Tapi ia bukan sebab ibu malas, cepat putus asa atau tak sayang Arissa.
All mothers love their baby.
(ibu-ibu yang terlibat kes buang anak pun mungkin sayangkan anak mereka tapi hati mereka telah dirasukki syaitan jadi mereka fikir pendek dan buang anak) <---pesanan khidmat masyarakat.
Selepas dilahirkan melalui cesarean pada pukul 12.55am 24/9/2008, Arissa terus tidur sehingga pagi. Jadi, Arissa tak menyusu. Esok paginya lebih kurang azan subuh, ibu angkat juga Arissa dan cuba disusukan. Arissa respon dan menghisap. Tapi sekejap. Mungkin keletihan sebab struggle tak mahu diberanakkan, jadi Arissa tidur semula. Bila matahari dah tegak, baru Arissa menangis. Baru ibu susukan Arissa. Selepas beberapa minit, agaknya Arissa pun penat menghisap dan tak dapat hasilnya, Arissa tidur semula. Tapi setiap jam Arissa akan bangun dan menangis. Ibu cuba lagi, dan lagi dan lagi sehinggalah ibu dibenarkan balik rumah esok tengaharinya. Masa itu, ibu dah cuba susukan Arissa setiap setengah jam selama 2 hari dan puting pun sudah merekah dan luka. Ibu rasa, Arissa bukan hisap susu, tapi hisap darah.
Untuk merehatkan puting, sebaik saja balik ke rumah, ayah terus belikan susu anmum untuk Arissa, dan Bepathen cream untuk puting ibu yang luka.
Tengok di bahagian bawah tin. Memang lah susu ibu yang terbaik, tapi kalau dah tak boleh, kena juga minum susu ni. Takkan nak biarkan perut lapar. Ye tak.
Mungkin kerana lapar sangat, Arissa menyedut dengan bersungguh2 setiap kali diberi susu ni. Sampai tersedak2. mungkin Arissa fikir, semalam sedut kuat2 tak keluar susu, hari ini sedut kuat lagi. Sekali terbanyak pula susu yang keluar :-D
Sekali bukan susu ibu daaa...
Atas nasihat dokter, ibu selang selikan susu botol dengan puting ibu yang dah baik sikit. Tapi Arissa jadi keliru. Apa nih???Kejap susu banyak sampai tersedak, kedap susu takde. Tidaaaakkkk....!!! Dan Arissa pun menangis dengan nyaringnya. Apabila Arissa menangis, ada air hidung. Tambah pulak air ketuban yang tak disedut habis. Biasanya air lebihan ini akan kering sendiri. mengikut nasihat dokter pakar kanak2 Pusrawi itu. Tapi rupanya, ia tidak terpakai untuk semua bayi. Termasuk Arissa.
Air hidung sebab nangis + air ketuban yang tak kering = Arissa selsema dan hidung sumbat. Susahnya hati ibu. Untuk mengelakkan Arissa menangis, ibu pun berusaha nak tambahkan susu ibu. Jenuhlah makan sup lobak putih setiap hari. (Baca : setiap hari) siang malam pagi petang. Ya Allah memang azab bosan. Sampaikan sekarang ni, tengok lobak putih pun tak boleh! Baunya apatah lagi!
Ayah juga tak putus asa, belikan ubat hormon dari kedai singseh. Selalunya memang berkesan pada orang lain sebab sudah ada testimonial (testimonial cuma hearsay, bukan evidence ya) tapi kebarangkalian ini tak terpakai untuk Ibu sebab walaupun makan pil hormon bertepek2, susu ibu tetap malu nak keluar.
Ibu juga cuba urut di bahagian dada. Lalukan dengan air suam (semasa mandi). Cuba picit sendiri puting untuk melatih laluan susu. Gunakan pam yang ayah beli. Tapi tidak berjaya -_- Ibu tak boleh paksa Arissa sedut sebab kalau sedut2 tak dapat, Arissa menangis dan selesema. Ibu tak suka kitaran itu berulang sebab nanti ibu juga yang susah... Akhirnya, ibu pasrah dan susukan Arissa dengan susu anmum tu.
![]() |
| about 3 months |
Dokter Salmi kata, kawalan usus Arissa masih belum baik. Usus terlalu menyerap cairan yang menyebabkan po-po keras. Adalah mustahil nak paksa bayi minum air kosong banyak2 untuk melawaskan po-po nya. Arissa juga alah dengan protin haiwan. Jadi dia mencadangkan susu ini. Ia berciri hypoallergenic, sesuai dengan bayi sensitif macam Arissa.
Dulu NAN H.A.(hypoallergenic), sekarang dah tambah PRO. Tak tahulah apa yang pro nya susu ni.
Alhamdulillah kesannya memang serta merta. Arissa dah tak po-po keras dan tak menangis lagi. Tapi ekzema tetap ada. Dokter kata ekzema akan hilang apabila Arissa besar nanti.
Dalam masa setahun, Arissa tiada masalah dengan susu ini. Walaupun rasanya agak pahit dan po-po nya warna hijau gelap (macam makan sayur). Tapi selepas setahun, Arissa mula po-po tak konsisten. Kadang-kadang cirit, kadang2 keras. Ibu tanya lagi dengan dokter Salmi. Dia cadangkan supaya bertukar susu sebab mungkin sistem penghadaman Arissa dan 'jemu' dengan susu ini. Dr. Salmi cadangkan susu ini. Snow yang snowie...
Apabila bertukar susu, kesannya terhadap po-po adalah serta merta. Tak payah tunggu sebulan atau 2 minggu. Malamnya minum susu, esok pagi po-po dah nampak kesan. Arissa pun sama. Perutnya sesuai dengan susu ini. Kata Dr Salmi, susu ni sejuk dan rendah protin haiwan. Mungkin sebab itu Arissa sesuai.
Selepas beberapa bulan, penghadaman Arissa 'meragam' lagi. Po-po keras lagi. Dr Salmi kata, mungkin perlu tukar susu lagi. Cuba berikan anmum semula. Susu untuk membesar memang perlu trial &error untuk mengetahui kesesuaiannya. Tapi ibu taklah nak try semua jenama. Rabaklah poketku nanti :-) tapi syukur Alhamdulillah dengan anmum, Arissa ok pulak. Ekzema di mukanya akan 'menjelma' bila dia berpeluh yang melampau saja. Bila keadaan biasa, kulitnya bersih.
Ada suatu ketika yang Arissa demam panjang. Itu selepas Arissa dapat suntikan imunisasi 18 bulan. Nurse yang buat injection tu memanglah nurse yang super senior (nak pencen dah kot) maklumlah klinik kerajaan. Tapi bab kebersihan ni, bukan kira senior-junior. Dokter Salmi kata, mungkin ada jangkitan kuman semasa suntikan. Itu yang jadi demam. Sebabnya, Arissa tak pernah demam untuk suntikan imunisasi sebelum itu. Iya, walaupun Arissa baby sensitif dan mudah dijangkiti penyakit, tapi Arissa tak pernah demam selepas suntikan. Kali itu saja, yang terakhir itu yang dia demam. Sebab ada jangkitan kuman. Isk, geram pulak bila terkenangkan semula nurse senior tu.
Lepas suntikan, Arissa demam, selsema dan batuk lelah. Baik sekejap, dapat pula jangkitan penyakit tangan kaki dan mulut. Masalah besar bagi Arissa sebab dia suka sangat muntah. Menangis sikit, muntah. Tak dapat sendawa, muntah. Kalau demam dan ada lelah, muntah. Pendek kata muntah sesaja. Ada satu masa tu tiap kali minum Arissa muntah. 5-6 kali muntah sampai ibu dah tak larat nak ganti bajunya. Ayah pun bengang nak bagi makan ubat kalau asyik dimuntahkan selepas itu. Sebab kekeringan, Arissa pun warded. Pada harijadi ibu tahun lepas -_-
Selepas discaj dari Pusrawi dengan diagnose ringkas (3 hari warded, tapi diagnos sangat simple) 'keracunan makanan'. Ibu memang tak puas hati. Keracunan apa benda kalau tak ada cirit birit. Muntah sesaja? Hish. Mengarut paed ni. Tak ada kemungkinan ke Arissa ada reflux (GERD) ? (right klik)
Bila balik rumah pun (dengan ubat yang berkilo dan bil yang mahal) Arissa tetap muntah juga (yea, walaupun tak kerap), jadi ayah pun jumpa Wak Salleh. Dia ni sebenarnya pengamal perubatan alternatif. Tapi istimewa sikit sebab bukan hanya benda halus yang terbang2 saja dia boleh nampak. Yang 'halus' dalam tubuh badan manusia pun dia boleh scan :-D (nak contact number dia?hehehe)
Selepas 'scan' ala2 misteri nusantara, Wak Salleh 'diagnose' Arissa ni imuniti badannya lemah. Perutnya senang masuk angin. Ada masalah penghadaman. (Wah, diagnose dia sama macam dokter Salmi lah!) Oleh itu, dia mencadangkan supaya jangan beri minuman madu secara terus. Panas untuk tubuh bayi. Tak elok untuk buah pinggang. Susu yang dicadangkannya mesti dicampur cereal ada madu. Madu ada khasiat yang memudahkan penghadaman. Memang spesifik betul jin Wak Salleh ni bagi preskripsi. No joke!
+
Susu + cereal (ada beras dan madu) = budak montel yang happy.... :-DFormula tu memang berkesan pada Arissa. Masalah muntah-muntah berkurangan, po-po okay, demam pun berkurangan (kalau tak dalam sebulan tu, Arissa cuma sihat beberapa hari, selebihnya demam yang panjang sebab terdedah pada persekitaran taska), dan dia 'membesar' dengan baik... Syukur Alhamdulillah.
Sekarang Arissa masih dengan campuran susu ini. Cuma susu dah tukar ikut perkembangan umur. Tapi ayah kata, sebab Arissa dah nak 3 tahun, mungkin ususnya dah cukup matang kalau tukar susu lain. Ayah cadangkan susu ini.
Jenuhlah ayah dengan ibu membanding2kan kelebihan snow dengan nespray ni dalam kedai susu tu. Akhirnya, bandingkan sudut harga pula. Yang ini memang jauh lebih murah daripada snow. Ibu ikut saja. Kalau sesuai lagi bagus. Kalau tak, kita tukar snow semula. Arissa pun dah tak menyusu banyak sangat sebab dah makan makanan lain. Arissa dah boleh kawal perutnya supaya tak muntah suka hati. Tapi kadang-kadang kalau datang mood nak pekenakan orang, dia nangis sikit2 lepas tu muntah. grr...
Pagi tadi selepas ibu sahur, ayah bancuhkan susu nespray, Arissa minum sikit saja. Selalunya waktu macam tu, Arissa boleh habiskan 6 oz terus. Takpe takpe...malam ini cuba lagi.







No comments:
Post a Comment