Aug 11, 2010

Pertama Ramadhan 1431H = 11/8/2010

Hari ini puasa pertama tahun ini, insyaallah permulaan Ramadhan yang mulia. Ayah berjaya joint solat isyak dan terawih jemaah yg pertama di surau depan rumah tu. Alhamdulillah tercapai cita2 ayah. Ibu kat rumah, terpaksa tak ikut ayah sebab nak temankan Arissa tidur. Lagipun hari pertama solat sunat terawih ni orang mesti berduyun2 kat surau tu, sampai saf keluar surau. Mana nak letak Arissa kalau ibu ikut ayah.

Arissa dah semakin baik. Mukanya yang semalam dan kelmarin penuh bintik2 merah sebab ruam, dah semakin licin. Mulutnya yang mengerutu sebab ruam pun dah semakin elok. Cuma ruam di pergelangan tangan dan leher masih belum hilang. Mungkin 2-3 hari lagi.

Alhamdulillah Arissa nak minum susu (snow P7 for baby age 1-12 months) tu dicampurkan dgn nestum madu. Tidur pun nyenyak. Kentut kuat, dan yak pun very nice. Ibu dan ayah sangat puas hati. Bagus betul cadangan Wak Salleh tu. Patutlah ibu asyik tersasul nak panggil dia "Dr Salleh". hehe... Ayah kata, Wak Salleh tu ada klinik kat Jepun. Sebulan sekali dia akan ke sana. Wahhhh...walaupun macam tak percaya sgt ckp ayah, tp ibu anggukkan aje. Wak Salleh sebenarnya ada rumah kat Rawang. Banglo... No wonder lah. Tengok aje berapa ramai pelanggan dia. Walaupun tak ada bayaran tertentu utk perkhidmatannya, tapi mesti dah banyak pemberian orang yang dikumpul.

Bila dah sihat, Arissa lasak. Nak panjat itu ini. Nak tidur pun bersilat dulu. Kena tutup lampu. Mainkan lagu asmaa'ul husna 5-6 kali, barulah nak lena. Ibu pun tidur awal juga lah. Ayah balik solat terawih pun ibu tak perasan.

Pagi tadi, pukul 5 mcm biasa ibu bangun panaskan nasi dan buat kopi panas untuk sahur. Petang semalam ibu masak ayam kicap dan sayur kobis goreng aje. Itu pun kelam kabut sambil masak sambil layan karenah manja Arissa yang menangis nak berdukung. Ayah kat bengkel hantar kereta. Bila ayah balik, dia tolong gorengkan ikan patin. Ibu suka sgt ikan patin goreng. Basuh bersih2 dgn asam jawa. Lepas tu ayah potong kecik2 supaya tak meletup dalam kuali dan garing. Tapi subuh tadi, ibu aje yang makan patin goreng tu. Ayah kasik habis ayam kicap kegemaran dia. Petang ni, ntah lauk berbuka apa agaknya yang ibu nak masak. Rasanya beli dari kafe aje kot. Balik nanti tinggal panaskan.

Sepatutnya hari ini giliran nenek jaga Arissa. Tapi last minute nenek kata dia kena pegi "re-shoot" drama pulak. Alahai, susah betul ada nenek selebriti nih :-D kalau betul2 selebriti, boleh tahan jugalah. Ni selebriti hangat2 aje. Jadi, ayah kena mengalah dgn ibu. Dia lah yang cuti hari ni.

Taska Athirah akan tutup 2 hari bermula esok disebabkan wabak penyakit tangan, kaki dan mulut. Mungkin bukan Arissa sorang yang jadi mangsa. Arissa ni senang "dapat" penyakit dari orang lain. Jadi mungkin dah ada budak lain yang terkena, kemudian menjangkit pada Arissa. Eloklah Taska tu tutup sekejap, dan buat cucian mana yg patut.

Cuma ibu risau. Isnin Selasa Rabu depan ni ayah akan out-station ke Johor. Kesian tak ada org nak jaga Arissa. Terpaksa hantar juga ke Taska pagi2 6.30am masa ibu nak pegi kerja. Ibu sangat cuak...

No comments: