Pagi-pagi raya kedua, selepas subuh dalam pukul 6.30 pagi, kita
dah memulakan perjalanan balik kampung. Amboi awalnya? Tahun-tahun dulu, pukul 9 baru terkedek-kedek nak gerak, lepas tu tersekat dalam jem yang lama di kawasan Tanjung Karang. Bila dah lama kat situ, sampai ke kampong pun lambat, lepas tu nak beraya ke Perak lagilah lambat. Dah tengahari panas terik. Tak nak lah...
Sarapan di K.Selangor dulu. Masa ini sudah pukul 7.30 pagi. Perjalanan akan ambil masa lebih kurang sejam lagi untuk sampai ke tempat yang dituju.
Ibu beli nasi lemak biasa-biasa saja kat tepi CIMB Bank, sebungkus nasi lemak biasa RM2. Ayah beli yang lauk rendang ayam (feel raya kan) dan ibu ambil yang sambal kerang saja. Tumpang makan di kedai mamak tak jauh dari gerai nasi lemak tu sebab nak minum teh tariknya. Tak lama lepas tu Ica pun bangun tidur dan nak makan nasi lemak telur rebus sebiji. Ibu kena beratur lama kat gerai tadi sebab orang ramai dan beli sekali banyak. Mungkin orang KL yang balik beraya, jadi malas nak masak sarapan, terus beli nasi lemak berkodi-kodi (-_-). Sudahnya, pukul 8 pagi baru selesai makan dan teruskan perjalanan.

Ini kali pertama kita beraya ke rumah Wak Haji di Kampong Parit 3 Timur, Sungai Besar. Kampong ibu di Peket 20 Sg. Besar. Tak berapa jauh antara satu sama lain. Kita ke sini sebab embah kat sini, duduk dengan Wak Haji. Kalau dalam gambar nampak rumahnya macam besar dan lapang sangat. Macam seronok aje.
Ibu minta Paman Azam bagi lokasi rumah dengan waze, sekali tu, pukul 8.50 waze kata "you have reached destination" tapi kat kawasan yang bukan tempat dituju. Rumah Wak Haji ni di tengah sawah. Rumah yang waze berhenti tu dalam kawasan kampong (bukan sawah padi). Confused sekejap.
Rupanya Paman Azam dah bagi location yang salah (-_-)' dan terlajak rupanya. Terus transfer google location ke Note 2 ayah dan search google maps. Kalau dah biasa guna waze, memang google maps ni pelik sikit bunyinya. Tapi akhirnya sampai juga ke destinasi. Alhamdulillah...

Yelah...walaupun ibu membesar kat kampung dekat-dekat ni, tapi dah berpuluh tahun tak lalu jalan-jalan dalam kampong. Memang lost memory langsung pasal Parit 3 nih (-_-)'
Satu-satunya settee yang ada kat rumah ni. Nasib baik tak berebut nak duduk sini. Kalau nak duduk yang senang bangun, bolehlah melepak kat sini sekejap-sekejap. Selainnya, memang katil je lah tempat melepak. Kalau tak, duduk di lantai. Sebenarnya rumah ni belum ready nak dipindah masukkan (moved-in) lagi. Banyak yang belum dipasang. TV pun belum ada.
Contohnya, kawasan luar rumah masih berpasir, belum diletak kerikil. Jalan masuknya juga masih jalan denai. Kiri kanan rumah belum letak kerikil untuk kemasan. Pagar pun takde. Pintu depan yang sliding pun belum ada gril. Perabot semua masih di rumah lama di Politeknik SB. Perabot jati untuk meja makan 8-seater dan sofa pun masih ditahan di Kastam sebab lama sangat tak diambil-ambil sejak dibeli 2 tahun lepas. What? 2 tahun lepas dah habis bayar tapi belum ambil?
Semua jadi lambat sebab pembinaan rumah ni yang lambat siap. Lampu jalan depan rumah pun belum diletak. Jambatan atas sungai kecil nak masuk ke rumah pun belum buat. Tapi, Wak Hajah gigih nak juga pindah ke sini sementara masih ada kudrat. Bolehlah buat sikit-sikit mana yang boleh. Lagipun haritu katanya ada insiden pecah masuk walaupun takde barang berharga dalam rumah ni. Bukan apa. Kat kampong ni, banyak Mat Pet. Pantang kalau diorang tahu ada rumah kosong, mesti nak dijadikan port atau di "licinkan" isi di dalamnya. Sebelum itu berlaku, lebih baik rumah ni dihuni. Begitu kisahnya.
Selfie dengan embah yang sabar menunggu kita datang beraya... Macam biasa, malam tadi embah tak boleh lena. Jadi pagi ni dia ada macam pening-pening sikit.. :)
Selepas beberapa saat, baru lah embah senyum simpul.... Inilah bayangan ibu bila tua nanti (sobs...!). Lepas berselfie-melpie, ibu kemaskan bilik embah. Ala bukan buat apa pun. Cuma sapukan lantai yang berhabuk dan bersampah dengan tembakau dan sirih kering. Lepas tu susunkan baju-baju embah ke dalam almari barunya. Alahai embah cukup seronok diberikan bilik sendiri lengkap dengan bilik air, aircond, kipas, katil dan tilam baru, serta almari pakaian baru yang cukup lebar untuk isi barangan embah. Alhamdulillah...
Ibu susunkan pakaian embah yang disimpan dalam beg tu ke dalam almari supaya senang nak ambil. Lepas tu, ibu rasa embah perlukan barangan tambahan macam bakul sampah, lap kaki untuk bilik air dan depan pintu, tv baru (eh?), jam dinding dan carpet baru. Nantilah ibu usahakan mana yang dapat.

Lepas
tu, dalam pukul 10 lebih, Wak Husna pun dah sampai, dan Paman Azam pun dah ready, kita terus gerak beraya ke rumah sepupu ibu di
Bagan Datoh, Perak. Inilah satu-satunya saudara kita yang rapat sebelah embah. Tiap tahun mesti ke sini walaupun arwah Embah Bokde (kakak embah) dah meninggal 3-4 tahun dulu.Tinggallah Wak Kamsiah, satu-satunya anak arwah yang tinggal kat rumah yang diwarisi daripada arwah suaminya.
Wak Kam ni orangnya tabah. Dia takde adik beradik, tapi membesar dengan Wak Haji, Wak Laila dan Wak Husna di rumah embah masa kecil-kecil dulu. Masa tu arwah Embah Bokde selalu travel jauh-jauh dan lama. Jadi, Wak Kam membesar dengan asuhan embah. Cuma bila dah kahwin, dia tinggal dengan suaminya di Bagan Datoh. Kenapa di Bagan Datoh? Entahlah. Mungkin arwah suaminya dulu memang asal situ.
Mula-mula anak sulungnya meninggal masa umur 18 tahun sebab kemalangan jalanraya pada hari raya pertama selepas balik beraya dari rumah kami, tahun 1992. Lepas itu, suaminya pula meninggal dunia kerana terhidu racun rumpai berlebihan selepas buat kerja kebun, tahun 2004 kalau tak silap. Lepas tu emaknya pula (arwah embah bokde) sakit, kanser usus yang lama. Bila dah baik, tak lama lepas tu, meninggal juga. Kalau tak silap, tahun 2012. Tinggallah Wak Kam dengan seorang anak lelaki bongsu dan 2 anak perempuan yang dah kahwin dan tak tinggal bersama. Sekarang ni, selepas anak lelakinya ni kahwin bulan 4 haritu, dia beraya la sorang-sorang sebab anaknya beraya di rumah keluarga isterinya. Wak Kam kata, malam raya duduk rumah sorang-sorang memang sedih. Sebab teringat dulu-dulu masa suami masih ada dan anak-anak masih kecil-kecil, rumahnya meriah dan dia pun bersemangat nak masak macam-macam lauk. In fact, dulu-dulu semua kuih raya dia buat sendiri. Bahulu, peyek, kerepek pisang, kuih makmur, kuih kacang, kuih bangkit. Sekarang ni, dia tinggal sendiri... Sedih kan....
Ibu selalu ambil pengajaran berdasarkan pengalaman orang lain. Walaupun membesarkan 4 orang anak, tak semestinya ada yang akan tinggal bersama selamanya... Allah lebih tahu. Jadi bersyukurlah dengan apa yang Allah beri pada kita sebab semuanya pinjaman semata...

Aduhai, cuaca memang panas terik. Sampai je rumah Wak Kam dah pukul 11.50 pagi. Memang terik sangat! Nasib baiklah Ica ada baju gaun cotton ni. Memang tak sesuai nak pakai jubah dress meleret time panas-panas begini. Syukurlah ibu beli juga gaun ni walaupun bukan niat untuk pakai pada hari raya, at least serap peluh dan senang kena angin. Ini pun Ica tergaru-garu juga sebab tak duduk diam, asyik turun-naik tangga dan main kejar-kejar dengan Aiman.
Lepas penat main, kena berhenti minum dulu. Satu jag besar air oren ais kami sekeluarga habiskan! Lepas tu makan nasi lagi. Lauk-lauk yang dipanaskan daripada raya pertama, macam serunding daging, ayam kampung masak kari kering, sambal tumis ikan bilis, memang sedap. Ala tak ambil gambar sebab khusyuk makan nasi :)
Rumah ni memang agak bersepah sikit sebab takde siapa yang suka mengemas. Hahaha direct comment! Jadi bila ambil gambar macam ini memang nampak daif nya rumah ni. Sebenarnya taklah daif mana pun....
Dalam pada rumah tak pernah dikemas rapi walaupun hari raya, tapi tetap ramai juga yang datang beraya. Sekali beraya dengan kita masa ni, saudara-mara arwah suami Wak Kam. Lepas satu, satu keluarga yang datang.
Tengok ni gambar suasana dan gambar rumah ni keseluruhannya. Ni sebenarnya di bahagian dapur. Ruang tamunya di bahagian atas. Tapi kat atas tu lebih panas sebab bumbungnya rendah. Bumbung zink pula tu. Memang panas terasa macam dipanggang atas api. Oh tak, di bawah api. Huuuu...
Kat ruang sini la selalunya orang duduk melepak sebab bumbungnya tinggi sikit. Jauh lah sikit apinya :) Sinilah tempatnya masa arwah jenazah embah Bokde diletakkan untuk bacaan yasin. Kat sini juga embah Bokde dimandi, dikapankan dan disiapkan untuk kembali pada Ilahi.*excuse tudung ibu tak bergosok. Dah lama tak pakai bawal, tetiba pakai bawal...
Wak Kam melayan para tetamunya. Wak Kam yang tudung biru turqoise. Kiri ni Kakak Ila dan suaminya. Anaknya Aqil, sebaya Ica. Dia ni kahwin di KL, rumah Wak Husna masa di Keramat Permai dulu, tahun 2006. Kenapa kawin di KL sedangkan dia duduk di sini dan bukan kerja di KL? Sebab masa tu takde siapa yang nak tolong uruskan hal borang-borang kawin ni kecuali Wak Jenal, suami Wak Husna. Jadinya, kenalah dia kawin dekat dengan Wak Jenal masa tu. Jadi orang Sngor sekejap!
Alhamdulillah selesai ziarah raya, kita pun beransur. Keluar dari area Bagan Datoh dalam pukul 1.20pm. Dari
situ, kita terus ke Sungai Besar, sebab ibu nak belikan kelengkapan
bilik embah tadi tu. Lewat petang baru balik ke rumah Wak Haji.
Seronok juga lepak-lepak di bahagian belakang, di dapur yang luas ni. Tapi belum ada kerusi meja. Kenapa lepak sini? Sebab di depan ada ramai tetamu Wak Hajah dan Wak Haji sedang beraya. Tetamu yang kita tak kenal sangat sebab saudara mara tuan rumah. Jadi, kat mana yang embah melepak, kat situlah ibu duduk dan diikuti yang lain.
Last-last, ibu kata, kita snap gambar teruslah. Dah alang-alang semua dok melepak kat pintu belakang ni kan. Jadilah potret family yang ringkas ni. Dari kiri, Bik Yani, Paman Azam, Wak Husna dan Aiman, ibu, Kakak Seha, Embah duduk atas kerusi dengan muka happy, berdiri tu Abg Cik Haziq, yang duduk bawah dia tu Abg Irfan, Ayah dan Ica, Wak Jenal, Wak Haji, Wak Hajah dan Abg Syafiq. Yang belum sampai lagi Wak Laila sekeluarga, dan yang dah beraya Wak Hajar sekeluarga.
Konsepnya, kat mana-mana embah duduk, kat situ orang akan menempel dan melepak. So bolehlah ambik gambar keluarga. Sebabnya nanti embah tak suka orang suruh-suruh dia gerak sana sini semata-mata nak ambik gambar. Nanti dia bengang. Nak bergerak pun susah. Pastu semorang sibuk nak bergambar. Kan.
Kalau camni, lengkaplah adik beradik (kecuali Wak Hajar) walaupun anak-anak Wak Haji dan Wak Hajah nye takde sebab diorang pergi rumah lama ambik set toto dan bantal untuk tidur tetamu malam ni. Embah tu muka happy sebab anak-anaknya berkumpul. Tak susah pun nak buat dia happy (-_-')
Beradik ibu yang perempuan (kecuali Wak Hajar). Walaupun ibu yang bongsu, tapi ibu yang ter-gemuk sekali (-_-') Nasib baik comel. Hehe
Gambar ni sebelum Wak Haji masuk. Boleh tak beliau pergi mandi dulu semata-mata nak bergambar??? Macam lah boleh cium bau bila bergambar (-_-) jadi sementara tu, kenalah tunggu beliau sebab beliau yang tuan rumah.
Ehh... Ada pulak handbag hitam kat tepi tu.... :-)
Ok, cukup 5 beradik anak-anak embah :) kecuali Wak Hajar yang tak nak masuk geng ngan kita. hihi
Gambar ni boleh la di print banyak-banyak dan di framekan, bagi kat semua orang untuk jadi kenangan raya 2015 kita... :'-)
Candid. Embah dah bosan menunggu. Ni masa Wak Haji pergi mandi :)
Tengok embah yang happy. Makan nasi dengan kfc je, pun dah suka sangat. Asyik tersengih.
Selesai bergambar, semua orang makan nasi (dinner) dengan kfc je sebab malas nak masak. Ibu memang super-pemalas nak masak kalau kat rumah Wak Haji ni. Pertamanya sebab tak reti guna dapur gas dia, keduanya sebab malas nak godeh-godeh fridge dia carik benda nak masak dan ketiganya, memang malas. No reason. Hahahah!
Lepas dinner yang simple tu, terus solat Maghrib berjemaah. Lepas tu Paman Azam pun gerak balik Seri Kembangan. Esoknya dia nak ke Pahang pula, beraya di rumah mertua. Nasiblah kena drive jauh. Sebab tu ibu cari orang KL. Senang kalau raya takyah jalan jauh-jauh. Ngeeee....
Bilik embah yang jadi tempat letak beg-beg semua orang dan baju kotor. Hehe. Sebenarnya rumah ni ada 5 bilik sekali dengan bilik air dan aircond. Bilik depan sekali bilik Abg Syafiq yang belum ada katil dan tilam, jadi bilik tamu untuk Wak Husna sekeluarga. Bilik kedua Abg Cik share dengan Abg Irfan dan Abg Syafiq sebab ada sekeping tilam je. Lepas tu bilik Kakak Seha dan belakang sekali bilik embah.
Random pic : Ruang tamu yang lapang... Boleh buat padang badminton jap lagi nih.
Random pic : Hallway dari dapur nak ke ruang tamu pun boleh tahan lebar, bolehlah lepak sini bila ada tv nanti.
Random pic : Entah kenapa semua orang sibuk sangat bercakap pasal chandelier ni? Semua dah tukar kerjaya jadi jurutera lampu ke?
Ica kemain seronok lagi dapat tidur di
bilik Kakak Seha yang serba putih ala english style tu, siap ada
chandelier. Sanggup tak tidur dengan ibu dan ayah. Maklumlah, bilik
idaman katanya. Dari mula datang dah asyik usyar aje. Ibu pulak
tidur di bilik embah dengan Wak Laila, bertiga. Ibu memang siap-siap bawa bantal, toto dan selimut. Cuma ayah tidur dengan toto Wak Haji lah. Ayah tidur di ruang
tamu. Malam tu hujan lebat dengan angin kuat sampaikan air hujan tu menyusup
masuk ke bawah pintu depan dan membasahi lantai ruang tamu. Nasib baik tak
kena kat belah ayah. Tapi kena kat belah Abang Suhaib dengan Wak Abah... Habis basah comforter diorang.
Pagi yang nyaman... Alhamdulillah....
Lepas solat subuh, kalau masa di kuarters Politeknik, ayah mesti ada je aktiviti nak buat. Paling-paling pun pusing kampung dan usyar kolam pancing ikan. Kat kawasan sawah ni, mana ada aktiviti camtu. Cuma boleh cuci mata tengok sawah sajalah.
Tapi tak dinafikan, sawah bendang ni antara pemandangan yang cantik untuk diabadikan. Ibu suka kalau musim padi baru ditanam, musim bendang penuh air. Bila angin bertiup, macam kat tepi laut. Sejuk nyaman dan takde kupu-kupu gatal tu.
Sementara tu, ibu kat dapur sediakan sarapan. Apa sajalah yang ada. Wak Hajah goreng mihun dan nasi goreng. Wak Laila panaskan lauk dan buat teh o. Ibu tolong keluarkan kuih-kuih untuk sarapan, dan bagi embah sarapan dulu, roti cicah kopi.
Random pic : Rumah Wak Haji diambil daripada jalan denai depan parit.
Pagi yang nyaman... Alhamdulillah....
Lepas solat subuh, kalau masa di kuarters Politeknik, ayah mesti ada je aktiviti nak buat. Paling-paling pun pusing kampung dan usyar kolam pancing ikan. Kat kawasan sawah ni, mana ada aktiviti camtu. Cuma boleh cuci mata tengok sawah sajalah.
Random pic : Ica berlari disepanjang denai.
Kiri Ica tu parit kecil. Dalamnya ada ikan parit yang kecil-kecil juga. Sebelah rumah Wak Haji tu ada rumah sebuah. Rumah kampong lah.
Ica menelek pokok nasi.
Ibu dah memang membesar di tengah sawah, jadi pokok padi ni bagi ibu biasa saja. Takde yang mengujakan pun. Miang adalah. Kalau musim menuai macam ni, angin yang bawa miang padi ni kalau kena kulit, jadi gatal. Banyak kupu-kupu pulak tu. Kalau malam-malam, mesti kupu-kupu menghurung lampu, berterbangan dan menghamburkan miang daripada badannya. Bila kena kulit kita, masyaallah memang gatal satu badan! Kalau hidung tak tahan, boleh jadi sinus. Serious. Sebab tu lah ibu tak gemar sangat duduk kat sawah.Tapi tak dinafikan, sawah bendang ni antara pemandangan yang cantik untuk diabadikan. Ibu suka kalau musim padi baru ditanam, musim bendang penuh air. Bila angin bertiup, macam kat tepi laut. Sejuk nyaman dan takde kupu-kupu gatal tu.
Amboi ayah, sempat tengok ke kamera. Yang sana tu apa agaknya yang disembangkan. Kemain tangan naik ke atas :)
Budak kecik 2 orang ni sibuk dengan konspirasi sendiri. Asyik main tak sudah...
Main-gelak-kejar mengejar-gaduh-sepak-tumbuk-nangis. Pastu repeat lagi dan lagi... Haih..
Random pic : Panoramic view rumah Wak Haji yang lapanggggg... hehe
Ibu kat ruang tamu, tunggu berapa jam embah boleh sampai dari dapur. Macam jauh aje? Hihi
Random pic : Cousins...
Anak abang sulung, anak kakak no. 2, anak kakak no. 3, anakku... hehe
Ica je pompuan?
No comments:
Post a Comment