Nov 14, 2012

Awal November yang sangat sibuk

Sebenarnua berniat untuk sambung entry lepas yang tergantung separuh jalan, tetapi jadi kurang bersemangat kerana susah betul nak connect Samsung Galxy Tab 7.7 dengan Macbook Pro baru yang ayah belikan untuk ibu nie.... Sebab itu banyak gambar tidak dapat di uplod ke sini. Kalau gambar tak dapat nak di uplod, tentulah cerita pun tak ada. Kalau cerita tanpa gambar, tak cukup lengkap rasanya. Tambahan pula ibu ni pelupa orangnya.

Okey. Akhir Oktober kita ada ambil kucing kecil bernama Noneng. Dia asalnya sihat saja ketika diambil daripada SPCA Ampang (Society for the Protection of Animal Abuse) tapi sampai saja di rumah, mungkin sebab hujan yang lebat setiap hari, dan terkena tempias ke sangkar mereka, jadi Noneng selesema tak baik-baik. Pada hari raya haji, pagi-pagi kita dah ke klinik haiwan di Taman Melawati, UK ni sebab nak check up dia. Lama menunggu kalah klinik manusia. Akhirnya Noneng diberi ubat selsema. Doktor kata, selsema yang melarat boleh menyebabkan maut kepada anak kucing.

Ini masa menunggu. Pet Carrier pink itulah tempat Noneng menunggu. Kami jalan-jalan tengok vitamin  apa yang sesuai untuk semua kucing. Rawatan dan ubat kosnya RM65.00.

Ayah dan Ica setia menunggu di sini sementara giliran dipanggil. Ramai orang hantar kucing ke sini sebab klinik lain tutup sempena Aidiladha. Klinik ni pun buka hanya sehingga jam 1 ptg saja.

Balik dari klinik, bersiap-siap, terus ke rumah Mak Intan di UK Perdana sana. Di belakang Ica tu ialah kambing yang bakal dikorbankan esok. Gemuk boleh tahan. Kesian kambing ni pun selsema. Harganya RM900 seekor. Ica agak jakun tengok kat rumah ada kambing. Selalunya ada kat zoo saja kan? 

Walaupun kami ambil bahagian dalam korban tahun ini, tapi kami tak tengok proses penyembelihan sebab lembunya banyak. Jadi hanya bawa 3 ekor saja ke depan mesjid dan selainnya disembelih diladang. Alhamdulillah ibu pun ambil 1/3 daripada bahagian ibu dan sedekahkan semua bahagian Ica dan ayah kepada mesjid. Mudah-mudahana ada pahala untuk arwah bapa, bapa mertua, makcik dan sedara mara yang telah meninggal. Semoga ada manfaatnya. Kalau ambil semua pun belum tentu habis di makan. Daging korban ni sunat cepat di makan. Kalau nak buat stok, lebih baik beli dari pasar bila nak makan saja.

Ini gambar kucing sedang berehat-rehat. Cuaca belum hujan lagi, jadi masing-masing best nak tidur. Noneng dah pekena ubat selsema tu terus tidur comel saja. Si Comot pun dah berehat. Si Kecik ni saja, pantang kita gerak ke sangkar, terus bingkas dan minta nak keluar.

Bila Kecik dah buat bising, memanglah yang lain pun ikut bangun dan nak keluar sangkar. Tengok ni Bebel dan Noneng nak keluar. Ibu tak benarkan sebab diorang ni tak mandi dan berselepat najis di badan. Bulu berterbangan pula tu. Ibu rasa tak baik nak lepaskan dan main kalau tak bersihkan dulu. Nak bersihkan sekor-sekor rasa tak sempat dan penat sangat pula sebab sementara yang 1 dibersihkan, yang lain mesti kelam kabut. Ica pulak tak boleh tolong, lagi menyibuk ada. Tunggu ayah, semedang tak lapang. Jadi, kenalah mereka berkorban duduk dalam sangkar saja....

Hari yang lain, kita ajak Abang Suhaib, anak Kak Laila (No. 2) g lunch kat Ayam Penyet Wangsawalk. Tengok abang Suhaib dah besar panjang, dah jadi anak teruna. Abg Suhaib lonely sebab umi dan abahnya ke Mekah. Ibu lupa buat entru tentang itu. Insyaallah kalau ada kelapangan akan dibuat juga.

Ica pakai cekak bunga. Tapi muka garang mak aih...

Lepas makan AP, abg Suhaib bailk sebab nak study dan buat assignment. Dia pelajar tahun 2 di IKM Semenyih, jurusan IT. Jadi, ayah nak tengok wayang dan beli hp baru. Selepas memilih hp Samsung Galaxy Notes 2 yang diidamkannya, sementara installation, kami tengok movie dulu. Ramai betul orang beratur beli tiket.
Kami tengok movie ini. Memang best dan menghiburkan. Ada semua element yang penting seperti kelancaran gambar, plot cerita, action, klimaks yang unpected but entertaining. Pendek kata memang berbaloi menonton ini walaupun tak tengok reviewnya terlebih dahulu. Ibu sampai menangis2 lah sedih la katakan. Kita tengok ni lepas kematian Si Tompok. Memang ibu sangat memahani perasaan watak utama yang kehilangan anjing kesayangannya selepas di langgar kereta. 

Ok, ini lepasmovie, kita tunggu lama untuk hp baru ayah siap. Akhirnya ayah beli juga hp Samsung Note 2 yang diminatinya. 

Nanti sambung lagilah nampaknya....

No comments: