Bismillah..
Tiba-tiba nak tulis mengenai sahabat. Atau dalam kata mudahnya kawan baik. Dalam hidup ini, selain keluarga, diri kita dibentuk atau dipengaruhi oleh kawan-kawan disekeliling kita. Kalau kita berkawan dengan orang yang baik, Insyaallah kita pun akan jadi baik.
“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.” (Hadis riwayat Abu Daud).
Betapa pentingnya memilih kawan yang baik hinggakan ada perumpamaan jenis -jenis kawan yang patut didekati dan juga dijauhi.
Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:
“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”
Pendek kata, kalau nak nampak baik, menjadi baik, dan berterusan baik hingga mampu mempengaruhi orang lain menjadi baik, kenalah kita sendiri bermula dengan berkawan dengan orang yang baik-baik belaka. Insyaallah...
Tapi kadangkala susah nak cari kawan yang baik. Atau mungkin "baik" tu sendiri sangat subjektif. Dalam Islam, "baik" ni dikatakan sebagai apa?
“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.” (Hadis riwayat Muslim)
Yang ini memang susah lah nak dicari, sebab kebanyakan orang disekeliling kita, kalau kita sentuh bab mati je, mulalah pandang senget, pastu cakap "ni apasal cakap pasal mati ni? meremang bulu roma tau tak? Cakap lah pasal lain..." tak pun "eh, kau dah buang tebiat eh?"
Padahal mengingati mati tu wajib. Kita yang selalu lupa. Sehari, malaikat maut akan mengunjungi kita sebanyak 70 kali.
“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut :
(1) Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
(2) Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menyebut-nyebut (memuji-mujinya).
(3) Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan pertolonganmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.
(4) Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi; jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
(5) Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
Subhanallah. Cantik sekali panduan "baik" dalam Islam tu. Ini belum kupasan daripada AlQuran lagi, baru je hadis Nabi s.a.w.
Ibu nak ingatkan Ica, akan ada banyak situasi yang menyebabkan kita sukar mencari kawan yang baik. Terutama apabila Ica dah dewasa, ada kerjaya yang bergantung kepada orang lain (majikan/pekerja) dan dikelilingi oleh manusia daripada pelbagai latarbelakang budaya, bangsa, agama dan pendidikan. Ica akan mendapati, kebanyakan orang akan berkawan hanya untuk mengisi kekosongan. Kita tiada peluang membuat pilihan mana yang terbaik untuk didampingi. Ia macam berada di satu persimpangan antara sungai ataupun laut, dan kita tak pandai berenang. Mana-mana pun sama je, boleh lemas. Tapi semestinya, ada yang lebih baik antara keduanya. Contohnya kalau sungai mungkin senang cari tepinya. Senang cari bantuan. Kalau lautan, tak tentu lagi bakal jumpa dengan pulau atau kapal yang berlayar. Silap-silap jumpa jerung!
Pada ibu, daripada bersendirian, lebih baiklah berkawan. Walaupun kawan tu tak sebaik yang dimahukan. Insyaallah, Allah akan memudahkan segalanya selagi niat kita baik. Tapi, jangan pula nanti hati tu jadi lemah, mengikut saja apa yang kawan katakan. Kena hati-hati. Jangan mudah terpedaya.
Sekarang Ica masih kecil. Ica perlukan kawan. Kat rumah, Ica bosan sebab tak ada adik beradik. Ibu simpati juga tu, tapi ini semua takdir Allah. Kita masih berusaha.
Kadangkala ibu tengok Ica kebosanan hingga tahap nak pergi sekolah juga walaupun hari cuti sekolah. Ica nak main kejar-kejar, lawan membaca, panjat-panjat, bersembang, menunjuk-nunjuk harta peribadi yang ada, dan macam-macam lagi lah. Pendek kata ada seratus ribu hal yang boleh dikongsikan dengan kawan-kawan. Ibu suka Ica senang bergaul. Mudah dapat kawan. Tapi ibu tak suka bila Ica terpengaruh dengan apa saja yang kawan-kawan katakan.
