Aug 12, 2010

Ramadhan 2 = Me & Hubby's anniversary :-)

Berbuka lauk apa semalam?
Soalan biasa awal Ramadhan ni. Kalau yang rajin tu, mesti dah siap2 bungkus lauk dari kafe. Kalau extra rajin, balik2 terus masak. Masak untuk berbuka dan sahur sekali.

Aku?
Memang ada pegi kafe pukul 1 semalam. Tp lauk dah habis. Tinggal sisa, jadi takde mood nak bungkus. Elok pulak husband kat ruma ter- rajin nak masak sementara Arissa tidur petang. Dia buat bihun sup. Bila aku balik, we all tolak stroller Arissa jalan2 kat bazar ramadhan.

Bazar ramadhan hr pertama memang lah havoc+ramai gila+sesak sampai nak jalan kene mengetam = mengereng sbb susah nak lalu. Lebih2 lagi nak tolak stroller. Huh memang berpeluh2. Akhirnya aku beli ayam goreng tanpa tulang yg nipis dan nampak sedap tu (sbb lapar kan) tapi mahal = RM5... dan Husband beli roti john yg org kerumun tu. Roti john punya pasal, we all berpecah sebab husband nak kena patah balik masuk dalam gerombolan org yg ramai2 tu, manakala aku bawak Arissa carik fresh air. Akhirnya aku dgn Arissa yang tgh layan minum susu dan mkn ayam goreng, dok berpiknik kat belakang van yg parking kat tepi Shell, sementara menunggu ayah selesaikan perjuangan roti johnnya...

Usai buka puasa yang biasa2 saja tu = sebab tak menghidang pun atas meja, buffet sambil tgk tv + layan Arissa, we all berpecah dgn tugas masing2. Ayah terus ke surau, Ibu masuk bilik dgn niat menidurkan anaknya yang lasak itu. Ayah tentunya berjaya dgn solatnya, Ibu? Berjayakah menidurkan anaknya? = nando!

Aku terlelap, terjaga. Terlelap, terjaga. Sebab Arissa main dgn teddy2nya sambil tgk kartoon network. Sesekali Arissa naik atas badan aku dan tampar2 pipi.

Dengan Arissa yang terpekik2, dgn tv yang kuat, lampu yg terang, aku boleh terlena? Memang hebat sungguh penangan penat puasa hari pertama. Hehehe...

Sudahnya, bila Ayah balik pukul 10.30, Ibu masih tak tidur lagi. Arissa pun masih tak puas2 main. Berapa kali dah aku tgk dia masukkan teddy dalam almari siap babai nak naik katil. Tp bila atas katil, sibuk kacau aku tidur. grrrr...tension aje.

Ayah pun relax depan tv, Arissa joint ayah, Ibu beransur ke bilik satu lagi utk solat isyak dan terawih bersendirian...Sudahnya, lewat pukul 12 juga lah ibu tidur. Pukul 5 dah bangun semula untuk siapkan sahur. Sempat la tumbuk sambal, sebab sahur suka makan pedas2...baru laju :-)

Okey apa just tumbuk sambal. Jiran sebelah tu, persiapan sahur dia dah bunyi mcm persiapan masak utk lauk raya. Menumbuk mesti nak laju dan kuat. Pastu menggoreng mcm pakai kuali besar. 3-4 kali ulang bunyi menggoreng. Hish tah lauk apa la yg dia masak pagi2 buta nih.

Hari ni kebetulan anniversary kita. hehehe...
Nothing happened last night :-D
Selalunya org akan fikirkan sesuatu utk celebrate.

Aku? Erm, kena kerja. Jadi tak plan apa2. Husband? Dia lagi teruk. Tak pandai plan.
Mulanya aku plan nak ambil 2 hari cuti, semalam dan hari ni. Kononnya nak sambut puasa dan anniv. Tapi Allah tak izinkan. Sebab Isnin, aku EL jaga Arissa. Tk sempat nak apply cuti. Lagipun cuti dah tinggal sikit sgt. Kebanyakannya digunakn utk jaga Arissa demam.

Cuti raya dah booking. Baru booking sebab belum approved lagi. Ala raya pun tak kemana. Tak perlu berebut cuti dgn org lain :-)

Aku mood happy hari ni :-) wpun lawyer case management tetap datang selepas pukul 9. Dan ptg nanti ada meeting dgn TSJ lagi.

No comments: