i Ibu dan ayah bukan dah gave-up dengan Arissa yang selalu sgt sakit dan amat jarang sihat wal-afiat. Tapi kadang2 ibu stressed-out sendiri. Anak orang lain tu, ada juga yang tak minum susu ibu, tapi sihat aja. Kenapa anak ibu yang sorang ni asyik sakit?
Ayah buat kesimpulan sendiri.
"Ni orang tua2 kata lah... mungkin nama Arissa tu tak sesuai dgn dia..."
Ayah sebenarnya berhati2 dgn apa yang dia kata sebab tahu ibu ni cepat melenting dgn benda2 tak sahih yang melibatkan perkara2 mutasyaabihaat ni.
Tapi kali ni ibu tak melenting pun. Ibu wonder.
"Yeke?" Macam orang bodoh je respon ibu. Masa tu kami berdua sedang asyik menonton channel 551 Astro. Channel yang membosankan ibu, tapi menjadi kegemaran ayah hampir di setiap waktu!
Ibu teringat, anak angkat embah (bapak ibu) yang juga kakak angkat kami, nama asalnya noraini. Tapi sejak bayi dia kerap menangis, tak mahu susu. Badannya kurus kering. Pak Jalil sebelah rumah tu kata, elok tukar namanya. Sebab kurus kering. Dia bg nama baru "Basah", sebab nak bagi yg kering tu lembap, dan supaya bayi tu gemok sikit. Kebetulannya nama tu sesuai dgn dia. Jadilah org panggil dia "Kak Chah" sampai sekarang. Dah tua dan beranak pinak dan bercucu. Sihat wal-afiat aje.
Mungkinkah Arissa ni kes yang sama?
"Habis tu, nak tukar nama apa?" Kata ibu lagi.
"Hmm... kena panggil dia Amni lah. Nama yang lagi satu." Balas ayah.
"eh, tak sedaplah... nanti org sebut Amani. Dah bukan nama dia. Tak naklah!" Protes ibu perlahan.
"Habis tu...?" Ayah malas nak bertekak. Terus memulangkan jawapan pada ibu sendiri.
"Panggil aje Aisyah. Habis cerita. Arissa.... Aisyah... lebih kurang aje bunyinya."
Bila nak tidur, ibu fikir2kan lagi apa yang ayah kata. Dan apa yang ibu cadangkan.
Ibu tak percaya nama Arissa terlalu berat utk Arissa. She's not that bad. And the name is not too good. Arissa tu maknanya "pengantin baru". Dalam kamus bahasa lain, maknanya "kekuatan". Sifat Pengantin Baru, mestilah seorang yang manis, berseri2. Kekuatan dari sudut menjaga kehormatan utk suaminya.
Arissa manis apa...
Arissa kuat jugak.
Kuat menangis. Suaranya lantang. Besar dan nyaring. Silap2 org ingat suara budak dah sekolah. Sungguh!
Kuat merajuk.
Kuat meragam.
Dalam pada memikirkan tentang nak tukar nama Arissa, ibu teringat kisah Pn A kat ofis. Dulu suaminya sakit dada. Ubat hospital tak dapat nak ubatkannya. Akhir sekali ikhtiar jumpa dgn seoran pengamal perubatan alternatif, namanya Wak Salleh. Alhamdulillah, dia baik. Siap Wak ini "bersihkan" rumahnya daripada gangguan mahkluk halus.
Ibu pun terfikir tentang Wak Salleh.
Memang ibu tak percaya perubatan alternatif ni. Sebab tak ada scientific explanation.
Lagi pulak nenek sangat taksub dgn bomoh.
Dulu masa ayah kecik, nak hilangkan tonsil pun kena jumpa bomoh. Huh! Tak boleh ibu terima!
Apa yang membuatkan ibu tiba-tiba teringin nak jumpa Wak Salleh, tanyakan tentang Arissa?
Oh, Ibu cuma nakkan pendapat ketiga. Manalah tahu, Wak Salleh boleh tengokkan nama Arissa ni. Sesuai ke tak. Perlu tukar ke tak. Ini, doktor tak boleh buat. Dan ibu pun tak perlukan penjelasan saintifik.
Jadi, ibu gesa ayah jumpa Wak Salleh semalam juga. Ayah balik rumah lepas asar. Ayah siap2, lepas solat maghrib ayah berdesup pegi Gombak, carik rumah Wak Salleh. Sebelum tu ayah dah siap2 google-earth alamatnya. Ayah dah call Wak Salleh, tanya nak bawa apa. Wak kata tak perlu bawa apa2, dan Arissa tak perlu datang pun. Cuma bawa nama penuh dan tarikh lahir.
Arissa menangis bila ayah keluar rumah sebab tak ajak dia naik broom broom utk sepanjang hari tu. Jenuh Ibu pujuk Arissa. Bagi pen dan kertas baru la diam. Nak jadi reporter ke anak ibu nih?
Secepat kilatnya ayah pergi, rupanya ayah dapat nombor 10. Ibu kat rumah pun berdebar2 tunggu ayah balik.
Jam 12mlm, ayah masih belum dapat jumpa Wak Salleh. Baru giliran no. 5. Kata ayah, kalau diikutkan, Wak Salleh panggil 1 org dalam 1 jam. Jadi giliran ayah pukul 5 pagi nanti. Aduh... Kesian ayah. Lapar... Mengantuk...Letih. Ibu kat rumah pun sama2 tak dapat tidur walaupun Arissa dah siap berdengkur...
Akhirnya ibu terlena selepas jam 1 pagi. Tiba2 ibu terjaga semula bila ayah bagi salam. Ayah dah balik. Masa itu jam 2.45pagi. Kata ayah, dia dipanggil awal sebab orang no. 8 tak ada. Ibu eager sangat nak tahu findings Wak Salleh. Ayah pun cerita.
Wak Salleh scan Arissa dari jauh. Arissa ni ada masalah dengan usus dan penghadamannya. Sebab itu Arissa kerap muntah2 dan tak berselera mkn. Susu anmum tak sesuai sebab panas. Jadi Wak Salleh cadangkan tukar susu snow P7 campur dgn nestum madu. Cuba sebulan dan dtg semula next date. Wah siap ada next date!
Ibu ternganga dengar cerita ayah. Sebab?
Doktor Salmi pernah cakap pasal Arissa ada masalah usus. Ada masalah penghadaman. Dokter suruh bagi Arissa makan buah. Tapi Arissa tak suka buah. Jadi Ibu gantikan dengan air madu. Pagi2 ayah bagi Arissa makan vitamin. Tapi Arissa tetap ada masalah bila nak yak. Keras dan nampak menyeksakan.
Dulu memang Arissa minum susu snow. Tapi susu ni susah nak jumpa, especially kalau balik kampung. Harganya lebih mahal berbanding Anmum. Tak pernah dijual dgn harga promosi. Ayah dan Ibu decide utk tukar susu sebab ingatkan Arissa okay dgn Anmum dan boleh beli dgn harga promosi.
Okey, kita cuba dulu cadangan Wak Salleh ni utk sebulan, wpun susu snow P7 tu adalah untuk bayi 1-12 bulan.
Ayah cerita lagi. Kata Wak Salleh, doktor yang merawat ayah masa ayah ada batu karang kat buah pinggang hari tu dah salah buat kesimpulan tentang keadaan kesihatan ayah. Sebenarnya ayah bukan saja ada batu karang kat buah pinggang belah kanan, malah kat hempedu jugak. Jadi Wak bagi ayah petua untuk elakkan minum air buah yang ada hampas, dan makan ubat akar kayu yang Wak syorkan.
Ibu hairan.
Mana wak tahu pasal ayah dapatkan rawatan batu karang kat pusrawi dengan doktor Rasyid specialist batu karang tu? Mcm mana Wak boleh tahu, batu masih ada dalam buah pinggang kanan ayah?
Diam2 ibu rasa, Wak Salleh ni magical lah...
Tapi tak thrill sebab Ibu expect, ada gangguan/campurtangan spiritual dalam kesihatan Arissa+ayah. Rupanya takde... Heheheeh...
Ibu happy sebab ada alternatif selain menukar nama Arissa.
Tambah happy sebab lepas ni kalau kita tak sihat, bolehlah dapatkan nasihat pemakanan dari Wak Salleh. Kalau Doktor bagi petua, semua makanan kena elak. Tak spesifik langsung.
Mungkin Allah "menjawab" doa ibu. Ibu nak sangat tengok Arissa sihat sejahtera macam kanak2 lain. Mungkin inilah "caranya" Allah kabulkan doa ibu. Syukur Alhamdulillah...
2 comments:
alhamdulillah.. anakmu dah sihat berkat kehendakNYA... takde ke pengeras utk peng'rekomen' wak salleh tu?.. :)
Post a Comment