Jul 14, 2015

Random Ramadhan 2015

Bismillah...

Ramadhan bakal melabuhkan tirainya. Alhamdulillah dapat melaksanakan ibadah puasa penuh tahun ini. Kalah ah Ica, yang bocor 2 hari kerana demam dan lelah :) takpe tahun depan cuba lagi.

Mudahan puasa dan ibadah kita diterimaNya, dan diberi peluang berjumpa Ramadhan tahun depan pula. Ameen....

Entry ni bukan pasal Ica je, tapi lebih kurang summary sepanjang Ramadhan ni. Ala, saja je untuk kenangan. Tak banyak gambar pun. Banyak selfie je. Hahah!

Jalan jem!!!

Ramadhan kali ini bab paling menguji hidup ibu ialah jem panjang bila nak balik rumah. Haih, ini jugalah yang membuatkan tak sabar nak minta cepatlah raya! Haha... Keluar pejabat pukul 4.30 tepat rapat berebut dengan yang lain, malah dengan yang rumahnya dekat sekangkang biawak sekali! Tapi tetap sampai rumah pukul 6.30 juga di awal Ramadhan tu. Menangis dalam kereta!

 Ikut Jln Tun Razak dah tentu jem. Jalan Istana pun jem. Jalan apa yang tak jem??? Waze pun pening nak pilihkan jalan mana yang sesuai! Haha...
Kali pertama ikut waze menjelajah ikut jalan dalam, tapi tersesat dan tersekat dalam jem yang lebih padat, menangis lagi! Terus masuk ke lembah jem begini. Memang perit dan pedih mengenangkannya. Tapi mungkin inilah jalannya yang Allah tuliskan, yang buat pahala sabar tu mengalir untuk ibu. Mudahan.

Makanan berbuka yang dimasak sendiri.

Kalau dah jem dan menangis dalam kereta, ada mood lagi nak masak lauk berbuka? Mestilah tak. Walaupun perasaan nak memasak tu ada sikit2 apatah lagi bila tengok orang2 yang suka share resepi lauk yang dimasak sendiri untuk berbuka seisi keluarga, terasa nak juga turun ke dapur, memasak apa yang patut. Tapi, tak larat... Sampai je rumah, mesti nak terus tidur... Nak lepas tension dan lepas letih.

 Makanan sahur pertama yang ibu masak selepas seminggu berpuasa ialah nasi goreng dan ayam goreng. Sawi dicelur dengan garam sikit. Kopi 3 in 1 Old Town Coffee hzelnut yang sedap banget! Murtabak tu panaskan lauk berbuka je.

 Kali pertama masak untuk berbuka, kuetiaw kerang, kena asingkan sayur mayur semua sebab Ica tak nak sayur (-_-) kenalah diturutkan juga, sebab Ica puasa. Kiranya reward untuk Ica lah.

 Ada hari yang sangat teringin makan mi rebus tapi yang masak sendiri. Ayah lah yang hero nya. Sanggup masakkan mi rebus ni untuk kita. Alhamdulillah...

Berbuka kat luar. 

Ibu memang tak berapa suka berbuka di luar. Satu nya, leceh sebab nak solat selalunya musolla utk wanita sangat terhad, sempit, takde telekung, jauh daripada kedai makan, etc. Tapi ada sekali tu Mak Ngah Intan ajak berbuka di Restoran Octopus di Wangsa Walk. Ya Allah... memang mengecewakan sangat-sangat.

Ibu tak sangka pula nak kena berbuka dalam kereta. Kerja jauh, dan balik mengadap jalan jem tiap hari, ibu tak pernah berbuka dalam kereta. Ini nak berbuka di kedai, siap kena beli air, berbuka dalam kereta sebab ada jem sepanjang jalan. Kisahnya, nenek ada di rumah Mak Ngah Intan dengan Ica. Masa tu Ica cuti sempena peperiksaan PEKERTI di Al-Amin. 4 hari Ica tak sekolah. Jadi ayah hantar Ica ke rumah nenek. Tapi nenek melepak di rumah Mak Ngah Intah. Jadi Ica pun ikutlah. 

Petang tu, ibu rasa ceritanya ialah begini, bila Mak Ngah Intan tak berbuka di rumah, dia tentu rasa bersalah nak biarkan nenek berbuka sendirian kat rumahnya. Jadi, dia suruh ayah ambil nenek di rumahnya dan bawa ke kedai makan di Wangsa Walk Mall. MasyaAllah. Padahal WWM ni lagi dekat ke rumah kita berbanding ke rumah Mak Ngah Intan di Ukay Perdana tu. Jadinya, ayah dan ibu kena berpusing u dari rumah kita ke UK Perdana, lepas tu patah balik ke WWM. Fuh! Dahlah kalau jalan tak jem tu takpe juga. Ini siap ada accident, jadi, jem lah! Lepas ambik Ica dengan nenek, ayah singgah beli air soya dan air mineral. Belum sampai ke restoran dan azan. Kenalah berbuka dalam kereta kan?

Bila dah sampai ke WWM pula, bukannya terus ada parking. Jadi, ibu, nenek dan Ica masuk dulu, cari Mak Ngah Intan sekeluarga. Bila dah jumpa, duduk, takde makanan pun atas meja. Sedih tak? Yang buat ibu tambah sedih, ada mangkuk berisi nasi, Ica terus ambil dan rapatkan ke mulutnya. Kesian sangat ibu tengok Ica. Dah tentulah sebab seharian tak makan, jadi, bila dah sampai masa nak makan, kita akan mengharapkan ada makanan untuk dimakan. Tak sangka jadi begini. 

Bila ayah dah sampai, barulah ada orang hulur lauk dan nasi dan pinggan. Lepas tu sudu garpu. Ayah pun order lauk-lauk lain. Sementara nak menunggu tu, nenek suapkan Ica sotong goreng tepung. Lepas dah dapat sudu dan garpu barulah ibu dapat suapkan Ica nasi berlauk ayam pandan. Lepas tu baru ibu pula dapat makan. Tak tahulah. Mungkin ibu je yang rasa sebak dan sedih. Macam melukut ditepi gantang. Kalau ikhlas nak ajak orang berbuka, kenalah pastikan ada makanan untuk yang datang kemudian waima sepinggan mihun goreng dengan segelas air sejuk. Itu kedai makan kan.

Ayah kata, takde apa yang nak disedihkan. Biasa je. Ahh ayah orang lelaki. Semua ambil mudah saja. Atau mungkin sebab keluarga dia. Kalau keluarga ibu yang buat begitu pada dia? Pengsan kot! Hahaha.

Untuk menambahkan rasa sedih di hati, nenek pula mengadu tak dapat nak solat maghrib sebab suraunya tak tahu di mana. Nasiblah kita ni biasa juga di WWM. Ibu pun bawa nenek dan Ica untuk solat Maghrib di suraunya yang jauh macam jarak safa ke marwah. Ya. Memang sejauh itulah. Dengan nenek yang sakit lutut, tentulah ambil masa nak sampai. Surau pula penuh sesak. Nak ambil wuduk saja dah beratur sikit punya lama. Nasib baik ibu bawa telekung sendiri, dan nenek diberi ruang sebab dia warga emas. Ica yang laju dan bawa diri macam orang dewasa. Syabas Ica!

Usai solat maghrib, kita jalan beriringan nak kembali ke Octopus. Tapi Ica merajuk dengan ibu sebab tak benarkan Ica tidur dengan nenek malam tu. Jadi nenek dan Ica jalan ke sebelah kanan, dan ibu ke kiri. Ibu terjalan cepat 2-3 langkah. Bila ibu toleh kedua2nya takde dah. Aik! Sampai di restoran, orang semua dah takde. Mak Ngah Intan dan suaminya mengejarkan solat terawih. Kak Nadya dan keluarganya pun dah beransur. Tapi bayang Ica dan nenek langsung tak kelihatan. Ah sudah!!!

Giliran ayah pula menjejak nenek dan Ica. 15 minit ibu menunggu di restoran. Ayah kembali tanpa diorang. Haih! Mana perginya. Ayah dah mula marah dengan ibu sebab terpisah dengan nenek dan Ica. Ibu mestilah cuak sangat! Kalau nenek yang hilang, ibu mungkin tak cuak mana sebab nenek boleh tumpang sesiapa balik rumah. Tapi sebab Ica pun hilang sama, jadi rasa cuak tu lain macam. Anak kita kot...!

Kami berpecah dua, seorang ke kanan dan seorang ke kiri WWM. Sampai ibu terjumpa Kak Nadya yang baru nak masukkan anaknya ke dalam kereta selepas window shopping. Diorang pun tak nampak nenek dan Ica. Adoi! Tak lama lepas tu, ayah call ibu, katanya dah jumpa. Nenek dan Ica tunggu kat luar satu pintu WWM tu. Ya Allah.... Apa ke jadahnya nenek buat camni??? Buang masa setengah jam orang mencari dia dengan rasa cuak! Apa dia ingat, ibu ni boleh baca gerak hati dia ke? Dahlah senyap-senyap divert jalan. Lepas tu pergi tunggu kat luar mall. Tunggu pulak kat entrance yang tak sama dengan entrance parking tadi. Kalau macam tu sampai tahun depan pun takkan jumpa. Dahla dia tak bawa hp sekali! MasyaAllah... Ibu memang bengang sangat dengan kejadian demi kejadian masa ni. Memang menguji kesabaran. Namun untuk buka puasa di luar dengan diorang lagi, ibu rasa takpelah. Tak payah. Lebih baik ibu makan nasi kosong dengan telur mata je kat rumah. Langsung takkan hairan pun!

 So, ayah sempatlah snap gambar selepas makan tu sebab dia mungkin puas hati dan kenyang gila selepas dibelanja dengan makanan yang pada dia mungkin sedap sangat nih :-(

 Yang Ica pula, seronok sangat sebab Mak Ngah Intan belikan baju raya jubah. Hasil mengekor nenek dan Mak Ngah Intan shopping di AEONBig pagi tu. Amboi dia!

Jumaat minggu yang sama pula, Ica duduk dengan Wak Laila. Ibu lebih suka Ica kat rumah Wak laila ni, sebab Ica solat berjemaah dengan Wak, dan mengaji. Takde langsung aktiviti buang masa. Lepas ngaji, tidur. Petangnya, balik dari pejabat, ibu terus ke rumah Wak. Ibu minta tolong ayah belikan 5kg carrot, kunyit, dan oren untuk ibu sedekahkan pada Wak, untuk terapi melawan kansernya.

 
 Terima kasih sangat kat ayah sebab sudi tolong belikan semua ni kat pasar borong selayang, naik motor aje :'-) semoga Allah beri ganjaran baik pada ayah untuk usaha ini. Tercapailah hajat ibu nak sedekah ini untuk Wak. Lain kali boleh beri lagi. Insyaallah. Sehari Wak nak guna dalam 10 batang carrot dan beberapa biji oren dan kunyit. Jusnya tanpa campuran air. Di minum masa berbuka.

Berbuka kali ni, ibu belanja KFC barrel, dan ayah beli kuah lemak labu dan kuih-kuih sikit. Lupa nak ambil gambar sebab seronok dapat berbuka bersama dan dapat sediakan makanan untuk yang berpuasa. Alhamdulillah...

Ada rezeki lain, kita berbuka nasi arab di Hadramawt, Taman Melati. Full house tempat ni. Tapi kita dah booking awal. Ibu makan nasi mendi kambing, ayah nasi mendi ayam, Ica mushroom soup dan kongsi nasi ibu. Memang sedap sangat... Alhamdulillah.

 Kat sini pun musolla wanita sempit sangat. Tapi restoren ni dekat dengan rumah. Tak sampai 10 minit pun jarak perjalanannya, sebab ayah ikut jalan dalam. Jadi, pukul 8.15 bertolak keluar dari kedai, belum 8.30 dah sampai rumah. Jadi, Ica dengan ibu solat di rumah. Ayah solat berjemaah di surau.

Kuih raya.
Ini kuih raya kita kali ni. 1 je cookies tempah. Kuih tart, biskut rainbow dan mini popia beli di Shah Alam masa shopping gelang Ica haritu. Ibu beli rempeyek daripada kawan pejabat dan kuih ros nenek yang bagi. Dodol tu beli daripada kawan pejabat yang balik Melaka haritu. Ibu bagi pada kawan-kawan. Katanya sedap sangat. Alhamdulillah, seronok dpt berkongsi.

 Sampul duit raya dan cheese tart tu ibu beli masa jumbo sale di POJ. Beli dan derma. Alhamdulillah.

 Lepas tu ibu buat pek kecil-kecil untuk dikongsi dengan cikgu Halimah, Wak Husna dan Ust Azlan.

 Ini isi di dalamnya. Alhamdulillah dapat berkongsi sedikit rezeki yang ada. Ini je yang ada. Kalau ada lebih, mesti ibu bagi juga. Wak laila, ibu dah bagi masa berbuka bersama haritu.

Aktiviti shopping :)

 Pertama shopping masa minggu kedua di Shah Alam. Tapi tak beli apa pun sebab tak jumpa yang berkenan di hati dan butik yang ibu biasa beli baju tu takde stok. Kecewa, memanglah. Tapi dapat beli gelang Ica dan cincin baru ibu pun dah cukuplah. Kali kedua, shopping di depan POJ je. Ada bazaar ala-ala Jln TAR. Tapi yang ini ada kelas sikit sebab kebanyakan yang menjual ialah peniaga online. Ibu tak beli apa pun sebab takde yang ibu berkenan.

 Ica kata : "Ha, laut pun ada Rajanya????" hahaha funny la you....

KLRayaFest di PWTC ni ibu kena pergi sebab nak beli baju raya yang sama warna dengan baju raya Ica, ie.biru dan hijau.
 "Lama lagi ke ibu?" Kesian budak ni penat dan lapar. Nyaris nak berbuka.

 Akhirnya ibu dapat apa yang dicari selama ni. Terus try dan terus beli. Alhamdulillah.
 Orang memang ramai gila. Nak masuk pun beratur. Yang nak dapatkan duit raya kena beratur panjang untuk ambil no giliran dan no cabutan bertuah. Ibu tak sanggup....
 Ayah yang paling sporting sebab sudi temankan ibu. Dan Ica yang paling baik!

 Kat sini pun boleh ambil family picture kan :)

Kerja di pejabat, mesyuarat dan mesyuarat dan mesyuarat... :)

 Mesyuarat tetap berjalan macam biasa, baik yang di pejabat...
 Mahupun yang diluar pejabat... Macam yang ini, di penjara kajang. Sebab ibu tak bawa duit, jadi dapat tengok sajalah hamper raya ni....

Seminar dan ceramah...

Ingatkan puasa takde aktiviti luar? Eh tetap ada....
 Seminar setengah hari di INTAN Bukit Kiara. Isi seminar tu entahapa-hapa. Dak ni siap tidur. Balik sharp pukul 4pm. Yang baiknya, sebab boleh balik awal, dan balik dekat je.

Ceramah agama, ahem! Kenalah attend. Bukan sebab nak dapatkan hari berkursus tu tapi lebih kepada pengisian rohani. Alhamdulillah...

Ucapan selamat hari raya di pejabat :)

Ini semua koleksi e-kad ucapan hari raya di pejabat. Tapi pejabat ibu terlupa letak gambar kami, atau mungkin terlupa sebab kita orang jadi yang pertama mengucapkan selamat hari raya. Bos cuti awal, tu yang jadi yang pertama. Apa pun, semoga syawal kita diberkatiNya. Insyaallah. Ameen...

No comments: