Jul 22, 2015

Raya 2015 : Raya 2, sambungan dan selesai

Bismillah...

Usai sarapan dan mengemas ala kadar, kita bersiap-siap untuk konvoi ke rumah anak saudara embah yang dekat sekali, Wak Umi. Rumahnya tak jauh dari rumah Wak Haji ni. Wak Umi ni pun membesar dengan asuhan embah, sekali dengan Wak-Wak yang lain. Tapi bila berkahwin, dia terus tinggal dengan suaminya dan membesarkan keluarga. Anak-anaknya sekarang dah besar-besar. Cucunya yang paling tua dah 25tahun.


 
Random pic : suasana beraya. Konvoi satu family. Siap dengan embah sekali boleh datang beraya ni walaupun nak jalan sikit punya payah. Kalau ada kemahuan, di situ ada jalannya...

Kat bawah ni semua random pic masa beraya. Makan kuih-minum-bersembang-repeat semua.
 
 
 
 
Random pic : kanan tu. Embah bersembang dengan anak Wak Umi yang no. 3, Lina namanya. Baru-baru ni Lina kena slipped-disc dan buat minor operation di hospital kat Ipoh. Sekarang ni dia masih belum sihat betul, tapi boleh bergerak lah. Dia ni masih muda. Baru 40 lebih. Anaknya 6 orang. Semua dah besar-besar dan boleh berdikari. Sekarang ni separuh badannya, yang belah belakang, takde rasa. Kebas. Jadi dia kena pakai pampers. Embah nak visit dia la. Sebab tu beriya nak ikut beraya walaupun tak larat... Embah kata, sekarang ni, kalau nak sakit tak perlu tunggu tua. Bila-bila boleh kena. Jadi kena pandai menghargai diri sendiri...

Dari situ, kita berpecah konvoi sebab Wak Husna nak terus balik Banting, jadi tinggal Wak Laila dan Wak Haji je yang konvoi dengan kita ke rumah pusaka embah. Rumah yang ibu dan beradik lain dibesarkan. Perasaan ibu? Bercampur baur lah, antara rindu, gembira dan sedih. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat kita lahir dan membesar dengan jayanya!


Jalan masuk ke rumah.
Rumah yang dirindui... Sobs!

Tepi rumah ada tangki air hujan yang dulunya jadi sumber air untuk memasak.
Laman depan yang lapang, muat 3-4 kereta.
Ini bukan pokok yang ibu pernah tanam. Ni baru..

Tak tahu apa nama tumbuhan ni. Nak kata lidah buaya, macam bukan. Tapi yang kanan tu, dulu tempat embah cacakkan daun sup yang ibu beli dari pasar. Pernah ranum daun sup yang embah cacakkan. Tapi selalu dituai masukkan dalam sup dan sayur bening.
Bilik air kat luar ni yang kanan Abg Suhaib. Dah buruk dan lapuk.
Atas tu, bilik pengantin setiap orang yang berkahwin di rumah ni (kecuali ibu, sebab ibu kahwin di KL). Kalau kenduri, belah sini tempat pasang khemah pengantin.
Embah duduk rehat di pangkin arwah suaminya. Dulu pangkin ni lebih tinggi, ada sandar belakangnya, tapi dah patah. Diganti dengan yang ini. Masa nak letak ni, ibu tolong angkatkan batu 4 segi tu, sementara azam naikkan tempat duduknya. What a memory :'-)

Sini dan menuai... Lepas menuai, sawah akan jadi lapang macam padang bola. Kalau lambat dibakar jeraminya, dan lambat dibajakkan tanahnya, akan tumbuh rumput-rumput macam lalang tu, dari jauh persis padi. Tapi lalang. Sini, tempat ayah berdiri ni dulunya ada dawai menggantung baju jemuran. Poko kelapa tu ada kat situ sejak ibu balum lahir. Jadi "tiang" untuk dawai penyidai dan pernah ibu letak pelita malam raya jugak :'-)
Tepi tangga ni dulu ada tangki kecil atau tempayan untuk basuh kaki tiap kali nak naik tangga. Air hujan yang ditadah, sejuk di kaki. Lepas semua orang dah pakai selipar, tempayan tu jadi tempat simpan ikan parit. Hanyir dan busuk. Sekarang dan takde. Hanya pasu-pasu bunga ni saja. Oklah. Masih nampak kemas dan cantik.

Ica minta ibu temaninya naik ke atas. Tapi pintu masuk yang di atas tu berkunci pula.
Wak Hajah nak bawa balik sikit kelapa untuk memasak. Banyak yang belum dikopek ni. Jadi macam demo cara-cara mengopek kelapa.
Wak Haji cuba tunjuk terrer, sebab masa dia muda-muda dulu, mengopek kelapa kerja mudah! Abg Chik nak ikut jejak langkah kot?

Tak cukup abahnya, maknya pulak tunjukkan cara mengopek yang betul. Perlukan kekuatan lelaki muda untuk mengopek kelapa, kot?
Akhirnya! Abah jugaklah yang pandai mengopek kepala. Anaknya cuma mampu sengih..
Tapi kalau nak pakai 4-5 biji kelapa, tak boleh yang tua ni mengopek. Nanti cramp lutut segala. Kena la minta tolong anak Wak Chah kopekkan. 
Kawasan belakang rumah yang dulunya ada perigi kecil untuk dipam airnya naik ke dapur untuk digunakan membasuh pinggan mangkuk.
Sekarang putik pokok kelapa sangat merimbun.
 

Giliran Wak Laila, dan photo bomb abgChik!
Wak Laila dan Abg Suhaib.
Sini memang port ambil gambar keluarga suatu masa dulu....



Tapi, kita tak naik ke atas. Satunya, ibu malas nak mengimbau kenangan silam lagi, keduanya sebab atas tu tak dikemaskan elok semacam masa ibu duduk sini dulu :'-( dan ketiganya, sebab semua orang nak menghurung makanan yang Wak Chah masak ni. Nasi himpit baru buat lauk rendang dan kuah kacang marvellous! Wak Chah buat memang sedap. Dia tunggu anak kesayangannya Izan balik beraya. Yang lelai baju putih tu suami Wak Chah, Wak An namanya.

 

Alhamdulillah dah kenyang dan sakan ambil gambar keliling rumah... Jom gerak ke rumah lain pula. Bye rumah kampungku :'-(

Kita berpecah konvoi lagi sebab Wak Laila terus balik KL. Suaminya sakit perut cirit birit pula. Lagipun Wak Laila dah semalaman tak juicing. So, kenalah diorang balik KL. Konvoi pun jadi tinggal kita dengan Wak Haji je meneruskan perjalanan raya kita.

Kampong ibu ni dinamakan Kampong Sepuluh sebab ada 10 buah rumah disepanjang blok sawah peket 20 ni. Bloknya memanjang hingga ke hujung jalan besar yang boleh tembus Tg Malim. Tapi kalau nak beraya ke semua 10 rumah, macam tak larat. Embah pun dah letih sangat. Jadi kita beraya ke satu rumah saja, iaitu rumah Pak Abu yang cantik, bersih dan besar... Anak-anaknya semua balik beraya. Seingat ibu dulu, Pak Abu ni tukang buat rumah. Tapi sekarang dia buat sawah pula. Selepas emak mertuanya meninggal, dia pun dapat bahagian sawah. Rumah arwah maknya pun tak jauh dari sini. Kira sekampunglah. Rumah yang 10 ni, semuanya bersaudara, ada kaitan antara satu sama lain, kecuali embah je yang takde kaitan sedara.
Embah kepenatan baru turun kereta. Rehat sekejap sebelum ke bilik air. Buang air dulu takut nanti tak sempat pula sampai rumah.
Pak Abu menjamu kita dengan laksa penang dan jus tembikai. Memang marvelous! Jus tembikai ni memang minuman rasminya sepanjang zaman tiap kali raya.


Bersembang...
yang dibelakang tu dah kenyang melantak laksa, pastu selfie 3-4 orang :)
Selalunya nampak buah kat meja pasar malam, kali ni nampak buah mangga kat pokok, terus heksaited! Siap boleh pegang pulak tu.
Ibu pun teruslah menjadi fotografer pelancong yang asyik sangat angkat kain bila nak bergambar :-(
 Selesai di rumah ini, kita berpecah lagi. Kita dengan Wak Hajah dan Kakak Seha ke Sungai Besar beli barang dapur sikit, sementara Wak Haji bawak embah balik rumah sebab embah dah tak larat sangat, nak baring. Jadi, selesailah raya kat kampung kali ni. Balik je daripada Sungai Besar, ayah terus masuk bilik dan tidur. Kat dapur, Wak Hajah tolong masakkan bubur kacang durian yang embah teringin makan. Ibu beli bahan je. Pastu Kakak Seha tolong buat koktel buah. Bukan main susahnya nak cari koktel dalam tin sekitar Sg Besar ni. Jenuh! Keluar-masuk kedai, pilih-pilih, banyak stok lama dan tin dah kemik. Akhirnya dapatlah beli sikit.
 Wak Hajah tengah kopek ikan bilis. Rajin sangat... Tin-tin yang banyak tu la koktel buahnya. Kak Seha tengah bancuh.
 Dah jadi, tapi penuh sangat. Kena letak dalam 2 bekas. Rasa dah sedap. Manis sedang-sedang saja.
 Ica try dulu. Lepas tu baru ibu.
 Bubur kacang durian. Sedap.... Manis sedang-sedang saja.
 Baki duriannya, embah dah makan. Embah memang hantu durian :)
Alhamdulillah... Akhirnya keinginan embah nak makan bubur kacang durian dah pun tercapai. Dah lama embah teringin tapi takde orang buat. Maybe Wak Haji tak sempat nak pergi beli kacang hijaunya. Ibu pun lega dapat penuhi keinginan embah makan bubur kacang. Habis semangkuk dan sekeping roti. Siap makan durian nye sekali. Tapi lepas tu embah pitam kat depan. Masa tetamu datang beraya. Maybe embah penat sangat lepas beraya tadi....
 Wak Hajah masak makaroni goreng untuk tetamu yang datang tadi. Ayah bangun je terus lapar, ibu hidangkan bubur kacang, koktel buah dan makaroni ni. Tak payah dinner lagi.
 Oleh kerana ayah dah solat dulu, Ica pun ikut Wak Haji dan abg-abg ni solat maghrib berjemaah kat depan.
Ica dah macam makmum dewasa je nampaknya :)
Lepas pitam tadi, embah terus terlena sampailah isyak. Ibu kejutkan juga tapi embah tak bangun. Mungkin badannya belum cukup recharge tenaga. Bila embah bangun, kita pun bersiap-siapp untuk balik KL. Alhamdulillah. Terima kasih Allah kerana beri kita peluang beraya tahun ini. :)

No comments: