Selalunya hari Jumaat Arissa balik dari tadika (atau Ibu balik dari ofis dan cek beg tadika Arissa), ibu akan terus keluarkan pakaian kotor masuk dalam bakul dan bekas susu untuk terus cuci. Jumaat lepas, semuanya macam biasa, kecuali ada satu buku latihan menulis yang ada dua garisan dan ruang gambar di atasnya yang ada nama Arissa.
Buku latihan tu lebih kurang macam inilah. Tapi ada garisan warna merah antara garisan biru tu. Masa kita kecil dulu, buku ini digunakan untuk latihan menulis huruf dan melukis gambar.
Ok, jadi ibu keluarkan buku itu dan tengok sekali lalu dengan perasaan hairan kenapa buku ini dibawa balik Arissa. Tapi budak ni pun kadang-kadang suka bawa balik p'alatan sekolah. Jadi, ibu anggap, Arissa 'ter' bawa balik buku latihannya. Termasuk kad raya yang kononnya dibuat Arissa, untuk ibu dan ayah :-)
Tanpa sikit pun rasa syak wasangka, Ibu masukkan buku tu dalam beg. Masukkan beg dalam kabinet. Dan Sabtu Ahad pun berlalu dengan macam2 aktiviti di rumah, seperti mengemas setor, sapu dan mop lantai macam biasa, etc. Sempat juga merayap sekeluarga ke Jalan TAR sebab Ibu nak beli baju raya (ngeee...) yang ada saiz hanya dibutik Norai Apparel depan Sogo tu. Ibu puas hati dapat 2 pasang jubah yang ibu rasa cool...
Hari Ahad malam, macam biasa juga, ibu akan kemaskan beg Arissa untuk sekolah esok harinya. Pek pakaian sekolah, lampin dan susu. Ibu tengok semula buku latihan dalam beg itu. Kali ini ibu tengok sampai muka surat terakhir. Alamak!!!
Dalam muka surat bertulis yang terakhir, ada perkataan "Homework" dan Arissa sepatutnya buat latihan huruf M ...
Ibu terasa sungguh.... -_- down nya kerana lupa/being ignorance/ lalai tentang perkara ini... bukan ke Arissa tu dah sekolah... tentu2la akan ada homework.
Jam sudah menunjukkan jam 11.30 malam dan Arissa pun tengah tidur dengan asyiknya. Takkanlah nak dikejutkan pulak. Kalaupun dia mudah bangun, dalam mamai begitu, siapa yang boleh terus siapkan homework?
Ibu kongsi gusar dengan ayah dan tunjukkan buku latihan Arissa padanya. Ibu kata, biar ibu saja yang siapkan. Bukan susah nak tiru tulisan Arissa. Tekankan saja mata pensil, bagi senget2 sikit. Asalkan esok Arissa tak kena marah dengan cikgu. Begitu kasih sayang seorang ibu (konon...)
Ayah kata, jangan. Biar Arissa yang bertanggungjawab. Kalau ibu yang buat, nanti Arissa tak pandai pula buat M.
Ibu kata, kita pun salah. Dia cuma budak. Mestilah lupa pasal homework. Kesian dia esok kena marah dengan cikgu sebab homework tak siap.
Tapi ayah tak benarkan ibu sibuk2 nak tolong buatkan. Biar esok Arissa sendiri yang cakap dengan cikgu kenapa dia tak siapkan homework. Kesian Arissa...
Pagi tadi sebelum ibu berangkat ke ofis, sempat ibu pesan dengan ayah supaya kejutkan Arissa awal sikit, siapkan homework sebelum pergi sekolah. Tapi tadi ayah sms bagitahu Arissa bangun pukul 8. Itupun lepas kena kejut. Pergi tadika 8.15. Tak sempat nak mandi pun. Mandi kat Tadika saja.
Jadi, siaplah Arissa kena tanya dengan cikgu. Eh, ibu pulak yang rasa malu sebab lalai.
Teringat zaman ibu kecik2 dulu, kalau cuti panjang, beg masuk bawah katil, atau bawah almari, atau bawah meja tv. Cuti sekolah adalah cuti bagi segala yang berkenaan dengan sekolah. Bila malam ahad yang esoknya dah nak sekolah, barulah terkial2 siapkan homework. Kalau di sekolah menengah, di asrama, malam ahad barulah nak pinjam buku latihan matematik kawan2, nak tiru sebab ibu tak pandai matematik dan hanya lulus masa peperiksaan saja. :-P
Arissa tak boleh tiru perangai malas ibu ni sebab cabaran masa kini tak sama sepertimana masa ibu dulu.
Hai...ini anak baru 3 tahun, dah boleh rasa kegusaran memikirkan pelajarannya. Kalau dah 13 tahun nanti mcm mana...
No comments:
Post a Comment