Bismillah...
Salah satu "aim" ibu untuk cuti sekolah Ica ialah perkenalkan Ica dengan ayat-ayat AlQuran dalam Juzuk 1. Ibu rasa, Ica dah cukup lancar dengan juzuk 30 - Juz Amma. Malahan dah hafal semua surah lazim daripada AlFatihah sampai Addhuha. Terima kasih sekolah Al-Amin dan Transit Cg Diana yang memberatkan hafazan surah-surah lazim. Sekarang kalau Ica boring-boring, Ica mengaji. Sejuk telinga ibu dengar Ica mengaji walaupun tawjidnya belum betul lagi.
Ibu dulu mula menghafaz surah lazim daripada darjah 1. Lepas tu ibu masuk macam-macam pertandingan hafazan surah lazim peringkat sekolah. Tapi tak pernah menanglah. Hehehe. Dapat no 2 dan 3 je selalunya. Menunjukkan betapa ramai lagi budak-budak sebaya ibu yang dah hafal surah lazim. Bukan ibu sorang je. Masa tu, ibu takdelah nak menang sangat. Kalau dapat jalan-jalan tengok sekolah orang pun dah best.
Tapi ada satu pertandingan tu, ibu kena baca surah AlBayyinah. Ibu rasa, surah ni paling susah nak hafal tak tahulah kenapa. Jadi, memang teruk la ibu perform masa tu. Memang dah agak tak menang lah kan. Sekali tu, ibu dapat nombor 1 dan dapat hadiah pen mahal dan piala pusingan. Ibu mestilah tak percaya, tapi Ustaz Tauket punya happy sebab ibu dapat no. 1. Ibu cakap dengan ustaz, "saya tak rasa saya yang menang ni ustaz, sebab saya baca salah..." Tapi Ustaz kata, takpe...takpe... mungkin dah rezeki awak. Iyelah tu...
Lepas seminggu, ibu nampak ada orang datang sekolah, ambil piala pusingan yang tingginya kalau letak kat sebelah ibu, paras-paras bahu. Ibu tak tanya dengan Ustaz pun. Tapi Cikgu Saiyah kata, sebenarnya juri tersalah kira markah ke apa tah, budak yang menang tu namanya tersilang dengan nama ibu. Jadi, diorang dah tersalah announce pemenang sebenar. Boleh??
Pastu ibu pergi jumpa Ustaz, ibu nak pulangkan pen mahal hadiah kemenangan tu. Ibu pun tahu lah ibu tak layak nak dapat hadiah tu (-_-) tapi Ustaz kata takpe, tak perlu pulangkan. Sebab itu bukan salah ibu. Ibu jadi serba salah. Ei malulah nak pegang pen ni, semua orang dah tahu ibu tak layak menang. Muka Ustaz pun tak ceria macam hari tu. Dalam kelas pulak kawan-kawan dok perli kenapa ibu tak pulangkan pen tu. Haish. Sibuklah!
Tapi, bila dikenangkan semula, mungkin Allah nak bagi rezeki pada ibu untuk rasa kemenangan walaupun tak sepatutnya. Ahak! Gila tak popular, bila ibu kena ambil hadiah dari pentas? Siap ada yang tangkap gambar dan beri tepukan gemuruh. Hehehe... Terus orang tahu kewujudan sekolah ibu.
Tapi sampai sekarang pun ibu tak confident nak bawa surah Albaiyyinah ni dalam solat, sebab takut tersalah baca sebab tak hafal sangat. Ibu lebih rela baca surah lain yang lebih panjang lagi. Ironinya, surah Albaiyyinah ni lah satu-satunya yang Ica juga belum hafal sekarang ni. Ica ni tiru ibu ke???
Sebelum ini, atau lebih tepat lagi, sekarang ni bila nak mengaji je, Ica akan gunakan muqaddam yang ayah beli daripada Pustaka Nuun ni.
Asalnya buku ni tak berbalut. Tapi bila tak dibalut, ia senang terlipat dan nampak lusuh. Kebetulan ada plastik pembalut ni je, so ibu pun balutkan dia supaya tahan lama. Helaian yang tercabut keluar pun ibu salot-tape kan supaya tak hilang.Siap tulis nota doa untuk kenangan Ica bila Ica dah besar dan gunakan AlQuran sebenar nanti. Memang dramatik sangat kan.
"Dear Arissa, Ica mula baca muqaddam ini semasa kita umrah kali pertama pada 22/1/2014 - 3/2/2014" Catatan ni ibu buat masa di bilik Hotel, Masjidilharam. Hari Jumaat selalunya ramai sangat yang membanjiri Masjid seawal pagi lagi. Kalau ibu seorang, memang ibu sanggup berebut tempat. Tahan kencing dan kentut. Tapi bila ada Ica, ibu kena balance kan antara ibadah dengan jaga Ica. Sebab jaga anak pun ibadah juga. Ibadah wajib lagi tu. Takkanlah nak bawa Ica berhimpitan dan menunggu. Kesian kat Ica.
Ok kenapa ayah beli muqaddam ni, ialah kerana ada tanda bacaan dan hukum tajwid nya sekali, siap dengan warna-warna tertentu. Best kan... Bagi yang selalu lupa tanda bacaan dan hukum bacaan, warna-warna ni memang efisyen sangat untuk mengingatkan semula. Jadi takdelah asyik salah baca. Tapi untuk Ica, pelajaran ni terlalu advance. Jadi ibu ajarkan Ica untuk praktikal saja dulu. Dengung, panjang, pendek, etc.
Tulisannya pun jelas, resam Uthmani. Kanan ayat Quran, kiri dengan terjemahan ikut ayat, dibawahnya yang kuning tu, kisah asbabun nuzul, sejarah kenapa ayat tersebut diturunkan. Kadangkala ibu tengok Ica baca tulisan yang panjang ni sambil berkerut dahi. Tak faham le tu.
Macam contoh surah Annas ni, kisah disebalik penurunan ayat ni ialah ketika Nabi s.a.w kena santau. Kesian baginda. Ingatkan orang biasa je boleh kena tuju-tuju. Rupanya Kekasih Allah s.w.t pun kena juga. Tapi kelebihan Nabi s.a.w ni, Allah bukakan hijab bagi baginda untuk cepat dapatkan penawarnya. Nama pun kekasih Allah...
Untuk pelajaran AlQuran ni, ibu dah cuba bagi Ica gunakan AlQuran yang ada. Tiba-tiba kat rumah kita ada banyak AlQuran pula. Dulu ada 1 je, hadiah perkahwinan ayah dan ibu. Sekarang ni, ada 3, sebab nenek bagi ayah 1 dan ibu 1 AlQuran dari Mekah. Kita pergi Umrah pun takde beli ALQuran untuk baca di rumah. Kan. Alhamdulillah dapat hadiah pula. Bagi ibu, AlQuran ni tak boleh setakat jadi perhiasan. Kena dibaca. Bukan untuk jadi kenangan yang kita beli ia dari sini dan sana.
Bila baca AlQuran sebenar, Ica tak appreciate AlQuran tu mesti dihormati fizikalnya. Kejap nanti Ica letak kat lantai. Letak dekat bontot & kaki. Isk! Lepas tu kalau Ica nak ke rumah nenek, dah tak boleh bawa AlQuran sebab berat. Jadi alasan pula Ica tak nak mengaji (-_-). Jadi ibu beli jenis yang print satu juzuk satu buku yang leper dan ringan macam ini.
Yang atas tu set juzuk. Yang bawah tu juzuk 1. Sebab juzuk 1 ni baru nak mula, so ibu kenalah balutkan ia supaya tak lunyai nanti...Ok ini lebih terang. Ini last stock yang ada dijual di kedai buku Wangsa Maju.
Ini juzuk 1.
Ini juzuk 1-30, kulitnya. Kira macam failnya lah.
Ini tulisan di dalamnya. Tulisan biasa saja sebab ini AlQuran yang di print asing-asing juzuk. Bukan terjemahan. Jadi takde tanda bacaan dan terjemahannya.
Tulisannya biasa saja, resam Uthmani. Terang dan jelas macam biasa.
Lama dah ibu nak beli yang macam ni. Jadi mudah nak bawa ke mana-mana terutamanya bagi yang sedang menghafaz AlQuran mengikut juzuk. Ringan dan mudah disimpan dalam beg. Dalam kes Ica ni, sambil-sambil baring depan tv pun Ica boleh tengok-tengok (dan baca).
Ibu nak cari jenis yang ada terjemahan dan tanda bacaan tu tapi dalam bentuk satu juz-satu juz begini, yang nipis dan mudah bawa & simpan, tapi setakat ni tak jumpa lagi. Ada satu jenis tu, lengkap terjemahan dan hadis sokongan sekali, tapi agak tebal dan susah nak simpan. Takpelah, ini pun dah kira ok.
Cuma, ibu nak kena beri penekanan pada Ica supaya wajib ambil wudhuk untuk pegang juzuk ni.
Untuk ayah pula, ibu hadiahkan Almumayyaz ni, Quran terjemahan dengan tanda bacaan, kiranya macam sambungan Muqaddam Ica tu. Sebab ayah kan nak elokkan bacaannya.
Sama kan? Cuma lebih baik sikit lagi sebab ayatnya dipecahkan mengikut perkataan. Jadi sebutan lebih mudah. Kiranya amat amat sesuai untuk yang masih bertatih dalam bacaan. Yang penting kena usaha. Chaiyyok!
Cuma kalau kita dah pandai baca AlQuran dan faham hukum tajwid, Quran ni jadi leceh sikit. Kan?
Anyway, baca AlQuran ni bukannya susah mana pun. Susah lagi belajar bahasa Perancis tu. Ahem! Dahlah senang, kisah-kisah sejarah dan kisah akan datang semua dalam ni, kalau kita rajin nak selidiki. Lepas tu dapat pahala pula. Berguna sebagai syafaat dalam kubur nanti. Insyaallah.
No comments:
Post a Comment