Ketika aku menaip entry ini, mata sangat mengantuk macam ada besi berani di kedua2 belah kelopak atas dan bawahnya. Walaupun otak mengajak mata supaya turut sama berfikir semasa membaca hujahan, tapi, mata kata 'tak kuasa aku!'...hasilnya adalah mengantuk yang hanya Tuhan yang tahu...tekan keyboard pun boleh lena... -_-
Tadi kak Tim mengajak aku sertai perhimpunan pagi kelolaan pengarah. Tapi, macam sayang nak tinggalkan mood 'tengah rajin' nak siapkan satu profile ini. Jadi, aku tolak dengan baik. Memanglah perhimpunan tu wajib. Jadi ini kes pontenglah ya? Memang iya...
Teringat aku, semasa di AGC dulu, perhimpunan wajib dengan PM adalah setiap Isnin pertama. Untuk menggantikan uniform, kami diwajibkan memakai tudung biru rekaan Jabatan. Ada logo Jabatan atas kain tudung itu. Semua orang wajib beli. Harganya RM50.00. Kalau tak beli pun tak apa. Tapi wajiblah pinjam daripada orang yang beli. Kalau dah beli mahal2, nak ke bagi pinjam kat orang? Lagi2 kalau junior macam aku yang nak pinjam. Mesti senior tengok atas bawah 'lu sapa bro?' berkali2. Ada juga pegawai yang kongsi beli. Tapi ada risiko sikit. Kalau pekongsi kebetulan dikehendakki pergi perhimpunan pada tarikh yang sama, macam mana? Kan dah berebut. Giliran pergi perhimpunan itu ditetapkan oleh ketua jabatan. Kalau tak boleh pergi, wajib dapatkan gantian. Eh, sama macam pergi kursus pulak ya? Ada Ketua Jabatan yang tak benarkan gantian kecuali kes kecemasan dan sakit. Betapa pentingnya ya. Yalah, kalau tak nanti, ada juga senior yang buli junior suruh pergi perhimpunan setiap kali. Nak ganti giliran pun kena maklumkan Ketua Jabatan ye.
Barangsiapa yang 'terkena' giliran mewakili bahagian masing2, kenalah pakai tudung itu yang harus disesuaikan dengan pakaian yang berwarna biru juga. Kalau pegawai2 senior, pakaian mereka cantik2. Tentu tiada masalah. Tudung ini pula jenis yang kainnya kecil saja. Sebesar skaf. Sesuai sangat untuk dikenakan dengan pakaian suit pejabat. Kalau si pemakainya kecil molek, memang nampak sangat bergaya. Kebetulan aku tiada pakaian berwarna biru. Atau lebih tepat, takde kurung biru. Jadi terpaksa sesuaikan dengan apa-apa pakaian yang ada. Kadangkala kurung yang ada bunga-bunga hitam merah, kadangkala yang hitam putih. Mana saja lah. Matching atau tidak, itu belakang kira. Asalkan pakai tudung biru Jabatan.
Perhimpunan diadakan di depan bangunan JPM yang tersergam indah itu.
Eh, bukan kat depan bangunan ini. Jauh ke dalam lagi. Kami naik bas jabatan walaupun tak berapa jauh. Tapi kalau jalan kaki, tengahari lah baru sampai kan... Turun dari bas, kena jalan naik atas sikit barulah jumpa dataran perhimpunan itu.
Kami yang junior ni beratur di belakang saja. Ketua2 Jabatan akan berdiri paling hadapan. Mereka kan ada drebar masing2, mestilah terus diturunkan betul2 di tapak dataran. Di setiap baris ada label nama jabatan. Sebiji macam hari sukan sekolah masa kecik2 dulu. Masing2 dengan pakaian dan identiti sendiri. Ada yang pakai uniform khas untuk perhimpunan. Kami ni, tudung saja yang sama. Pegawai lelaki pakaian biasa pejabat, tali leher sama warna dan corak seperti tudung kami dan siap dengan blazer. Lencun lah pakaian di dalam blazer tu kalau hari yang mentari paginya cepat terik.
Perhimpunan lebih kurang macam inilah juga...
Sama kan macam ini...
Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku dan satu lagu wawasan. Tak perlu risau kalau suara anda tak sedap atau sakit tekak. Isnin selalunya monday blues kan. Ada pasukan koir yang berlatih selalu. Kita cuma tengok dan miming saja :-)
Kemudian ucapan PM atau wakilnya. Selalunya ucapan adalah berunsurkan motivasi kepada semua pegawai dan kakitangan. Ucapan juga akan mengandungi matlamat yang kerajaan nak capai untuk sesuatu bulan itu apabila sesuatu polisinya diwar2kan.
Masa aku di AGC, Pak Lah yang bagi ucapan. Sekarang, dia ni lah... Mereka pun ada corporate color jugak. Merahnya mak ngah.... Ikut yang ini agaknya...kikiki
Perhimpunan tak lama. Dalam setengah jam ke satu jam saja. Selepas itu kami turun ke tempat bas, naik bas dan balik semula ke jabatan masing2.
Di sini, perhimpunan bulanan dianjurkan oleh pengarah di lobi belakang kompleks. Setakat hari itu, tidak ada pengisian sangat. Cuma ucapan pengarah yang biasa2 saja, dan boleh didapati kalau mesyuarat bulanan juga.
Sebab itu aku suka ponteng?
Oklah, dah hilang sikit mengantuk sebab mengimbau kenangan silam. Tudung mahal jabatan tu entah hilang ke mana. Mungkin mak dah ambil dan buat penutup atas tv di kampung.



No comments:
Post a Comment