Jul 21, 2015

Raya 2015 : Pre Raya dan Raya 1

Bismillah...
Ini sambung cerita akhir Ramadhan tu...
Kat ofis ibu dah tak ramai orang, tinggal sorang dua je. Tapi ibu buat jugalah kerja-kerja mana yang terbengkalai tu, dan emelkan pada bos. Sambil-sambil dengar lagu raya dengan perasaan - cepatlah nak balik nih...

Sementara itu di Al-Amin, Ica dan kawan-kawannya sedang mengikuti majlis Khatam AlQuran sempena Ramadhan. Lepas habis tu Cikgu-cikgu hantar gambar dalam what'sapp.
 Ica kat belakang tu, dengan tudung dah senget benget. Ini Cikgu Halimah kesayangan semua murid 1 Suhaib.
 Ini pulak dengan Cikgu Jamilah yang mengajar BA. Ica tu dah kenapa asyik sengih senget aje? Malu lah tu, sebab ambil gambar dengan aulad (budak lelaki).
 Snap-shot kan muka Ica. Muka susah hati lah tu. Sebab perancangan awal, Wak Husna hantar Ica ke rumah Wak Laila. Kan Wak Laila MC sampai lepas raya. Tetiba, Wak Husna pun MC jugak hari ini. Ayah pulak kena ke Klang, tak dapat nak ambik Ica pukul 12tgh. Nenek tak boleh drive ke Al-Amin sebab tak tahu jalan. Nak harap ibu? Jauh sangat.... Tapi akhirnya, Allah bukakan jalan. Wak Laila yang ambik Ica, sebab kebetulan (takdir Ilahi?) juice extractor Wak Laila rosak, ada kawannya nak bagi pinjam yang baru, tapi kena ambil di Al-Amin, jadinya, sekali jalanlah, Wak Laila nak ambil mesin tu dan ambil Ica sekali. Tapi lambat sikitlah. Tapi Ica ok je sebab boleh melepak dalam bilik guru :)
 Sampai je rumah Wak Laila, Ica tukar baju dan buat hal sendiri. Time puasa tak boleh mandi pool. Jadi, lepas di rumah sajalah.
Lepas solat, terus mengaji dengan Wak Laila. Pastu Wak Laila hantar gambar ni. Hehe.. bagus...
 Ramadhan kedua terakhir dapat berbuka puasa bersama ahli keluarga yang ada. Alhamdulillah....
 Ica ni, time Wak Laila nak snap gambar tu lah dia minum pulak...
Lauk berbuka ni, ditaja oleh ibu... Balik kerja tu Alhamdulillah tak jem, jadi sempat lah masak sikit. Takde apa pun. Lauk biasa je.
 Ayam goreng tepung, sayur kacang buncis tumis pedas, ayam masak lemak tak berapa pedas dan rendang kerang yang ayah masak semalamnya.
Bawak pulak dalam bekas tupperware camni, memang senang sangat takyah tukar ke mangkuk, terus letak atas meja dan ngappp! Hehe....

Usai solat maghrib berjemaah, ayah ikut Wak Abah dengan Abg Suhaib berterawih akhir di Masjid Negara. Ibu dengan Wak Laila dan Ica solat bertiga di rumah aje. Dapatlah ibu berterawih dalam jemaah yang terakhir ramadhan ni. Alhamdulillah. Seronok sangat... :'-)

Pukul 10.30 macam tu, kita beransur balik, Ica nak makan kfc sebab dah lapar semula. So, KFC kita..
 
 Dan sebenarnya, Ica cuma nak ke KFC sebab...
 Nakkan set sudu garfu koleksi yang ni.... Soba yolah... (-_-)'
Tapi Ica makan banyak juga, seketul dan lebih sikit.

Sebelum tidur, ayah sempat masak rendang limpa. Eh ini gambar rendang kerang, tapi sama je rupanya kot. Bukan untuk lauk raya pun. Lauk makan bila-bila.

Ramadhan terakhir tu, yang sepatutnya orang balik kampung, kita kat rumah macam biasa je. Ayah mengemas yang kat luar, ibu mengemas yang di dalam. Takde aktiviti memasak pun. Ibu menggosok semua baju sekolah Ica, baju raya kita, dan lipat semua kain baju.

 Baju ibu dan ica. Tema kita berdua biru dan pink. Jenuh ibu cari yang sepadan dengan Ica.
Ok dah petang. Nak berbuka puasa kat mana? Malas nak masak, jadi kita ke KLFC je, makan ayam penyet.
 Lauk berbuka kita Ramadhan terakhir ni. Simple dan sedap. Dan takyah susah payah memasak :)
 Nak jimat lagi, sampai terlupa bawa kurma, ayah bawa jambu air yang ditanam sendiri dalam pasu ni. Dah berbuah pun. Boleh la rasa. Jambu organik ni.
 Ingatkan dah nak raya, orang tak ramai berbuka di luar. Tapi ramai lagi.... Atau diorang ni orang-orang kampung Gombak kot...
 Lepas solat Maghrib, jalan-jalan dalam KLFC, singgah ke concourse level yang hingar dengan muzik dan orang bersorak. Rupanya ada tarian asli... Laaaa... ceni ke orang key ell menyambut malam raya...? Berjoget dan bergumbira ria...? Hehe.. Tengok tempat ler. Kalau nak bertakbir bertahmid (yang sepatutnya) kenalah duduk di masjid.
 Ica macam terlopong sekejap sebab tak pernah tengok acara sebegitu kot...? Taknak berganjak. Hujung sana tu, ada lembu dan orang-orang (scarecrow) yang selalu ada kat sawah. In fact, kalau gi mana-mana mall, diorang selalu associate kan raya aidilfitri ni dengan sawah, lembu, scare-crow, rumah kayu. Macam ketinggalan zaman tak? Hehe.
 Yang jadi penonton tarian tradisional ni selain Ica ialah warga asing dan orang arab. Melayu tu adalah 5-6 ketul. Maybe dah tak tahu nak ke mana. Kampong pun dekat-dekat situ je.
Oklah, dah tak tahu nak buat apa lagi, lepas beli donut Big Apple, zassss kita keluar dari KLFC. Dalam kereta, budak di belakang sedang membaham donut sorang-sorang sampai comot nenek kebayan (-_-)'. 

Oh kita tak terus balik, sebaliknya, singgah ke kedai IT baru buka di Sri Gombak, sebab ibu nak beli casing iphone, ok stand, dan speaker Iphone. Kita ni bukan reti sgt pun gadjet-gadjet hp ni, tapi setakat speaker dengan clickers camera tu, takkanlah tak tahu kan...

Pagi raya, ayah ke masjid solat berjemaah aidilfitri, sementara ibu dengan Ica solat berdua kat rumah je. Ibu panaskan rendang limpa dan nasi, buat air teh o, kalau-kalau ayah suka nak minum dulu. Elok je ayah balik dari masjid, kita dah bersiap-siap. Tinggal nak selfie gambar raya jer. Haha...
 Ica bersiap sendiri. Mandi dan terus pakai baju dress princess dia ni, siap berkasut sekali (-_-)'

 Malahan siap dengan kipas tangan! Senang katanya, kalau panas, boleh guna je kipas frozen ni (-_-)

 Tak lengkaplah potret raya tanpa Noneng di samping kita, kan... Tapi Noneng tengah mengantuk tu. Malam tadi tak tidur agaknya. Asyik nak mengamuk :)

Sesi bermaafan pula...
Ica ni, ala-ala pelakon air mata. Kalau salam minta maaf mesti mata tu bergenang je ngan air mata.. Ica minta ampun dan maaf pada ayah dan ibu. Pada ayah, ibu snap gambar ni.
 
 Feeling sedih tu sampai ke sudah! Olololo... syedih ke dia......
Masalahnya masa ibu salam ayah, takde sapa yang snap picture???
 Sementara itu, malam tadi, Wak Haji kirimkan gambar rumah barunya dalam what'sapp. Diorang dah pindah ke rumah baru di tengah sawah Parit 3 Sungai Besar. Alhamdulillah, dapatlah beraya di rumah baru yang dah setahun menunggu tak siap-siap.
 Embah di pagi raya. Gambar ni Wak Haji juga yang kirimkan dalam WA. Embah dah pakai baju raya, cuma belum bertudung je lagi. Asyik tengok keluar, menunggu anak-anaknya pulang beraya. Ibu call embah, embah call ibu. Ucap selamat hari raya. Raya kedua ibu akan balik jumpa embah.

Lepas settle selfie potret raya, kita zooommmm... ke rumah Mak Ngah Intan pulak. Sampai di sana, masih awal, Mak NGah Intan pun belum bersiap lagi. So, kita selfie lagilah di rumah besar yang cantik dihias nih!
 Masa untuk makan pulak... Nenek yang masak kat sini. Nenek masak nasi daging atau yang diorang namakan nasi gaul. Tapi tak snap gambar sebab asyik sangat makan! Ica pula makan laksa yang nenek buat dengan ikan sardin segar. Jadi, kuahnya sedap. Katanya. Ibu try semuanya. Kuah kacang, rendang, lemang dan ketupat. Semua sedap. Alhamdulillah... Kalau tinggal makan, memang semuanya sedap jer... Lebih sedap sebab boleh tapau! Hehe.
 Tak lama tu Pak Long ngan Abg Syamir pun datang, diikuti dengan Kakak Syahira dan Abg Epi sekeluarga... Dalam masa yang sama, saudara-saudara Mak Ngah Intan belah bekas suaminya pun datang sekali. Memang sendat rumah besar tu dibuatnya. Habis makanan dinikmati bersama. Alhamdulillah. Berbaloi lah nenek masak banyak-banyak nih. Jangan sampai tak cukup sampai petang sudahlah.
 Lepas dah kenyang, kita selfie lagi.... Pastu ibu send ke group keluarga. Bertukar-tukar gambar potret raya keluarga memasing. Tapi tak macam tahun lepas, semua orang ada selfie family. Kali ini cuma dua gambar je yang dikongsi.
 Gambar family Wak Laila yang bertemakan biru turqoise....
 Dan Wak Hajar sekaluarga yang bertemakan purple gelap. Fuyoh! Diorang dah siap beraya kat kampong. Maybe sebab lepas tu diorang nak ke Parit Buntar terus... Takde rezeki lah kita nak jumpa dengan Family yang classy ni. Tahun lepas tak sengaja terserempak kat rumah Wak Haji juga. Tahun ni tak terserempak lah, sebab ibu dengan Wak Laila, Wak Husna, Paman Azam dan janji nak konvoi raya kedua. Diorang ni beraya lah raya pertama. Kan tak boleh konvoi sama-sama. Wak Hamid tu elejik dengan ibu kot...hahaha...
 Nenek tak sihat sebab dah seminggu dedar-dedar macam nak demam. Jadi, ayah offer bawak ke klinik. Jadi, kita beraya kat klinik kat Taman Melawati. Orang punye lah ramai, macam klinik ni saja yang buka.
 Nak ambil nombor pun kena beratur dulu. Belum jumpa dokter lagi, belum nak ambik ubat lagi. Kucing tu pun sampai tertidur menunggu giliran... Maklum le, klinik haiwan kat sebelah klinik ni tutup.
 Tengok ha. Sampai tertidur-tidur dibuatnya. Menunggu lama benau! Hehe...
Pukul 1 kita dah balik rumah Mak Ngah Intan semula, hantar nenek. Dapat ubat demam dan selsema dan batuk. Sebab nenek belum demam, jadi dokter tak bagi antibiotik. Ibu rasa, nenek ni penat sangat kot sebab 2-3 hari nak raya sibuk memasak kat rumah Mak Ngah Intan... Ibu pun ada la rasa bersalah sikit sebab tak tolong dia... Tapi nenek yang tak nak beraya kat rumah sendiri. Kalau nenek kat rumah dia sendiri, mesti ibu ringankan tulang menolong apa yang patut. ini kat rumah Mak Ngah Intan, terasa macam bukan rumah sendiri, tu yang jadi malas je.

Masa kita sampai tu, rumah dah lengang. Semua tetamu dah balik. Yang lelaki mungkin solat Jumaat. Jadi, ibu ajak ayah beraya ke rumah Wak Husna di Banting. Tapi sebelum balik tu, meh selfie lagi dengan nenek.
Ini sajalah kenangan yang ada untuk keluarga belah ayah... Tak dapat ambil gambar beramai-ramai macam tahun lepas :-( Tapi takpelah. Asalkan ada gambar dengan nenek... Alhamdulillah...

Kita ke Hospital Vet Jln Pekeliling dulu, melawat Boboi yang baru saja dibedah untuk kemaskan tulang kakinya dan diapit dengan kayu anduh. Boboi dilanggar kereta lagi 2 hari nak raya. Kita tak tahu dia kena langgar dekat mana. Semalaman dia tak balik. Bila ayah balik kerja hari Rabu, tengok Boboi duduk je depan pagar dengan muka kesakitan. Kaki kirinya hancur paras lutut (lutut ker?) sampai tulang tersembul. Nampak kesan Boboi seret badannya sampai rumah sebab bulu-bulu kat bahagian badan yang kakinya hancur tu terseret jalan sampai hilang. Kesian dia. Ayah terus bawa ke Klinik Melawati, tapi klinik dah tutup. Pastu ayah terus bawa ke Hospital Vet ni, walaupun tahu caj perubatan kat sini mahalnya 60% daripada vet lain sebab dia Hospital Pakar. Lepas pemeriksaan, dokter kata rawatan bakal telan belanja dalam RM2k. Ayah kena bayar deposit dulu dalam 80%. So ayah kenalah swipe kad kreditnya.
Pintu masuk hospital.
 Kat dalam hospital. Masa ni takde orang sangat. Cuma ada seekor anjing je dengan tuannya.
 Boboi baru lepas operate. Dokter tak bagi bawa Boboi balik sebab masih dalam bius. Muka pun lalok semacam. Boboi minum je. Tak lalu makan.
 Bila kita panggil-panggil, Boboi tak menyahut pun. Maybe dia tengah "high" dengan kesan bius. Muka pun macam pondan! Haha..
 Ibu ok je. Asalkan Boboi masih boleh dirawat, ibu tolonglah bayar bilnya nanti. Tapi Ica la yang sedih semacam....

*Update Boboi : setakat ibu tulis entry ni, Boboi dah balik rumah. Bil rawatan Boboi berjumlah lebih daripada 2 ribu. Ibu dan ayah share separuh-separuh. Boboi menangis bila nampak ayah datang nak ambil dia. Kat rumah pun, tiap kali ayah datang jenguk dia, Boboi mesti menangis tengok muka ayah. Dan Boboi nampak sangat trauma lepas kena langgar tu... Ibu harap Boboi boleh sembuh dengan cepat. Ameen.... :'-)

Ok sambung perjalanan raya... Lepas tengok Boboi, kita terus ke Banting untuk beraya di sana pula. Aiman sikit punya happy dapat jumpa Ica. Main-main, lari-lari, pastu gaduh.
 Dah lewat petang, kita pun beransur. Aiman apa lagi. Sedih lah dia bila kita balik. Terus dia masuk rumah, taknak tengok kita berlalu :-) klakar lah Aiman ni...

Oleh kerana salah jalan ke apa. Kita tersesat ke PICC Putrajaya! Jadi, turunlah kita selfie kat sini pula. Hehe. Walaupun ibu kerja kat sini, namun ibu tak pernah dapat jalan-jalan dan selfie. Apa gila ke waktu bekerja nak selfie? Hehehe
Ha... uplod 2 je la takyah banyak-banyak sebab tempat yang sama.. Tapi Putrajaya ni seriously tempat yang cantik untuk bergambar beramai-ramai. Apa lagi dalam cuaca yang dah redup ni. Anginnya sepoi-sepoi bahasa. Nyaman jer. 

Oklah, bertolak kita ke KL melalui jalan-jalan yang biasa ibu gunakan bila balik kerja.... 

No comments: