Bismillah...
Hari ini ibu tak sibuk, jadi boleh buat entry pasal Ica. Panjang pun takpe. Insyaallah...
Hari ini Ica ada temujanji dengan klinik kanak-kanak HKL. Sebenarnya dah 2x tarikh temujanji ni diubah. Pertama, masa tarikh sebenar 28 April tu, ayah dan ibu outstation. Kedua 19 Mei tu Ica tengah exam tak boleh kacau. Ketiga, nurse fix tarikh 16 Jun, tapi Paedtric kata lama sangat jarak dengan first appointment, so kena panggil tarikh awal sikit. Dapatlah hari ini.
Kenapa Ica kena jumpa Paed? Ceritanya taklah panjang. Tapi bermula daripada inisiatif ayah yang tetiba terlebih concern kesihatan Ica.
Pada ibu, Ica ni ok je. Tak perlu refer pada pakar. Ica gemuk, berisi, jadi Ica tidur berdengkur. Sesekali, Ica cakap, kalau kat sekolah tu mengantuk sangat. Pada ibu, biasa la kalau bosan mesti mengantuk punya. Kalau tak masa belajar, masa rehat contohnya, Ica aktif lari sana sini. Cuma Ica cepat mengah. Macam orang tua.
Ayah bawa kita jumpa doktor Salmi untuk tengok perkembangan Ica. Dokter kata, Ica ni toncilnya besar. Kadangkala, walaupun dah tak demam, toncil tu tak mengecut betul-betul. Jadi bila tidur malam, Ica berdengkur disebabkan toncil tu menutup saluran pernafasan. Ada tak ubat nak bagi kecut toncil tu? Takde. Ubatnya kenalah buang dia.
Ha? Buang? Nanti takdelah kelenjar yang mengawal kuman daripada masuk dalam badan? Kata ibu, macam bimbo je cakap camtu kan. Dokter Salmi kata, ada banyak kelenjar lain lagi yang bantu tubuh kita menghalang kuman. Kalau tak dibuang, lagi besar bahayanya pada Ica. Nanti Ica mengantuk, tak fokus belajar, ganggu perkembangan otaknya, etc etc...
Ayah tak fikir lama la. Dia suruh dokter Salmi buat surat refer, dan bermulalah aktiviti kita berpagi-pagian di HKL (-_-)'
Kita dah lama tak pergi HKL kan. Bukan sebab pandang rendah pada perkhidmatan kerajaan. Helo...ibu kan kerja kerajaan. Tapi, last masa bersalin di HKL, lepas tu ibu tak pernah teringin datang situ lagi. Cerita yang panjang untuk dikisahkan. Pengalaman yang kurang best untuk dikenang. Tapi, kesungguhan ayah, dan ibu pun bukan banyak duit nak pergi jumpa pakar swasta, buatkan ibu pun tak fikir banyak kali untuk pergi atau tidak. Alah, ikut jelah...
Kali pertama, ayah yang bawa Ica. Sebab diorang kena "register" sebagai pesakit di HKL dulu. Pagi buta dah pergi. Pukul 7 dah terpacak kat HKL.
Ini gambar masa nak refer pada Dokter Salmi. Ica tak demam, tapi toncilnya bengkak. Kita pun takutkah kalau melarat nanti, Ica tak ke sekolah. Kan rugi. Rugi sebab bayar mahal, satu. Keduanya, rugilah kalau Ica tertinggal pelajaran nanti.Masa ini, menunggu bukan main lamanyaaaaa macam kat klinik kesihatan layaknya. Orang tak pernah sikit kalau klinik Dokter Salmi.
Ok, ini gambar keadaan HKL kali pertama ayah bawa Ica. Sebenarnya ayah pun dapat surat refer untuk toncilnya. Ini tak lain tak bukan, ialah kes satu family toncil bengkak! Ibu je yang masih bertahan, takmo jumpa dokter. Takmo! Hehe...
Cer tengok ni, punya la ramai orang. Semua ni dah menunggu giliran sejak kat luar hospital lagi, pagi-pagi buta dah datang nak ambil no giliran. Tabah kan?
Lepas mendaftar di HKL (general), barulah diarahkan ke bahagian yang spesifik pulak, i.e. Pakar. Kat sini menunggu lagi....
Nasib baik ada tv kecik yang tergantung ni. Ada la juga hiburan sambil-sambil menunggu tu kan. Ini waktu persekolahan. Tapi sebab tahu dan expect, mesti kena menunggu lama, so ayah pakaikan Ica tshirt je dulu. Kalau pakai baju sekolah, nanti jadi renyuk comotlah menunggu lama.
Setiap satu step untuk mendaftar saja, akan ada pegawai perubatan yang buat pengesahan. Maknanya, kita ni pesakit yang perlu jumpa pakar. Bukan main redah je sukati. Walaupun dah ada surat rujukan tadi tu kan. Dan satu yang paling tak syok, walaupun diorang ni ada sistem berkomputer, tapi daripada satu kaunter ke satu kaunter lain untuk tetapkan tarikh, kita sendiri yang kena pergi maklumkan. Diorang takde synchronised system. Cam pelik je. Tapi lojik gak kot. Kalau katakan kaunter A suruh kita tetapkan tarikh kat Kaunter B, yang A mestilah takde tarikh kosong B. Kan? Kenalah kita uruskan sendiri. Kalau dah memang sakit teruk, baik jangan datang ke sini. Buat bertambah lagi teruk sakitnya nanti. Hahahaha
Mula-mula jumpa pegawai perubatan general, lepas tu dia arahkan ke pakar. Bila jumpa pakar pertama, katanya dia kena rujuk kepada pakar kedua. Hasil ujian oleh pakar kedua nanti akan digunakan oleh pakar pertama membuat penilaiannya dan memutuskan rawatan mana yang berkesan untuk pesakit. Ha mcm tulah step-by-step nyer. Jadi, tiap kali selepas jumpa dengan pegawai perubatan, Ica dan ayah kena menunggu. Tunggu nak fix next date. Tunggu nak jumpa next pegawai perubatan.
Ayah diberitahu, pakar pertama akan tentukan jenis rawatan selepas keputusan ujian oleh pakar kedua, kan. Ujian yang dimaksudkan ialah "Sleep Study" untuk tentukan sejauh mana toncil tu menyebabkan kekurangan oksigen sampai ke otak. Teruk sangat ke, atau biasa-biasa saja. Kalau teruk sangat tu ada kes yang boleh tertidur secara tiba-tiba, walau dalam keadaan yang tak sesuai macam masa makan, memandu, kerja, etc. Eh bahaya tu! Kalau macam kes ayah dan Ica, rasanya bukan tahap teruk camtu. Tapi ibu mungkin! Hahaha...sebabnya ibu kalau tengah memandu tu, kalau mengantuk, memang tak boleh tahan langsung! Hahaha
Oleh kerana ayah pun nak dapatkan rawatan dan kena melalui sleep study, ayah kena jumpa pakar no. 1 dan lepas tu pakar no. 2. Tapi, kat tempat lain, manakala Ica pula dirujuk pada pakar kanak-kanak di tempat yang lain. HKL kan besar. Banyaklah tempat yang lain-lain. Ica ke klinik paedtrik, ayah ke pusat respiratory. La pulakkkk....Tapi jangan risau, bukan pada hari ni. Nurse fix tarikh lain pula, ikut kelapangan pakar-pakar tu lah.
Jadi, untuk temujanji bulan 3 ni, kena lah ibu yang bawa Ica, sebab ayah nak ke pusat respiratory nya. Adeh... Ibu dahlah tak suka menunggu lama. Nanti ibu darah tinggi sebab nak marah! Hahaha....
Pada hari yang ditetapkan tu, ibu dan Ica keluar pukul 6.30. Tiba di klinik kanak-kanak tu pukul 7 pagi. Oh, malam tadinya ayah dah tunjukkan ibu macam mana nak pergi klinik ni. Dekat je dengan rumah. Tak sampai 7km. Tapi ibu ni, biasalah... asyik tak tahu jalan.
Sementara tu, ayah pun dah tiba ke pusat respiratorynya dan dah duduk ambil nombor. Ini gambar masa di temujanji pertama. Nak menunjukkan betapa ramainya pesakit tua yang sudi datang ke HKL.
Ica dan ibu masih tercangak-cangak tak tahu nak buat apa. Ayah pulak asyik mendesak "Tanyalah! Tanyalah nurse kat situ! Kta kaunter masuk tu ada nurse!", yelah, kan ibu ni berat mulut nak bertanya. Malas. Padahal banyak je orang lain yang berat mulut jugak, takde pun laki2 diorang sibuk suruh tanya? :-(
Kaunter ni masih tutup. Ibu pun tak faham cara diorang macam mana. Ibu kena observe la dulu. Ibu kena ambik nombor giliran ke? Bukan ke ibu datang ni sebab ada apoiment? Selalunya kalau ada apoiment, takyahlah ambik no giliran kan? Betul tak? Maksudnya, kalau kena ambil no giliran pun, tentulah dengan pakar tersebut. Bukan dekat yang general camni. Betul tak? Jadi ibu pun buat donno je dengan kaunter ni, walaupun semua yang masuk, terus duduk kat depan kaunter. What ever! Kata ibu dalam hati. Sombong nyah!
Sambil menunggu tu, ibu tercari-cari juga kot-kot klinik ni ada tampal SOP diorang? Takde pulak. Ica dah tour sampai hujung. Last sekali cakap nak main. Ikut suka lah. Tapi ibu tak suka kalau Ica berpeluh nanti. Tak selesa kan. Dahlah tempat ni takde aircond!
Ada banyak bilik-bilik macam ini mengikut jenis-jenis penyakit (agaknya) dan siap ada bakul toiletries sekali! Wow advance nya! Hehe.
Ibu tengok kat kad apoiment Ica tu tulis begini. Appt 31/3/2015, 9am, R9. Ibu confirm dan yakin dan pasti sangat yang R9 tu merujuk kepada Room No. 9!
Ibu tengok, memang pintu ni memenuhi pencarian ibu. Hahaaaaa yes! Terasa bijak secara tiba-tiba!
So, apa lagi? Tak faham-faham ke? Masukkan je lah kad dalam bakul tu. Baiklah. Selesai. Lalalalalalala ibu pun duduk dengan lega hati. Macam dah beres satu benda. Iaitu benda berkaitan no giliran. Rasa macam dah betul lah apa yang ibu buat ni. Nak tanya? Pada siapa? Buat-buat macam takde orang. Padahal dah beratus nurse yang lalu lalang kat situ. Hihik!
Kat tepi pintu masuk ada kedai koperasi yang jual mihun goreng, nasi lemak, skewers etc. Ibu pun beli sikit dan suap Ica ni sebab lapar katanya. Lagipun, penantian mungkin lama. Ibu tak pasti.
Tetiba,sorang nurse berhenti dekat pintu tadi. Dia belek-belek kad ibu. Eh? Misi dan dokter dah sampai ke? Jam baru 8 pagi. Ibu pun berhati girang.
"Arissa Nur Amni ni siapa??" katanya dengan suara kuat. Ibu pun terus angkat tangan dan datang kat dia. Kenapa nurse? "Errr..puan, puan kena ambik no giliran dulu kat kaunter depan tu. Nanti masukkan no giliran ke dalam bakul ni." oh yeke...? Baiklah baiklah....!
Haaaa????? Dah salah rupanya!!!!!
Masa ibu tergesa-gesa nak ambil no kat kaunter tu, kaunter dah buka 20 minit dan orang dah ramai yang ambil no. giliran. Haduihhhhhh!!!! Kenapa korang tak letak SOP kat pintu masuk tu tadi???
Lama jugakla ibu berdiri beratur untuk ambil no giliran saja. Nasib baik dah siap suap Ica. Bila turn ibu kat kaunter tu, dia tanya dah pernah datang ke tak? Ada GL ke tak. Eh? Bukan haritu dah datang ke? Haritu dah submit GL. Bimbo nye rasa...
Ye, betul haritu dah datang, tapi itu kat hospital general, bukan kat klinik kanak-kanak. Jadi, ini consider kali pertama puan datang sini. Ada bawak GL? Tak.... Ada isi borang? Tak.... Takpe, ini borangnya, puan isi dulu.
Haih. Ibu pun ke tepi sikit untuk isi borang. Macam nak keluarkan duit ASB je gayanya nih! Lepas tu baru dia tekan no giliran baru yang betul. Tadi, ibu tekan no. giliran untuk pesakit ulangan. Haih, manalah tahu kan...
Nasib baik nurse tu comel dan lembut je kata-katanya. Kalau dia jenis menjerit-jenrit, memang ibu pun sama naik jerit-jerit jugak. Maklumlah. Pukul 7 dah sampai sini, paling awal. Pukul 8.20 baru dapat no. giliran. Jumpa dokter pukul berapa pulak?
Dah dapat no giliran yang betul, kena menunggu lagi... Ibu tengok Ica ni dah sama besar dengan Kungfu-Panda tuh (-_-)
Dalam pukul 9.30 baru dapat jumpa Dokter. Ingatkan nak cek apa tah. Ica cuma cek berat dengan tinggi. Berat 30kg. Tinggi berapa tah, tak ingat.
Doktor Pakar tu namanya Asiah. Nak kata lembut pun tak, garang pun tak. Skema aje. Tanya soalan berjuta-juta kat ibu sambil dia tick jawapan. Jawapannya pulak mesti tepat. Tak boleh lebih kurang. Contohnya.
S : Dalam bulan lepas Arissa ada ambik nebulizer?
I : Ada
S : Berapa kali sehari?
I : Ikut keperluan
S : Berapa kali keperluan tu?
I : Ikut bila dia termengah-mengah
S : Berapa kali selalunya bagi gas?
I : 3 kali sehari.
(Bila dia dapat figure macam ini, barulah dia berhenti tanya soalan yang sama. Kalau tak, memang akan diulangnya sampai dapat jawapan)..
Jadi bila dah tahu teknik menjawab soalan tu begitu, ibu pun kena bagi jawapan tepat jugalah. Kalau Ica selalu demam, sebulan kadangkala sekali, kadangkala 2 kali, jadi ibu kena jawabm sebulan 2 kali.
Lepas isi semua jawapan, dokter tu pun buat kesimpulannya. Ica ni bukan masalah toncil, tapi masalah astma. Bila astma, Ica jadi tak sihat. Jangkitan kuman dan toncil. etc etc. Ibu pun dah tak ingat apa diagnostiknya. Tapi katanya, kita kena ubati dulu astma Ica ni, sebelum fikirkan pasal toncil. Ibu ok je.
Dokter isikan borang utk ubat, kelas ceramah cara gunakan inhaler dengan betul dan ceramah kesihatan percuma di wad kanak-kanak. Lepas tu, ibu duduk menunggu depan kaunter farmasi.
Selesai ambil ubat dan inhaler, kena pergi ke wad kanak-kanak untuk beli chamber, sejenis serombong untuk Ica ambil gas daripada inhaler. Buat masa ini, ibu dinasihatkan supaya jangan gunakan nebulizer sebab kesan jangka panjang yang tak begitu elok untuk Ica.
Lepas beli chamber, terus mengikuti ceramah cara nak gunakan chamber oleh nurse paling senior kat wad kanak-kanak tu. Habislah dalam 45minit macam tu. Jenuh! Macam dengar orang berleter, tapi leteran yang baik. Hahaha...
Selesai sudah. Ibu terus siapkan Ica untuk sekolah dan hantar Ica ke Al-Amin. Masa tu dah pukul 12.30 tengahari. Nasib baik sempat Ica nak lunch. Tapi Ica dah missed kelas terapung. Takpelah. Sekali je.
Lepas hantar Ica, ibu pecut balik rumah, singgah beli lunch. Ya Allah kebulur sangat....
Tadaaaaa... My Happy Lunch!!!! Ini semua harganya RM8. Tak murah ok. Tapi ini je yang paling dekat dengan rumah. Malas nak fikir lagi.
Lepas makan, barulah susun semula materials yang dokter bagi. Ini buku panduan menghadapi pesakit astma. Di dalamnya ada nota sikit pasal astma dan ruang kosong untuk diisi oleh dokter yang merawat Ica. Tiap kali dapatkan rawatan astma, doktor mana-mana pun kena isi dalam buku ini untuk pemantauan.
Ini pelan tindakan kalau Ica terkena astma. Ohh baguslah. Diorang dah buat kajian ni.
Ini jenis-jenis ubat yang Ica kena consume setiap malam iaitu singulair, dulu Ica ambil dalam 2 bulan, jenis serbuk. Kali ni jenis pil yang boleh dihisap macam gula-gula. Inhaler oren untuk ambil setiap pagi dan malam sekali puff. Biru inhaler untuk serangan astma.
Oleh kerana ibu kerap batuk dan astma, dokter telah tuliskan surat refer ibu ke pusat respiratory tu juga. Alaaaaa....
Dokter kata,
"Thankyou for seeing this lady who is a mother of our patient. Her daughter is recently diagnosed severe persistent asthma with snoring. On statement of this lady, she has an average 2-4x/month worsening asthma i.e. cough, sob. She has been advised by a GP to buy nebulizer and she has been using that at home for many years. Kindly assess her in view of persistent asthma. Thank you."
Aw... such a good doctor for writing something legible to eyes and most importantly, understandable! First time kot dapat baca tulisan dokter :-)
Nurse yang bagi ceramah tu kata, lepas guna chamber Ica tu kena simpan tempat yang bersih dan kering. Bukan dalam peti ais.
So, ibu pun gunakan tupperware ni untuk letak ubat Ica dan inhaler. Ada juga gunanya tupperware ni kan.
So, Ica dah pun jadi pesakit astma yang berdaftar di Klinik Paedtrik, HKL. Welcome to the family :-)
Selepas temujanji yang ini, ayah terus dapat tarikh "sleep study" di pusat respiratory tu, manakala Ica pula nak kena baik daripada astman baru dokter bagi tarikh "sleep study". Manakala ibu pula, tak pasal-pasal kena pergi check-up tahap astma ni kat pusat respiratory.... :'-)
Nampaknya, itu entry lain lah pulak. Yang ini dah panjang sangat kan.
Hari ini, selepas jumpa dokter pagi-pagi tadi, Ica dah dapat tarikh "sleep study" pada 3 Ogos nanti. Minggu kedua raya. Ibu pun terus lah booking tarikh cuti, untuk temankan Ica kat wad kanak-kanak nanti. Selain tu, Ica kena turunkan sikit berat badan sebab berat Ica sekarang ni 31kg kategori obess. Yeke dokter ni? Ibu tengok Ica tu biasa je???? Tengoklah mak ayahnye dulu kalau nak buat kesimpulan tu kan? Dah keturunan gemuk. Takkanlah...
Haih. Takpelah dokter. Nanti Ica cuba usahakan supaya jangan makan coklat dan manisan lagi. Biasa dia tu.
Ibu risaukan apa tau. Nanti sleep study tu ibu tidur sekali kat wad kan. Ibu takut dengkuran ibu lebih kuat daripada Ica. Silap-silap, ibu pulak yang kena diagnos nanti. Kahkah!
No comments:
Post a Comment