Oct 3, 2012

Short Vacation to Thistle Hotel & Spa

Pukul 2.30 ptg ayah tiba ke Selesa Beach Resort untuk menjemput ibu pulang, ditemani Arissa yang baru bangun tidur. Mula-mula, kami mundar-mandir sekitar Tg. Tuan dan Telok Kemang untuk dapatkan tempat makan yang sedap dan murah. Bila ayah dah burp! dan selepas membuat sedikit perbincangan dengan ayah, ibu membuat keputusan untuk belanja ayah dan Ica tidur di hotel yang elok dan beri peluang Ica mandi pool untuk sehari saja. Oleh kerana masa yang suntuk, kami pun ke sana sini mencari hotel yang sesuai, dan akhirnya ibu buat keputusan untuk ke Thistle Hotel saja. Ia tak murah dan tak mahal. Berbanding Avilion, Hotel Thistle ni rasanya ok-ok jika diukur kemampuan ibu dan expectation kami.

Bergambar di pintu depan Hotel. Ini baru balik makan.


Sebelum berhenti di sini, kami sempatlah singgah di beberapa Hotel lain yang agak selesa berbanding Selesa Beach Resort yang pada ibu tak berbaloi tidur di situ dengan harga yang ditawarkan. Ibu suka bilik yang besar, dengan katil yang lebar dan ada pool yang banyak. Thistle menawarkan semua yang ibu mahu, pada harga diskaun kakitangan kerajaan sebanyak RM290++ untuk deluxe room with super king bed.

Ini gambar-gambar yang berjaya diuplod dari dalam google.
Ini ruang lobi dan pendaftaran. Nampak cosy sangat. Bersih dan lapang ~ konsep yang saya suka! Sengaja pilih nak habiskan duit kat sini ke apa? Entahlah. Untuk satu malam, ibu mahu yang bagus untuk Ica dan Ayah.

Cantik gambar dari google. Ini pemandangan dari depan pintu utama ke pool. Really fabulous. Masya Allah.

Ini juga dari goole, view dari balkoni tingkat atas, mngkin tingkat 3.

Ini view deluxe room with superking bed. Memang sangat cosy.... I really love it. Oh ini pun dari google.

Ini view lobi bila dah petang sikit. Memang superb! Subhanallah Maha Kuasa Allah menganugerahkan idea kepada hambaNya mencipta sebegini cantik...

 
Ini baru gambar dari lensa Ibu, camera hp saja (-_-) Ica gembira bila pijak masuk ke kamar yang cantik dan kemas ini...
 Di balkoni aras 5. Memang pemandangan yang sangat tak terkata cantiknya, Subhanallah....

 Letak saja beg dan bertukar pakaian, kedua-dua peminat pool ini bergegas ke kolam sana... View dari atas dengan hp camera cap ayam saya (-_-')

Saya cuba close-up tetapi tak terang sangat. Nampak tak yang baju merah besar dan kecil sedang asyik main air dan tiba-tiba menunjukkan 'peace' kepada ibu di atas...

Arissa takut main gelungsur tu, gayat agaknya...

Malamnya ayah belanja makan di seafood restaurant tepi jalan. Ica rapat makan nasi dan sup sayur yang enak tanpa perasa m.s.g. Segar dan sedap. Habis separuh nasi sepinggan.

Antara lauk yang ibu order, ketam masak telur asin, sup sayur, ayam berlemon yang juici dan telur dadar. Airnya teh cina untuk ayah, milo ais untuk ica dan teh ais limau untuk ibu...

Esoknya, kami 'berendam' lagi di pool sebelum sarapan. Lepas kenyang, kami pun terbuntang tidur semula atas katil. Sampai pukul 12 barulah check-out. Yang bestnya, walaupun check out pukul 12.30tgh, pintu tidak auto deactivate tepat jam 12 macam di Selesa Beach Resort. Memang menarik untuk datang lagi ke sini!

No comments: