Dec 31, 2015

Bye 2015 hello 2016

Bismillah..

Diam tak diam, kita dah sampai ke penghujung tahun 2015. Terasa begitu cepatnya masa berlalu. Alhamdulillah masih meneruskan baki kehidupan yang Allah kurniakan ini.

Dah beberapa bulan ibu "cuti" daripada membuat entry baru dalam blog ini. Bukan sebab malas. Bukan juga sebab terlalu sibuk. Semua kesibukan dan tugas harian boleh dirancang dan disusun Insyallah. Tapi, website ini asalnya ditapis pihak MAMPU, jadi tak ada sesiapa yang dapat login. Apatahlagi mengemaskini entry baru. Mujurnya, hari ini tiada tapisan. Lantas, inilah masa yang sesuai.

Di kesempatan ini, ibu nak coretkan semua yang menarik tentang Ica. Dan tentang kita. Mudah-mudahan ia akan menjadi kenangan yang manis buat kita apabila Ica dewasa nanti. Insyaallah.

Januari 2015.
 
 Ica masuk darjah satu. Alhamdulillah... Ololololo comelnya anak ibu ni.
 Bukan grad. Ini gambar ibu pada OLY pertama yang ibu sertai sebagai peserta perbarisan dan juga ahli jawatankuasa kecil.
 Noneng yang masih berbulu pendek dan selalu takde mood.

 Birthday ayah...
Februari 2015. 
 
 Percubaan untuk menjual kereta proton wira ibu sebab ada hajat di hati nak beli kereta baru sebelum masuknya GST. Tapi, tak berjaya menjualnya sebab harga paling tinggi yang ditawarkan tak menepati standard ibu :-( akhirnya, ibu keluar duit sikit untuk tukar gear jadi auto dan servis macam biasa. Sekarang, kereta ini la yang ibu gunakan ke pejabat setiap hari. Alhamdulillah. Moga panjang lagi jodoh ibu dengan kereta pertama yang ibu beli daripada gaji ibu. Dah 11 tahun usianya, sama lama dengan tempoh ibu bekerja.
 Ayah bawa Ica untuk appoinmnent kali pertama di HKL atas saranan Dr. Salmi untuk cek tahap dengkuran dan sama ada perlu buang tonsil yang selalu membengkak.

Mac 2015.

 Rumah kuarters semiD yang tak jadi kita pindah sebab ibu tak sanggup nak tukarkan sekolah Ica ke sekolah biasa...
 Hari sukan sekolah Ica dan Ica tak la pulang dengan tangan kosong sebab satu-satunya acara yang Ica masuk ni, dapat tempat kedua. Alhamdulillah...

Appoinment pertama di pakar kanak-kanak HKL pula.

April 2015.

 Kali pertama Ica menikmati perjalanan panjang dengan public transport daripada rumah sampai ke tempat kerja ibu...
 Musim ibu pula untuk dapatkan rawatan pertama di Pusat Respiratory HKL.

 Ica jumpa anak saudaranya, anak Kak Eli yang comel montel lasak...

 Abang sepupu Ica, Abg Poji mendirikan rumahtangga dan ini kendurinya di rumah arwah Embah Bokde di Sg. Batang.
 Kita buat potluck di rumah Wak Lela sebab dah lama ibu tak jumpa adik ibu  yang hitam dan poyo ni. Ahaha..
 Minggu yang Ica kena duduk di rumah Wak Laila, dihantar dan ambil oleh Abg Suhaib sebab ayah kursus di Port Dickson dan ibu di Shangrila KL.
 Masa bertugas, ibu terserempak dengan Yuna. Penyanyi tu... Ah tak kisahlah kalau ibu nampak tua sangat dalam gambar ni. Sebab memang ibu lebih tua daripada dia..

Keseluruhan tenaga kerja yang sama-sama bertugas dengan ibu dan bos kami. Ibu yang kanan sekali. Dalam kegelapan.

Mei 2015.

 Birthday ibu...
 Outstation dengan boss dan ditemani dinner yang sedap-sedap dengan host yang peramah dan baik hati ni.
 Kali pertama makan tengahari dengan geng Divadass. Jadi rapat selepas itu.

Ica dah habis baca Juzuk Amma, dan ibu belikan alQuran yang juzuknya terbahagi dalam buku yang berasingan. Alhamdulillah. Mudah nak bawa ke mana-mana sebab hanya bawa buku nipis yang ada satu juzuk saja.
Jun 2015.

 Ica puasa penuh kali pertama ini kecuali ada beberapa hari yang Ica demam dan dehydrated. So, ibu belanja baju raya princess yang Ica nak. Siap dengan kasut princess.

Julai 2015.

 Dengar ceramah sempena bualn Ramadhan dengan geng lunch yang tak boleh g lunch.
 Akhir ramadhan, ayah layankan kehendak ibu nak pergi shopping baju raya di PWTC yang sesak dengan manusia....
 Selamat hari raya...
 Macam shooting raya outdoor pula, padahal ini baru balik daripada beraya di rumah Wak Husna...


 Boboy menemui ajalnya selepas menderita sakit selepas kena langgar sampai hancur kakinya...

 Raya pertama kali di rumah baru Wak Haji di kampung...

Kisah parking dan OKU yang tidak mungkin ibu lupakan dalam sejarah hidup ibu. Ia adalah pengalaman hidup paling mengajar dan melukakan. Meninggalkan bekas pedih dalam hati ibu yang ibu takkan maafkan kerana ia terjadi. Moga Allah ampuni dosa ibu.

 Ogos 2015.

 Beraya ke rumah bos di Bangi. Ini rumah ke 6 pada hari tersebut.

 Ica check-in ke wad Kanak-Kanak HKL untuk sleep study.

 Pengalaman yang tak menarik sepanjang 2 hari di sini. Dengan alat yang tidak boleh digunakan. Haih.
 Bulu Noneng dah jadi panjang sangat sampai nampak macam hantu ke apa ni?

September 2015.

 Raya di POJ. Itu gerai berhias kita yang menang no. 2. Jadilah. Ibu buat apa? Tolong tampal saja.

 Noneng nak minta bulunya di trim, tapi kami takde duit nak bayar kosnya sampai beratus ringgit...

 Ica pertama kali rombongan ke KLCC dengan kawan sekelas.


 Ica ke kelas tambahan hari Sabtu untuk ganti subjek yang Ica lemah macam BA dan Jawi.


Balik kampung dan ber BBQ..

 Kenduri doa selamat Mak Ngah Intan nak naik haji...

 Hari yang gembira sebab ibu dapat sijil kepujian buat kali pertama dalam perkhidmatan. Ahhh... kesin betul. Sobs! Member sebelah ibu tu hampir tiap tahun ada sijil begini :-(

 Alhamdulillah...

 Oktober 2015.

 Musim jerebu sebab kalimantan terbakar hutannya...

 Pertama kali ke Toy'sR'Us dan Ica kata rasa macam nak beli semua mainan kat sini, sebab best sangat. Aiyyo... gaya dah sama macam ayah. Copy guru besar kot...

 Nampak macam poyo aje sampai kena pakai tutup muka yang mahal ni, siap dalam dia ada charcoal untuk tapis udara. Orang tengok pun macam pelik. Tapi kesihatan kita, kita la yang menjaganya.

November 2015.

 Berita baik untuk ibu, Ica excell dalam peperiksaan akhir tahunnya. Alhamdulillah. Mengaji pun semakin lancar dan dah habis hingga juzuk 3. Ica dapat 100markah untuk BI subjek kegemarannya dan dapat naik pentas masa Takrim nanti. Yahu.

 Hari takrim.

 I m a proud mommy.
 Proud daddy.
 Proud teacher aka Wak Husna.

Proud family.
 Arwah Wak Derik meninggal dunia... Inna lillahi wainna ilaihi rojiun. Selang 10 hari daripada adiknya meninggal dunia sebab sakit tua.
Disember 2015. 
 
 Cuti dah mula. First ke kuzium coklat.

 Balik kampung.
 Legoland....!!!
 Hello Kitty Town!




Alhamdulillah...
Semoga tahun 2016 lebih baik daripada tahun ini. Amiin...

No comments: