Bismillah...
Kebanyakan takwim persekolahan akan mengakhiri penggal pertama pada minggu ini dengan sambutan Hari Guru. Ada yang masih melalui hari-hari akhir minggu peperiksaan. Bagi Al-Amin, perancangan diorang memang teliti dan tepat, sebab minggu peperiksaan sudah berakhir minggu lepas, jadi minggu ini ditumpukan kepada menyemak atau berbincang jawapan kertas soalan. Hari Jumaat pula bakal berlangsung Majlis Sambutan Hari Guru. Perancangan yang bagus! Cuma ibu terfikir-fikir, macam mana lah agaknya murid-murid tahun 1 ni berbincang jawapan kertas peperiksaan. Mesti kelakar blur blur jer...Ahaks!
Ica pula bila jumpa je ibu, masa balik sekolah, perkara pertama yang diberitakan ialah markah kertas peperiksaan bagi subjek yang dibincangkan pada hari tu. Contohnya, untuk kertas BA, Ica cuma dapat 75. Tapi cara Ica bagitahu ibu tu macam teruja sangat --> ibu tahu... hari ini Ica dapat markah BA, banyak... tujuh puluh lima... ha... ok tak?ok tak?
erm... (dah tentu ibu tak tahu nak jawab apa sebab markah tu rendah sangat daripada expectation ibu....hahaha... sebab ibu dulu kalau BA memang scorer! hahahaha)
Caner ibu, ok tak? ok tak?
Hmmm... boleh lah...(sambil ibu buat muka tak berminat)
Kenapa ibu? Tak boleh dapat hadiah ke? Ibu kata, nak bagi hadiah kalau dapat markah banyak kan?
-ibu diam- sambil meneruskan pemanduan jalan jem petang-petang di Setiawangsa. Diam ibu tu agaknya memberi peluang pada Ica memikirkan excuses seterusnya untuk dapatkan perhatian ibu.
Eh, taklah ibu... sebenarnya markah Ica bukan 75... tapi tujuh puluh enam! ngeeee.... - kata Ica sambil tersengih. Buatkan ibu nak tergelak tapi tertahan. Apa lah budak ni. Satu markah pun boleh jadikan banyak? Takde makna nya kan.... :-(
Ibu sebenarnya agak pasrah bila Ica asyik cakap pasal peperiksaan. Ica nak hadiah. Tak habis-habis dengan hadiah. Haritu ibu ada belikan Ica pakaian baru yang ada muka pelakon Frozen. Sapa lagi kalau bukan Anna & Elsa. Kebanyakan pakaian diorang ni kan kecik-kecik je, saiz untuk budak kurus. Tiba-tiba ada saiz yang agak besar, jadi ibu belikanlah. Buat ubat teringin kata orang tu. Haha. Tapi ibu kata, Ica hanya boleh pakai baju baru ni kalau dapat nombor 1 hingga 5 saja. Kalau nombor 6 ke atas, ibu terpaksa sedekahkan pada anak orang susah.
Sebenarnya, ibu tak kisah sangat bab-bab kedudukan dalam kelas ni. Nombor berapa pun tak penting. Yang penting pencapaian individu tu. Tapi, kalau tak beri galakan macam ini, Ica tak faham pula nanti apa matlamat peperiksaan tu. Elok pula, ayah yang selama ni tak pernah izinkan Ica beli barang-barang hello kitty, tetiba buat janji pada Ica, kalau periksa dapat nombor 1, ayah belikan apa je barang Hello Kitty yang Ica nak. Hamboi! Lagi suka lah Ica asyik tanya bila dia boleh redeem janji tu. Eh, macam sure dapat nombor 1?!
Banyak sangat barangan Hello Kitty sekarang ni. Semuanya Ica nakkkk. Semuanya ayah tak kasi. Ibu kalau harganya ok, ibu belikan je. Termasuklah casing iphone5 ni. RM10 je, maka ibu pun bayar jelah. Kan Ica ada iphone5 ibu tu. Dah jadi iphone5 dia. Hamboi..kemain suka lagi!
Sebenarnya antara ayah dan ibu, rasanya ibu lebih strict kalau bab-bab nak belikan Ica apa-apa. Tapi strict-strict ibu ni jenis boleh runding. Bila tengok Ica keletihan sampai terlelap depan tv, perasaan belas tu terus datang. Terus rasa kesiannya anakku ni kepenatan balik dari sekolah. Terus rasa nak belikan apa-apa untuk jadikan sebagai cenderamata. Untuk jadi penawar keletihan...
Penat kan sekolah ni? Ibu dulu kena kayuh basikal 3km nak sampai rumah, lepas tu sekolah petang pun kena kayuh basikal bawah terik matahari. Balik rumah dah maghrib tu, memang letih. Kalau kertas, dah renyuk! Tapi, embah buat derk je. Takde pulak dia nak belikan hadiah ke apa. Hahaha...
Jadi, cuti sekolah penggal 1 bakal menjelma. Apa perancangan kita? Kalau ibu tanya pada kawan-kawan ibu yang dah lama ada anak sekolah, waktu cuti inilah merancang nak ke Legoland lah, Floria lah, Genting Highlands lah, shopping di IOI Mall lah... Siap dah booking hotel semua, dah sisihkan duit gaji untuk belanja cuti-cuti semua. Wahhh...
Ini kali pertama ibu menghadapi cuti sekolah yang betul-betul punya. Dulu-dulu cuti sekolah tadika je, tak hairan sangat, boleh hantar ke daycare, atau hantar rumah nenek. Tak pernah fikir pun pasal nak berasak-asak bercuti sekali dengan orang ramai. Sebab kita suka bercuti masa orang lain bekerja. Barulah privacy sikit gitu.
Kali ini macam lain sikitlah. Ibu rasa macam perlu bercuti. At least kalau bukan untuk ibu pun, untuk Ica lah. Eleh padahal cuti daripada sekolah je pun...bukan cuti daripada kerja kan...
Ibu plan nak hantar Ica ke kelas tuisyen. Tapi Transit Tuisyen Diana tu tak beroperasi sebab takde cikgu yang nak bertugas (-_-)'
Kemudian ibu dapat promosi ni, daripada pusat tuisyen lain.
Programnya memang menarik dan menepati kehendak ibu. Ada ulangan pelajaran dan paling best, belajar sejarah nabi. Best tuuuuu.... Kalau ibu yang nak buat sendiri memang takkan terbuat. Ibu kalau dah balik rumah pun dah maghrib, nak buat apa pun dah tak larat. Melepekkkk jelah.
Tapi, pakej 1 dan 2 tu agak mahal lah. RM250 untuk 5 hari, 8-12pm setiap hari. Maknanya, 4 jam RM50. Kalau nak daycare sampai 5.30, tambah RM100. Ayah dan ibu sampai KL dah kul 6 dan 6.30, tu camner kira pulak? Mestilah overtime. Berapa pulak dia caj? Kalau nak straight 2 minggu, kena ambil pakej 3, sehari RM48. Jimat RM2 sehari. Kalau daycare tambah RM200. Sama je kalau pakej 1 dan 2.
So katalah ibu nak ambil pakej untuk 2 minggu, maknanya 10 hari, ibu kena bayar RM480 untuk tuisyen dan RM200 untuk daycare tak termasuk overtime ialah RM680 hanya untuk 2 minggu. Oh em ji.....!
Program memang menarik. Tapi harga pakej sangat mahal. Mahal bagi ibu lah... Sebab ibu tak nampak komprehensif sangat ke programnya, dan ibu tak nampak ada tuisyen lain yang offer pakej-pakej macam ini. Tapi yang ibu nampak, program ni dah macam perniagaan pendidikan pulak. Bagi yang kaya, maka bakal cepat pandailah dia sebab ada program macam ini. (-_-)
Alternatively, ibu dah buat arrangement dengan cikgu wak laila, ibu nak hantar Ica ke rumahnya bermula Isnin. In fact, Jumaat tu, sehabis sambutan hari guru, ibu suruh Cikgu Wak bawa Ica balik rumah, sebab ibu dengan ayah balik petang. Takkanlah Ica nak melepak kat Al-Amin daripada tengahari sampai petang. Sebab Jumaat tu dah consider hari cuti.
Ibu nak buatkan jadual ulangkaji Ica untuk subjek Maths, Tulisan Jawi dan BA. Yang lain-lain tu ibu rasa Ica tak teruk sangat. Harapnya Cikgu Wak boleh lah tolong "tuisyenkan" Ica. Lagipun, lepas dah letih buat latihan, Ica boleh mandi swimming pool... Kalau demam, masih ada minggu kedua. Haha...
Mudah-mudahan Allah perkenankan perancangan ibu ni. Ameen...
No comments:
Post a Comment