Apr 20, 2015

Upah untuk Ica.

Bismillah...


Abaikan muka Ica yang poyo mengejek tu. Hahaha... Denda ibu pada Ica kerana hilangkan duit RM10 haritu dah pun berakhir. 10 hari tanpa duit belanja tengahari, macam mana Ica? Wak Laila cerita, waktu rehat Ica tetap keluar dari kelas. Duduk di musolla dan tunggu kawan-kawannya beli makanan. Lepas tu masing-masing akan makan dalam kumpulan. Ica cuma tengok saja. Cuba bayangkan budak 7 tahun tengok kawannya menyuap makan. Mestilah matanya tu melirik pada makanan di tangan kawannya. Hahaha. Lucu pada ibu. Tapi Wak Laila dan Wak Husna kesian tengok Ica & offer belikan makanan.

Yang baiknya bila diorang offer nak belikan makanan, Ica mesti menolak. "Taknaklah... nanti ibu tahu, ibu marah Ica..." Kata Ica sambil tunduk. Sesekali Ica mesti tertelan air liur bila tengok kawan makan aiskrim. Ica cuma habiskan air mineralnya saja. Kalau Wak Laila dan Wak Husna terlebih kesian, diorang akan beli makanan dan share dengan Ica. Jadi takla nampak macam diorang belikan untuk Ica.

Bila ibu dengar, tentulah ibu terharu dengan tahap obedient Ica pada ibu walaupun ibu takde kat situ. Hahaha... Ibu cuma nak Ica BELAJAR daripada kesilapan. Ibu tahu, Ica bukannya lapar sangat pun waktu rehat tu. Selalunya Ica beli aiskrim atau air soya. Lagipun, waktu lunch tengahari kan Ica dah makan nasi berlauk. Pagi pulak mesti Ica dah makan nasi lemak sebungkus atau kuetiau. Memang lama kenyangnya. Jadi takde isu Ica kelaparan masa sekolah.

Tapi denda tu ibu pendekkan sehari sebab ibu dapat tahu Ica mengaji di kelas 2 Ammar. Kelas darjah 2 yang pertama. Ibu happy lah sebab Ica kawan dengan kakak-kakak yang dah pandai mengaji, dan Ica dah hafal banyak surah-surah lazim. Hafal dengan bacaan yang betul pula tu. Alhamdulillah. Jadi ibu awalkan habis denda sehari. Kira, upah sebab Ica rajin dan bersungguh-sungguh. Gembira betul Ica. Sepatutnya Ica mula dapat duit belanja hari Rabu, ayah dah janji nak bagi Ica RM2. Tapi ibu kata, hari Selasa pun dah boleh mula bawa duit belanja RM1. Ica bukan main happy sangat :'-)

Ada sekali tu Ica bawa tupperware kecil ibu ke sekolah sebab nak kongsi biskut dengan kawan-kawannya. Ica kata macam dah masukkan tupperware dalam beg. Tapi bila masuk dalam kereta, tupperware takde dalam beg. Ica panik dan terus menangis. Ayah kata, kena lah ganti. Berapa pula nilai tupperware tu? Ibu kata, tupperware tu tak boleh beli sebiji. Kena beli sekali empat. Harganya RM20. Haaaaa...menangislah Ica jadinya. Kalau kena ganti RM20, maknanya tambah 20 hari takde duit belanja.... Hahahaha nampaknya berjaya juga konsep 'mendidik' Ica dengan denda ni. Sekurang-kurangnya Ica tahu menghargai sesuatu yang ada nilai.

Tiba-tiba hari tu, Ica jumpa balik tupperware yang hilang tu sebab ada nama Ica. Jadi cikgu tolong simpankan dalam kelas. Bukan main happy lagi Ica masa jumpa ibu petang tu. Siap dia suruh ibu tutup mata sebab Ica nak tunjuk surprise! Ohh. Dah jumpa. Alhamdulillah... Hahaha... "Ibu... Ibu mesti bangga dengan Ica kan? Sebab Ica dapat jumpa kan tupperware nih. Haha..." yelah tu... Jadi, cancellah ibu nak denda Ica lagi kan, sebab tupperware dah jumpa. Selepas daripada tu, kalau nak bawa biskut lagi, Ica taknak pakai tupperware ibu, pakai bekas murah aje, kalau hilang ibu tak denda (-_-)

Ada kalanya ayah dan ibu ni terlalu bercita-cita tinggi nak Ica jadi yang terbaik, sampai kadang-kadang lupa nak menjadi contoh yang terbaik dahulu. Hanya menyuruh saja. Haih. Ibu perasan juga ni. Kadangkala ibu baring-baring depan tv sambil tunggu azan maghrib. Lepas tu ibu terlelap. Boleh pula sambil nak lelap tu ibu suruh Ica pergi mandi, dan terus solat Maghrib. Dah tentulah Ica pun malas-malas juga jadinya. Tapi sebab ibu kalau letih jadi garang. Ica pun pergilah mandi. Lepas tu Ica solat dengan ayah. Kalau ayah pula sibuk baru nak mandi dan masak, Ica solat sendiri. Lepas tu Ica main tablet.

Ada hari yang ibu tak solat, ayah pula ajak Ica solat sama-sama. Ayah bukan main lama menunggu Ica bersiap, pakai telekung dan bentang sejadah. Ayah main hp kejap. Sekali tengok, Ica dah pun solat sendirian. Lepas tu main tablet. Memanglah ayah jadi marah gila pada Ica. Tapi sebenarnya salah tu bermula dengan ayah dan ibu yang tak beri contoh yang baik pada Ica. Ibu sedar tu. Ibu nak berubah, jadi yang baik-baik. Tapi, bila letih, mengantuk, ibu dah tak fikir lain lagi. Nak tidur saja. Masa memandu pun ibu boleh terlelap. Inikan pula sambil-sambil melepak depan tv. Ibu minta maaf untuk kekhilafan ni.

Tapi ibu tahu, Ica cukup suka kalau ibu memuji-muji Ica depan ayah. Kalau Ica buat kebaikan dibelakang ayah, mesti Ica pesan suruh ibu bagitahu ayah, apa kebaikan yang Ica dah buat, supaya ayah bagi kredit pada Ica. Kebelakangan ni pula ibu tengok Ica cukup banyak masa lapang sampai tak tahu nak buat apa. Ayah dah tak kasi main tab. Tv pun ibu dah conquer. Noneng tak nak main dengan Ica. Ibu tengok Ica macam mati kutu. Homework pun dah siap. Jadi, ibu suruh Ica simpan pakaian kecil-kecil yang dah siap dilipat ke dalam drawer Ica, ayah dan ibu. Lepas tu, ibu sengaja bagitahu ayah kuat-kuat, "Ayah... tengok ni, Ica rajin tolong ibu simpan baju dalam almari..." pastu ayah pun tunjuk sign "good" dengan ibu jari. Ica bukan main seronok lagi. Laju je buat kerja. Sampai habis kerja ibu semua. Lepas tu, ayah kata nak bagi Ica upah sebab rajin tolong ibu. Esoknya Ica dapat RM2 untuk belanja sekolah. Amboi suka sangatlah dia tu...

No comments: