Alhamdulillah.
Dapat menambah entry sambungan daripada yang sebelum ini. Kita berhenti setakat kami selesai menonton wayang bertajuk Frankenweenie, dan kemudian menemani ayah mengambil handphone baru Samsung Galaxy Notes barunya yang berharga RM2500 siap pakej installed.
Alhamdulillah akhirnya ayah berjaya membelikan dirinya sendiri hp idaman.
Wajah riang gembira ayah, sangat terpancar. Maklumlah handphone sebelum ini Nokia C7 ibu yang belikan sempena harijadi ayah tahun 2011. Dah 2 tahun. Banyak pula masalahnya. Sekejap-sekejap hanged, tak dapat buat call, etc. Handphone satu lagi pula hanya handphone biasa yang cuma boleh call dan sms. Yang ini memang ayah simpan untuk keperluan yang minima tetapi lasak. Dengan handphone baru ini, ayah simpan dulu handphone Nokia cikainya tu :-)
Ibu pun cuba juga aplikasi menulis di atas skrin Note 2 ni. Memang best. Apa yang paling ibu suka ialah kualiti gambar yang diambil, kepelbagaian menu dan friendly use nya teknologi si kecil ini. Tapi, tak tahulah kalau orang lain kata ianya biasa saja.
Awal November juga ibu mengambil kesempatan menamatkan perkhidmatan Maxis/Hotlink pada handphone ibu. Ibu nekad mengikut jejak langkah ayah bertukar kepada TuneTalk tanpa membuat apa-apa rujukan pun.
Kenapa selepas 14 tahun baru bertukar service provider? Memilih Tune Talk yang tak terkenal pula tu?
Tentunya ibu ada alasan sendiri. Ibu ni memang slow sikit bab-bab service provider ni sebab malas nak belajar benda baru. Dengan Maxis, semuanya hampir dihujung jari. Tetapi, line Maxis agak teruk kebelakangan ini. Dalam rumah dan di pejabat begitu sukar mendapatkan line yang bermutu. Kadangkala handphone yang disalahkan walaupun sebenarnya line yang bermasalah.
Ibu terpaksa bangun, menjerit, cari spot yang lebih elok semata-mata untuk mendapatkan kualiti line yang bagus. dan ibu masih membayar harga yang mahal. RM0.35 sen sekali panggil walau hanya mendengar mailbox bersuara. Sms pula 20 sen ke tiap talian. Dulu ibu bangga lah dengan hotlink active 10. Memang murah. Tapi ibu dah tak active bercakap dengan yang 10 dulu. Untuk menukar senarai, ibu harus dicaj oleh Maxis. Bukan itu saja, apabila ibu setuju dengan offer percuma Hotlink untuk caller ringtones, apabila tempoh tamat, ibu dipaksa membayar untuk teruskan perkhidmatan. Kalau ibu tak mahu sambung, ibu ada 2-3 hari untuk sms STOP dengan mencari menunya. Masalahnya tiad kali tiba ke menu yang berkenaan, line terus terputus. Jadi, ibu terpaksa membayar juga walaupun tak mahukan perkhidmatannya.
Sebelum ini ibu menggunakan billing Maxis. Mulanya ibu ambil pakej RM50 untuk nombor utama dan RM30 untuk nombor kedua di dalam satu bil. Ibu hanya bayar RM80 setiap bulan. Tiba-tiba ibu ditawarkan diskaun hujung minggu. Berbual tanpa henti antara no utama dan subsidiary dan membayar minima saja. Promosi hanya untuk beberapa bulan. Ibu tak gunakan pun perkhidmatan itu kerana hujung minggu ayah ada dirumah dan kami memang tak berenggangpun. Jadi ibu memang tak gunakan perkhirmatan itu, tetapi ibu setuju untuk gunakannya jika ayah outstation yg jauh.
Selepas tamat promosi, ibu pun tidak ambil tahu sama ada perlu menamatkan penerimaan offer atau apa. Tapi rupanya ibu dianggap setuju menerima pakej itu dan menyebabkan ibu menambah bayaran billing kepada RM100++ setiap bulan sedangkan penggunaan ibu sama seperti RM80 sebelum ini.
Ibu pun malas nak berleter panjang dengan kaunter cutomer servis, ibu terus membuat keputusan menamatkan billing dan bertukar kepada prepaid semula. Rupa-rupanya walaupun di bawah satu bumbung Maxis, antara post paid Maxis dan prepaid Hotlink, pengurusannya lain-lain. Dan ibu kena pula bayar RM50 kerana menukar line, walaupun tempoh setahun kontrak telah tamat.
Selepas 2 tahun menggunakan prepaid, ibu rasa tak berbaloi membayar mahal dengan kadar servis yang teruk. Jadi, apabila ayah bertukar kepada Tune Talk, ibu terus setuju saja.
Nak bertukar daripada Maxis kepada TuneTalk pun penuh cabaran juga. Sebab ibu belum bayar RM50 yuran menukar talian Maxis ke Hotlink haritu sebab ibu ingat ibu bayar dalam bil saja. Rupanya, ibu kena bayar sekarang apabila nak menamatkan line. Kalau tidak, nama ibu akan kekal dalam senarai defaulter. Hish memang geram. Kalau dalam senarai defaulter, maknanya ibu tak dapat menukar ke TuneTalk. Terpaksa beli nombor baru dan kena bagitahu semua orang lah. Memang leceh.
Nak tak nak, kena juga ke Maxis Center di KLCC. Beratur lama hanya kerana petugas Maxis tak dapat mengenalpasti masalah ayah. Sebenarnya ayah menggunakan nombor subsidiary Maxis tu atas nama ibu tapi dia lupa. Ibu pun lupa. Jadi bila dia nak tukar ke TuneTalk, pihak Maxis tak nak lepaskan.
Selepas setengah hari, akhirnya urusan di Maxis pun selesai. Terus kami ke Pertama Kompleks menukar talian ke TuneTalk, kemudian jalan shopping bag di Sogo dan kemudian makan nasi ayam di Kafe Sogo sebelum beransur pulang. Itu pun dah lewat petang. Malamnya, ibu mendapat mesej ini daripada Maxis.
Ibu memang puas hati dapat lari daripada cengkaman Maxis durjana :-). Dengan TuneTalk, ibu dapat pakej RM38 untuk internet sebulan dan prepaid pada kadar RM15 sen seminit ke setiap nombor. Mana tak bestnya. Boleh call, dan internet pada harga berpatutan. Cuma kena selalu topup lah kalau selalu call.
Ayah belikan ibu laptop Macbook baru. Alhamdulillah. Yeay! He made my dream comes true....
Ini selepas usai urusan di Maxis, kita makan-makan di Big Apple. Memang sedap lah donut kat situ :-) kalah Dunkin Donut's. Tgk mulut comot. Nasib baik gambar blurrr....
Lepas tu baru ibu perasan, di KLFC pun ada kiosk Big Apple. Memang keraplah ibu singgah disini. Beli pakej RM13 untuk 6 biji yang sedap nie....
Di pejabat pula, bulan November adalah ulangtahun bos ibu Dato Hue Siew Kheng menjadi Hakim di Mahkamah Sivil, KL. Jadi dia belanja semua staff court 2 nasi beriyani Bukhara nie...
Memang ada kelas kan bekasnya? Rasanya? Erm...ibu rasa nasi beryani depan mesjid yang dijual tiap jumaat tu lebih sedap lagi. Ahaks...
Weekendnya, kita cuba makan di Papa John Pizza di KLFC, betul-betul depan kiosk Big Apple, tak jauh dari Econsave. Pizzanya memang fresh sangat dan tak terasa pun perasa tambahannya. Memang originallah.
Kita ambil set yang boleh 2 jenis pizza atas 1 pan pizza biasa.
Jadi, kita minta yag papperoni dan chicken mushroom. Ayah order mearball. Semua sedap.
Mushroomnya juga memang menyegarkan dan memang hanya rasa mushroom yang pekat. Tiada rasa MSG pun. Betul. Kalau tak percaya, cubalah. Ibu juga pesan spageti bolognese yang namanya papa special. Semua sekali RM67.00 untuk 3 orang makan kenyang yang memuaskan hati. Alhamdulillah boleh repeat ke sini lagi ya.
Nanti bersambung.











No comments:
Post a Comment