Jan 18, 2011

why me?

Apabila ditimpa kesusahan dan musibah, pernah tak terfikir "kenapa aku?" "kenapa bukan dia?"
Well, aku selalu kata begitu. Sesungguhnya tak baik berprasangka buruk dengan Tuhan. Dari sudut positifnya, tentulah Tuhan menguji hamba-hambanya yg dikasihi.

Ya, Tuhan kasihkan aku [berfikiran positif].
Mudah-mudahan ia bukanlah suatu bentuk kafarah (balasan buruk atas perangai jahat) untuk dosa-dosaku.

Semalam mesyuarat dengan Bos Penyelia. Mula pukul 3.30pm, aku antara yg awal kena "penangan" tapi lepas tu kena tunggu sampai mesyarat habis sampai pukul 5.30 pm bagi "penangan" kat orang lain pulak. Sungguh bosan, aku sampai terpusing2 biji mata tahan mengantuk. Sambil-sambil cuba aplikasi hp baru, nak ambil pic Bos tengah membebel tu, sekali shutter sound tak off, siap dengan flash lagi! Macam kilat memancar kat muka Bos. Lagi elok sebab duduk kat front line betul-betul sebelah bos. Semua orang pun tengok aku kehairanan dan tergelak.

Haih...malu.
Tapi, hilang kejaplah mengantuk aku tadi. Mujur Bos buat tak perasan. Atau dia tak faham apa sebenarnya yang aku cuba lakukan. Atau dia fikir, disebabkan dia glamour, maka aku sangat tergedik nak rakamkan pic dia (owh pleaseeeee lah)

Tak tak...bukan nak cerita pasal tu ja.
Aku nak cerita pasal kehidupan aku yang kadangkala pathetic ni.
I have a huge inability. I m not able to speak out my mind so that others could understand me.

I m just a plain 'budak baik' yang dalam hati ada banyak jahat.
I hv tried not to become so nice to ev'one that in the end semua kaki nak pijak atas aku.

But I m just soooo not good (as against bad) at saying "no!" or "tak nak!" to any request.

Patethic is the shortcoming.

Semalam tiba-tiba Pn S (ala bos lama tu lah) datang bilik aku dan kata "siapa yg boleh pergi melaka esok? antara Lin dgn Cik A, cepat!"
Aku dgn Cik A baru lepas mentekedarah lunch. Sib baik dah sudah. Kalau tak, sure ada orang tercekik tulang. Boleh ke suruh2 orang mcm suruh bibik kat rumah dia? Jawapannya tentulah boleh, sebab dia kan bos.

Cepat-cepat si A kata, owh saya tak boleh puan, husband saya outstation. Susah nanti.
Tp Pn S laju ja potong - ala, tak susah apa lah, naik office car...
Dan-dan tu dia paling kat aku. May be dia fikir aku lah harapannya. Aku tak berapa dengar part yg dia kata kenapa dia tak boleh pergi Melaka tu, sebab aku dok fikir apakah alasan nak menolak. Seee.... nak kata tak boleh/tak nak pun berminit-minit nak dapatkan alasan. Slow betul!

So Lin, pegi ek? Nanti akak arrange kan office car.
Aku - er... er... (eh, bukankah aku ada keje, hari-hari buat profile, kejar masa. Kalau aku pergi, sapa pulak nak ganti kerja aku?)

Oh ya, dah dapat alasan munasah. Saya tak boleh puan. Kan saya kena buat profile... (fuhh lega dapat melepaskan diri)
Dia pun mcm tersedar - oh iya lah... ala, siapa nak ganti akak ni... (pastu hp dia berbunyi, dia terus duduk kat bilik aku tu angkat fon) kebetulan office fon aku pun berbunyi.

Tau tak apa jadi bila dua talian sedang digunakan dalam satu bilik kecik oleh 2 orang yang telinganya tak berapa nak ada lubang?

Bingit lah!

Yang aku ni tukar telinga kanan ke kiri, hello...hello...can u speak louder... I can't hear you (yelah sebab masa yang sama aku asyik dengar Pn S cakap dgn kawan telefon dia dengan nada yang soprano) duhhh... aku suruh caller tu call semula dalam 10 minit sementara aku pergi mesin faks tengok surat. Tinggallah Pn S dalam bilik aku, cakap telefon dgn kawan dia, mcm dalam bilik dia.

Pathetic kan aku, sebab tak berdaya berbuat apa2...
Itu satu.

Dalam meeting dgn Bos Penyelia tu, aku di "cross-examine" oleh Bos tentang planner Dato' Boss lama aku dulu. Kenapa tak ada kes dalam bulan 3 dan kedepan. Apa method yang Dato' guna untuk dispose kes. Aku pun jawablah - thorough case management. He is saving the days for difficult cases that are impossible for case management's disposal. Anyway sepatutnya soalan tu dia tuju kat empunya diri lah. Aku siapa nak report2 ni? Busy body ke? Kau pergi lah marah dengan dia. Sebab belakang kau dia mengutuk beriya-iya. Tahu?

Ok fine. Bos Penyelia pun tengok statistik jabatan dan jumpa 16 kes thn 2007 yang masih belum dilupuskan. Dia nak suruh Dato' ex-boss aku yg handle. Itu, out of my control. Aku ke bos? Mestilah bukan. Dia kan bos semua orang. Dia je lah yang bagitahu Dato' tu. Apa kena mengena aku?

Malangnya dia nak suruh aku pergi carik 16 kes tu dan buat profile, bagi kat dia supaya dia boleh assign kat Dato' tu. Aku pun bagi alasan yang aku dah jadi officer Dato' yang lain, dan aku in charge lagi byk fail untuk interlocatories. Mcm mana nak ada masa? Kenapa aku? Officer lain ada je. Mcm P ke, N ke, A ke, atau sapa2lah. Antara kami2 ni, hanya aku yg ada daily basis profile kena siapkan dan hantar. Kalau ikutkan, aku dah ada banyak kerja. Tapi kenapa aku lagi yang nak kena? Tau dia kata apa?

Nevermind, you are under me. If I were assigned for this job, I would get it done without delay. I'll bring the files home and work over the night while feeding my children.

Semua org tengok dia. Dia memanglah boleh... dia mana ada anak kecik... Dia ada drebar. Takyah sangkut jem kejang kaki. Ada org bawakkan beg dan segala macam brg office. Kalau organ dia boleh letak-cabut, sure ada jugak org tolong bawakkan. Kat rumah tak payah nak susah2 kemas itu ini. Nak buka fail, ada org suakan.

Manakala aku? 1000 kali tak terbandingkan....

So, can you? - lagi sekali dia tanya. Aku tetap geleng2 tapi aku tak tahu nak kata apa alasannya...
Masa ni Pn S came to the rescue (tepuk2 kat Pn S) - I think it's not appropriate to burden her further as she's doing profile which needs opinion and all that. 

Bos ni, kalau Pn S cakap apa pun dia musti dengar. Kesayangan kot. So dia pun bagi 2nd thought. Dia tak jadi suruh aku, dia suruh orang lain instead. Fuh lega... Pn S pun siap jeling kat aku dengan senyuman sinisnya (yang aku translate sendiri - cakap tu biar terang, bela diri sendiri, tahu?!)

Ya... walaupun Pn S telah membuat kacau ganggu dalam bilik aku, tapi dia dah tebusnya dengan menyelamatkan aku....shd gv credit to her. [tepuk-tepuk kat dia...]

So pathetic me.
Aku dalam kereta, kalau drive tu, sampaikan nak kena langgar pun aku boleh cool lagi. Paling teruk pun cakap heh bodoh! Tak belaja bawak kereta ke? Naik bas lah. Kalau terpaksa drive mcm siput kat belakang kereta yg suka ambik angin pagi2 selepas melepasi jem, pun aku bersabar dan cuma kata apalah lembab sangat keta depan ni, kereta ke kura2 yang dia naik tu... sesetengah orang siap boleh hon, sikit2 hon, lembap sikit, hon. Kadang2 tak puas dgn hon, siap keluar muka kat tingkap sebab nak jerit kat driver lain. Yang naik motor tu lagilah, pantang bila kita nak potong jalan dia. Tak cukup hon/pin, dia angkat jari hantu kat kita. Eleh mcm dia je ada jari hantu.

Delayed response aku ni kadang2 menyebabkan kerugian sendiri. Sebab aku masih ingat masa awal2 beli kereta dulu, kat rumah flat yang aku sewa tu, ada kereta tengah reverse, aku tunggu nak lalu. DIa reverse sampai nak langgar depan aku, aku dalam kereta boleh tak teringat nak buat apa (sebab tak boleh reverse, belakang ada keta) pdhal boleh je tekan hon. Panic semacam semua benda pun lupa. Habislah kemik bumper depan tu... Sadis.

Sometimes I wish I could become someone else, who is tough, firm and respected by others even before the 1st word uttered from his/her mouth.

1 comment:

Anonymous said...

juz think this way.. we r somebody for someone.. ur pathetic is not a such weakness even.. think it as ur strength.. not all people can be cool as u done all this while.. cheer up che lin.. dun be so cedey la... be strong & look forward for the rest of our temporary life.. ;)