roger & out. Dengan dialah tempat meluah perasaan penat & tension, haha. Dia pun sama. Kiranya, ni gambar kenangan untuk kerja kat sini. Kalau dia takde, memang ibu pening sorang-sorang la walaupun kerjanya entahapa-hapa kan.... Tengok kami ni beza umur 7 tahun je, tapi ibu rasa dia ni dah macam anak saudara ibu pulak.
 Dah selesai majlis penutup, maknanya selesailah segala urusan. Tinggal nak tolong-tolong diorang uruskan beg dan pengangkutan. Tapi majoriti ada drebar. Takde masalah sangat. Sekarang masa untuk bergambar kenangan kali akhirlah kan.

 1...2...3...(ibu kanan sekali)
 1,2,3 aksi spontan. Yeah!
 Balik bilik dan bersiap beg untuk balilk rumah. Selfie dulu. Inilah roommate ibu, namanya Noraisyah. Sweet sangat dia ni tau...

Keluar dari hotel pukul 1, sampai rumah pukul 2 lebih, jem sepanjang jalan. Huih. Jalan kaki lagi laju kot... Balik tu terus basuh baju & jemur. Sebab apa, nanti Ica balik, nak basuh baju dia pula. Ayah balik, nak basuh baju ayah pula. Nanti tak habis-habis...

Petang, pukul 5.30 dah keluar nak ambil Ica. Jalan memang jem. KL kan... hujan pula tu. Sejam nak sampai sekolah Al-Amin...
 Dari pagar sekolah Ica dah nampak ibu, terus dia melambai... Macam YB pulak. Haha..
 Dalam kereta, happy sangat ni dapat minum air soya sebotol...

Malamnya, sebagaimana yang dijanjikan, ibu ajak Abg Suhaib makan pizza. Pilihannya di Dominos. Ikutkan ajelah. Nasib baik dekat dengan rumah.
 Cuma, Donimos ni, lama menunggu.... Kesian Ica menunggu sorang-sorang masa ibu dengan Abg Suhaib tengah nak order..
 Makan kat pizza dominos, tapi Ica makan drummet tu paling banyak. Siap cakap "Ibu, sedap sangatlah ayam ni, boleh tak Ica makan banyak?" Padahal drummet tu ada 6 ketul je, sorang seketul je kan. Tapi Ica makan 4 ketul. I dan Abg Suhaib makan sorang satu je...

Puas lah Abg Suhaib dapat makan piza yang dia suka. Beli 3 large pula tu. Dengan drummet, bread stick dan onion ring. Air twister sebotol. Habis. 1 piza bungkus untuk Wak Laila. Token sebab tolong Abg Suhain jagakan Ica dan masak makan malam untuk Ica. Ibu bg Abg Suhaib upah RM100. Lepas ni, tak tahulah nak minta tolong sapa lagi kalau ayah dan ibu outstation. Abg Suhaib dah nak sambung belajar semula.
 Hari Jumaat petang ayah pun balik. Jadi, malamnya kita makan kat luar lah...
 Mi goreng Botak dan Ica makan kuetiaw kerang. Punyelah kenyang sampai tak habis makan ni, siap bungkus lagi. Manakan tidak, melampau banyaknyaaaaa!
 Hari Sabtu ialah hari memenuhi janji untuk kenduri kawan ayah kahwin di Kajang.

 Pompuan baju hijau : eh encik, ketepi sikit kami nak ambik gamba dengan pengantin.
Pengantin : Oi sabo lah dulu, kasi sedara mara nak tangkap gamba
Ayah : eh eh.. ketepi dah ni..
Hahahahahaha....
 Eh eh dah snap ke? Kejap lah. Lagi sekali.
 Yang baju petak biru ni kawan ayah. Gaya dia sama je, menuding jari kat pengantin. Tah pape :-D

 Yang buat ibu tak puas hati tu, kenapa muka ayah dengan Ica pulak yang putih melepak dalam gamba ni??? Bukan patutnya pengantin ke yang berseri-seri??? Iphone6+ ibu suka muka ahli keluarga je kot. Kahkah!! Pastu, kenapa mulut Ica senyum terbalik tu? Adeh :-D :-D :-D

 Dang dang dut tali kecapi, dah kenyang perut makan kambing muka pun puas hati. Yeeeha!

Lepas kenduri, kita ke PD, sebab nak bawa Ica mandi pantai.
 Duduk lah kat hotel Sri Malaysia yang tak berseri langsung ni. Harap mahal je lebih tapi pintu bilik pun tersekat. Yelah, ibu kan baru je balik dari hotel 5 bintang, sekali tu sewa hotel takde bintang dah tentu banyak mengaruk dari bersyukur... :-)

 Tapi it's ok asalkan Ica bahagia. Gembira. Ceria. Tak sabar nak turun ke laut walaupun tahu orang bukan main ramai lagi tu. Dah lama kita tak bercuti waktu peak-time macam ini kan.
 Bukan saja family yang bercuti kat sini, yang kaki rempit siap dengan rombongan masing-masing. Boleh cam jenis rempitan tu hanya dengan melihat jenama motor. Ada kapcai, ada sederhana, ada berkuasa tinggi. Semua sama naik!
 Orang kat pantai bukan main ramainya, dah macam nak menyaksikan lembu kena sembelih je gayanya.
 Dan seperti yang diduga, budak ni, hangat-hangat chicken shit je konon nak mandi pantai. Baru kejap dah takut.
 
 Akhirnya, masing-masing bawa haluan sendiri. Buat benda yang diorang suka...
 Pastu, sambung mandi kat pool. Walaupun pool tu hanya sebesar kolah mesjid je, takpe...

Hari Ahad ialah hari ibu nak shopping pulak. Ibu tak suka pantai. Tapi ibu suka kedai. Hahaha... Ke Shah Alam kita...
 Singgah solat dan makan di Seksyen 7. Ta pernah-pernah dapat makan nasi kukus kat Seksyen 7 tu sebab selalu stok habis je, kali ni dapat pula... Alhamdulillah...

 Shopping di kedai tudung Hijabs by Hanami, lepas tu ke KZNabihah. Yang KZN ni pulak masuk dalam IG. Hehe..

Hari Isnin yang dingin, ayah siapkan kerja menutup lubang dan mengecat lumut dalam rumah. Sementara ibu masak dan sapu lantai yang dah 2 minggu tak bersapu. Habuk dah serupa macam sawang banyaknya... Last sekali ayah mop lantai dan goreng keropok. Berehat depan tv je lah kita...
Sampai mengantuk menguap besar Noneng menunggu bila orang nak bagi keropok leko kat dia. Hahaha....

Ahah! Dah lama tak perasan sendiri dengan gambar-gambar yang ibu snap, kali ni, macam lepas gian pula ya. Bukan apa. Ibu suka snap gambar sebab ibu nak kenangkan moment-moment yang bagi ibu patut diingati wpun tah apa-apa je. Kita bukannya tahu, entah-entah itulah moment terakhir kita bersama yang tersayang.

No comments: