Jul 23, 2015

Raya 2015 : Habis dah raya?

Bismillah...
Apa yang tak seronok pasal raya ialah perjalanan yang panjang dan lama. Kita beraya mestilah nak melawat ke sana ke mari. Itulah semangat raya kan... Kalau raya tapi duduk diam di rumah, baik tak payah namanya.

Haha poyo kan statement.

Kita ni nak dua-dua. Beraya pun nak. Taknak tersekat jem pun nak. Waze memang banyak membantu kita ikut jalan yang tak berapa jem sepanjang raya ni. Sekarang ni orang yang berkereta dah ramai sangat. Masing-masing cuma tahu jalan yang sama. Itu yang jadi jem panjang.

Lepas raya, kononnya kalau balik KL malam2 tak jem? Memang jangan haraplah :) Alhamdulillah waze tunjukkan jalan yang "terang". Maka sampai la kita ke KL dalam kurang daripada 3 jam. Mungkin dalam 2 jam je kot. Alhamdulillah....

Sesampai je di rumah, inilah makhluk yang paling rindukan ibu. Habis digigit-gigitnya tangan ibu, di tawafnya ibu ni satu badan masa ibu baring kat sofa. Diciumnya pipi montel ibu ni. Maybe kalau dia boleh bercakap, dia sedang tanya ibu, kemana korang pergi ha? Aku ingatkan korang dah tak balik-balik dah... hehe

Ibu plan hari Isnin ialah hari "berehat" kita di rumah selepas raya. Yelah, nak kena cuci pakaian, sapu lantai, etc sebelum Ica mula sekolah semula hari Rabu dan sebelum ayah dan ibu mula kerja hari Selasa. Jadi, pagi-pagi lagi ayah dah siap basuh separuh baju dan sidai. Separuh lagi, ibu kata nak settlekan. Lepas tu ayah kemaskan sangkar kucing, bersihkan dan letak bumbung kadbod untuk letakkan Boboi. Dah siap semua, ayah dan Ica pergi ambil Boboi dari wad.
Ibu kat rumah dah siap mandi dan kemas bilik tidur, terus ke dapur ingatkan nak masak nasi. Baiknye ayah dah belikan ibu nasi lemak kerang campur paru  untuk brunch. Pekena koktel buah yang ibu tapau semalam. Alhamdulillah memang best banget!
Lama betul ibu menunggu Ica tak balik-balik dari hospital vet, rupanya orang tengah ramai dan ayah nak kena dapatkan bil daripada doktor. Tu yang lama sangat. Bila dah dapat bil, terkujat terus ayah sebab kena bayar RM2000 lebih untuk belanja rawatan dan pembedahan kaki Boboi tu.

Ibu pun terkejut juga tapi pujuk-pujuk ayah supaya dia tak rasa down sangat. Ini semua kan pelaburan akhirat kita. Asalkan kita dah cuba bagi yang terbaik untuk tolong Boboi... Sekurang-kurangnya ada harapan Boboi nak baik... Lagipun, masa ayah ambil Boboi kat wad, ayah kata bila Boboi dengar je suara ayah panggil dia, Boboi terus menitis air mata macam manusia menangis. Lagilah ayah jadi sayu..

Ni semua takdir Allah. Mungkin ujian pada kita, atau mungkin juga sebab Allah nak tingkatkan level kita sebagai hambaNya. Mudah-mudahan...

Memanglah ralat nak bagi RM2 ribu tu hanya untuk kucing. Dahla kita ni bukan orang senang sangat. Baik la kita guna duit tu untuk tabungan universiti Ica. Kan? Tapi, duit tu tak kemana pun. Insyaallah jadi bekalan akhirat kita. Ameen.... Lama kemudian. Barulah ayah nampak ceria balik. 

Lepas letakkan Boboi dalam sangkar, kita pun gerak nak beraya ke rumah makcik jiran depan rumah tu. Tapi takde orang pulak. So, kita teruskan beraya ke Bentong saja, ke rumah sepupu ayah belah arwah datuknya, Makcik Salmah. Kononnya ikut perancangan asal, kita ni nak konvoi dengan Mak Ngah Intan yang nak bertolak pukul 5 petang. Masa kita sampai Bentong baru pukul 4.30 petang. Jadi ayah ajak singgah ke pekan Bentong dulu, sebab ayah nak makan lemang To'ki yang femes tu. Sambil-sambil menunggu Mak Ngah Intan, bolehlah isi perut dulu kan.

