Jun 10, 2011

Memujuk hati

Hari ini baru aku sedar. Rupanya kesedihan itu semacam amarah. Ia perlu dilepaskan untuk merasa lega. Sama macam nature calls for toilet. Rasa nak terkucil atau terberry. Perlu sangat ke tandas untuk 'lepaskan' segalanya supaya kembali lega.

Masalahnya, aku masih tak jumpa cara melepaskan kesedihan ini. Orang kata, lepaskan melalui bicara dengan teman-teman. Sudah. Tapi sebal itu masih berbuku. Tulislah dengan panjang lebar. Juga sudah dalam entry sebelum ini. Tapi masih belum puas. Akhirnya aku kembali pada Dia. Aku tanyakan Dia. Mengapa Allah? Mengapa nasibku malang hari ini?

Dan aku tak expect Tuhan menjawab 'on the spot'. Mungkin esok atau lusa jawapannya akan hadir. Aku cuba lah untuk bersabar sebagaimana aku memang menjadi seorang yang menjaga sabar. Sabar itu umpama sinaran matahari (Muttafaq 'Alaih). Walaupun ia panas membahang, tapi ia adalah sumber tenaga alam.

Ya Allah aku mohon sangat kesabaran ini diperpanjangkan menjadi istiqamah. Aku bukan tak biasa kecewa. Sudah lali. Terlalu banyak yang aku doakan, tidak ku dapati pada masa aku meminta. Tapi kerana Tuhan yang Maha Adil, aku selalu mendapat pengganti permintaanku. Walaupun lewat. Justeru aku harus sabar.

Memang. Memang banyak dugaannya semasa mahu mengajukan permohonan HLP bulan lepas. Sebab itu aku ralat sangat dengan Ket Jabatan yang tak meluluskan aku.

Aku bersiap siaga semenjak tahun lepas, bimbang terlepas tarikh. Hampir setiap hari bermula April aku melawati laman web eSilav.gov untuk dapatkan kepastian bila tawaran dibuka. Apabila dibuka, keadaan tak mengizinkan aku untuk terus bertindak kerana suami kemalangan. Beberapa hari berulang alik ke Pusrawi dan menguruskan sendiri anak. Dalam masa yang sama sibuk dengan kerja di pejabat. Masaku habis begitu saja tanpa sempat duduk sekejap dan meluangkan masa menyediakan kertas cadangan. Aku pun sememangnya tidak sihat. Selsema, batuk dan lelah berlarutan hingga sakit dada.

Hari Jumaat yang aku terpaksa juga ke pejabat untuk profail, aku dimaklumkan semua borang permohonan perlu dihantar pada Isnin minggu depannya. Aku panik. Sabtu ahad dihabiskan dengan membuat cadangan. Entah apa-apa yang ditulis. Terasa betul2 dungu sebab menulis tanpa jiwa. Bodoh. Isninnya kelam kabut mendapatkan approval pengarah, sebelum kelam kabut membuat salinan scan untuk diemelkan, dan kemudian hard copynya. Usai semuanya dengan lelah, tiba2 dapat tahu tarikh dilanjutkan.

Tak marah dengan pembuat polisi 'sesuka hati'. Sebab mereka yang ada kuasa. Biarlah mereka yang 'menjawab' dengan Tuhan nanti.

Begitu bersungguh2nya aku, begitu susah payahnya aku, tiba2 begini jadinya. Aku umpama gelas yang dipegang seorang yang gila, naik ke tingkat atas sekali bumbung kompleks 7 tingkat ini, dan tangan si gila mencampakkan aku si gelas ke bawah. Aku jatuh dah berderai. Menjadi cebisan kaca kecil2 yang halus. Itulah aku.

Pihak Ketua Jabatan lah yang sepatutnya menjaga kebajikan aku. Kenapa JPA boleh tanya mana borang permohonan aku? Ini seolah2 bermaksud, tanpa melalui Ket Jabatan, aku sudah boleh pass over permohonanku ke JPA. Aku tak ralat jika JPA yang menolak permohonanku sebab mereka yang keluarkan belanja.. Ini, borangku disekat sebelum tiba ke sana.

Teruk sangatkah markah temudugaku?
Kenapa Dato' CR beri peluang pada A untuk baiki kertas cadangannya yang salah, dan kemudian benarkan dia lulus?
Kenapa Dato' tak beri peluang pada aku macam tu juga kalau cadangan aku entah apa2 tak ada isi atau teruk sangat?
Kenapa Dato' kata "tak perlu, saya saja je..." apabila aku tanya, perlu tak saya ubah apa2 dalam proposal saya? seolah2 dia mengesahkan yang sesi temuduga hanya untuk formaliti?
Kenapa...?

Dan akhirnya aku tiada jawapan dan terpaksa akur dengan jawapan aku sendiri ~ mungkin bukan rezeki aku. Yang lain mengesyorkan, tak apa, cuba lagi tahun depan... Mudah kalau ia hanya paperless, atau ada orang tolong usahakan.

Cuba lagi, boleh.
Temuduga lagi, insyaallah boleh.
Tapi aku tak tahu perasaan aku pada masa itu nanti.
Keadaan aku pada masa itu nanti.

Mungkin nawaitu aku yang salah.
Orang nak pergi sambung belajar untuk dapatkan ilmu.
Aku?
Untuk berehat....dan berpoyo2an dengan kelulusan baru.
Ceh!
Tapi, bukankah kebanyakan yang nak pergi pun sama saja niatnya?
Entahlah...
Lagi sekali jawapannya, belum rezeki kamu.

Pagi ini aku bangun dengan kepala berat selepas migrain. Tapi kugagahkan semangat sebab hari Jumaat ada pasar depan LHDN dan berkira2 nak shopping tudung baru. Yes, tudungku cuma dari pasar malam. Bukan Ariani, Hajaba, jauh sekali Fareeda. Janji selesa dan berbaloi.

Malangnya, pasar hari ini tidak ada. Aku dan Cik A pulang dengan tangan dan harapan kosong.
Kita akan bermula dengan "malangnya" jika sesuatu yang diharapkan tak kesampaian.
Betul?
Aku tak suka mengatakan diriku malang. Tapi, hakikatnya, hari ini nasib malang bertimpa2 padaku.

No comments: