Bismillah...
Alhamdulillah pada Isnin 24 Sept 2012 bersamaan 8 Zulkaedah 1433H, Arissa Nur Amni genap berumur 4 tahun...
Sambutan harijadi? Sesungguhnya ibu bukan kedekut atau tak mahu membuat sambutan kesyukuran dengan peristiwa penting ini tetapi ibu tak mahu Arissa terbiasa dengan keraian manusia. Lagipun, bertambah usia bukan hanya untuk bertambah kemahiran dan pengalaman, tetapi bermakna berkurangan tempoh hayat yg tinggal. Jadi, ibu memang tak pernah merancang untuk buat birthday bash atau apa bentuk kenduri semata-mata untuk menyambut tarikh ini. Kami sekadar bersyukur kepada Allah dengan nikmat tak terhingga ini. Alhamdulillah.
Tapi bersyukur pada Allah tidak patut hanya di mulut saja. Bagi yang berkemampuan, wajar melakukan lebih lagi dengan sesuatu yang menggembirakan dan dalam lingkungan syariat Islam. Arissa pula sudah beberapa kali "menyebut" pada ibu tentang keinginan Arissa dinyanyikan lagu Happy Birthday oleh kawan-kawan dan ada kek di depan mata. Kek yang cantik dan besar untuk dipotong selepas diberi tepukan gemuruh. Kemudian bolehlah kek dikongsi. Disamping itu ada makanan ringan atau goodies yang boleh di bawa pulang oleh kawan-kawan sempena majlis ringkas ini. Justeru, ibu satukan hajat bersedekah makanan kepada anak-anak kecil dan memenuhi impian kecil Arissa.
Ibu dan ayah pergi menempah kek di kedai kek Pistachio berdekatan rumah. Arissa yang memilih sendiri corak muka tengah dan warnanya. Ibu cuma pilihkan isi di dalam dan membayar harga, manakala ayahlah yang bawa kita ke kedai kek, kemudian membeli makanan ringan untuk dipekkan menjadi goodies. Ibu juga sempat ke pasar Jalan Duta pada Jumaat petang untuk belikan Arissa sepasang gaun baru yang cantik, tapi murah harganya, supaya Arissa akan berasa sedikit istimewa dengan pakaian baru pada hari jadi :-)
Pada hari kejadian, ayah berjanji membuat beberapa tugas penting supaya apa yang diimpikan berjaya dicapai anak tersayang. Ayah pergi ambil kek di kedai, sebelum itu pagi-pagi lagi ayah berhempas pulas di dapur menggorengkan 2 bungkus naget ayam dan ikan untuk dijadikan hidangan sampingan minum pagi di Tadika Comelku. Ayah ke tadika membawa bersama goodies makanan ringan yang terdiri daripada air kotak soya, wafer strawberries, jeli buah dan gula-gula susu (kesemuanya makanan ringan kegemaran Arissa) yang ibu pekkan kecil-kecil untuk kawan-kawan Arissa.
Tepat jam 10.30am. acara pun bermula. Arissa nampak malu-malu di depan kawan-kawan setadikanya.
Kek kebanggaan Arissa....
Arissa bersedia untuk memotong kek, dan kawan-kawan yang setia menanti. Waktu ini teachers sedang menyusunkan pinggan-pinggan kecil untuk diagihkan nanti, sementara kawan-kawan menyanyikan Selamat Hari Jadi dalam bahasa Melayu, Cina, Inggeris dan Arab. Sukalah Arissa!!!
Teacher Ida tolong Arissa potongkan kek...
Baca doa dulu...
Ambil gambar dulu (oleh teachers kat depan) ayah asyik ambil angle kiri ni saja... (-_-)'
Gambar kenangan dengan kawan-kawan...
Nenek pun ada juga turut meraikan. Ibu di rumah sakit perut masa ini. Ayah, takde gambar, konon fotografer, tapi yang tak begitu berjaya nampaknya (-_-')
Sesi makan-makan pula... Best jadi orang pertama yang dapat kek sebab kek ibu yang sponsor :-)
Wajah ceria Arissa.....
Alhamdulillah, ibu pun sangat bersyukur dapat memenuhi hajat anak ibu seorang ni disamping menambah saham akhirat :-) Ibu doakan semoga Arissa akan jadi anak yang sihat, ceria, solehah dan bijak, ameen ya rabbal 'aalameen....
No comments:
Post a Comment