Contohnya, dulu Ica suka rambut diikat kemas. Tak kisahlah ikat pony tail ke, ikat tocang dua ke, ikat bertingkat ke. Ica rasa leher berangin dan selesa. Tapi, ada kawan Ica kata, Ica tak cantik ikat rambut. Langsung Ica beritahu ibu, tak mahu ikat rambut lagi. Sampai menangis-nangis tak mahu diikatkan rambut walaupun ke kelas taekwando. Padahal, bila rambut diikat, kan tak cepat rasa panas. (-_-)
Ikat rambut macam ni kemas, tapi Ica dah tak mahu. Tak cantik katanya.
Kemudian, Ica ada beli satu beg harimau ni dekat KLFC kalau tak silap, masa ada karnival donation to zoo. Beg harimau ni sekali pakai je zipnya dah rosak. Terus tak boleh pakai. Tergantung saja berbulan-bulan sampai berhabuk. Tiba-tiba, Ica dapat tahu yang zip beg boleh dibetulkan di kedai repair di KLFC, sebab ayah hantar satu beg ibu untuk repair zip kat situ. Bermula dari hari tu, sampai lah berminggu-minggu selepas tu, boleh dikatakan setiap kali kita jejak kaki ke KLFC, Ica akan tanya bila nak hantar beg harimau untuk repair.
Inilah begnya. Abaikan muka Noneng yang kepoci tu.
Akhirnya selepas berkali-kali Ica mengingatkan, hampir setiap hari dan setiap kali ke KLFC, ibu pun bawa beg tu untuk di repair.
Bila dah siap, terus ibu tuliskan nama Ica pada beg supaya mudah teachers kenalpasti nanti, untuk dibawa ke sekolah. Apa lagi, sesi menunjuk-nunjuklah! Tapi, tak padan dengan heboh dan kecohnya minta dibaiki zip beg tu, rupanya sekejap saja Ica nak pakai. Balik saja dari tadika, Ica terus campak beg ke sofa. Haih kenapa?
"Kawan Ica kata beg tu klakar... tak cantik langsung! Ica malu lah dengan kawan-kawan...!"
Pulak dah... Bukan haritu Ica yang beriya nak beli beg ni? Hmmm tentu Ica tak sangka kawan-kawan akan gelakkan beg Ica, padahal Ica tertunggu-tunggu nak bawa nya ke tadika. Takpelah. Dah rezeki beg ni hanya nak dipakai 2 kali saja. Selebihnya, bakal tergantung saja sampai bila-bila...
Kemudian, Ica minat sangat dengan jenama Hello Kitty. Ibu rasa ini pun pengaruh kawan-kawan juga. Kalau tak, Ica tak kisah pun pakai pensil cap apa, bekas pensil yang macam mana, warna apa, jenis apa. Selalunya ibu yang tentukan nak pakai yang macam mana supaya tahan lasak. Tapi bila dah minat dengan Hello Kitty ni, sikit-sikit nak cari yang ada cap Hello Kitty.
Design Kit cap Hello Kitty...
Padahal isi dalamnya kecik cepotet macam ni aje....? Duhh..
Dan, ibu tahu Ica senyap-senyap bawa semua Hello Kitties ni ke tadika untuk menunjuk-nunjuk dekat kawan-kawan supaya diorang rasa Ica pun 'cool' kan....? Nasiblah dapat ibu jenis yang suka cek beg sekolah anak. Terus kantoi. Tak terjawab Ica dengan ibu. Memang ibu sangat tak suka bila Ica suka show-off macam tu. Tak ada faedah pun.
Mungkin masih terlalu awal kalau ibu nak berikan garis panduan pada Ica tentang jenis kawan-kawan yang patut dijauhi. Contohnya yang macam kawan-kawan di atas lah. Tapi, Ica masih kecil dan ada banyak yang nak dilalui. Tak adil kalau ibu nak sekat-sekat pergaulan Ica. Lagipun, kawan-kawan Ica masih kategori budak-budak baik yang menjaga percakapan masing-masing.
Baiklah. Bila Ica dah besar nanti, Ica baca blog ni (kalau masih ada) jadi Ica boleh cuba memahami pesanan ibu ni.
Baiklah. Bila Ica dah besar nanti, Ica baca blog ni (kalau masih ada) jadi Ica boleh cuba memahami pesanan ibu ni.
Ibu pun bukan jenis ramai kawan. Daripada sekolah rendah hingga ke universiti, kawan ibu cuma seorang-dua. Itu pun yang benar-benar rapat. Yang lain cuma kawan setakat kenal gitu-gitu saja. Mungkin sebab ibu ni pendiam dan pemalu, dan terlalu memilih kawan. Ibu tak senang dengan kawan yang banyak sangat cakapnya walaupun ibu suka mendengar cerita. Atau kaya dan suka menunjukkan kekayaannya sebab nanti ibu cemburu dan sedih hati. Atau yang suka menonjol diri tak kira masa hanya untuk dpaatkan perhatian orang lain, sebab ibu bukan jenis begitu. Tapi, lebih atas dari ini semua, ibu paling tak suka jenis manusia yang tak tahu menghargai kewujudan kita sebagai diri kita. Macam mana tu? Dia berkawan dengan kita, tapi asyik melihat kelebihan pada orang lain. Asyik memuji-muji orang lain di depan kita. Asyik beranggapan kita ni tiada nilai. Bukan sesiapa. Itu tak adil.
Kalau kita berkawan baik dengan seseorang, mesti sebab kita sukakan dia, kita boleh 'get along well' dengan dia, kita percaya dia untuk mendengar rahsia hati kita, dia boleh menerima pendapat kita, ada masa dia menegur kita, dan apabila dengan dia, kita terasa disayangi seperti keluarga. Jadi, kita pun akan berbuat kepada dia sebaik-baiknya lah. Kalau tidak? Baik tak payah kawan!
Selepas tamat belajar, ibu masih cuba mencari kawan baik macam yang ibu dambakan. Tapi masih belum berjumpa. Pernah rapat dengan kawan-kawan pejabat lama, tapi selepas semuanya berpindah-randah, persahabatan tu jadi terputus dan kita tidaklah begitu rapat untuk jumpa-jumpa semula. Ada juga berkawan dengan senior, tapi tak lama sebab jurang pangkat dan tugasan. Ia jadi susah sangat untuk mengimbangkan antara majikan dan kawan. Ada sekali rapat dengan kawan yang lebih muda. Tapi ibu yang tak boleh tahan dengan 'anginnya' dia. Maklumlah darah muda. Ada yang lebih tua, terlalu mementingkan pasangannya hingga kita jadi cepat bosan. Ada yang berlatarbelakang keluarga yang hampir sama. Kebijaksanaan pun sama. Kematangan pun lebih kurang setara. Tapi dia tidak melihat ibu sebagai seorang kawan dan manusia. Ibu tak tahan diperlekeh macam tak wujud seadanya. Ibu berjaya lari dari semua ini. Menjadi diri sendiri dan tak perlu menjaga hati sesiapa lagi. Kadangkala ada juga rasa keseorangan. Tapi apa gunanya berkawan kalau dalam setiap 10 detik hubungan itu, ada 9 detik rasa tidak puas hati berlegar dalam hati.
Ibu suka berkawan dan tak kisah mengekalkan persahabatan dari jarak jauh sekalipun. Tapi, kalau orang tak sudi, kenapa nak paksa pula kan.
Kadangkala ada juga rasa cemburu bila lihat ada sesetengah orang yang boleh berkawan secara kumpulan. Geng sana sini. Contohnya Geng Sekolah Menengah, Geng Universiti, Geng Pejabat. Makan-makan bersama. Bercuti bersama. Beriadah berkeluarga bersama.
Macam seronok! Bukan ibu tak mahu suasana tu. Tapi belum jumpa dengan ahlinya lagi. Ibu pun taklah ralat sangat dengan persahabatan yang sudah-sudah. Ibu redha aje.
Kadangkala ada juga rasa cemburu bila lihat ada sesetengah orang yang boleh berkawan secara kumpulan. Geng sana sini. Contohnya Geng Sekolah Menengah, Geng Universiti, Geng Pejabat. Makan-makan bersama. Bercuti bersama. Beriadah berkeluarga bersama.
Macam seronok! Bukan ibu tak mahu suasana tu. Tapi belum jumpa dengan ahlinya lagi. Ibu pun taklah ralat sangat dengan persahabatan yang sudah-sudah. Ibu redha aje.
Ada betulnya apa yang orang ni katakan. Persahabatan ni ibarat sebuah rumahtangga. Kalau dah tak wujud kasih sayang sesama suami dan isteri, lebih baik berpisah daripada terus membuat dosa dalam hubungan itu.
Jadi, pilihan terbaik ibu buat masa ini ialah berkawan secara kenal-kenal gitu saja dengan semua yang ada disekeliling. Tak perlu rapat sangat. Tak perlu kongsi segalanya. Takpelah tak ada geng segosip. Takpelah kalau dengan kawan kenal-kenal saja ni, akan ada banyak perselisihan pendapat dan asyik tak sama idea. Redha saja.
Macam kawan sekelas ibu ni, buat kerja berkumpulan, tapi semua artikel yang ibu sumbangkan pada dia, langsung tak dijenguknya. Berkepam dalam mailbox. Bila dah last minute, ibu tunjukkan gambar-gambar artikel yang berkenaan, barulah dia sedar, artikel ibu yang paling kena dengan tajuk, sedangkan dia dah buang masa baca artikel lain yang tak relevan. Baru nak menyesal dan malu? Haih. Nak buat macam mana. Ego tu kena rendahkan dulu. Barulah balance sikit hidup ni. Lagi best, artikel ibu yang dia buat tak nampak tadi tu, akhirnya di uplod untuk rujukan seisi kelas, tanpa sikit pun kredit pada ibu yang mendapatkannya. Sesiapa pun yang berada di tempat ibu pasti akan terasa hati. Tapi ibu cuba untuk tidak terasa hati sangat. Mungkin ibu dah biasa diperlakukan sebegini oleh manusia-manusia yang namanya kawan!
Jadi, pilihan terbaik ibu buat masa ini ialah berkawan secara kenal-kenal gitu saja dengan semua yang ada disekeliling. Tak perlu rapat sangat. Tak perlu kongsi segalanya. Takpelah tak ada geng segosip. Takpelah kalau dengan kawan kenal-kenal saja ni, akan ada banyak perselisihan pendapat dan asyik tak sama idea. Redha saja.
Macam kawan sekelas ibu ni, buat kerja berkumpulan, tapi semua artikel yang ibu sumbangkan pada dia, langsung tak dijenguknya. Berkepam dalam mailbox. Bila dah last minute, ibu tunjukkan gambar-gambar artikel yang berkenaan, barulah dia sedar, artikel ibu yang paling kena dengan tajuk, sedangkan dia dah buang masa baca artikel lain yang tak relevan. Baru nak menyesal dan malu? Haih. Nak buat macam mana. Ego tu kena rendahkan dulu. Barulah balance sikit hidup ni. Lagi best, artikel ibu yang dia buat tak nampak tadi tu, akhirnya di uplod untuk rujukan seisi kelas, tanpa sikit pun kredit pada ibu yang mendapatkannya. Sesiapa pun yang berada di tempat ibu pasti akan terasa hati. Tapi ibu cuba untuk tidak terasa hati sangat. Mungkin ibu dah biasa diperlakukan sebegini oleh manusia-manusia yang namanya kawan!








No comments:
Post a Comment