I admire this one particular sar, I mean, my junior officer.
Nope.
Not because she's a cute male officer.
Nope.
Not because she is extra intelligent, graduated from the best uni of the world with the best pointer a law grad could hv achieved.
Nope.
Not because she's extra gorgeous and I m such a lustful lesbian. eee...tolonglah!
Nope.
Not because she loves to bodek boss kipas baek punya!
Nope.
It's not that she works directly under my command and I love all her works because her efforts reduce my works.
No no no...
She's just an ordinary junior officer with a strong will to develop herself and she works good effort to learn something new and tak berkira tenaga. Aku dengar dia tak kisah kerja sampai lewat. Berbuka kat dalam store masa operasi fail pun dia tak apa. Aku like : whattt? itu terlebih sudah...
Nak kata cantik sangat, erm biasa je. Okaylah. Tak cantik sangat. Tapi sedap mata tengok. The best part is, SHE RESPECTS EVERYONE, ESPECIALLY THE SENIORS. Itu la yang membuatkan dia sangat 'mahal' dan sampai tahap priceless. ececeh...
Dulu, Kak M pernah kata, dia ni okay, masa jadi sar kak M. Reliable and tolerable and paling penting RESPECT dia punya TP. Susah sekarang ni nak dapat yang RESPECT kat senior officer. Ala aku bukan nak orang respek gila2 cium bontot segala menda. Tidak tidak tidak... cukup kalau boleh tegur begitu begitu (sebab aku pun taklah hebat sangat cium bontot senior2 aku), lepas tu kalau senior beri kerja, tak menolak dan tak pula terima tapi dibelakang memberontak!
Dia yang aku admire ni sekarang menjadi rebutan 2 bos. Tak tahulah sama ada dia sedar atau tidak. Yang bos belah kami ni, suka sebab dia sangat2 bagus dalam case management.
Memanglah aku tidak dijadikan Tuhan sebagai seorang yang suka jaga tepi kain orang lain. Tapi ada masa2nya, aku boleh jadi sikit kepoci. Yelah, apabila aku kena buat sampai 27 kes dan habis lewat bila makanan dalam kafe pun tinggal sisa, tapi ada officer yang buat 27 kes tapi habis pukul 11, aku pun mestilah nak tahu, apakah rahsia dia? Itu sebab, aku pun terus mencuri2 tengok (eh tak payah curi2 pun,semuanya public document kan) minit dia, dan masyaallah...sangatlah recklessnya... hampir tak jadi proceeding kot. Mungkin sebab nak laju dan reduce possibility of the lawyers complaining? Tapi lawyer ni, kita buat baik2 pun kena juga komplen. SO? Mungkin sebab dah penat, tak larat nak selak2 fail buat elok kot? Habis tu aku dan Cik A boleh aje flip2 fail sambil flip2 mata tengok jam-alamak, lapar...
Dan oleh kerana aku kena buat profile, dan minit2 case management sangatlah membantu, dan lagi minit2 itu dibaca secara detail oleh Judge aku, maka, dari minit2 itulah kita boleh menilai tahap kerja seseorang pegawai yang ada ni. Ada TP yang buat minit macam nak berperang. Semua nak ditulisnya. (Aku lah tu) sebab senang, bila fail tu next time around dapat kat aku balik, aku tak payah tanya banyak2 soalan detektif Conan kat peguam. Tapi aku selalu dapat fail yang minit orang sebelum tu very reckless. Tak ada apa2 pun. Ibaratnya kalau minit tu terhilang, tak beri apa2 kesan kepada fail tu. Jadi aku kena lah transmit jadi detektif semula. Tidaklah aku kata yang aku ni pandai sangat buat minit prosiding iye. Cuma mungkin aku tak reckless. Sebab kalau aku reckless, yang teruk masa buat profile nanti, aku juga kan.
Dan sebab aku buat profile juga, maka aku kerap terjumpa reckless minutes yang tak bagitahu hari itu proceeding untuk lampiran berapa, permohonan apa, dan apa kertas kausanya, tiba2 pap! terus fix depan Judge. Aku dan sar terpaksalah tercari2 mana satu yang dimaksudkannya. Kalau dalam fail tu ada 1 je permohonan, oklah, tak ada masalah. Tapi kalau fail tebal yang ada 3-4 bundle, dan ada berpuluh2 applications yang dah dengar dan yang belum, nak2 pula nombor lampiran bagi setiap volume fail tu berkecamuk, ha...takyah bayangkanlah. Memang lepas tu rasa nak tumbuh tanduk kat dahi, nak tandukkan reckless officer tu. Apa, dia fikir kami ni mesin perincih fail, atau mesin penyusun kertas, boleh saja menyemak semua volume dengan kadar 100 kertas sesaat? huh.
Dulu, aku sangka, reckless minutes were caused by reckless officers who are less experience, perhaps because she/he is a junior, or had no other legal experience.But this sar is only 1-2 years experience. How can she beats the minutes made by TP who has been at least 5-8 years in service?
Jadi, bukanlah pengalaman yang mempengaruhi kerja. Tapi sebab sikap. SAR yang rajin dan perihatin, minitnya sangat kemas, teratur dan 'berisi' semua maklumat yang detektif Conan perlukan. TP yang malas, tak perihatin, semedang stress dan tak ada semangat bekerja, telah buat minit yang menaikkan darah orang lain.
TP inilah mungkin antara officers yang dikatakan seumpama "rotten egg" oleh Tun dalam temubual eksklusifnya dengan the Sun (yang dah online skang ni) hari tu. Rotten egg, hantarlah walau ke mana, takkan jadi apa kat tempat tu. Menyusahkan lagi ada. Tapi, kenapa mereka dihantar ke sini? Tempat yang kes mahkamahnya macam cendawan tumbuh lepas hujan ni...?
Jadi, berbalik kepada SAR yang aku admire tadi, sebab sikapnya yang rajin dan dedicated (walaupun kadang2 ada blur sikit), suka bertanya jika tak pasti tentang sesuatu, dan hasil kerjanya tidak mengecewakan, dia kini menjadi harapan bos kami untuk menggantikan pegawai2 yang telah meninggalkan kami. Masalahnya, dia juga menjadi harapan pihak satu lagi untuk gantikan seorang pegawai baru yang katanya tak kompeten dan less experience. Hish! tolonglah. Can you leave us alone?~ececeh poyo sikit ni.
Aku harap sar tu akan teruskan dengan sikap positif dia dan takkan putus asa bila pada suatu masa nanti dia akan bosan dengan repetitious work yang dia perlu hadapi. Dan aku akan monitor dari jauh melihat perkembangannya, disamping membuat update di muka surat ini. :-D
1 comment:
not all in service wants to be of service..this SAR sounds like a gem of a find for you...
Post a Comment