Bismillah...
Semasa entry ini dibuat, umat Islam masih pada Aidiladha kedua. Siang tadi, kami sempat singgah mengambil bahagian korban kami di surau. Alhamdulillah dilapangkan rezki olehNya untuk menunaikan ibadat korban kali ini :-)
Sekarang ni tak dpt nk update entry tiap hari sbb office internet terlalu slow connectionnya. Buat kerja pun payah. Mmg bergantung harap pada tablet semata. Oleh itu, catatan Oktober diringkaskan menjadi satu entry lah.
Bulan Oktober ni boleh dikatakan bulan yang agak mewah bagi kita. Ibu pun tak pasti dari mana datangnya rezeki yang melimpah ruah ini,tapi ibu sgt mensyukurinya. Alhamdulillah.
Ingat pada kenangan mandi sampai kecut tangan dan kaki di Thistle, P.D.'s pool?
![]() |
| Sempena jamuan Silaturrahim di Bahagian Sivil, kami menyerahkan plug cenderamata untuk Kak Fatimah :-) |
Jalan-jalan ke area BB, singgah di Pavilion. Ibu memang cukup jakun dengan kedai roti Breadtalk nya yang sangat lembut, segar dan tentunya sedap :-) walaupun harganya agak mahal untuk sebiji roti, tapi ia memang berbaloi. Sedappp...
Pada hari yang lain pula, ibu diajak ayah makan di Sakura Kristal, KLFC. Ayah kata, kita belum pernah ke tempat ini. Ibu ikut saja, dah orang nak belanja kan...
Ada berani nak makan kat Sakura lagi? Just forget it :-) It does not worth your money... Kat sini jugaklah Arissa tumpahkan air milonya masa main panjat meja. Ha...kan dah kena marah dengan ayah... Nasib baik air milo pekat tu dapat gantian percuma...
Lain hari pula, kami makan di William's, belakang Columbia Hospital, Jalan Genting-Klang. Dekat sangatlah dengan rumah. KLFC pun dekat. Lebih kurang aje lah :-) Nasi goreng kampong yang pedas gila ni, dengan ayam pandan, portion memang besar, boleh sharing 2 orang gemuk makan, harganya RM25. Ibu pesan yee-mi goreng sotong. Tak portion besar tapi ada set dengan air jus tembikai, harganya RM19.90. William's ni specialty dia makanan bersaiz besar. Kalau lapar gila dan nak makan macam-macam secara kongsi-kongsi, okey lah.
Hari yang lain pula kami makan di Seoul Garden, KLFC. Memang dah lama sangat nak makan kat sini. Tapi memikirkan harga buffet yang agak mahal, kami asyik tergendalakan rancangan. Pergi pulak makan kat tempat lain yang macam murah, tapi akhirnya bila tambah tax dan service charge, lagi mahal. Paling sedih kalau tak berbaloi dengan makanan yang dimakan. Fuh memang mengecewakan :-)
Kat sini, 3 kepala makan, campur semua sekali charges, makan malam yang kenyang gila RM98. Ok tak? Jenis makanan mungkin boleh bagi 5 star sebab semuanya fresh dan banyak gila pilihan. Air minuman saja ada 4 pilihan, tak termasuk yang panas macam kopi dan teh. Segala jenis seafood ada. Segala jenis daging (yang halal) ada. Segala jenis sayur ada. Siap ada salad bar yang memang best, dan ais krim bar yang menjadi pujaan Arissa, serta ABC bar yang disukai ayah. So basically it has all-in-one roof lah. hehe. Bagiu mereka-mereka yang kedekut duit, tak payah mimpilah makan di sini yea. Kalau perut kecil, makan pun ala-ala diet, memang tak berbaloi. hehe.
Tapi, balik makan tu perut ibu memulas-mulas dan muntah-muntah pula. Tak tahu apa yang tak kena. Mungkin perut nak warning, sini bukan kelas kita, kot? :-)
Insyaallah nanti akan update makan di Bumbu Desa yang mahal dan tak sedap, Little Wok yang berasa MSG aje, Baskin Robbin yang sejuk dan creamy, Popeye yang best patut diulang2 dan jamuan ala potluck sempena harijadi 2 orang staf.
Bulan Oktober juga adalah bulan Allah mengizinkan penemuan potensi diri baru ibu dan ayah, iaitu Karaoke!!!
Kita pergi ni 2 weekends in a row. Punyelah bersemangat macam nak masuk pertandingan ke apa :-) tempatnya hanya di Superstar, KLFC. Sejam RM25. Memang mahal. Tapi tempatnya agak selesa, yang penting bersih, takde bau rokok, dan bunyi mikrofonnya sedap di dengar. Jadi, walaupun suara ala-ala bangun tidur, tetap terasa vogue :-)
Potensi kedua ialah Bolingggg!
Hah memang tak sangka dengan diri sendiri. Kali pertama dan terakhir main boling ialah pada 2004, Conference di Penang. Itupun sebab dipaksa dan terpaksa. Takut masuk longkang nanti malu kan? Padahal, masa itu dalam 10 turn tu, memang 5 kot yang masuk longkang, haha.
Kali ini, lebih baik sikit. Saja uplod gambar time markah ibu mendahului ayah. Tapi sebenarnya ayahlah yang menang, 2 mata dari ibu. hehe. Eleh, ayah tu kononnya champion main boling. Dulu main boling ni macam pergi masuk toilet aje (punyelah selalu) tapi boleh lak menang 2 mata je dgn pemain suri rumah ni? hehe. Main di Superbowl at WangsawalkMall. RM10 sekepala, main 10 kali balingan.
Okeylah, nanti kita uplod lagi gambar-gambar dari tablet ibu yang sangat slow ni. Banyak yang nak diceritakan. Termasuk kucing SiTompok mati kena gelek motor ayah, kita pergi ambil kucing baru di SPCA warna putih, 2 ekor, tapi ganas. Kita pergi beli sangkar baru. Tukar kucing. Beli Samsung Notes 2 baru. Dan banyak lagi cerita :-)










No comments:
Post a Comment