Nov 15, 2012

Maal Hijrah 1434H yang sedih

Kullu aamin, wa antum bikhair.
Salam maal hijrah 1434hijrah.

Bismillah...
Permulaan tahun baru hijriah kali ini nampaknya tidak begitu baik bagi saya. Tentu petanda Allah masih menyayangi kami sekeluarga dan mahu kami 'kembali' mengingatinya. Bukanlah sebelum ini melupakanNya, tetapi kesibukan diri menyebabkan kealpaan. 

Malam Maal Hijrah kami tidak ke mana yang istimewa. Jam 8 malam kami keluar untuk mencari tempat istimewa makan malam. Maklumlah, ibu penat berkursus, ayah kata nak belanja di tempat yang dia rasa istimewa, cantik dan nak juga tengok dan rasa, sedapkah makanannya. Jadi kami makan di Sentul. Tak ingat nama gerai yang dihias indah itu. Nanti saya buatkan entry yang lain.

Entry ini merupakan entry sedih saya di tahun baru. Juga update mengenai kucing2 yang kami pelihara. Sebelum ini ada entry mengenai kucing yang menceritakan bagaimana asalnya kami mula membela kucing. Ia bukan sebab kami pencinta kucing dan memelihara mereka untuk dipeluk cium. Tapi matlamat kami ialah memastikan kucing hidup sihat dan sempurna. 

Alhamdulillah selepas 3 bulan, 4 ekor anak kucing yang kematian ibu telah membesar. Saya pun dah hentikan pemberian susu kepada mereka sebab saya lihat tahinya cair, tanda cirit, jadi mungkin tak sesuai beri susu lagi. Mereka membesar sihat, cergas dan manja. Kalau di agah, merengek manja minta dibelai. Bila dikendong, menggigit-gigit manja. Kalau kita duduk di kerusi, mereka naik ke badan hingga ke bahu dan mencium kita. Terasa seperti ada anak kecil pulak.

Tapi jodoh dengan si Tompok tak panjang. Bulan Oktober, dia mati sebab ayah tergilisnya ketika nak masuk parking motosikal. :-(

Untuk mengubat sedih, kami ambil 2 ekor kucing baru dari SPCA. Warnanya putih. Seusia 4 hingga 6 bulan. Tapi semalaman saja mereka di rumah. Kami yang tak betah sebab mereka ganas dengan kucing-kucing Bebel, Comot dan Kecik. Habis satu sangkar besar itu di conquer nya. Esoknya kami tukar dengan 2 kucing lain pula. Si Oyen dan Si Noneng.

Si Noneng mungkin berusia 3 minggu ketika ditemui dalam longkang besar di Ampang, lalu orang yang menemukannya menghantarnya ke SPCA. Kebetulan kami pula datang memulangkan 2 kucing putih, jadi kami berkenan dengan Noneng yang berbulu tebal dan sangat teruja keluar sangkar bila di agah dari luar. Sama sifat dengan Si Kecik.

Si Oyen berumur 1 tahun lebih. Sudah dimandulkan, di vaksin dan dibersihkan bulunya. Nampak sihat. Mukanya garang tapi dalam hati ada taman. Oyen ni manja sangat. Kalau kita duduk di kerusi, dia akan depakan tangannya ke peha kita minta di elus dan di manjakan.

Masalah si Noneng ni, dia selsema tak henti sejak datang ke rumah. Kami sudah bawa ke klinik, sudah diberi ubat, tapi selsema masih terus. Akhirnya Noneng mat o pada awal November. memang sedih. Saya menyalahkan diri sendiri dan juga ayah kerana tak jaga noneng dengan baik. Saya rasa kematian Noneng adalah kecuaian kami sebab kami terlalu sibuk dan penat untuk selalu perhatikan perubahannya. Kami bergaduh kecil disebabkan Noneng mati. Tapi walau bergaduh jadi gunung berapai pun, yang mati tetap takkan kembali. Semoga Noneng tenang di syurga dan menantikan kami nanti, Insyaallah...

Oyen pula kerap di belasah kucing liar yang mencuri masuk ke parking untuk curi makanan. Oyen nampak sangat tak happy tambahan kami sangat tidak ada masa membelai dan bermain bola loceng dengannya. Oleh kerana kerap digomol kucing jalanan yang berkurap, bulu Oyen juga kerap tanggal dan akhirnya terlihat kurap mula memenuhi kepala dan ekor. Kami tiada pilihan lain melainkan menghantar Oyen ke SPCA semula. Lepas hantar Oyen, kami sangat lega kerana tak perlu menganiaya kehidupan Oyen. Boarlah dia bahagia dengan orang yang membesarkannya di SPCA dan ada doktor yang akan merawat masalah kurapnya. Kami tak ambil kucing baru kerana nak menumpukan pada si Comot yang cirit birit tak henti.

Ini gambar Noneng beberapa hari sebelum dia mati. Dah kurus dan bulunya tak tebal lagi. Ini saya mandikannya sebab bulunya terkena tahi. Lepas mandi bagi ubat selsema. Tak sangka hayatnya memang tak panjang.

Ini gambar si Tompok pada hari dia mati dilanggar motosikal ayah. Tak menyalahkan sesiapa. Si Tompk yang manja terlebih. Ayah dah press minyak, pun dia masih melekat pada roda, dan ayah tak tahu yang dia ada di roda. Apa nak buat, dah ajal.

Ini si Bebel. Satu-satunya yang sihat, cergas dan cantik. Tak ada masalah najis lembik, bulu pun cantik. Bebel ni manja sangat dengan kita. Kalau pegang, mesti dia gigit geram tangan kita. Malam tadi Bebel hilang dari rumah. Kami dah cari sekitar rumah dan kejiranan hingga lewat jam 2 pagi. Bebel tak ada. Puas dipanggil. Selalunya bila buka pintu saja, semua kucing akan memanggil kami dan datang pada kami. Tapi Bebel memang dah hilang. Ayah perasan dia hilang bila dipanggil masuk ke sangkar, dia tak ada. Dah kering air mata saya menangisi kehilangan Bebel. Kalaulah dia masih hidup, harap prang yang ambilnya tu jagalah dia baik-baik. Allah bersamamu Bebel.

Tinggal kenangan. Tompok yang terpejam, si comot yang tidur, Bebel yang mengimpit. Yang kanan sekali bulu paling panjang dan cantik ialah Si Kecik. Kita namakan Kecik sebab antara 4beradik, dia paling kecil dan paling susah minum susu. Tapi bila dah besar, dia paling cantik dan gemuk. Kebelakangan ini Kecik nampak tak happy sangat. Walaupun bila dipegang Kecik akan menggigit manja, tapi raut wajahnya tak ceria. Bila kita bela kucing, kita tahu sama ada dia happy atau tidak.

Bila Bebel tidak pulang, Kecik tidur sendirian. Kami asingkan sangkar si Comot sebab tak nak tahinya mengotori Kecik. Pagi-pagi awal muharam bangun saja lepas solat subuh, tengok di luar dengan harapan Bebel kembali untuk makan, tapi Si Kecik pula yang dah mati dengan tiba-tiba dan tanpa sebab. Saya rasa dia terlalu sedih hingga mati :-( Maafkan ibu Bebel dan Kecik. Ibu mengabaikan kamu hingga kedua-duanya Allah ambil semula. 

Si Comot, pada masa entry ini ditulis, masih cirit. Najisnya keluar tak henti. Dia tidur dalam pasir najisnya. Kami pun dah tak tahu nak buat macam mana. Sudah ke klinik semalam. Malah kali kedua. Semalam doktor yang cantik tu berikan antibiotik dan ubat bengkak usus. Mulanya najis Comot dah okey. Saya berikan makanan yang doktor bero masa rawatan, supaya meningkatkan seleranya. Tapi selepas semalam, tahinya cair semula. Lagi teruk, tak henti mengalir keluar. Apalah nasibmu Comot. Sudahlah pada hari Selasa, Comot terlalu lemah untuk berdiri dan hanya terbaring. Saya sangka dia dah nak mati. Rupanya semangat Comot kuat. Dia bangun juga untuk minum. 

Baru saja Sabtu lepas (kira-kira 4 hari lepas) kami bawa semua mereka untuk vaccination, ubat kutu, ketip kuku dan diperiksa kesihatan oleh doktor. Ayah habis RM250 untuk mereka. Kelmarin untuk rawatan Comot, ayah berhabis RM50 lagi. Kemudian ayah beli makanan terbaik yang disyorkan doktor supaya mereka berselera makan. Harga setin makanan yang macam Tuna Mayonnaise yang kita makana tu RM8. Ayah beli 2 untuk Bebel dan Kecik. Tapi pagi ini, semuanya jadi perkara yang membuatkan saya sangat sedih dan terkilan.

Saya tidak akan percaya dengan ambil gambar kucing menyebabkan dia pendek umur. Itu khurafat. Tapi saya agak percaya, mungkin saya dan keluarga tidak sesuai memelihara binatang/kucing. Selama setahun ini, kami cuba memelihara 12 ekor. Semuanya tidak survive hingga melepasi 4 bulan pun. Tinggal seekor yang masih cuba untuk terus hidup.

Ya Allah. Sukar untuk redha. Berilah kami kekuatan itu dan jadikanlah kami Istiqamah dan tidak putus asa. Ameen...

No comments: