Alhamdulillah sudah berakhir apa yang dinantikan, iaitu Teambuilding untuk pegawai gred 48 yang berlangsung di Selesa Beach Resort, PD pada weekend yang lalu. Secebis kenangan daripada gambar-gambar yang berjaya di uplod di sini.
Tajuk kursus diletakkan di dalam Dewan tempat segala aktiviti bermula.
Tak cukup besar pulak gambar di atas, saya uplod dengan gambar muka saya sekali. Ini hari penutupan.
Ok, ini hari pendaftaran masuk, selepas sesi ice-breaking di Dewan. Kisahnya, saya lambat tiba. Bukan apa, tersalah tengok jadual cek masuk. Apalah... Ingatkan jam 2.30 ke 4.30 untuk pendaftaran. Punyalah lenggang kangkung melambat-lambat bertolak. Mengantuk dan letih pun iya, sebab semalamnya menghantar Kak Laila ke Kompleks Tabung Haji di Kelana Jaya, menunggu di sana dari jam 6 hingga 9.15 malam. Pukul 11 baru tiba ke rumah dan bersiap-siap untuk ke kursus pula. Memang flat lah. Itu yang sempat tidur dulu sebelum bertolak. Sempat juga datang office menguruskan apa yang patut sebelum berlibur.
Ok bilik hotel tidaklah segah mana. Biasa saja. Ada komlen lagi. Malamnya kami ditakutkan dengan 2 ekor anak lipas yang aktif. Memanglah cuma anak lipas. Tapi kalau ada anak, tentulah ada emaknya kan? Nyamuk pula banyak. Nasib baik cuaca bilik yang sejuk dek pendingin hawa menyebabkan nyamuk tidak aktif. Lampu bilik pula suram. Memang takkan menginap di sini lagilah. Tidak rekemen langsung kepada sesiapa. Dengan bajet RM500 untuk seorang peserta (dengar cerita jabatan berhabis RM50,000 untuk 100 kepala) bilik begini memang jauh daripada yang diharapkan. Tapi, syukurlah, masih ada peluang.
Gambar-gambar sepanjang program tidak dapat diuplod di sini kerana internet yang terlalu perlahan. Diringkaskan cerita, pada hari pertama selepas pendaftaran, kami ada sesi taklimat, kemudian ice breaking dengan semua peserta. Malamnya, pembahagian kumpulan dan brifing aktiviti yang akan berlangsung, tujuan mengumpul markah untuk menentukan giliran membuat persembahan pada malam kemuncak. Kemudian, acara ambil gambar untuk kenangan.
Esok paginya bermula aktiviti lasak yang di warming-up kan dengan senamrobik. Lepas itu acara santai seperti pembentukan kumpulan kecil untuk main kandang dan harimau (saya jadi harimau, fuh memang penat mengejar kandang, tapi seronok!). Selepas itu pembentukan kumpulan yang lebih besar untuk berakit di laut. Sebagai orang yang sedar diri, saya tak tahan panas dan takutkan laut, jadi saya hanya membantu untuk persediaan orang yang nak ke laut dan saya juga ambil peranan mengemaskan perkakasan. Yang ke laut tu biarlah orang lain. Kalau saya paksa diri, kalau jadi apa-apa, lebih susah, sebab saya gemuk dan berat. Ade ke orang yang larat nak angkat? :-) Selepas aktiviti lasak, kami diberi ruang rehat dalam sejam sebelum aktiviti diteruskan sebelah petangnya dengan sesi perbincangan pula dan lewat petang persediaan untuk persembahan pada malam kemuncak.
Malam kemuncak tidaklah gah sangat. Biasa saja. Kami makan ditepikolam renang, makanan yang menunya lebih istimewa daripada biasa, dan disajikan persembahan nyanyian dan karaoke daripada semua kumpulan. Kemudian sesi dibuka hingga jam 11.30 malam untuk sesiapa yang suka nak menyanyi. Kami balik bilik untuk rehat. Memang sangat letih selepas aktiviti siangnya.
Gambar di atas ialah pada hari terakhir, selepas taklimat akhir dan kesimpulan kursus, kami dikejutkan dengan kek harijadi yang didatangkan khas oleh penganjur untuk semua peserta yang menyambutnya pada bulan September. Memang bertuahlah Naim, Hilmiah, Syarifah Izura dan Manjitkiran dengan surprise ini....wawawah... (ai jeles!)
Kami ambil kesempatan bergambar bertiga... muka memang nampak letih, tapi enjoy kan?
Ambil kesempatan juga ambil gambar kenangan dengan penceramah, tn Haji Hushim yang memang suka melawak ni. Orang kata muka ni famous di rancangan motivasi TV, tapi saya tak biasa pun melihatnya :-)
Bila tiba giliran saya, slack pula. Aiya! Anisah!!! Tapi nak buat camner, dah jadi pun...
Penutupnya, Timbalan Ketua Pendaftar menyampaikan cenderahati kepada semua kumpulan. Kumpulan saya, Nujum Pak Belalang dapat no. 4 rupanya.... Tak sangka :-)
Itu ketua kumpulan yang menang, Tn. Razman, Puan Azizah, Tn. Haji dan anaknya En. fauzan yang sama-sama menjadi motivator/penceramah.
Kesimpulannya, event yang menarik untuk diulang lagi pada tahun-tahun akan datang :-)






No comments:
Post a Comment