Customer kat kedai makan ni punyelah ramai. Nak makan nasi dengan kari dan ayam goreng rempah pun dapat baki-baki aje. Sayur takde. Katanya, kalau waktu tengahari, lauk-lauk kampung kat sini memang menarik. Tapi nampaknya takde rezeki nak makan lauk kampung. Dapat nasi dengan kari dan ayam goreng pun dah sedap.
Haa...sampai bertambah nasi dibuatnya... Lapar ke? Entahlah. Tapi mulut rasa macam nak makan. Padahal tadi dah brunch nasi lemak! Adeh... Tengok tu mangkuk sambal belacan dia hampir habis walaupun tadi ambil penuh, memang best sangat sambal dia. Pedas manis pijar!
Ica je la yang tak makan nasi sebab kuah karinya agak pedas. Cuaca panas terik pulak tu. Jadi air minuman kosong yang sejuk tu memang cepat je habis.
Settle makan, call nenek untuk tanya diorang dah sampai ke mana. Laaaaa... diorang belum bersiap pun lagi. Masa ni dah pukul 5 lebih. Jadi, ibu cakap ngan ayah, kita gerak je dulu. Cepat pergi cepat la balik. Kalau tak nanti jalan jem panjang.... Kita pun gerak dulu dan sampai rumah Makcik Salmah pukul 5.35petang.
 Masuk je dalam rumah, Ica terus usyar kuih-kuih raya dan rasa setiap biskut yang nampak menarik. Memang berbaloi bawak Ica ni sebab tak segan-segan nak makan.

 Memang buat muka tak malu. Tapi ibu pun tak halang la sebab raya kan. Ini lah masanya nak makan kuih raya. Kalau tak, susah juga nak jumpa biskut-biskut macam ini.
Anak-anak cucu-cucu Makcik Salmah semuanya ada kecuali sorang yang muka macam Korean tu. Elok kita sampai, diorang pasang movie kartun Banana Minion untuk menghilangkan kebosanan sebab kita tak tahu nak bersembang apa dengan Makcik Salmah. Selalunya kita ni jadi tempelan je. Nenek yang berborak dengan Makcik Salmah.
Selepas beberapa minit, Ayah call semula nenek. Laaa diorang baru aje gerak dari UK Perdana. Memang sejam lah baru sampai. Menunggu la lagi.... Tapi kita tak buang masa gitu aje. Bila je Makcik Salmah keluarkan mihun goreng, buah-buahan, air mangga dan last sekali, spageti goreng, berdesup lah Ica minta disuapkan dan ibu pun join sekali. Semuanya sedap. Siap ada rambutan lagi. Ica makan rambutan banyak sangat, lepas tu ayah suap mihun goreng 2 kali tambah. Lepas tu makan kuih raya pulak. Bila ibu makan spageti goreng, Ica minta juga habis sepinggan. Aih budak ni ada harapan nak mengembang semula!
Terdengar bunyi menangis dari dalam bilik tidur yang di depan. Rupanya ada baby tengah menangis nak tidur takde orang dodoikan sementara bibiknya ke dapur. Ibu pun pinjam sekejap.
Bila ibu pegang camni, kena-kena kat angin kipas kat atas tu, dia pun macam nak terlena. Ibu rasa pelik aje pegang baby. Maklumlah dah 7 tahun tak pegang baby. Rasa cam kekok aje.
Pukul 6.45 barulah rombongan Mak Ngah Intan yang bawa Nenek dan konvoi sekali dengan Kak Nadia sekeluarga sampai.... Dah sejam kita makan-makan tak henti, barulah diorang tiba... Haih. Makcik Salmah pun keluarkan baki rambutan dari dapur dan menjamu kita semua. Yang paling teruja ialah off course Ica...
Yang tengah tunduk makan spageti ni suami Mak Ngah Intan. Ica tu tengah nak ambik rambutan 3-4 biji sekali harung untuk ayah kopekkan kulitnya.
Inilah Makcik Salmah si tuan rumah. Kebetulan pada masa yang sama Mak NGah Intan sampai tu, ada saudara Makcik Salmah pun baru sampai.
Selepas melantak sebanyak-banyak rambutan, barulah nampak Ica dah tak teringin nak petik lagi buah rambutan tu. Dah kenyang agaknya. Jadi, pukul 7.30pm, elok je lepas azan Maghrib, kita pun gerak balik KL. Ayah singgah di masjid tak jauh daripada rumah Makcik Salmah untuk solat jamak.

Pukul 8 kita memulakan perjalanan, pukul 9.45 kita tiba di rumah. Alhamdulillah... Walaupun jalan utamanya jem teruk (kata waze), kita berjaya ikut jalan dalam. Ibu seperti biasa lah mesti tidur punya. Ayah berborak lah dengan Ica. Rupanya ayah lalu Jalan Karak yang banyak cerita seram tu. eeei... nasib baik takde apa-apa. Ibu percaya kalau kita mulakan perjalanan dengan kebergantungan pada Allah, dengan baca doa setulusnya, Allah pun akan lindungi kita dan bantu kita merasa mudah dalam perjalanan tu. Alhamdulillah...

Macam mana keadaan pejabat pada hari pertama ibu masuk kerja? Kalau ibu boleh imbas semula, masa kat KL, balik je cuti raya, keadaan pejabat dah hingar bingar macam biasa. Tapi ibu tak pasti sama ada ibu cuti lama dan balik bila semua benda dah berfungsi macam biasa, atau memang semua orang tak cuti lama dan bila masuk je kerja semua mesti meneruskan aktiviti macma biasa. Entahlah.

Tapi di POJ ni, hari pertama ibu masuk kerja, iaitu Raya ke5, suasana masih macam masa ibu datang 2 hari sebelum cuti raya tu. Lapang. Kosong. Sunyi dan sejuk sangat. 

Bilik pejabat ibu di bahagian belakang sekali, sepatutnya ada 7 bilik pegawai, tapi hanya ibu yang datang bekerja. Sunyi dan menyeramkan. Ibu buka Youtube mengaji sepanjang masa sebab ibu tak boleh solat.
Meja-meja staff pun masih kosong sebab kebanyakan staff ambil cuti sampai 23hb (Khamis).

Ada sorang saja staff bahagian Sijil Amalan yang datang bekerja. Tapi ibu tengok dia tak bekerja pun. Dia cuma main FB je.
Sementara tak banyak kerja, ibu pun ambil masa untuk kirakan duit raya Ica. Siap tulis kat sampul duit raya tu "Duit Raya Arissa" dan "Ica ada tiga ratus"...ibu macam boleh sambungkan lagi "Ko hado?" hehehe.... Dah siap kira, ibu pun nak masukkan ke dalam akaun ASB Ica. Baru ingat nak ke ASNB di depan pejabat tu, kawan ibu, Kak Mahfuzah WA ibu tanya nak ke keluar makan dengan dia. Eh mestilah nakkkkkk...
 Kak Mahfuzah bawa ibu ke Alamanda sebab beliau nak makan YTF. Sedap sangat katanya. Ibu tak minat YTF. Masa ayah berniaga YTF puni bu jarang nak makan. Jadi ibu beli Japanese Food kat sebelah kaunter YTF tu. Tetiba beliau kata, eh nak makan juga lah Japanese Beef ni. Entah-entah sedap. Sekali bila makan je, rasa daging masak kicap yang banyak halianya dan ayam goreng tepung  yang diletak sos ikan. (-_-) sama ada ibu yang tak tahu menghargai rasa makanan ni sebab jahil atau memang makanan tu tak sedap...! Tapi yang penting, Kak Mahfuzah belanja taw! She's so sweet...
 Candid! Akak cuma belanja minuman aje. Jimat kan? Hehehe.... Lepas lunch tu ibu terus ke ASNB untuk teruskan niat menabung untuk Ica. Sekali tu orang punya la ramai....! Semorang nak buka buku akaun baru. Tu yang jadi lama sangat. 2 jam menunggu!
Rasa macam nak bertukar menjadi hulk hogan! Tak tahan sangat....!!!! Tapi finally ibu survived! Alhamdulillah... Maka baliklah ibu ke bilik, menyambung jam-jam bekerja yang sangat bosan sebab takde kawan nak kacau!

No comments: